hbmt1203 teaching of pre-school mathematics
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Kepelbagaian teori pembelajaran kognitif memainkan peranan yang amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi kanak-kanak seawal peringkat prasekolah. Kajian
tentang Matematik pada peringkat ini sering dibina atas pengalaman pra-nombor murid yang
menyediakan asas bagi membina konsep nombor awal dan asas untuk pembelajaran kemahiran
seterusnya.
Tugasan ini akan membincangkan implikasi beberapa teori pembelajaran kognitif (seperti
Piaget, Bruner, Dienes, Vygotsky) yang akan memberi kesan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik di peringkat pra-sekolah bagi dua topik yang dipilih.
Pengenalan ringkas tentang senario tugas:
(i) Definisi atau penjelasan mengenai pengalaman / kepentingan pra nombor
(ii) peranan teori pembelajaran kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
prasekolah / awal.
Penerangan mengenai konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti:
Penjelasan konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti dan kerelevanan contoh yang
digunakan berdasarkan dua topik yang dipilih berkenaan dua teori pembelajaran yang dipilih.
Kena nyatakan apakah konsep pra-nombor utama yang dikenal pasti, apakah dua topik yang
dipilih dan apakah dia teori pembelajaran yang dipilih.
Cadangan untuk membantu murid mencapai penguasaan baik konsep-konsep pra-nombor
untuk topik yang dipilih:
(a) Strategi …
(b) aktivit …
(c) Sumber …
(d) contoh, etc. (tidak semestinya disusun dalam order ini tetapi writeup mesti mengandungi
unsur-unsur ini. Apa yang dicadangkan kena disokong dengan teori pembelajaran yang
telah dipilih.
Perbincangan:
Implikasi teori-teori pembelajaran yang dipilih dengan merujuk kepada topik-topik yang dipilih.
Pandangan guru-guru matematik yang lain dinyatakan dengan sangat jelas.
Rumusan
(a) Tinjauan literatur
- Kajian literatur merupakan satu bahagian penting dalam laporan kajian atau
penyelidikan (tesis) yang perlu ditulis oleh penyelidik yang menjalankan penyelidikan
itu. Tetapi dalam assignmen ini, walaupun frasa "kajian literatur' digunakan dalam
kriteria pemarkahan, saya percaya apa yang diperlukan ialah hanay mencari 'literatur
sokongan' untuk menyokong pandangan anda (lihat sebahagian soalan yang saya petikkan
di bawah:
Mencari literatur sokongan yang relevan dari pelbagai sumber dan termasuk
pandangan guru-guru Matematik berpengalaman mengenai implikasi yang
dibangkitkan dalam perbincangan anda;
Apa yang anda perlu buat ialah mencari literatur (bukti-bukti) untuk menyokong
implikasi yang anda nyatakan dalam perbincangan anda. Bukti-bukti boleh dicari dari
tesis atau laporan kajian yang diterbitkan, atau daripada makalah yang diterbitkan di
Internet, atau daripada buku-buku.
Contohnya, jika anda katakan satu implikasi teori pembelajaran kognitif Piaget terhadap
pengajaran dan pembelajaran matematik prasekolah ialah ABC, maka anda kena cari
bukti daripada sumber-sumber yang saya nyatakan di atas untuk menyokong pandangan
anda (iaitu implikasi teori P&p Piaget ialah ABC).
(b) Rekod yang sangat jelas tentang pandangan guru-guru matematik yang lain;
(kena pastikan ringkasan idea yang sangat baik dalam bentuk bertulis dan grafik.)
Kesimpulan:
Kesimpulan ringkas mengenai implikasi teori-teori pembelajaran ke atas pengajaran dan
pembelajaran matematik pra-sekolah.
Rujukan:
rujkan dalam Format APA
Lampiran:
…