hidup berani untuk gagal

5
8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 1/5 HIDUP BERANI UNTUK GAGAL Saya yakin setiap daripada kita pasti pernah berhadapan dengan kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebesar mana kegagalan yang kita hadapi dan sejauh mana kita menanganinya. .. dan yang pasti, penulisan saya ini mungkin tidak dapat menandingi motivasi yang diberikan oleh motivator-motivator dalam dan luar Negara. Namun apa yang saya kongsikan di sini adalah lahir daripada conscience atau suara hati saya sendiri. Hasil daripada kesedaran atas dorongan sesuatu.. Pertama, saya ingin nyatakan yang mungkin penulisan ini agak menjurus kepada kisah  peribadi saya sendiri, namun apa yang saya ingin kongsikan ini mungkin dapat digunakan sebagai panduan untuk pembaca lain. Kedua, penulisan ini saya luahkan hasil daripada kesedaran sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Sejarah Hidup Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah. Ayah saya hanya seorang nelayan yang tidak  pernah merasai nikmat membaca tulisan rumi. Namun dalam keadaan susah itu saya sangat bersyukur kerana dalam keluarga kami kasih sayang tidak pernah kurang. Walaupun dalam keadaan sukar kami adik beradik masih dapat merasai alam  persekolahan. Bahkan saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima hasil titik peluh ayah saya. Gagal Kali Pertama Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang cerdik pandai. Saya tidak pernah cemerlang dalam pelajaran. Saya tidak pernah membeli buku-buku rujukan pelajaran disebabkan tidak mampu. Pada masa itu saya hanya mengharapkan nota-nota dan  penerangan daripada guru. Saya lihat diri saya terlalu kecil berbanding rakan lain hingga menyebabkan saya sentiasa rendah diri dan kurang motivasi. Akhirnya saya gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hanya melayakkan saya mendapat sijil. Hidup Harus Berani Mencuba Dengan keputusan SPM yang kurang baik, saya tidak layak menyambung persekolahan di sekolah kerajaan. Namun disebabkan jasa baik kakak dan abang (yang pada masa itu telahpun bekerja), mereka telah menanggung saya untuk menyambung di tingkatan 6 sekolah swasta. Harapan mereka biarlah kali ini saya mendapat keputusan yang lebih  baik. Syukur alhamdulillah, percubaan itu tidak sia-sia dan saya telah lulus dalam empat mata pelajaran yang saya ambil. Keputusan pada masa itu sebenarnya melayakkan saya

Upload: kulanz-salleh

Post on 30-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hidup Berani Untuk Gagal

8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal

http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 1/5

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Saya yakin setiap daripada kita pasti pernah berhadapan dengan kegagalan… yangmembezakannya hanyalah sebesar mana kegagalan yang kita hadapi dan sejauh mana

kita menanganinya.

.. dan yang pasti, penulisan saya ini mungkin tidak dapat menandingi motivasi yang

diberikan oleh motivator-motivator dalam dan luar Negara. Namun apa yang saya

kongsikan di sini adalah lahir daripada conscience atau suara hati saya sendiri. Hasildaripada kesedaran atas dorongan sesuatu..

Pertama, saya ingin nyatakan yang mungkin penulisan ini agak menjurus kepada kisah

 peribadi saya sendiri, namun apa yang saya ingin kongsikan ini mungkin dapat digunakansebagai panduan untuk pembaca lain. Kedua, penulisan ini saya luahkan hasil daripada

kesedaran sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

Sejarah Hidup

Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah. Ayah saya hanya seorang nelayan yang tidak 

  pernah merasai nikmat membaca tulisan rumi. Namun dalam keadaan susah itu saya

sangat bersyukur kerana dalam keluarga kami kasih sayang tidak pernah kurang.

Walaupun dalam keadaan sukar kami adik beradik masih dapat merasai alam persekolahan. Bahkan saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima hasil

titik peluh ayah saya.

Gagal Kali Pertama

Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang cerdik pandai. Saya tidak pernah

cemerlang dalam pelajaran. Saya tidak pernah membeli buku-buku rujukan pelajaran

disebabkan tidak mampu. Pada masa itu saya hanya mengharapkan nota-nota dan penerangan daripada guru. Saya lihat diri saya terlalu kecil berbanding rakan lain hingga

menyebabkan saya sentiasa rendah diri dan kurang motivasi. Akhirnya saya gagal

mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hanya melayakkan saya

mendapat sijil.

Hidup Harus Berani Mencuba

Dengan keputusan SPM yang kurang baik, saya tidak layak menyambung persekolahan

di sekolah kerajaan. Namun disebabkan jasa baik kakak dan abang (yang pada masa itutelahpun bekerja), mereka telah menanggung saya untuk menyambung di tingkatan 6

sekolah swasta. Harapan mereka biarlah kali ini saya mendapat keputusan yang lebih

 baik. Syukur alhamdulillah, percubaan itu tidak sia-sia dan saya telah lulus dalam empat

mata pelajaran yang saya ambil. Keputusan pada masa itu sebenarnya melayakkan saya

Page 2: Hidup Berani Untuk Gagal

8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal

http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 2/5

untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun kerana saya tahu keluarga pastinya

tidak mampu membayar kos belajar di U, saya langsung tidak mengemukakan sebarang

  permohonan. Iyalah, pada masa itu PTPTN belum wujud, Universiti di Sabah danSarawak juga belum ada.

Alam Pekerjaan Pertama

Selepas menduduki peperiksaan STPM, saya bekerja sebagai konduktur pengangkutanawam, atau lebih dikenali sebagai pirate sapu. Sempat bekerja beberapa bulan sebelum

mendapat tawaran kerja pertama (yang kini menjadi kerja tetap saya). Ketika itu umur 

saya masih 19 tahun. Langsung tiada pengalaman kerja, namun saya tetap berusaha

memberikan yang terbaik ikut kemampuan. Alhamdulillah, walaupun tidak pernahdianugerahi sebagai pekerja cemerlang, namun saya tidak pernah mengabaikan tugas.

Dugaan Paling Getir Dalam Hidup

Sering kali kita mendengar hidup umpama putaran roda, sekejap kita di atas dan sekejaplagi di bawah. Begitulah yang terjadi kepada diri saya.

Sebelum mendirikan rumahtangga lagi saya dan bakal isteri (sekarang sudah menjadi

isteri) merancang untuk mendapatkan side income. Antaranya, kami beli rumah dankereta untuk disewakan. Namun disebabkan tiada modal, kami membuat pinjaman di

 bank. Pada awalnya semua hal berlangsung mengikut perancangan. Rumah telah dibeli

dan kereta telah disewakan. Namun itu hanyalah untuk sementara sahaja. Kereta yangkononya disewakan tidak dibayar oleh penyewa. Malah ansuran bulanan selama setengah

tahun juga tidak pernah dilunaskan.

Bayangkan pada masa itu hasil belum diperoleh… Namun hutang kepada bank terpaksa

kami tanggung. Sekali lagi terpaksa buat pinjaman bank. Akhirnya gaji bersih yang

diterima tidak mencukupi untuk belanja keluarga (masa itu sudah berkahwin). Keretayang saya gunakan setiap hari terpaksa dijual. Saya pergi kerja menumpang daripada

rakan sekerja! Kereta yang satu lagi diserahkan kepada seorang rakan (untuk terus

sambung ansuran).

..dan yang lagi perit pada masa itulah juga anak sulung kami hendak dilahirkan (Tahun

2003). Nasib baik abang saya pinjamkan keretanya untuk membolehkan saya menghantar 

isteri ke hospital. Tapi alangkah sengsaranya pada masa itu. Saya menghantar isteri kehospital dengan berbekalkan RM15 di poket. RM10 saya gunakan untuk mengisi petrol

dan selebihnya saya gunakan untuk beli makanan untuk isteri. Saya langsung tidak 

makan apa-apa sepanjang menemani isteri di hospital. Sepanjang berada di hospital sayacukup sedih memikirkan keadaan hidup kami yang saya anggap telah gagal pada masa

itu. Terkilan kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak. Namun

segala kesedihan saya terkubur dengan kehadiran cahaya mata sulung kami. Itulah harta

yang lebih berharga pada masa itu.

Page 3: Hidup Berani Untuk Gagal

8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal

http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 3/5

Kemudian setelah selesai menyempurnakan tugas menyambut anak sulung kami, saya

 bergegas balik ke rumah, menyalin pakaian dan kemudian membawa ibu ke hospital.

Cukup gembira ibu menyambut kelahiran putera sulung kami itu. Saya juga lupa seketikakesusahan yang sedang saya alami itu.

Keesokkan harinya, tibalah masa untuk membawa isteri dan anak pulang. Pada masaitulah sekali lagi saya menghadapi kesukaran. Di mana saya mendapatkan wang untuk 

membayar bil hospital? Hal inilah yang menyebabkan saya melengahkan masa untuk 

membawa isteri dan anak keluar dari hospital. Mujurlah pada hari itu sekali lagi ibu danabang datang melawat kami di hospital dan dalam kesempitan serta rasa malu saya

meminjam wang sebanyak RM30 daripada emak untuk membayar bil. Alasan pada ibu

ketika itu dompet saya tertinggal di rumah sebab kelam kabut sebelum perjalanan.

Padahal memang saya tiada wang! Mohon ampun kerana berbohong. (Inilah pertama kalisaya ceritakan perkara ni kepada orang lain.. sebelum ni hanya saya dan isteri yang tahu).

Rezeki anak 

Selepas keluar dari hospital saya menghantar anak dan isteri di rumah ibu bapa saya yangmemang tidak jauh dari quarters tempat isteri saya mengajar. Ini memang atas

 permintaan emak sebelum isteri bersalin lagi. Selepas itu saya balik ke rumah kami. Saya

mengemas beberapa helai pakaian untuk dibawa bersama. Semasa mencapai seluar jeans

yang bersangkut di bilik. Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menyeluk ke dalam poket  jeans berkenaan. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati dalam poket jeans tu

terdapat wang sebanyak RM75. Saya tidak tahu dari mana datangnya wang berkenaan.

Padahal itulah seluar yang saya pakai semasa mula-mula menghantar isteri ke hospital…dan seingat saya hari tu saya sudah selongkar poket seluar berkenaan (memang niat untuk 

mencari wang). Saya cukup pasti memang tidak ada sesen pun wang yang tinggal di

seluar berkenaan. Tapi kenapa hari ini ada wang. Wallahualam. Apapun saya anggap itusudah menjadi rezeki kepada kami.

Memulakan Hidup Baru

Hidup kami memang agak sempit pada awalnya. Sukar untuk menyediakan keperluan

anak. Seingat saya hanya selepas anak berusia 1 bulan baru saya mampu membeli buaian.Mujurlah pada masa itu kami tinggal di rumah ibu bapa saya. Jadi dapatlah jimat sedikit

 belanja. Kemudian dengan sedikit wang pengeluaran KWSP saya memulakan hidup baru.

Saya dirikan sebuah rumah di tanah milik bapa. Selebihnya saya gunakan untuk membelisebuah skuter untuk kemudahan pergi ke tempat kerja… Selepas itu sehari demi sehari

hidup kami semakin baik. Status bapa yang telah saya miliki mula mematangkan saya…

Tidak lama kemudian saya dapatkan semula Iswara yang sebelum ini diserahkan kepadarakan. Syukur alhamdulillah rakan berkenaan memberikan kereta itu semula tanpa

sebarang harga, sama seperti mula-mula saya berikan kepadanya (Hanya Alllah SWT

sahaja yang mampu membalas jasa baik rakan berkenaan).

Page 4: Hidup Berani Untuk Gagal

8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal

http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 4/5

Hidup Berani Untuk Gagal

Saya amat tertarik dengan ungkapan ini kerana ia banyak bersangkut-paut dengan hidupsaya sendiri. Bagi saya kegagalan sebenarnya adalah satu perkara yang akan memberi

kesedaran. Hasil daripada pengalaman pernah gagal, saya jadi lebih berani

menghadapinya… Gagal kali pertama tidak membuatkan saya putus asa…

Buat kali kedua saya dan isteri merancang satu lagi usaha. Pastinya kali ini kami lebih

  bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah gagal kali kedua. Kamilakukan usaha itu bermula dari bawah, langkah demi langkah hinggalah mendapat

 peluang kerja yang pertama. Semua itu dilakukan tanpa mengambil jalan tengah. Pada

saya bermula dengan kesukaran lebih nikmat hasilnya berbanding mendapat sesuatu

dengan cara yang tidak baik.

Apa yang pasti berjaya dalam hidup tidak semudah seperti yang dilihat. Cuba ajukan

 pertanyaan kepada orang yang pada hari ini berjaya dan hidup atau kerjayanya. Tanyalah

 berapa kali dia pernah gagal sebelum berjaya… dan kalau orang berkenaan mengatakandia telah melalui jalan yang mudah untuk berjaya, tanyalah adakah dia telah bersedia

menghadapi kegagalan?

Atau pernah tidak anda berfikir yang anda tidak kisah jika gagal melakukan sesuatu.

Alasan yang diberikan, itu semua dilakukan kerana suka-suka sahaja. Maka tidak kisah

 jika gagal sekalipun. Ingin saya kongsikan di sini, dalam hidup ini tidak ada tindakanyang disebabkan oleh ’sekadar suka-suka’. Maknanya, setiap tindakan mempunyai

 penyebab yang menentukan bentuk dan kadar kekuatannya. Saya percaya bahawa tingkah

laku atau perbuatan kita juga memiliki sifat seperti itu. Contohnya kenapa kita hendak menyertai contest  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan di blog saudara

DenaiHati? Mungkin tidak semua menyertainya untuk mendapatkan hadiah yang

ditawarkan. Ada yang menyertainya hanya untuk melihat ranking blognya di enjin carianGoogle berdasarkan keyword berkenaan, melihat bagaimana dia mengadaptasi kemahiran

SEO, berkongsi pengalaman, berkongsi motivasi dan sebagainya. Maknanya setiap apa

yang kita lakukan mempunyai pendorong dan sebab tertentu.

Dari mana datangnya, di sana ia akan kembali

Syukur alhamdulillah, berkat kesabaran dan pengalaman beberapa kali pernah gagal,

hidup saya pada hari ini boleh dikatakan cukup selesa bagi saya. Memanglah tidak 

semewah mana, tapi bolehlah menampung segala keperluan keluarga.

 Namun kesenangan itu tidak menjadikan saya leka kerana saya tahu segala apa yang kita

 peroleh di dunia ini adalah untuk sementara. Tiada harta yang kekal melainkan amalibadah, ilmu yang dicurahkan dan anak yang akan menyambung generasi kita. Mungkin

sebab itulah saya tidak pernah kedekut untuk berkongsi apa yang saya miliki.

Page 5: Hidup Berani Untuk Gagal

8/14/2019 Hidup Berani Untuk Gagal

http://slidepdf.com/reader/full/hidup-berani-untuk-gagal 5/5

Bukan berniat untuk angkuh atau memuji diri, tapi mungkin ada keluarga dan rakan-

rakan yang cukup kenal dengan saya. Mintalah bantuan dalam apa bentuk sekalipun,

wang ringgit, tenaga, ilmu (jika saya mampu). Semua itu diberikan atas niat ikhlas dansaya anggap sedekah. .. dan InsyaAllah, amalan ini akan sentiasa diteruskan selagi ada

kemampuan dan masih mendapat keizinanNya.

…dan jika ditakdirkan suatu hari nanti apa yang saya miliki pada hari ini sampai masanya

ditarik balik, saya tidak akan putus asa untuk memulakannya dari awal sama seperti yang

  pernah saya lakukan sebelum ini walaupun mungkin kali ini lebih teruk daripadasebelumnya…

Semoga Kegagalan tidak membuatkan kita kecewa…

HIDUP HARUS TERUS BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN

Penulisan asal boleh diperoleh di:

http://kulanzsalleh.com/hidup-berani-untuk-gagal