herman bin hasim - ssw384.doc

11
Running Head: Herman Bin Hasim - SSW384 1 Pengaruh Kerohanian Terhadap Tingkah Laku Manusia Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara yang berlawanan dengan jasmani, iaitu bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat seseorang. Menurut Wikipedia (2015), Kerohanian merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Dalam maksud yang lebih luas, kerohanian membawa maksud semangat intrinsic yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Namun, kerohanian sering dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik. Dalam segi agama, kesucian rohani amat ditekankan. Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan barulah kebaikan individu itu sendiri. Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti keyakinan terhadap tuhan, kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat dan berbudi perkerti mulia. Berdasarkan kepada agama Islam, kerohanian dan

Upload: erman-hayyani

Post on 02-Feb-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

Running Head: Herman Bin Hasim - SSW384 1

Pengaruh Kerohanian Terhadap Tingkah Laku Manusia

Menurut Kamus Dewan (1998) rohani bermaksud batin yang berkaitan dengan roh,

rohaniah atau jiwa. Rohani merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani, iaitu perkara

yang berlawanan dengan jasmani, iaitu bukan berbentuk fizikal dan tidak dapat dilihat dengan

mata kasar kepada sifat dalaman yang melibatkan semangat seseorang. Menurut Wikipedia

(2015), Kerohanian merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Dalam maksud

yang lebih luas, kerohanian membawa maksud semangat intrinsic yang dipunyai oleh segala

jirim di dunia. Namun, kerohanian sering dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang

melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik.

Dalam segi agama, kesucian rohani amat ditekankan. Kesucian rohani membawa maksud

keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan barulah kebaikan

individu itu sendiri. Kerohanian merangkumi aspek-aspek seperti keyakinan terhadap tuhan,

kepercayaan kepada agama, kemantapan jiwa, penghayatan nilai-nilai murni dan norma

masyarakat dan berbudi perkerti mulia. Berdasarkan kepada agama Islam, kerohanian dan

amalan kerohanian dalam agama Islam tidak boleh dipisahkan. Pada umumnya kerohanian Islam

merupakan ilmu tasawuf dan juga berkaitan dengan tasawuf seperti Tarikat. Ilmu tasawuf adalah

ilmu yang menjelaskan tata cara pengembangan rohani manusia dalam rangka usaha mencari dan

mendekati diri kepada Allah. Dalam ayat terminologis, ilmu tasawuf merupakan suatu cabang

dari ilmu keislaman yang lebih menekankan pada tujuan pembersihan diri melalui penerapan

ajaran-ajaran akhlak secara sistematis dan peresapan nilai-nilai agama secara bathiniyah.

Akhlak dalam erti terbatas ialah sejumlah tindakan yang baik, etis, bersifat ikhtiyari dan

pelakunya patut dipuji. Dalam erti luas akhlak merupakan segala tindakan yang baik yan

mendatangkan pahala bagi orang yang mengerjanya atau tindakan yang didasarkan pada perintah

Page 2: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

2

syara, yang wajib ataupun sunnat, yang haram ataupun makruh. Oleh itu, seseorang yang

berakhlak merupakan seseorang yang taat beragama.

Pengaruh kerohanian terhadap tingkaklaku manusia untuk kearah yang harmoni dan baik.

Dengan penerapan kerohanian dalam ilmu, manusia akan menimbulkan rasa takut kepada Allah

S.W.T. Menurut al-Ghazali, beliau menjelaskan fungsi ilmu sebagai pembekalan kepada hati,

dan manfaat yang akan dicapai oleh seseorang kepada rohaninya daripada bekal ilmu itu adalah

amalan salih. Kerohanian yang berhubung kait dengan ilmu ialah kelebihan ilmu apabila mampu

membawa rasa takut kepada Allah. Ini kerana dengan ilmu, seseorang dapat mengenali Allah,

beibadah dan mengagungkanNya, serta membuahkan taat dan menghalangi maksiat. Dengan

penerapan kerohanian dalam ilmu, manusia akan bertakutan dengan Allah dan akan

mengelakkan perbuatan yang tidak baik seperti mencuri, merompak, menagih dadah dan

sebagainya. Penerapan kerohanian dalam manusia boleh mewujudkan keimanan yang kuat dalam

diri manusia.

Selain itu, amalan kerohanian juga boleh diterapkan melalui keyakinan dengan Tuhan.

Dengan penerapan ini juga boleh membawa pengaruh kepada tingkahlaku manusia yang tidak

baik. Manusia akan mengelakkan diri daripada perbuatan yang jahat. Dalam keyakinan, adalah

penting bagi seseorang untuk memahami dengan penuh keyakinan tentang makna dan isi

kandungan syahada bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad

itu pesuruh Allah, kerana keyakinan ini dapat mendorong seseorang untuk mendukung sunnag

disamping terpelihara dari pengaruh golongan sesat. Dengan keyakinan ini mengandungi tentang

Page 3: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

3

kewujudan zat, sifat dan segala perbuatan Allah dan keyakinan tentang kenenaran Rasul

termasuk keyakinan kepada semua perkara yang didengar melalui pengajaran agama iaitu

samiyyat seperti pengumpulan dan kebangkitan sesudah mati, pertanyaan Munkar dan Nakir,

azab kubur, neraca, titian, syurga dan neraka. Persoalan iman dan keyakinan mempunyai kesan

kepada rasa taat di dalam hati manusia. Dengan ini, keyakinan menjadi dorongan bagi manusia

untuk beibadah dengan Allah dan yakin terhadap pembalasan Allah.

Amalan kerohanian yang diterapkan melalui ibadah juga boleh mempengaruhi

tingkahlaku manusia. Dalam hikmah bersuci, menurut al-Ghazali, Allah menganugerahkan

ibadah kepada hamba-hambahnya dengan kebersihan dan menjadikan air untuk mensucikan

aspek zahir. Menurut beliau, terdapat empat tingkatan bersuci yang harus dihayati iailah

mensucikan anggota zahir dari hadas, kotoran dan benda yang menjijikkan, mensucikan anggota

badan dari segala perbuatan jahat dan dosa, mensucikan hati dari segala pekerti yang tercela atau

sifat-sifat rendah terkutuk dan mensucikan rahsia hati atau batin dari sesuatu yang laiun selain

dari Allah. Dengan penerapan amalan kerohanian pada diri manusia, manusia akan menghindari

diri daripada perbuatan jahat dan sifat-sifat rendah untuk menyucikan diri sendiri. Manusia akan

selalu mengingat bahawa semua yang jijik atau kotor pada batiniah manusia wajib dibersihkan,

adalah lebih banyak berbanding dengan mensucikan aspek zahir manusia.

Pengaruh kerohanian membawa seseorang untuk mentaati agamanya, dalam agama Islam

seseorang akan sentiasa untuk mengingati hikmah solat dan puasa. Solat boleh memberikan

kesan besar kepada kesejahteraan kerohanian seseorang kerana ia tunggak keyakinan. Selain itu,

solat juga merupakan jalan utama untuk mendekati diri kepada Allah. Untuk menghasilkan solat

Page 4: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

4

yang bernyawa semuanya bermula dari azan, takbir, penyempurnaan rukun termasuk rukuk,

sujud, tasyahhud, solat fardu dan sunat, solat secara berjamaah, kesemuanya mengandungi rahsia

tersendiri untuk tujuan pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi manusia. Dengan itu,

khusyuk secara ringkasnya terhasil dari iman dan keyakinan kerana faktor-faktor sperti

memahami apa yang div\baca di dalam solat, mengagungkan Allah dan takut kepadaNya kerana

mengenal dan merasakan kehebatan kekuasaanNya. Manusia juga akan berasa malu kerana

mengetahui kelemahan dan keaiban diri, bahawa hawa nafsu, kurang keikhlasan, kekotoran batin

kerana, manusia hanya mengejar kepada kebahagiaan yang segera di dunia, Solat dalam bentuk

dimaksudkan didalam al-Quran dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan jahat. Puasa

juga sebagai pencegah dari gangguan hawa nafsu, mengukuhkan kerohanian dan

mententeramkan jiwa. Ia mempunyai tiga tingkatan yang mana semakin tinggi tingkatan puasa

seseorang, semakin tinggi tingkatan kerohanian dan peribadi luarannya.

Aspek kerohanian juga merujuk kepada etika. Hal ini kerana semua etika dan peraturan

dalam kehidupan mesti dirujuk dan berdasarkan kepada agama. Etika yang berdasarkan kepada

agama termasuk segala adab, keperibadian dan cara-caranya. Antara aspek yang mempengaruhi

kerohanian seseorang adalah apa yang seseorang makan, dengan siapa ia bergaul dan bagaimana

perilaku pancainderanya selain daripada aspek ibadah khusus. Dengan mengikut adab makanan

yang betul, manusia boleh membentuk sifat-sifat baik dan menghapuskan sifat-sifat tidak baik

manusia contohnya malas, berlengah-lengah dan tanduk kepada hawa nafsu. Kesederhana dalam

segi kuantiti makanan yang diambil akan menjamin keringan tubuh badan dan kecergasannya

Page 5: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

5

untuk menambahkan kebajikan dan amal. Dengan ini, pengamalan adab yang betul dapat

mengubah tingkahlaku seseorang manusia.

Kerohanian dari segi adab pershabatan mengikut cara yang diperintahkan oleh syarak,

akan mendekatkan diri pengamalnya kepada Allah sebagai satu ketaatan, sebagai manifestasi

dari penyesuaian dan bersefahaman serta jauh dari keburukan budi, saling memarahi, saling

berdengki dan memusuhi. Seseorang yang mengamalkan amalan kerohanian merupakan seorang

yang boleh mengawal nafsu diri. Mereka akan mengelakkan berlaku anak luar nikah dan berzina.

Oleh itu, kerohanian merupakan sesuatu amalan yang memandu tingkahlaku manusia kearah

yang baik.

Kerohanian juga dapat dipraktikan melalui pembentukan akhlak. Menurut al-Ghazali

(1988), akhlak dan budi pekerti pada hakikatnta menerangkan atau menjelaskan tentang keadaan

dalam jiwa. Akhlak yang baik merupakan seorang yang sihat dari segi jiwa rohani. Manakala

seseorang yang lemah dari sudut akhlak merupakan kesan daripada penyakin hati. Menurut al-

Ghazali, setiap orang mempunyai penyakit hati yang perlu diubati dengan segera. Hal ini kerana

penanguhan penyakit atau masalah akan menyebabkan masalah jadi lagi serius. Ia terbahagi

kepada empat aspek yang sangat mempengaruhi akhlak iaitu kekuatan ilmu, kekuatan marah,

kekuatan nafsu syahwat dan kekuatan keadilan. Akhlak merupakan suatu tindakan yang baik

berdasarkan syara, akhlak juga mnerupakan sesuatu tindakan ikhtiyari yang patut dipuji. Akhlak

merupakan buah dari keimanan, bersifat fithri, akhlak bersifat taabudi. Bagi memperkuatkan

akhlak, manusia harus memantapkan keimanan, memiliki penetahuan agama yang cukup dan

benar, memiliki falsafah hidup yanmg baik dan yang sesuai dengan ajaran Islam. Manusia yang

Page 6: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

6

mampunyai akhlak yang kuat merupakan orang yang memiliki lingkungai pergaulan yang baik,

seorang yang berwawasan dan sifat-sifat baik.

Kesimpulannya, pengaruh kerohanian terhadap tingkahlaku manusia adalah positif.

Manusia yang mengamalkan amalan kerohanian merupakan manusia yang berdisiplin,

berwawasan dan mempunyai sifat-sifat baik pada dirinya. Dengan pengamalan kerohanian dalam

hidup, kerharmonian masyarakat dapat diwujud.

Rujukan

Al-Ghazali. (t.t). Mishkat Al-Anwar. 1974: Terjemahan Abdul Majid Khatib. Kelantan Pustaka.

Kamus Bahasa Melayu. (2015, Mei 20). Didapatkan dari Gerbang Maya Dewan Bahasa dan

Pusaka Malaysia: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kerohanian

Kerohanian. (2015, Mei 20). Didapatkan dari Wikipedia Ensiklopedia Bebas:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerohanian

Majid, M. Z. (2006). Penghayatan Agama Sebagai Paksi Melayu Glokal. Konvensyen Melayu

Glokal (hlm. 01-05). Kuala Terengganu: Terengganu Development Institute.

Siti Sarawati bt. Hj. Johar & Ishak b. Mad Shah. (2011). Kecerdasan emosi ketua dalam elemen

tadbir urus insan dari perspektif model kerohanian Imam al-Ghazali. International

Management Conference (IMaC2011) (hlm. 01-20). Kuala Terengganu: Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia.

Page 7: Herman Bin Hasim - SSW384.doc

PENGARUH KEROHANIAN TERHADAP TINGKAH LAKU MANUSIA

7