cherita jenaka iaitu pa'kadok, pa'pandir, lebai malang, pa...

10
MALA Y LlTIER! TURE SERIES, 6. CHERITA JENAKA

Upload: others

Post on 23-Oct-2019

34 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

MALA Y LlTIER! TURE SERIES, 6.

CHERITA JENAKA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 2: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

CHERIT A JENAKA IA-ITU

P A' KADOK, P A' P ANDIR, ~ ~

LEBAI MALANG, P A' BELALANG, SI.LUNCHAI.

EDITED BY

R. O. WINSTEDT and A. J. STURROCK

Malayan Civil Service.

KP JB 1670

REVISED EDITION

01 7547 / .-SI NGAPORE

PRINTED AT THE MALAYA PUBLISHING HOUSE, LIMITED.

1941

J 5 SEP J995 . . Perpustakaan Negara

Malaysia

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 3: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

DAFTAR CH£RITA-CH£RITA

PA'KADOK

PA' PANDIR

L:b.BAI MALANG

PA'BELALANG

SI-LUNCHAI

1

13

53

59

89

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 4: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

PA' KADOK.

Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch him a fine paper suit went to the royal cock-pit with his best cock. The Raja seeing \vhat a fine bird Pa Pea's-cod had, easily persuaded him to exchange it for another cock which on royal word was superior. Pa Pea's-cod set the bird given him against his own cock and wagered his house and garden on the issue. His own cock which he had parted with won and so caused him to lose his property. He clapped his sides over the fight and his paper clothes burst and left him to run home naked. An­other day, folk from downstream invite him to feast on buffalo meat and folk from up upstream to feast on beef. He accepts both invitations, and scornfully discards his breakfast rice. After some hesitation , he paddles upstream not noticing that the tide is running out and taking him back further than his exertions carry him forward , till at last he comes to the house where the beef has all been eaten. Then he turns downstream to the scene of the other feast, but the tide is rising and he arrives only in time to see the merry-makers trouping away. When he reaches his own home, his wife jibes him for his sour looks and in a rage he strikes and kills her. Then determining to leave his ill-starred home, he SJils away but the breeze fails and in a pet he lowers his sails; even when the breeze springs up again, Pa Pea's-cod decides he can. be as obstinate as nature and lets his boat be buffeted hither and thither without spreading sail; so he gives himself the trouble of a long paddle. Finally though he has a house of his own, he is fool enough to lodge with a friend.

~~~

Sa-bermula maka ada-Iah sa-bnah negeri bernama Chempaka Seri, raja-nya bernama Iudera Sari. Maka baginda itu chukup lengkap saperti 'adat isti' adat ke­rajaan yang lain· lain juga, akan t etapi ada pun tabi'at baginda itu terlalu-Iah suka menyabong dan berjudi, sa­hingga menjadi suatu 'amalan pada baginda itu. Dengan

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 5: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

2 Ch er-iid J enaka.

hal yang demikian habis-Iah sakalian 1'a' ayat sa-isi negeri itu menjadi 'ashik leka dengan berjudi juga pada sa-tiap masa; tiada sa-kali-kali mengambil ben a kapada mendiri­kan shari/at Nabi sall'Allahu 'allaihi wa-sallam kerana raja=raja dan orang besa1'-besar-nya te1'lalu am at suka mengerjakan p~kerjaan yang ma'siat itu.

Maka ada-lah pula sa-orang tua sedang pe1'tengahan umor, nama-nya Pa' Kadok, tinggal di-tepi sungai hujong negeri itu juga. Ada pun akan Pa' Kadok ini terlalu-lah dengu serta dengan betul-nya. Maka ada-lah kapada suatu hari Pa' Kadok berkata kapada ist'eri-nya, kata­nya, "Aku ini 'Mak Siti ingin pula rasa-nya hendak pergi inenyabong ka-gelanggang baginda itu, kerana terlalu-lah suka: pula aku melihatkan orang menyabong beramai­ramaian eli-situ; mari kita sabong ayam biring Si-Kunani kita itu, kerana ayam itu pada petua-nya terlalu bertuah boleh kita tarohkan kampong kita ini kapada baginda; kalau menang kita, tentu-Iah kita mendapat duit baginda itu."

Maka uja1' isteri Pa' Kadok, "Jikalau bagitu baik­lah, pergi-lah awak menyabong bawa ayam .kita itu." ~Iaka sahut Pa' Kadok, "Jahitkan-lah baju dan seluar aku dahulu kertas yang baharu 'ku beli ini: lekas-Iah, aku dahulu kertas yang baharu 'ku-beli ini: lekas-Iah, tinggi lagi." Maka kat a isteri-nya, "Bagaimana awak hendak membuatkan baju dan selua1' kertas ini'- Jikalau di-pakai kelak tentu-lah charek bertelanjang di-tengah gelanggang sabongan itu. Bukan-kah awak malu besar? " U jar Pa' Kadok, "Tiada menga pa: buatkan juga lekas-lekas, aku hendak pergi.'" Sa-telah itu isteri Pa' Kadok pun segera-Iah mengambil gunting lalu mengguntingbn seluar dan baju itu dengan tiada berdaya lagi. :Maka kata Pa' Kadok, "Usah-Iah di-jahit

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 6: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

Fa' Kadok. 3

lagi, perekat sahaja-Iah supaya bangat." Serta Iepas di-gunting oleh isteri-nya itu dengan sa-sunggoh-nya di-perekat-Iah oleh-nya; apabila sudah, lalu di-berikan kapada Pa' Kadok. Maka ia pun segera-Iah memakai pakaian-nya sa-dondon ia-itu berbunga tanjong merah, kuning-, hitam dan puteh, terlalu hebat rupa-nya tambah­an pula berkena tengkolok helang menyongsong angin. Apa-tah lagi 7 Tampak-nya Pa' Kadok saperti juara yang m,aha faham pada sabong-menyabong.

Sa-telah musta'ed sakalian-nya Pa' Kadok pun lalu turun menangkap ayam-nya biring Si~Kunani itu serta dengan tabong taji-nya, lalu berjalan menuju ka-gelang­gang baginda itu., Selang tiada berapa lama-nya, ia pun sampai-Iah ka-tengah medan menyabong itu. Hatta telah. di-lihat oleh baginda akan Pa' Kaclok datang itu, maka di-kenal-Iah oleh baginda seraya bertitah, "Hai Pa~ Kadok apa khabarT . Menyabong-kah kita ' " Maka sembah Pa' Kadok, "Daulat tuan-ku, persilakan-Iah kita menyabong kerana ayam patek ini pun belum'lagi patek mengetahul tuah malang-nya tuanku. " Maka titah baginda, "Choba juga bawa ka-mari ayam Pa, Kadok supaya beta lihat." Maka Pa' Kaduk pun segera-Hlh menyembahkan ayam-nya itu lalu di-sambut oleh baginda serta di-amat-amati; di-ketahul-Iah oleh baginda ter­sangat bertuah ayam Pa' Kadok itu. Maka titah baginda, "Hai Pa' Kadok, mari kita bertukar ayam; ambil-Iah ayam beta ini, elok, chuba lihat roman-nya

, jalak puteh mata, dan ayam Pa' Kaclok biring Si-Kunani sahaja, tiada berapa tuah-nya." Sa-tiHah di-dengar oleh Pa' . Kadok akan titah baginda menggula diri-nya itu, perchaya-Iah ia; maka sembah-nya. "Ampun tuanku be"ribu-ribu ampun, jikalau sudah dengan tit~h duli yang maha mulia rela-Iah patek, saperti titah itu sedia ter-

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 7: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

4 eke'rita J enaka.

junjong di-atas jemala ubun-ubun patek." Pada akhir­nya lalu bertukar-lah kedua-nya akan ayam masing­masing. Maka sangat-lah sukachita baginda beroleh ayam Pa' Kadok itu.

Maka baginda pun bertitah kapada juara-nya me­nyuroh bulang ayam itu. Nfrrka To' Juara tua pun lall1-lah membulang ay~m bir ing 'Si-Kunani yang bertukar dengan Pa' Kadok itu, mengenakan taji bentok alang serta dengan berbagai-bagai isharat dan petua-nya. Maka Pa' Kadok pun segera-lah membulang ayam-nya yang bertukar dengan b~ginda itu ia-itu tuntong taji-nya di­halakan ka-hadapan dan puting-nya ka-belakallg. Maka titah baginda, "Hai Pa' Kadok apa taroh-nya kita menyabong ayam ini 7 Sorong-lah. dahulu supaya beta lihat." Maka sembah Pa' Kadok, "Arupun tuanku beribu-ribu ampun, patek ini tiada-lah apa harta yang ada, hanya kampong 8a-buah itu sahaja; jikalau ada ampun dan kurnia ka-bawah duli tnanku kampong itu lah patek gadaikan ka-bawah anli tnanku menjadi agongan memohonkan berhutang kadar lima puloh riaL" Maka titah baginda, ·'Baik-lah. " Lalu di-knrniakan oleh baginda wang yang sa-banyak permintaan Pa' Kadok itu kapada-nya dengan memegang gadaian kampong itn. Telah sndah baginda pun menyorongkan taroh-nya lima pnloh rial jnga, jnmlah-nya sa-ratns rial. Maka serta sndah, baginda pun mengajak Pa' Kadok me-

' lepaskan ayam masing-masing. Sembah Pa' Kadok, "Silakan-lah tuanku." Maka baginda pun lalu-lah mengoja-ngoja ayam kedua-nya itn. 1faka' naik-lah bengis kedua-nya serta meremang bulu suak di-tengkok­nya, laln-lah bersama-sama melepaskan ayam · masing­masing. MaIm ayam biring Si-Knnani pun datang-lah mengelepor ayam jalak. Dan Si-Jalak pun segera mem­balas pnla; tetapi kasehan! Snnggoh pnn Si-Jalak mem-

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 8: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

Pa' Kadok. 5

balas, perchuma sahaja, kerana taji-nya di-bulang oleh Pa' Kadok juara tuntong-nya ka-hadapan dan puting-nya ka-belakang j jadi-nya pada Si-J alak membalas itu ter­tikam-Iah pada dada-nya sendiri lalu tersungkor meng­gelupor di-tengah gelanggang itu, kerana -dua liang sudah luka-nya, sa-kali terkena tikam oleh taji Si-Biring dan sa-kali di-tikam oleh taji-nya sendiri. ~)

Sa-telah Pa' Kadok melihatkan ayam jalak sudah mati dan Si-Biring itu menang, maka ia punlupa-Iah akan hal ia telah bertukar dengan baginda tadi. Wah! apa­tah lagi, ia pun tiada-Iah sedarkan diri-nya seraya ber­tepok tangan dan bersorak serta melompat-Iompat lalu menyerukan tuah ayam-nya itu. Maka oleh tersangat bertepok dan melompat itu, habis-Iah pechah bercharek­charek seluar dan baju kertas-nya itu, berchabiran di­terbangkan oleh angin berkeping-keping ka-sana ka-mari berchamping-champing. Maka Pa' Kadok pun tinggal­lah berdiri di-tengah khalayak yang banyak itu dengan bertelanjang bogel sahaja.

Hatta demi di-libat oleh baginda dengan sakalian orang besar-besar dan ra' ayat tantera hina dina sakalian akan hal Pa' Kadok itu, semua-nya tertawa serta bertepok tangan dengan tempek sorak-nya kesukaan melihatkan temasha Pa' Kadok itu. Demikian juga baginda pun tertawa bersama-sama. Maka ada pun akan Pa' Kadok, demi ia melihat sakalian mereka itu habis tertawa ia pun terchengang pula kerana pada sangka-nya mereka itu menumpang kesukaan diri-nya itu; kemtidian apabila ia menoleh memandang kapada tuboh-nya baharu-Iah di­ketahul-nya akan diri-nya bertelanjang bulat itu. Adohi, Pa' Kadok pun puchat-Iah warna muka-nya oleh kemalu­maluan yang amat sangat, lalu ia berkejar lari dengan ber­sunggoh-sunggoh hati langsong pulang terus ka-rumah­nya. Maka baginda pun berseru dengan nyaring suara-

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 9: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

6 Cherita J enaka.

nya, "Ini-Iab ma.lang Pa' Kadok, ayam-nya menang

kampong tergadai." l\faka baginda dengan sakalian

yang ada di-dalam medan sabongan itu pun kembali-Iah

masing-masing ka-rumah-nya .

.Ada pun alian Pa' Kadok lari itu tiada-Iah ia

memandang lagi ka-kiri ka-kanan. Serta ia sampai ka­

rurnah-nya seraya terpandang oleh 'l\fak Siti-nya, maka

terperanjat-lah orang tua itu seraya berkata, ".Apa kena

awak Pa' Siti, saperti orang gila ini ~ " Maka .oleh Pa'

Kadok di-khabarkan-nya-Iah daripada awal hingga

ka-akhir-nya. Serta di-dengar sahaja oleh isteri-nya

akan hal suami-nya itu, ia pun rnenangis-lah kerana

mengenangkan untong-nya yang malang itu dengan

berbagai-bagai sungut leter-nya akan Pa' Kadok oleh

kebodohan-nya itu. Maka Pa' Kadok pun diam-Iah

terkosel-kosel,. tiada berani rnenjawab kata isteri-nya lalu

ia pergi mernbuat kerja-nya .sa-hari-hari itu juga.

Sa-kali persetua, Pa' Kadok di-jernput oleh orang

makan khenduri. Mula-mula datang orang yang di-hilir

sungai ternpat-nya tinggal itu rnernpersilakan Pa' Kadok

ka-rumah-nya pada esok hari waktu dzohor ia-itu makan­

an-nya sa-ekor kerbau. Maka kata-nya, "Baik-Iah."

Sa-telah mereka itu sudah kern bali, ada sa-ketika, datang

pula orang dari hulu sungai itu rnenjemput Pa' Kadok

ka-rumah-nya pada esok hari juga tatkala tengah had

muda, ia-itu jamuan-nya memotong lernbu dua ekor pula.

ltu pun di-sanggup-nya juga. Telah hari malam, Pa'

Kadok pun tidor-lah kedua laki isteri. Ada pun 'adat

Pa' Kadok, telah lazim pada-nya sa-tiap pagi memakan

nasi dingin yang telah di-rendam oleh isteri-nya pada

malam itu; apabila sudah rnakan nasi yang tersebut itu

baharu-Iah ia pergi barang ka-rnana-mana rnernbuat

kerja-nya.

Hatta sa-telah keesokan hari-nya pagi-pagi, Pa'

Kadok pun bangun-lah bersiap mernakai pakaian-nya lalu

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Page 10: Cherita jenaka iaitu Pa'Kadok, Pa'Pandir, Lebai Malang, Pa ...myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2282/1/JB1670_CJKP.pdf · Pa Pea's-cod after · getting his wife to stitch

Pa' Kadok. 7

turun memikul pengayoh berjalan menuju ka-pengkalan. Serta di-lihat oleh isteri-nya ia pun menyeru akan suami­nya, kata-nya, "Rai Pa' Siti tidak-kah hendak 'makan nasi l;endam ini lagi. Sementangkan 'nak makan Hlmbu dan kerbllU, nasi ini di-tinggalkan sahaja-kah'" Maka sahut Pa' Kadok, "Ta 'usah-lah, churahkan ka-tanah; biar di-makan oleh ayam kita." Maka oleh isteri-nya dengan sa-henar nasi itu di-buangkan-p.ya 'ka-tanah, dan Pa' Kadok pun turun ka-perahu-nya lalu herkayoh., Ada pun pada masa itu ayer sungai sedang surnt terlalu am at deras-nya. Maka Pa' Kadok berfikir' di-dalam hati-nya, "Ka-mana -baik aku pergi; jika ka-hilir tiada penat dan terok aku herkayoh, hanya menurutkan ayer hilir sahaja tetapi kerbau sa-ekor ka-mana-lah pada-nya; kalau bagitu baik-lah aku mudek juga." Ia pun lalu herkayoh mudek menongkah ayer surut itu dengan terbengkil­bengkil; apabila penat ia berhenti sambil herfikir pula, dan perahu-nya hanyut balek ka~hilir sa-tanjong dua tanjong jauh-nya; !berkayoh pula. DeInikian-lah hal Pa' Kadok, kayoh-kayoh berhenti dengan berfikir juga. Beberapa lama-nya ayer pun tenang surut hampir akan pasang baharu-lah Pa' Kadok sampai ka-rumah jemputan itu tetapi apa-lah guna-nya' Sia-sia sahaja-lah penat jereh-nya itu kerana matahari pun telah dzohor, jamuan sudah habis, orang turun berkusu-kusu dari rumah itu pulang ka-kampong masing-masing. Maka apabila ter­lihat oleh tuan rumah akan Pa' Kadok datang itu, ia pun berkata; "Amboi, kasehan-nya di-hati . sahaya oJeh melihatkan penat sa.haja-lah Pa' Kadok datang; suatu pun tiada apa lagi yang ada semua-nya telah habis, rna lang sung~oh-lah Pa ~ Kadok ini."

Telah di-dengar oleh Pa' Kadok mak~ ujar-nya, "Sudah-lah, apa boleh buat! Sahajakan nasib sahaya." Maka ai pun berkayoh-lah hilir pula, hasrat-nya hendak

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA