hbss4303 antropologi topik 8 (han wei)

20
Disediakan oleh: Chin Han Wei

Upload: university-for-teachers-xd

Post on 03-Jul-2015

384 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

HBSS4303 Antropologi

TRANSCRIPT

Page 1: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Disediakan oleh:

Chin Han Wei

Page 2: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Menentukan

kedudukan

kita di

dalam

masyarakat

Terikat

kepada

sesuatu

status sosial

kerana

faktor

kelahiran

Stratifikasi

sosial

Page 3: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Menurut Max Webber,

kriteria asas untuk

mengukur

ketidaksamaan sosial

KekayaanKuasa

Status dan

prestij

Page 4: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Kekayaan

Berbeza

mengikut

masyarakat

Cth:

-masyarakat petani

ialah bilangan lembu

yang dimiliki.

-masyarakat bandar

berdasarkan gaji.

Page 5: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Kuasa

Kebolehan untuk mencapai

sebarang kejayaan biarpun

menghadapi rintangan

daripada sesiapa pun

Tidak semestinya orang yang

berkuasa itu kaya dengan

wang atau harta benda

Ilmu pengetahuan juga boleh

membari kuasa

Page 6: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Satu bentuk manifestasi kepada

ketidaksamaan sosial.

Tahap kehormatan yang

diberikan kepada seseorang

individu oleh masyarakatnya

kerana beberapa faktor

termasuk buday dan amalan.

Diukur kepada kecemerlangan

dari segi ilmu pengetahuan,

kedudukan agama dan

perkara-perkara yang tidak

semestinya bersifat kebendaan.

Status Pecahan daripada status sosial

dan ukuran kepada prestij

berbeza mengikut masyarakat.

Diukur berdasarkan pemilikan

harta yang bernilai tinggi.

Prestij

Page 7: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Tiga jenis masyarakat berdasarkan tahap

ketidaksamaan sosial

Masyarakat

berstrata

Masyarakat

berdarjat

Masyarakat

egalitarian

Page 8: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Tahap kekayaan,

kekuasaan ataupun prestij

seseorang individu tidak

akan melebihi individu

yang lain.

Ketidaksamaan sosial

tidak langsung wujud.

Biarpun sesetengah individu

dihormati dan diiktiraf kerana

kemahiran mereka

mengendalikan sesuatu tugas

seperti memburu, individu ini

tidak akan mendapat

kekayaan ataupun kekuasaan

yang melebihi individu yang

lain.

Bertapa mana tingginya

kehormatan yang

diberikan kepada

seseorang individu, dia

tidak akan memiliki apa

jua jenis kuasa untuk

mempengaruhi hidup

orang lain.

Mereka yang berstatus

rendah tidak dinafikan

hak mereka untuk

memegang peranan yang

ingin dipikul.

Page 9: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Pembahagian

kekayaan dan

kekuasaan tetap

sama rata, tetapi

ia berbeza dengan

masyarakat

egalitarian di

mana sesetengah

individu dianggap

berprestij,

berstatus dan

berpangkat.

Di dalam

masyarakat

darjat, bukan

sebarang orang

dapat menduduki

tempat berprestij.

Kebiasaannya,

tempat berprestij

ini diwarisi oleh

mereka yang

datang dari

golongan

bangsawan.

Seseorang itu

tidak akan dipilih

untuk menjadi

ketua kerana

kebolehannya,

kemahirannya

mahupun

kebijaksaannya

tetapi dia

menduduki

tempat berprestij

kerana

keturunannya.

Walaupun ketua

masyarakat darjat

memiliki status

dan keistimewaan

tertentu, mereka

tidak semestinya

lebih kaya

daripada orang

lain.

Taraf hidup

mereka tidak jauh

beza jika

dibanding taraf

hidup orang biasa.

Ketua-ketua ini

biasanya akan

menerima hadiah

pemberian

daripada orang

lain, tetapi

pemberian itu

ridak akan

digunakan utuk

diri sendiri.

Apa jua kekayaan

yang mereka

miliki, akan

diagihkan smeula

untuk kebaikan

masyarakat.

Page 10: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Berbeza daripada masyarakat darjat, dimana ketidaksamaan wujud dari segi

perbezaan status, di dalam masyarakat berstrata, ketidaksamaan ini wujud

dalam semua bentuk (kekayaan, kuasa dan status).

Ketidaksamaan ini boleh dilihat wujud daripada sudut politik, ekonomi dan

sosial.

Individu dan kumpulan dalam masyarakat berstrata dapat dibezakan dari

segi status sosial, kekayaan, cara hidup, kuasa politik dan taraf hidup.

Terdapat dua jenis masyarakat berstrata yand dibezakan menurut mobiliti

sosial:

•Masyarakat berstrata sistem kelas

•Masyarakat berstrata sistem kasta

Page 11: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Di dalam sistem kelas, wujudnya mobiliti sosial. Maksudnya

disini, banyak pergerakan berlaku sama ada ke atas atua ke

bawah tangga sosial. (dapat mengubah nasibnya untuk

mendapatkan kekayaan, kekuasaan dan prestij.

Status capaian, iaitu status seseorang individu yang berjaya

dicapai berdasarkan kelayakan atau kebolehan sendiri.

Implikasinya ialah individu yang tergolong dalam sistem kelas

mempercayai bahawa dia boleh mengawal haluan hidupnya

dan boleh mengubah nasibnya dengan berusaha ke arah apa

yang diimpikan.

Sistem kelas biasanya terdiri daripada kelas-kelas berikut:

•Kelas kapitalis

•Kelas menengah atasan

•Kelas menengah

•Kelas buruh

•Kelas bawahan

Page 12: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Kelas kapitalis terdiri daripada keluarga kaya yang berpengaruh,

CEO, dan pemilik bisnes yang besar dan mewah. Kekayaan

mereka banyak bergantung kepada aset-aset seperti saham,

bon, sekuriti, dan harta tanah. Kerana mereka memiliki cara

pengeluaran, mereka menyediakan pekerjaan dan menentukan

nasib untuk golongan masyarakat yang lain.

Kelas menengah atas terdiri daripada golongan

profesional seperti peguam, pemilik bisnes, atau mereka

yang menguruskan perbadanan yang dimiliki oleh

kapitalis. Kekayaan mereka lebih banyak bergantung

kepada gaji eksekutif yang tinggi berbanding pemilikan

aset. Kelas ini berpendidikan tinggi dan ramai yang

mempunyai ijazah dan mampu menghantar anak-anak

mereka ke institut pengajian tinggi.

Page 13: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Kelas menengah ini terdiri daripada mereka yang bekerja keras dan mempunyai

gaji yang sederhana seperti usahawan kecil, guru dan sebagainya. Mereka ini

merasai keselamatan kerja tetapi masih diancam oleh inflasi dan cukai. Dengan

menggandakan usaha, mereka mampu memperbaiki nasib mereka dan

mencapai status yang lebih tinggi.

Kelas buruh ini terdiri daripada pekerja yang melakukan tugas rutin yang

memerlukan penyeliaan seperti pekerja kilang, kerani, buruh dan sebagainya.

Mereka biasanya tidak berpendidikan tinggi dan kerana itu kurang berupaya

untuk mencapai status yang lebih tinggi. Rezeki mereka amat dipengaruhi

oleh keadaan ekonomi semasa dan mereka mungkina akan dibuang kerja jika

berlaku kemelesetan ekonomi.

Kelas bawahan ini terdiri daripada mereka yang bergelut dengan kemiskinan

kerana tidak mempunyai pekerjaan yang menjanjikan gaji yang stabil.

Kadangkala, mereka terus terkeluar daripada masyarakat kerana

pengangguran atau gejala sosial seperti dadah atau rempit. Taraf pendidikan

mereka amat rendah, dan tidak menghairankan jika ada di antara mereka

yang buta huruf.

Page 14: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Didalam sistem kasta pula, mobiliti sosial langsung tidak wujud. Keahlian

dalam sesuatu sistem kasta itu ditetapkan dari saat kelahiran lagi dan tidak

boleh diubah sepanjang hayat. Sistem kasta mengasingkan ahlinya berdasarkan

heirarki sosial yang tegar. Kasta yang berbeza tidak boleh bercampur-gaul

untuk bersosial atau berkahwin jika berlainan kasta.

Individu yang tergolong dalam sistem kasta akan mempercayai bahawa

takdirnya telah ditentukan sejak kelahirannya. Maka tidak berguna untuk

bekerja keras kerana tidak mungkin bagi seseorang itu melangkaui kastanya.

Ini yang dimaksudkan status terwaris, iaitu status yang dipegang seseorang

individu itu diwarisi daripada satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Sistem kasta yang paling mahsyur di dunia ialah sistem kasta Hindu di India.

Masyarakat India boleh dikategorikan berdasarkan varna-varna yang

dibezakan iaitu, brahmin, ksatria, vaisya, dan sudra. Setiap varna dipercayai

mempunyai tingkat kesucian dan kemurnian yang berbeza. Golongan pariah

langsung terkeluar daripada sistem kasta kerana dianggap terlalu kotor.

Page 15: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Brahmin Varna ini terdiri daripada golongan perantara agama dancendekiawan. Mereka ini dianggap paling suci di dalamsistem kasta dan memegang tugas yang lebih memerlukankuasa akal dan kebijaksanaan.

Ksatria Varna ini terdiri daripada golongan pemerintah danpendekar. Mereka memegang peranan pentadbiran danpertahanan. Politik dan peperangan merupakan arena yang dipegang oleh golongan ksatria.

Vaisya Varna ini terdiri daripada golongan petani, pedagang danpelukis. Mereka tertumpu pada sektor perniagaan, agrikultur dan penternakan haiwan. Mereka memastikanekonomi masyarakat berjalan dengan lancar.

Sudra Varna ini terdiri daripada golongan buruh. Merekamelakukan tugas untuk tiga varna teratas, tetapi masihdianggap sebahagian daripada sistem kasta.

Pariah Golongan ini tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripadakasta. Mereka ini dianggap kotor dan oleh sebab itu hanyalayak melakukan kerja yang remeh seperti mencuci tandas. Kerana ini, mereka digelar ‘the untouchables’ yakni merekayang tidak boleh disentuh.

Page 16: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Secara spiritual, kasta seseorang boleh berubah kerana agama Hindu

mengajar penganutnya tentang konsep kelahiran semula yang menyatakan

bahawa setelah seseorang mati, dia akan dilahirkan semula dalam bentuk

lain bergantung kepada kelakuan baik buruknya dalam hidup sekarang

(karma). Sekiranya seseorang itu melanggar kod etika yang bersangkutan

dengan kastanya, maka kelahiran semulanya akan terjejas.

Page 17: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Teori stratifikasi sosial

Teori fungsionalisme

Teori konflik

Page 18: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Menganggap stratifikasi sosial

menyumbang kepada

kebaikan masyarakat (berlaku

supaya masyarakat dapat

terus berfungsi)

Bagi memastikan masyarakat

itu terus kekal dan wujud,

perlu ada sistem di mana

tugas dan peranan tertentu

dijalankan oleh orang-orang

yang betul-betul sesuai untuk

memikul tanggungjawab

tersebut.

Bagi mereka yang sanggup

menanggung beban yang

berat, mereka layak menerima

ganjaran yang setimpal

dengan pengorbanan mereka.

Ketidaksamaan sosial

merupakan sesuatu yang

fungsional kerana ia bertindak

sebagai suatu mekanisme

yang mengagihkan ganjaran

dan memotivasikan pekerja

untuk melakukan yang

terbaik.

Dengan mengadakan ganjaran

yang setimpal dengan

kesukaran tugas, masyarakat

dapat menarik orang yang

terbaik untuk melakukan kerja

yang mencabar.

Page 19: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Menganggap masyarakat lebih cenderung terhadap perbalahan dan konflik.

Stratifikasi berlaku kerana mereka yang menduduki tangga sosial teratas mampu menindas

golongan bawahan menggunakan kekayaan, kuasa dan prestij.

Banyak dipengaruhi oleh Karl Max yang berpendapat bahawa sejarah memaparkan pergelutan

kelas di antara golongan borjuis yang memiliki cara pengeluaran dan golongan proletariat yang

menawarkan tenaga kerja untuk bayaran gaji.

Golongan borjuis mempunyai pengaruh yang besar ke atas pemikiran golongan proletariat

kerana ia mengawal institusi sosial seperti sekolah, kilang, kerajaan dan media massa.

Page 20: HBSS4303 Antropologi Topik 8 (han wei)

Borjuis menggunakan kuasa mereka untuk menyakinkan golongan proletariat bahawa

ketidaksamaan sosial yang berlaku merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kononnya, sesiapa dapat menjadi kaya-raya jika mereka berusaha dengan gigih.

Apabila proletariat menerima keadaan seperti yang sedia ada, ini bermakna mereka berada

dalam keadaan kesedaran kelas palsu kerana telah termakan janji-janji palsu golongan

kapitalis.

Selagi mana golongan proletariat menerima ideologi kapitalis,selagi itu ketidaksamaan sosial

akan terus wujud.