hikayat lebai malang

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

349 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    1/7

    UNIVERSITI MALAYA

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

    JXEA 1104

    FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

    HIKAYAT LEBAI MALANG

    NAMA : ZAITON BINTI ZAKARYA

    NO MATRIK : JEA 080158

    SESI : 2008/09

    NAMA PROFESER : DR. AMRAN MUHAMMAD

    NAMA TUTOR : CIK FATMAWATI BINTI SIDIK

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    2/7

    HIKAYAT LEBAI MALANG

    Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu

    yang berasaskan renungan ( reflective ) dan pentaakulan ( reasoning ) untuk merumuskan

    sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan

    sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan fakta

    yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta (B.A.G. Fuller A History

    of Philosophy, 1995 : 1)1

    Dalam tugasan ini, saya akan mengupas salah satu karya klasik atau tradisional

    masyarakat melayu iaitu Hikayat Lebai Malang. Perkataan hikayatberasal daripada

    bahasa Arab, hikaya. Makna asal yang didukung oleh perkataan Arab ini ialah pelbagai

    sejarah tetapi menerusi peredaran zaman maksudnya berubah menjadi cerita rekaan

    yang berunsur naratif dengan kecendungan menghibur yang ketara2. Kesusteraan hikayat

    ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan puisi. Oleh itu, karya kesusteraan hikayat banyak

    membawakan cerita ajaib yang berunsur hiburan hasil daripada imaginasi pengarangnya.

    Hikayat Lebai Malang merupakan salah satu karya klasik masyarakat Melayu, oleh itu

    saya akan menunjukkan dan mengupas bagaimana asas-asas falsafah dan logika melayu

    diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Penelitian struktur cerita Hikayat Lebai

    Malang bertujuan memaparkan sebaik mungkin fungsi dan perkaitan antara pelbagai

    unsur karya satera yang sama-sama membentuk keseluruhan karya itu.

    1 Falsafah, logik, teori nilai dan etika Melayu SUATU PENGENALAN, Hashim bin Haji Musa, Ph.D

    ( Akademi Pengajian Melayu 2001 ) hlm.12 Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Adnan Abdul Majid ( Dewan Bahasa dan Pustaka, KL ) 2003.

    2

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    3/7

    Ringkasan isi cerita Hikayat Lebai Malang ialah kegagalan seorang lebai untuk

    mengikuti dua jamuan yang diadakan pada waktu yang sama. Akibat terlalu banyak

    pertimbangan untung ruginya, dia mundar-mandir sambil berfikir tempat yang akan

    dikunjunginya. Namun ketika dia memutuskan untuk menghadiri perjumpaan yang

    berada dihilir dan sampai ditempat itu, terdengar para tetamu mengucapkan amin tanda

    jamuan sudah selesai. Lalu dia segera mengayuh perahunya ke tempat yang lain, begitu

    juga saat dia tiba di tempat itu sudah terdengar orang mengucapkan amin. Itulah

    sebabnya lebai itu di sebut Lebai Malang. Setelah memaparkan ringkasan cerita Hikayat

    Lebai Malang dapat diungkapkan bahawa upaya yang tidak disertai ketetapan hati akan

    mengakibatkan kerja menjadi sia-sia. Dia tidak membulatkan hati untuk memilih tempat

    yang akan dikunjunginya. Ini menunjukkan Lebai Malang merupakan seorang yang tidak

    mempunyai pendirian dan seorang yang tamak kerana ingin mengunjungi kedua-dua

    majlis tersebut. Akibatnya, dia tidak dapat menikmati masakan kedua-dua majlis tersebut.

    Setelah memaparkan ringkasan cerita Hikayat Lebai Malang dapat diketahui

    bahawa jalan cerita Si Lebai Malang ini lurus maju. Cerita ini berakhir terbuka, peristiwa

    yang merugikan tokoh Lebai Malang memerlukan renungan pembacanya. Pada awal

    cerita penulis memperkenal tokoh Lebai Malang kepada pembaca.

    Maka ini suatu bidal Melayu. Barang siapa rugi atau tiada sampai hajatnya

    pada halnya bukan dengan sebab perbuatan orang lain, hanyalah semata-mata

    3

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    4/7

    kelengahannya sendiri, maka orang lain dapat, Si Lebai Malang juga yang putih

    matanya tiada dapat. Maka dikatakan orang Melayu Lebai Malang. (Jusuf, 1984 : 48)3

    Petikan diatas merupakan pemaparan dalam cerita Hikayat Lebai Malang yang

    menyebabkan dia disebut Lebai Malang. Kemudian cerita ini berlanjutan pada pemaparan

    tentang kehidupan Lebai Malang. Pada suatu hari, dia mendapat undangan kenduri di dua

    tempat berbeza tetapi pada waktu yang sama. Dia tidak dapat memutuskan tujuan

    kunjungannya kerana terlalu memperhitung keuntungan yang akan diraihnya. Tokoh

    Lebai Malang adalah manusia yang rugi kerana ketamakan dan kebodohannya. Hal yang

    menarik dalam cerita Melayu ini adalah sebuah imej yang tidak menguntungkan; nasib

    yang tidak beruntung, motif-motif keculasan, dan lain-lain. Jika dikaitkan antara

    penyataan yang tersirat (makna) dengan penyataan yang tersurat (kata atau ayat) justeru

    imej manusia seperti Lebai Malang menjadi oposisi daripada wujud aktual yang

    dikehendaki, tetapi wujud ini boleh berpindah menjadi wujud potensial. Wujud potensial

    ini boleh menjadi negatif misalnya nasib seseorang yang adakalanya tidak beruntung.

    Tetapi boleh pula wujud potensial positif seperti nasib seseorang itu menjadi baik

    (untung).4 Oleh itu, makna sebenar bukan kepada wujud aktual tetapi wujud potensial.

    Wujud potensial berkait rapat dengan teks-teks sastera tradisional yang dimaklumi

    sebagai cerita-cerita didaktik.

    3 Struktur Karya dan nilai budaya dalam Hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang, Hikayat Abu

    Nawas, dan Hikayat Mahsyud Hak, Nikmah Sunardjo, Sulistiati, Amir Mahmud ( Pusat Bahasa

    Depertemen Pendidikan Nasional Jakarta ) 2000, hlm. 34.4 Cerita Pak Belalang dan Lebai Malang, Haji Ibrahim Datuk Kaya Muda Riau ( Drs.Elmustian

    Rahman, M.A ) hlm. 22 dan 23.

    4

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    5/7

    Setelah memahami ringkasan, tokoh dan perwatakan cerita, tema dan amanat

    cerita pula akan diuraikan. Inti cerita Hikayat Lebai Malang ialah keserakahan yang

    mengakibatkan dia selalu bernasib malang.

    Maka jadi terlepas hajatnya semuanya. Jadi, dikata orang Lebai Malang hingga

    masa ini dijadikan bahasa kepada barang siapa yang begitu hanya dikatakanlah jadi

    Lebai Malang (Jusuf, 1984 : 49).

    Amanat yang terdapat dalam Hikayat Lebai Malang ini ialah janganlah serakah

    kerana akan mendapat celaka. Selain struktur cerita, tujuan pokok penelitian atau tema

    dan amanat juga mendeskripsikan nilai budaya yang terdapat dalam hikayat ini. Nilai

    budaya ini akan mendukung tema dan amanat di dalam cerita ini. Nilai budaya

    merupakan konsepsi yang hidup dalam alam fikiran warga masyarakat mengenai hal-hal

    yang dianggap paling bernilai dalam kehidupan. Oleh itu, suatu sistem nilai budaya

    selalunya berfungsi sebagai pedoman aturan dalam masyarakat.

    Nilai budaya dalam cerita Hikayat Lebai Malang ini terbahagi kepada empat

    hubungan iaitu hubungan manusia dengan Tuhan,manusia dengan masyarakat, manusia

    dengan manusia dan juga hubungan manusia dengan dirinya. Sebagai contoh saya akan

    menghuraikan nilai budaya dalam hubungan manusia dengan Tuhan. Dalam hubungan

    manusia dengan Tuhan, nilai budaya yang terdapat dalam cerita ini hanya satu,iaitu suka

    berdoa.

    5

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    6/7

    Maka serta sampai sudah berdiri amin, tuan imam membaca doa. Jadi,

    terlepaslah yang disebelah hulu, maka berkayuh pula dengan bersungguh-sungguh

    kehilir. Maka serta sampai berdiri pula doa tuan imam di situ jadi terlepaslah pula

    (Jusuf, 1984 : 49).

    Kesimpulannya tujuan dan hasil yang diharapkan dalam penelitian ini bertujuan

    mendeskripsikan struktur Hikayat Lebai Malang. Struktur yang telah dikaji dan

    dikupaskan adalah ringkasan cerita, penokohan, tema dan amanat serta nilai budaya.

    Nilai-nilai budaya yang tinggi dapat dimanfaatkan bagi masyarakat umum dewasa ini.

    Asas-asas falsafah dan logika akan diterapkan dalam kehidupan masyarakat Melayu

    untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang akan mampu

    memartabatkan bangsa Melayu di mata dunia. Nilai budaya itu dapat dijadikan teladan

    dan pengajaran kepada masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang cemerlang,

    gemilang dan terbilang.

    6

  • 8/14/2019 Hikayat Lebai Malang

    7/7

    Bibliografi :

    1. Hashim bin Hj Musa, Ph.D,2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika

    Melayu, SUATU PENGENALAN. Akademi Pengajian Melayu, UM, KL.

    2. Adnan Abdul Majid; 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional Kuala

    Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

    3. Drs. Elmustian Rahman, M.A. Seni Karya dan Kajian Haji Ibrahim Datuk

    Kaya Muda, Cerita Pak Belalang dan Lebai Malang.

    4. Nikmah Sunardjo, Sulistiati, Amir Mahmud; 2000. Struktur Karya dan Nilai

    Budaya dalam hikayat Pak Belalang dan Lebai Malang, Hikayat Abunawas,

    dan Hikayat Mahsyud Hak; Pusat Bahasa Departemen Pendidikan Nasional

    Jakarta.

    7