hbml4203 sept 2010 kesusasteraan a

14
 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003 1.0 PENDAHULUAN Ker tas kerja ini adalah membent angkan Sejara h dan Per kembangan Kes usa ste raa n Melay u. Dengan harapan Sejarah Perkembangan Kesusteraa n Melay u dapat difahami secara ringkas tetapi lengkap dan padat. 1.1 PENGENALAN KESUSASTERAAN Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit) Su - indah, baik, lebih berfaedah Sastera - huruf atau buku Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya. Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah. sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya  Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hur ufiahnya, per kat aan kes usa ste raa n ber mak sud "kum pulan buku-buku yang ind ah  bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupa kan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepata h yang indah-inda h yang sebenarny a  juga merupakan kesusasteraan.

Upload: kamaljqa3002

Post on 03-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 1/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini adalah membentangkan Sejarah dan Perkembangan Kesusasteraan

Melayu. Dengan harapan Sejarah Perkembangan Kesusteraan Melayu dapat difahami

secara ringkas tetapi lengkap dan padat.

1.1 PENGENALAN KESUSASTERAAN

Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)

Su - indah, baik, lebih berfaedah

Sastera - huruf atau buku

Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.

Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan

mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah. sosial yang secara modifikasi

meresap masuk ke dalam karya Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi

hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah

 bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh

dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau

tidak.

Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan

dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk 

kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar 

muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula

akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya

 juga merupakan kesusasteraan.

Page 2: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 2/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

TRADISIONAL

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama

iaitu :

i. Prosa Melayu Tradisional

ii. Puisi Melayu Tradisional

2.1 Prosa Melayu Tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas

kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukannaratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada

lisan atau tulisandikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai

kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam

karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk 

lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu

 boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

i. Naratif 

ii. Bukan naratif 

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi

iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga

genre yang utama iaitu:

i. Mitos

ii. Legenda

iii. Cerita rakyat

Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang,

cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan. Sementara itu naratif tulisan terbahagi

Page 3: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 3/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

kepada lima genre iaitu:

i. Sastera sejarah

ii. Sastera hikayat

iii. Sastera sastera panji

iv. Sastera kepahlawanan / epik 

v. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

i. Sastera undang-undang

ii. Sastera kitab

iii. Sastera ketatanegaraan

iv. Kepustakaan ilmu tradisional

Penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam tajuk penghayatan prosa

tradisional.

2.2 Puisi Melayu Tradisional 

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di

Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan

sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba

disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang

nyata. Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:

i. Naratif 

ii. Bukan naratif 

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :

i. Pantun

ii. Gurindam

iii. Endoi

Page 4: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 4/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

iv. Rejang

v. Dikir/Zikir 

vi. Rubai

vii. Nazam

viii. Masnawi

ix. Ghazal

x. Berzanji

xi. Qit'ah

xii. Seloka

xiii. Teromba

xiv. Talibun

xv. Peribahasa berangkap

xvi. Mantera

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU

MODEN

Kesusasteraan Melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal. Pada peringkat awal memanglah

 pengarang-pengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera. Akan

tetapi apabila masyarakat bertambah  maju muncullah pengarang-pengarang yang

mengambil berat mutu-mutu karya mereka. Novel, sajak, cerpen dan drama

adalah genre sastera yang bermodelkan genre-genre sastera barat. Kesusasteraan

dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang mengumpul

segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual

menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi,

 budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap

masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian

ilmu, termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.

Page 5: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 5/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel, cerpen, drama, sajak,

 biografi dan kritikan sastera.

4.0 BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU

4.1 KESUSASTERAAN LISAN.

Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. Dikenali juga sebagai sastera rakyat. contoh sastera lisan berbentuk cerita:

i. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )

ii. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )

iii. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )

iv. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )

v. cerita penglipurlara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

4.1.1 PERIBAHASA

Ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian

yang tertentu (Kamus Dewan). juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah. contoh :

‘biar mati anak jangan mati adat’.

4.1.2 PANTUN

sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap

(dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi

maksudnya (Kamus Dewan).

Page 6: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 6/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

4.1.3 MANTERA

Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan

 penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)

4.1.4 TEROMBA

Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).

Merupakan susunan kata-kata adat.

4.1.5 GURINDAM

Sejenis bentuk puisi terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.

(Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama

tadi.. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Jenis-jenis gurindam :-

i. Gurindam serangkap dua baris

ii. Gurindam serangkap empat baris

iii. Gurindam bebas

4.1.6 SELOKA

Kamus Dewan : seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka,

dll). Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.Bentuk puisi lama

yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah sama

ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai

 pembayang.

Page 7: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 7/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Contoh seloka tiada pembayang:

Sudah bertudung terendak Bentan,

Dengan siapa saya sesalkan,

Sudah untung permintaan badan,

Pagar siapa saya sesarkan.

4.1.7 TEKA-TEKI

Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar 

atau rumit yang jawapannya harus diduga, soalan untuk menduga akal.

Contoh teka-teki:

Kalau tuan muda teruna,

Pakai seluar dengan gayanya,

Kalau tuan bijak laksana,

Biji di luar apa buahnya ?

4.2 KESUSASTERAAN TULISAN

Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada

awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat

 pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang

Tuah dan Sejarah Melayu. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan

tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang

Kancil. Sastera tulisan berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.

Page 8: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 8/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

4.2.1 NOVEL

Menurut Kamus Dewan, novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya

 panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut

Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup

manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk melahirkan satu

 persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti

 Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :

 Novel Perwatakan

 Novel Psikologi

 Novel Peristiwa

4.2.2 CERPEN

Cerita pendek (Kamus Dewan). Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan

satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)

Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.

4.2.3 DRAMA

Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’

 berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’

4.3 SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA

4.3.1 ESEI

Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek 

daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.

Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.

Page 9: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 9/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

4.3.2 SAJAK 

Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan

dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk 

dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.

4.3.3 KRITIKAN SASTERA

Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.

Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sendiri. Pertimbangan dan

 penilaian terhadap karya–karya sastera akan diperkuat dengan alasan–alasan yang

munasabah.

4.3.4 FUNGSI KRITIKAN SASTERA

1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.

2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan

menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.

3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang

tidak baik.

4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya

sasteranya dengan pembaca.

5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.

6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat

membaca.

5.0 ALIRAN-ALIRAN DALAM PENULISAN SASTERA

Page 10: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 10/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

5.1 Klasikisme

Classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada tamadun berkenaan sebagai

modelnya. Sumber lain mentakrifkan klasik sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan

yang diakui dan tidak diragukan. Jika dirujuk kepada kesusasteraan, klasik bererti karya

yang tinggi nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya sastera zaman kuno yang

 bernilai kekal. Klasikisme bererti peniruan langgam seni (kebudayaan mahupun

kesusasteraan) Yunani dan Romawi kuno, yang ditandai dengan pengutamaan bentuk,

kesederhanaan dan penguasaan emosi seperti yang berlaku pada abad ke-18 Masihi.

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan bahawa klasikisme merupakan satu

aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa karya sastera mestilah mengutamakan

 bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat mementingkan nilai yang

terkandung di dalam sesebuah karya. Sehubungan itu, pengarangnya patuh kepada

Page 11: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 11/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

konvensi sastera yang sedia ada, tidak kira sama ada prosa mahupun  puisi. Jika karya itu

serangkap pantun misalnya, konvensi pantun mesti dipatuhi, isinya telah dikenal pasti,

dan matlamatnya juga telah ditentukan.

5.2 Romantisisme

Aliran penulisan karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep itu muncul di

Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran

manusia terbatas. Oleh sebab itu, intuisi (gerak hati) diperlukan untuk menanggap rahsia

alam ini. Tafsiran sedemikian dikaitkan dengan karya yang bergelumang dengan

 perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan romantis, sedih dan pilu (melankolis)

terhadap orang yang dikasihi. Namun demikian, perasaan tersebut tidak terhad kepada

kekasih sahaja malahan juga kepada negara dan Tuhan.

5.3 Realisme

Aliran penulisan karya sastera ini menumpukan perhatian kepada gambaran atau

 penggemblengan isu masyarakat dan muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia dan

Singapura, aliran ini diamalkan oleh pengarang dan penyair ASAS 50. Kesemuanya

memperjuangkan keadilan sosial. Oleh sebab itu, persoalan utama yang melatari karya

mereka ialah isu kemasyarakatan. Antaranya ialah  darurat, ketidakadilan sosial, politik dannasionalisme.

Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis,

muncul satu cabang baru dalam realisme, iaitu realisme sosialis. Para pengarang yang

 berpegang kepada cabang realisme ini memberi kemenangan kepada golongan miskin

dan tertindas. Di Malaysia, Kassim Ahmad menulis kritikan sastera berasaskan realisme

sosialis.

5.4 Naturalisme

Pada peringkat awal, aliran penulisan karya ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan yang

terhasil menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya. Apabila aliran ini

dibawa masuk ke dalam penghasilan karya sastera, para penulis yang mendukunginya

Page 12: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 12/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam masyarakat,

terutamanya kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Penggemblengan aliran ini

kita temui di dalam kumpulan cerpen yang berjudul  Dua Zaman. Harus diingat bahawa

cerpen yang terkumpul dalam kumpulan tersebut dihasilkan oleh penulis ASAS 50.

5.5 Absurdisme

Aliran penulisan karya ini lahir sesudah eksistensialisme. Manusia seolah-olah

kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Situasi tersebut membentuk 

kekosongan dalam jiwa manusia, tidak terkecuali jiwa para pengarang. Dengan demikian,

muncullah keluh-kesah di dalam jiwa pengarang. Lalu muncullah karya-karya yang

 bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.

5.6 Surealisme

Surealisme muncul di dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan

 psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Karya-karya yang

mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia,

iaitu aspek bawah sedar.

5.7 Keislaman

Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemik sastera Islam. Menurut aliran

ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Di samping itu, karya yang

terhasil perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan

ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.

6.0 UNSUR-UNSUR DALAM KESUSASTERAAN. 

Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu :

a. Intelek.

• Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah

Page 13: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 13/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

Karya sastera.

a. Emosi.

• Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan sastera.

a. Imaginasi.

• Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang terhadapsatu-satu benda dan peristiwa.

a. Teknik.

Merangkumi cara pengarang menyusun peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata,

mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya, meletakkan adengan-adengan dalamlakonannya dan lain-lain.

7.0 kesimpulan

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia

adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang

dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Rujukan

Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”. Dewan

Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11

http://clubitacom.com/topics/definisi-kesusasteraan.html

http://clubitacom.com/topics/sejarah-dan-perkembangan-kesusasteraan-melayu.html

Page 14: HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

7/29/2019 HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan A

http://slidepdf.com/reader/full/hbml4203-sept-2010-kesusasteraan-a 14/14

 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU  AZMI BIN ARAZAD 651101016431003

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Pendekatan pengajaran penulisan wacana oleh Raimes 1

2.1 Pendekatan Terkawal 2

2.2 Pendekatan Bebas 3

3.0 Pendekatan Pengajaran : Penulisan karangan Bergambar Secara

Berpandu.

3.1 Kaedah Bergambar 5

4.0 Aktiviti Menulis Karangan Bergambar 

4.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran 6

Langkah 1 6

Langkah 2 7

Langkah 3 8

Langkah 4 8

Langkah 5 9

5.0 Rumusan 9

6.0 Rujukan 11