hem proses kerja sifar ponteng

12

Click here to load reader

Upload: chegu-jamal

Post on 28-Sep-2015

366 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

proses kerja unit hem dan unit bimbingan dan kaunseling

TRANSCRIPT

SIFAR PONTENG

1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1.1 MATLAMATProgram operasi ponteng sekolah ini bertujuan memberi kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya menangani gejala ponteng sekolah secara efektif dan terancang.

1.2 OBJEKTIF Menggalakkan murid datang ke sekolah. Mengelakkan berlaku gejala negatif. Menyemai sikap menghargai masa. Menyedarkan ibu bapa/ penjaga murid tentang gejala ponteng dalam kalangan anak mereka.

2.0 DEFINISI PONTENG SEKOLAH Ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang munasabah.

3.0 KATEGORI PONTENG SEKOLAH Pelajar tidak hadir kesekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahun ibu bapa / penjaga. Pelajar tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan Ibu bapa. Pelajar ke sekolah dengan berpakaian sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah Ini di luar pengetahuan ibu bapa Kumpulan pelajar ponteng. Murid yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal untuk ke sekolah. Murid yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti panjang atau cuti umum.Kategori ponteng ini merupakan kategori yang berisiko tinggi yang cenderung ke arah penglibatan dalam gejala sosial.

4.0 SENARAI BORANG-BORANG YANG DIPERLUKAN OLEH PK HEM

(Nota : Senarai di bawah merupakan di antara contoh-contoh borang yang diperlukan. PK HEM dicadangkan menambah senarai lain-lain jenis borang mengikut kesesuaian sekolah)4.1 Borang-Borang Berkaitan Tidak Hadir1. Borang Rekod Kehadiran Harian (HEM 01)2. Borang Rumusan Murid Tidak Hadir Harian (HEM 01A)3. Borang Rekod Harian Murid Tidak Hadir (HEM 02)4. Borang Rekod Panggilan Telefon (HEM 03)5. Borang Rekod Lawatan (HEM 04)6. Borang Rekod Kerja Sekolah (HEM 05)

4.2 SURAT-SURAT TINDAKAN TIDAK HADIR SEKOLAH1. Surat Amaran Pertama2. Surat Amaran Kedua3. Surat Amaran Terakhir4. Surat Makluman Buang Sekolah

Senarai Rujukan : Surat Pekeliling Ikhtisas / Undang-Undang / Peraturan-Peraturan Ponteng Sekolah

BilPerkaraTarikh /Tahun dikeluarkanTajukCatatan

1SPI Bil. 6/19955 September 1995Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah

2Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)1996Undang-Undang Pendidikan

3Garis Panduan Masalah ponteng1994Tindakan-Tindakan Yang Perlu Diambil Bagi Menangani Masalah Ponteng.

5. ANTARA FAKTOR YANG DIKENAL PASTI MENYEBABKAN MURID MURID PONTENG SEKOLAH

5.1 INDIVIDU Malas Bekerja Tiada minat belajar Rasa rendah diri

5.2 PERSEKITARAN Pengaruh rakan sebaya / rakan tua Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin Ikatan kejiranan yang longgar Tarikan kafe siber / pusat beli-belah

5.3 KELUARGA Keluarga kurang prihatin Kurang pengawasan Gaya hidup dalam keluarga Kemiskinan Pengangkutan

5.4 SEKOLAH Kurang pengawasan pentadbir Persekitaran dan iklim sekolah Pengurusan disiplin kurang cekap Kurang intervensi terhadap kes ponteng

BIDANG : PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Proses Kerja 1 | Menangani Masalah Tidak Hadir Sekolah

BilProses KerjaPegawai yang meluluskan/dirujukUndang-Undang & Peraturan

1.Terima Borang Tidak Hadir(HEM 01)PK HEM /Guru BertugasSurat Pekeliling SPI Bil. 6/1995 & Garis Panduan Menangani Ponteng

2.Rekodkan maklumat kehadiran dari Borang HEM 01 ke dalam Borang Rumusan.(HEM 01A)PK HEM /Guru Bertugas

3.Rekod nama murid yang tidak hadir serta jumlah hari tidak hadir sehingga kini ke dalam Borang Rekod Harian.(HEM 02)PK HEM /Guru Bertugas

4.Ambil tindakan susulan dengan menelefon/mengahantar surat kepada ibu bapa murid berkenaan.PK HEM/Guru Bertugas/Pembantu Am Pejabat

5Rekodkan panggilan telefon kepada ibu bapa ke dalam Borang Rekod Panggilan Telefon. (HEM 03)GPK HEM /Guru Bertugas

6.Adakan lawatan ke rumah murid untuk berjumpa ibu bapa jika tidak dapat dihubungi melalui telefon.GKP HEM/Guru Bimbingan dan Kaunseling/ Guru kelas.

7.Rekodkan sesi lawatan dan dapatannya di dalam Borang Rekod Lawatan.(HEM 04)PK HEM/Guru Bimbingan dan kaunseling

8.Sediakan senarai kerja sekolah yang perlu dilakukan oelh murid yang tidak hadir.Guru Mata pelajaran

9.Semak jumlah hari tidak hadir setiap murid yang berkenaan dan ambil tindakan susulan (selepas 3 hari).PK HEM

10.Hantar Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa murid yang tidak hadir selama tujuh hari selepas amaran pertama.PK HEM

11.Hantar Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa murid yang tidak hadir selama 7 hari selepas amaran kedua.PK HEM

12.Ambil Tindakan Buang Sekolah jika murid tidak hadir selepas 14 hari amaran terakhir dikeluarkan .Jawatankuasa Disiplin Sekolah/PPD

Proses Kerja 2 | Senarai Semak : Urusan Murid Tidak Hadir dan Ponteng

BilProses KerjaSudahBelumCatatan

1Terima Borang rekod tidak Hadir (HEM 01) dari Ketua Kelas/ Guru Kelas

2Rekodkan maklumat kehadiran dari Borang HEM 01 ke dalam Borang Rumusan (HEM 01 A)

3Rekod nama murid yang tidak hadir serta jumlah hari tidak hadir sehingga kini ke dalam Borang Rekod Harian.(HEM 02)

4Ambil tindakan susulan dengan menelefon / menghantar kepada ibu bapa murid berkenaan.

5Rekodkan panggilan telefon kepada ibu bapa ke dalam Borang Rekod Panggilan Telefon.(Borang HEM 03)

6Adakan lawatan ke rumah murid untuk berjumpa ibu bapa jika tidak dapat dihubungi melalui telefon.

7Rekodkan sesi lawatan dan dapatannya di dalam Borang Rekod Lawatan.(HEM 04)

8Sediakan senarai kerja sekolah yang perlu dilakukan oelh murid yang tidak hadir.

9Semak jumlah hari tidak hadir setiap murid yang berkenaan dan ambil tindakan susulan (selepas 3 hari)

10Hantar Surat Amaran Kedua kepada ibu bapa murid yang tidak hadir selama 7 hari selepas amaran pertama.

11Hantar Surat Amaran Terakhir kepada ibu bapa murid yang tidak hadir selama 7 hari selepas amaran kedua.

12Ambil Tindakan Buang Sekolah jika murid tidak hadir selepas 14 hari amaran terakhir dikeluarkan.

Proses Kerja 3 | Proses Kerja Ponteng Sekolah (Berturut-turut : 31 Hari)

BILPERKARATINDAKAN

1Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 3 hari secara berturut-turutGuru kelas

22.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibubapa /penjaga2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca pelajar ponteng.2.3 Memberi cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir ke sekolah.2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab.Guru kelasGuru disiplinPK HEM

33.1 Murid yang mempunyai masalah serius,akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru tingkatan seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolahGuru Bimbingan danKaunseling

4Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-6 ) hubungi ibu bapa/ penjagaGuru kelas / Guru yang diberi kuasa

5

Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 7 hari lagi (Hari ke-10 ) selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama dikeluarkan secara berterusanGuru kelas

6

6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua kepada ibu bapa / penjaga6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca murid ponteng6.3 Jika punca yang sama, ibu bapa / penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji.6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala.6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesaiGuru kelasGuru Bimbingan dan KaunselingPK HEMPengetua

7Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunselingGuru Bimbingan dan Kaunseling

8Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-13) hubungi ibu bapa / penjagaGuru kelas / Guru yang diberi kuasa

9Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan ponteng selama 7 hari secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-17 )Guru kelas

10

10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga10.2 Perbincangan dengan ibu bapa /penjaga menjelaskan tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 31 hari secara berterusan10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesaiGuru kelas

11Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunselingGuru kaunseling

12Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( hari ke-20) hubungi bapa / penjaga.Guru kelas / guru yang di beri kuasa

13Mengenal pasti murid yang ponteng selama 14 hari secara berterusan selepas surat amaran ketiga dikeluarkan ( Hari ke-31) Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan.Guru tingkatan

1414.1 Menghantar surat buang sekolah kepada ibu bapa / penjaga jika sabit kesalahan14.2 Murid diberi peluang membuat rayuan bersekolah semula.Guru kelasPK HEMPengetuaPendaftar sekolah JPNJ

15Rekod kes / Kes selesai

Proses Kerja 4 | Prosedur Kerja Salah Laku Ponteng Sekolah (Berkala : 60 Hari)

BILPERKARATINDAKAN

1Mengenal pasti murid-murid yang ponteng selama 10 hari secara bekala melalui Jadual Kedatangan Murid (JKM)Guru kelas

22.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Pertama kepada ibu bapa / penjaga2.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga untuk mencari punca murid ponteng.2.3 Memberi cadangan kepada ibu bapa bagi memastikan anak / jagaan mereka hadir ke sekolah2.4 Jika tiada masalah besar, kes dianggap selesai dan murid dianggap sebagai tidak hadir bersebab.Guru kelasGuru disiplinPK HEM

33.1 Murid yang mempunyai masalah serius,akan dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling3.2 Kehadiran murid ini akan dipantau oleh guru kelas seperti menghubungi ibu bapa / penjaga dengan segera jika murid tersebut tidak hadir ke sekolahGuru Bimbingan danKaunseling

4Sekiranya masih ponteng 3 hari lagi secara berkala ( Hari ke-13 ) hubungi ibu bapa/ penjagaGuru kelas / Guru yang diberi kuasa

5Mengenal pasti murid yang tidak hadir selama 10 hari lagi ( Hari ke-20 ) selepas amaran pertama dikeluarkan secara tidak berturut-turut melalui JKMGuru kelas

6

6.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah ; Amaran Kedua kepada ibu bapa / penjaga6.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga punca murid ponteng6.3 Jika punca yang sama, ibu bapa / penjaga dicadangkan menggunakan pendekatan yang berbeza seperti meminta murid berkenaan menandatangani surat akur janji6.4 Murid ini juga akan dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk sesi kaunseling secara berkala6.5 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesaiGuru kelasGuru Bimbingan danKaunselingPK HEMPengetua

7Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunselingGuru Bimbingan dan Kaunseling

8Sekiranya masih ponteng berturut-turut 3 hari lagi ( Hari ke-23) hubungi ibu bapa / penjagaGuru kelas / guru yang diberi kuasa

9Mengenal pasti murid yang sama melakukan kesalahan ponteng selama 20 hari secara berkala selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Kedua dikeluarkan ( Hari ke-40 )Guru kelas

10

10.1 Menghantar Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga kepada ibu bapa / penjaga10.2 Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga dan menjelaskan tindakan buang sekolah akan dikenakan, jika murid berkenaan masih ponteng selama 60 hari secara berkala10.3 Jika murid tersebut tidak lagi ponteng sekolah, kes dianggap selesaiGuru kelas

11Murid dihantar untuk sesi bimbingan dan kaunseling.Guru Bimbingan dan Kaunseling

12Sekiranya masih ponteng berkala 3 hari lagi( hari ke-43 ) hubungi ibu bapa / penjaga.Guru kelas / guru yang diberi kuasa

13Mengenal pasti murid yang ponteng selama 20 hari secara berterusan selepas Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah : Amaran Ketiga dikeluarkan ( Hari ke-60 ) Hubungi ibu bapa / penjaga murid dan nyatakan kesalahan.Guru kelas

1414.1 Menghantar Surat Buang Sekolah kepada ibu bapa / penjaga jika sabit kesalahan14.2 Murid dibenar meneruskan persekolahn jika memberi sebab yang munasabah.Guru kelasPK HEMPengetua

15Rekod kes / Kes selesai