hbml 3103

Upload: noormazrita-azam

Post on 03-Jun-2018

291 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 HBML 3103

    1/19

    0

    SARJANA MUDA PENGAJARAN

    (PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN

    JAN / 2014

    HBML 3103

    PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

    NO. MATRIKULASI : 771228115134001

    NO. KAD PENGNEALAN : 771228115134

    NO. TELEFON : 0139264959

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA TERENGGANU

  • 8/12/2019 HBML 3103

    2/19

    1

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    1.0 Pengenalan 1-2

    2.0 KONSEP DAN KEPENTINGAN KOMSAS 3.

    2.1 Kepentingan KOMSAS Dalam 4-7

    Mata Pelajaran Bahasa Meayu.

    2.1.1 Pembentukan Jati Diri Pelajar Melalui Pengajaran KOMSAS.

    2.1.2 Meningkatkan Kemahiran Berbahasa.

    2.1.3 Memupuk nilai-nilai Murni.

    2.1.4 Menerapkan Minat MembacaPelbagai Bahan Sastera Dalam Kalangan Pelajar.

    3.0 Genre-genre Yang Terdapat Di Dalam KOMSAS. 8-11

    4.0 Strategi Genre-Genre KOMSAS 12-13

    Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

    5.0 Kesimpulan. 14

    __________________________________________________________________________

    Rujukan

  • 8/12/2019 HBML 3103

    3/19

    2

    1.0 Pengenalan

    KOMSAS merupakan kata akronim kepada Komponen Kesusasteraan

    Melayu.KesusasteraanMelayu merupakan satu warisan pusaka Melayu yang amat

    bernilai.Secara zahirnya, kesusasteraan Melayu memaparkan Bahasa, sejarah, budaya, dan

    lambing kebudayaan masyarakat Melayu khasnya.Maka adalah menjadi kewajaranKesusasteraan Melayu dipelihara oleh golongan budayawan khususnya demi kesinambungan

    ilmu.Bukan itu sahaja, kesusasteraan Melayu dapat diwarisi daripada satu generasi kepada

    satu generasi yang lain.Seandainya tidak dipelihara maka ia akan hilang begitu sahaja dan

    sudah tentu generasi akan datang tidak mengenali Kesusasteraan Melayu.

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan

    Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah iaitu untuk tingkatan 1

    hingga tingkatan 5.Arahan ini bermula tahun 2000.Komponen Kesusasteraan Melayu dalam

    mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca

    di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengan

    dan bertutur, membaca dan menulis.Di samping itu, pengajaran komponen KesusasteraanMelayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukkan sahsiah, perluasan pengetahuan

    dan persepsi pelajar , serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan,

    kemasyarakatan dan budaya.

    Pra persejarahan KOMSAS, dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan

    mempelajari sebanyak 56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac

    2000.Kementerian Pendidikan telahpun memperuntukkan waktu yang relevan bagi proses

    pengajaran dan pembelajaran dengan menetapkan konsep ( 4+2 ) iaitu 4 waktu bagi

    mempelajari aspek Bahasa dan 2 waktu lagi untuk KOMSAS.Setiap pelajar dikehandak

    membaca sebanyak 130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan.Sebuah

    Jawatankuasa Khas ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pusat Perkembangan Kurikulum bagi

    tujuan membuat pilihan karya sastera yang baik serta aspek gaya Bahasa.Judul-judul teks

    yang dipilih dimasukkan dalam senarai buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks.

    Sejak tahun 1984 unsur sastera telahpun diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran

    Bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Namun demikian, teks sastera tidak

    dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana peperiksaan awam seperti SPM

    dan PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.Pihak sekolah mempunyai hak memilih teks

    sastera untuk diajar didalam kelas Bahasa Melayu berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa

    Melayu.Teks sastera diajar dalam konteks unsur sastera bukannya komponen wajib yang

    perlu diajar dalam oleh semua pelajar.Justeru itu, keberkesanannya dari segi pelaksanaanyamasih dapat dihujah dan penggunaanya tidaklah mantap sebagaimana yang diharapkan.Pusat

    Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan itu telah

    memperkenalkan KOMSAS sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu, yang akan dimasukkan dalam peperiksaan PMR pada tahun 2002 dan SPM

    mulai 2001.Sebanyak dua waktu telahpun diperuntukkan bagi pengajaran KOMSAS dari

    jumlah 6 waktu asal Bahasa Melayu dalam seminggu bagi setiap kelas.

    Penggunaan teks sastera dalam pembelajaran KOMSAS adalah wajar.Malahan falsafahnya

    sendiri mampu mengangkat martabat Bahasa serta membina tamadun bangsa.Penggunaan

    karya sastera menjadi landasan untuk menyampaikan sifat-sifat Bahasa yang berkesan.Perkara

    ini disebabkan pelajar-pelajar akan dapat menghayati keindahan karya disamping memberitumpuan kepada unsur-unsur Bahasa.

  • 8/12/2019 HBML 3103

    4/19

    3

    Potensi dan manafaat penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa sastera dalam

    pendidikan Bahasa sudah lama diketahui dan diakui oleh pendidik Bahasa serta disahkan oleh

    dapatan penyelidikan yang berkaitan.Oleh demikian, ia menjadi penyebab mengapa

    pengajaran sastera dimasukkan dalam Pelajaran Bahasa Melayu.Namun demikian,seperti

    semua inovasi kurikulum, pengajaran tersebut telah menimbulkan cabaran baharu kepadaguru Bahasa Malaysia yang melaksanakan kerana memerlukan pengubahsuaian pengetahuan

    dan kemahiran pedagogi daripada mereka.Guru harus menggunakan pelbagai teknik dan

    strategi pengajaran bagi memastikan pelajar-pelajar dapat mengikuti pembelajaran dengan

    baik dan berkesan.Malahan teknik yang menarik akan menjadikan pelajaran KOMSAS itu

    menarik dan menjadi subjek kegemaran pelajar.

    2.0 KONSEP DAN KEPENTINGAN KOMSAS.

    KOMSAS merupakan akronim bagi Komponen Kesusasteraan Melayu. Kedudukan

    KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan trend integrasi dalam sistempendidikan kebangsaan.Perkara ini diberikan focus dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu.Justifikasi focus terletak pada pemantapan rohani dan emosi pelajar.Usaha ini

    amat sesuai dengan inspirasi Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang

    seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI).Bagi memastikan KOMSAS

    diajar kepada semua pelajar, pengenalannya telah dimuatkan dalam satu komponen khusus

    bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bermula tahun 2001.

    KOMSAS diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu secara

    formal.KOMSAS meliputi pendedahan terhadap bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional,

    sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama.Kesemua bahan sastera diserapkan dalam

    kemahiran berbahasa .Ia meliputi bidang interpersonal, maklmumat dan estetik.Berdasarkan

    perkara ini dapat dilihat bahawa integrasi KOMSAS dalam Bahasa melayu akan

    menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.

    Konsep bersepadu pendidikan KOMSAS membabitkan dua perkara iaitu yang pertama adalah

    ilmu dan yang kedua adalah pemilihan serta penyatuan bahan pengajaran.Pengajaran

    KOMSAS menyatupadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa.Perkara ini bermakna

    pada masa pengajaran Bahasa Melayu, pelajar akan diajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan

    kesusasteraan.Antara bahan yang menjadi keutamaan ialah gaya bahasa.Manakala aspek

    kedua pula ialah pemilihan dan penyatuan bahan pengajaran.Dalam aspek pengajaran Bahasa

    Melayu bahan kesusasteraan ialah seperti cerpen,sajak dan novel.Kesemua bahan tersebutboleh digunakan sebagai bahan asas.

    Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa matlamat.Melalui

    sukatan pelajaran berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tahun 2002,

    KOMSAS tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik.KOMSAS mampu

    meningkatkan keupayaan pelajar dalam penguasaan bahasa, keindahan dan kehalusan

    bahasa.Di samping itu, KOMSAS juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah,

    pelahiran perasaan dan penghayatan.

  • 8/12/2019 HBML 3103

    5/19

    4

    2.1 Kepentingan KOMSAS Dalam Mata Pelajaran Bahasa Meayu.

    Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi kerana dalam peperiksaan Ujian

    Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR),Sijil Pelajaran

    Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihanutama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan.Melalui penggunaan petikan-petikan

    daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan

    terutamanya soalan pemahaman.Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud perkataan,

    membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan

    berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik.Kajian Subadriah

    Nair (2000) membuktikan pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan

    model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kejahaman bacaan subjek secara

    signifikan bagi setiap petikan.Implikasi pendidikan ini menunjukkan model skema sastera

    yang dihasilkan sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan

    kefahaman bacaan KOMSAS di kalangan pelajar.

    2.1.1 Pembentukan Jati Diri Pelajar Melalui Pengajaran KOMSAS.

    Karya sastera boleh memupuk nilai murni seperti semangat nasionalisme cintakan negara

    yang menjadi teras bagi penyatuan semua etnik di seluruh Malaysia.Institusi pendidikan

    adalah mekanisme yang ampuh bagi mewujudkan semangat kekitaan dan hubungan muhibah

    semua etnik.Melalui pembelajaran sastera perpaduan, mereka juga perlu diasuh dengan

    kehalusan jiwa dan ketulusan budi semasa berurusan dengan orang lain.

    Pembentukkan peribadi insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan, amat memerlukan

    kesempurnaan jiwa dan rohani yang antara lain boleh dicapai melalui sastera (Misran

    Rokimin 1999:224).Melalui penerapan pendidikan sastera secara meluas, pelajar dan pembaca

    akan terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik lain.Ini sangat membantu

    usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya dan perpaduan mereka

    (Janak Pandey & rakan-rakan 1996 :86).Hasil kajian ini diperkukuhkan pendapat Gajendra

    K.Verma & Christopher Bagley (1979,1984) bahawa pengajaran tentang hubungan etnik di

    institusi pendidikan kepada gologan remaja akan memupuk sifat toleransi sesame sendiri

    berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu tersebut.

    Zahirah Aziz dalam kertas kerjanya,Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata pelajaran

    Bahasa Melayu di Sekolah Menengah:Konsep dan Batas Pengajaran, Zahirah Aziz dan

    Kamaruzaman Abdullah (2001:1-2) menyatakan bahawa terdapat enam objektif pemelajaran

    KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menangah iaitu:

    a. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti

    novel,cerpen,drama,prosa tradisional,puisi moden dan puisi tradisional.

    b. Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan

    perwatakan, gaya bahasa, latar,plot,sudut pandangan, nilai-nilai murni dan pengajaran.

    c. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran.

    d. Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

    Sasterawan Negara.

    e. Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

    f. Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel,cerpen,sajak,

    dan drama yang bermutu tinggi yang boleh ditingkatkan.(Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah,2001:2)

  • 8/12/2019 HBML 3103

    6/19

    5

    Berdasarkan objektif yang dinyatakan ia selaras dengan falsafah sebab musabab pelajar wajar

    mempelajari sastera.Menurut Zahirah dan Kamaruzaman Abdullah(2001,1-2)lagi:

    Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan pengalaman dan perasaan

    manusia.Oleh demikian, pelajar boleh menghargai dan menghayati nilai estetika yang terdapat

    dalam sesebuah karya .

    Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001:3), seterusnya menerangkan bahawa melalui

    pembelajaran KOMSAS, pelajar diharapkan dapat:

    a. Menyelami masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan melalui peristiwa dalam karya

    satera.Penyelesaian masalah secara positif dapat membantu pelajar berhadapan dengan

    masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka sebenar.

    b. Memikirkan nilai-nilai baik dan keseronokkan dalam menghayati watak-watak dan

    plot dalam karya sastera.

    c. Menambah penbedaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan karangan atau

    karya dengan menggunakan bahasa yang baik.

    2.1.2 Meningkatkan Kemahiran Berbahasa.

    (Pusat Perkembangan Kurikulum,2001:3),hasil pembelajaran bidang estetika dalam

    kurikulum Bahasa Melayu ini difokuskan kepada keupayaan pelajar menguasai aspek

    kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa.Bidang estetika juga mementingkan penikmatan

    hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan.Hasil

    pembelajaran khusu yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah

    memahami,menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

    Bagi merealisasikan keberkesanan pendidikan dalam bidang ini, maka buku-buku teks

    KOMSAS dan majalah-majalah yang bermutu seperti Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Dewan

    Budaya dan Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dapat dimanafaatkan

    dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu khususnya.

    Melalui penerbitan DBP, Siri Penghayatan Sastera Sekolah Menengah (SPSSM).Termasuklah

    Penghayatan Novel Aku Anak Timur oleh Mahaya Mohd. Yassin, Penghayatan Novel Bukit

    Kepong dan Penghayatan Novel Terminal Tiga Ulasan oleh Rozaini Yahya.Penghayatan

    Novel Meniti Kaca oleh Amin Minhad dan Penghayatan Novel Pasir Salak oleh Napisah

    Muhammad.SPSSM ini disediakan bertujuan untuk membantu para pelajar menghayati dan

    memahami aspek-aspek luaran dan dalaman setiap teks wajib.Seterusnya mampumeningkatkan kemahiran berbahasa dikalangan pelajar.

    Majalah seperti surat khabar juga merupakan produksi media cetak yang dapat dimanfaatkan

    sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran bahasa Melayu secara

    efektif.Walaubagaimanapun, sebagai wahana pengajaran dan pembelajaran ia bergantung

    kepada kebijaksanaan pendidik memilih muatan isi yang sesuai , kesesusaian dengan

    situasi,lokasi dan variasi di samping pemilian atau penggunaan kaedah yang

    tepat.Sesungguhnya majalah berfungsi sebagai alat komunikasi.Ia terlibat dalam proses

    penyampaian dan penerimaan.Lazimnya, isi muatan majalah mempunyai variasi, pola,

    klsifikasi atau kategforinya seperti rencana, wawancara, naratif,puisi,syarahan, pendapat,

    perbahasan, peribahasa, ceramah,laporan, esei, perbincangan, iklan, komik, danberita.Menjadi tanggungjawab pendidik untuk memilih bahan-bahan yang sesuai.Ini boleh

  • 8/12/2019 HBML 3103

    7/19

    6

    diperolehi dalam majalah terbitan DBP seperti Dewan Siswa,Dewan Sastera, Dewan Budaya

    dan Pelita Bahasa.

    Bahan-bahan yang terdapat dalam majalah-majalah tersebut sebenarnya berupa idea, gagasan,

    saranan, perutusan dan maklumat.Sementara keberkesanannya bergantung kepada kefahaman

    pendidikan terhadap sesuatu pola tulisan yang dikaitkan dengan penulisannya.Sebagai contoh,

    majalah bulanan Pelita Bahasa, sejak Julai 2000 telah menyediakan satu ruang sastera dalamBahasa Melayu dengan fokus dan rujukan kepada teks Komponen Sastera.Manakala, majalah

    Dewan Siswa pula menyediakan ulasan atau kritikan cerpen dan puisi karya pelajar-pelajar

    oleh para sarjana.Di samping itu majalah Dewan Sastera menyediakan sisipan Mekar dengan

    memberikan ulasan terhadap teks sastera elektif SPM dan STPM.Kesemua bahan-bahan yang

    ada sebenarnya boleh meningkatkan kemahiran berbahasa dikalangan pelajar.

    Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan sebenarnya bergantung kepada

    usaha yang jitu.Pengorbanan dan bakti semua piak serta merentasi pelbagai batasan atau

    status agar ia menjadi lebih efektif untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan ketrampilan

    berbahasa.

    2.1.3 Memupuk nilai-nilai Murni.

    (Kementerian Pendidikan Malaysia,2001) ,Strategi pengajaran dan pembelajaran KOMSAS

    Bahasa Melayu dalam KBSM menekankan penggabungjalinan kecekapan bahasa dan

    penyerapan isi pelajaran yang akhirnya akan bersepadu antara satu sama lain.Dalam

    pengajaran dan pembelajaran kecekapan bahasa, isi pelajaran dicadangkan menggunakan ciri-

    ciri sosiobudaya untuk menuju dan mencapai matlamat pendidikan Bahasa Melayu

    KBSM,iaitu penguasaan kecekapan berbahasa untuk komunikasi dengan berkesan bagi

    melahirkan fikiran dan perasaan tentang pengetahuan, hal-hal persendirian dan

    kemasyarakatan dalam konteks kemasyarakatan.

    Bagi memenuhi hasrat tersebut maka adalah menjadi tanggungjawab guru-guru bahasa

    mempunyai kefahaman yang jelas tentang unsur-unsur sosiobudaya dalam bahasa

    Melayu.Melalui penerapan unsur-unsur sosiobudaya dalam pelajaran Bahasa Melayu, guru

    dapat membantu para pelajar memahami cara hidup masyarakat yang menuturkan bahasa

    tersebut.Hal ini dapat melahirkan insan yang berakhlak tinggi di samping menyemai perasaan

    dan sikap menghargai serta membanggakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,

    bahasa rasmi negara dan alat perpaduan rakyat dalam semangat Rukun Negara.

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2003:18), menyatakan bahawa bersesuaian dengan

    objektif KOMSAS dalam Bahasa Melayu yang antara lain menekankan pemupukan danpenghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi, dan

    adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral

    sejagat.Unsur-unsur kerohanian yang terdapat dalam Pendidikan Moral telah dipadukan

    dalam Bahasa Melayu dan ini merupakan satu usaha saling membantu antara mata pelajaran

    untuk membentuk insan yang harmonis, lulur dan mulia.Justeru itu, pengajaran Bahasa

    Melayu di sekolah-sekolah Menengah bukan sahaja menanam Kemahiran berbahasa di

    peringkat asas, tetapi juga untuk menanam nilai-nilai murni.

    Penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan

    yang baik serta memiliki akhlak mulia.Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni

    bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi

  • 8/12/2019 HBML 3103

    8/19

    7

    mulia.Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk

    secara langsung dan tidak langsung,selaras dengan tuntutan nilai sejagat.

    Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran KOMSAS.Antaranya ialah baik

    hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan,

    keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedarhanaan,kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat.Nilai-nilai tersebut adalah hasil daripada

    hubungan individu dengan keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan institusi yang individu ini

    menjadi anggotanya.Bagi membolehkan nilai-nilai murni ini dipupuk secara berterusan ke

    dalam individu pelajar, nilai-nilai itu di ajar secara langsung dalam KOMSAS di setiap

    peringkat persekolahan menerusi semua genre.

    2.1.4 Menerapkan Minat Membaca Pelbagai Bahan Sastera Dalam Kalangan Pelajar.

    Penekanan Komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu ,strategi pengajaran dan

    pembelajaran yang disarankan diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa

    Melayu semakan 2001 ini ialah dalam aspek kemahiran berfikir, penggunaan teknologimaklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagaian dan kajian masa

    depan.

    Pada 2003, Kementerian Pendidikan Malaysia, mengeluarkan pula Huraian Sukatan Pelajaran

    Bahasa Melayu KBSM bagi memperincikan sukatan pelajaran 2001 yang telah disemak dan

    diberi nilai tambah.Huraian itu menyebut tujuan semakan ini ialah:

    untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi ser ta ekonomi

    berasaskan ilmu pada abad ke 21.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:ix)

    Organisasi kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 masih lagi sama, iaitu

    mencakupi 3 bidang penggunaan bahasa, bidang interpersonal, bidang maklumat, dan bidang

    estetik (Pusat Perkembangan Kurikukulum:2003)Penumpuan kepada bidang-bidang ini akan

    membolehkan pelajar menggunakan bahasa melayu secara lebih berkesan dalam kehidupan

    seharian dan pekerjaan.KOMSAS diperkukuhkan dengan menambah bahan-bahan bacaan

    yang lebih banyak dan pelbagai serta bersifat universal.Objektif KOMSAS dalam sukatan

    pelajaran Bahasa Melayu iaitu memupuk minat membaca dan mendapatkan keseronokan

    daripada membaca bahan-bahan sastera, di samping memberi kemahiran kepada pelajar

    menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

    Sukatan pelajaran ini dinyatakan secara jelas iaitu, 3 aras pencapaian hasil pembelajaran, iaitu

    aras 1, aras 2 dan aras 3.Pemeringkatan ini berdasarkan kepada konsep pembelajaran masteri

    yang membolehkan pelajar terus maju tanpa mengabaikan pelajar-pelajar yang berpencapaian

    rendah.Aras 1 adalah yang paling asas, aras 2 sedarhana, aras 3 paling cemerlang (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 2003)

  • 8/12/2019 HBML 3103

    9/19

    8

    3.0 Genre-genre Yang Terdapat Di Dalam KOMSAS.

    Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah lama mengaplikasikan bahan sastera untuk

    mencapai matlamat dan objektif dalam pendidikan Bahasa Melayu.Penerapan KOMSAS

    dalam pendidikan masa kini telah melalui beberapa siri kajian dan penyelidikan yang telah

    dilaksanakan oleh beberapa orang ahli bahasa.Bahan-bahan KOMSAS yang digunakan oleh

    pelajar sehingga kini adalah bersesuaian dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

    Pelajaran Bahasa Melayu di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Aplikasi KOMSAS dalam bahan pelajaran dan pembelajaran bahasa melayu dapat dilihatmelalui antologi teks pilihan berjudul Harga Remaja.Teks ini mengandungi puisi pilihan,

    sajak, prosa tradisional, cerpen, dan drama.Komponen dalam teks ini adalah seperti berikut:

    Puisi Tradisional:

    Pantun Empat Kerat (Budi) Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Syair Definisi Orang Berakal. Syair Siti Sianah Gurindam 12 Fasal yang Keenam

    NOVEL DRAMA

    CERPEN

    1. Cerita Berangkai

    2. Mitos

    3. Legenda

    4. Epik Melayu

    5. Epik Hindu

    1. Pantun

    2. Syair

    3. Gurindam

    4. Seloka

    5. Talibun

    6. Nazam

    7. Mantera

    8. Peribahasa

    SAJAK

    PROSA KLASIKPUISI

    TRADISIONAL

    GENRE SASTERAGENRE SASTERA

  • 8/12/2019 HBML 3103

    10/19

    9

    Seloka Emak Si Randang.Sajak

    Harga Remaja Di Perpustakaan Mengintai Ruang Insaf Mahsuri Adat Sezaman Tiba Waktunya.

    Prosa Tradisional

    Pelayaran yang Penuh Peristiwa Merah Silu Hikayat Indera Nata Hikayat Khoja Maimun

    Cerpen

    Ibu dan Ceper Memori Seorang Tua

    Israk Pemain Catur Mellisa Biarkan SamuderaDrama

    Gelanggang Tuk Wali Forum Remaja 2020 Cempaka Berdarah.

    Sistem bahasa dan seni bahasa banyak terdapat dalam komponen-komponen genre sastera

    dalam analogi teks Harga Remaja seperti berikut:

    Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dankosa kata serta peribahasa.Sistem bahasa ialah pelengkap yang membantu aktiviti

    penulisan dan pertuturan menjadi lebih tepat, jelas dan mudah difahami.Penguasaan

    dalam sistem bahasa membolehkan pelajar berbahasa seperti penutur jati bahasa

    melayu.Sistem bahasa meliputi aspek yang luas daripada penggunaan tatabahasa

    sehingga penggunaan gaya bahasa seperti :

  • 8/12/2019 HBML 3103

    11/19

    10

    a. TatabahasaTatabahasa ialah bidang ilmu yang membincangkan tentang peraturan dan ketepatan

    dalam penggunaa sesuatu bahasa meliputi aspek kata dan ayat.Tatabahasa terbahagi

    kepada dua bidang besar iaitu morfologi dan sintaksis.Morfologi ialah suatu perturan dan

    cara penggunaan kata atau perkataan meliputi perkara-perkara seperti berikut:

    Jenis-jenis Kataa. Jenis-jenis kata seperti kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, kata ganda dan

    akronim.

    b. Salah satu contoh penggunaan jenis kata adalah seperti berikut (Penggunaan

    Kata Tunggal)

    c. Mereka main masak-masak (muka surat 159, Cerpen Mellisa, Antologi

    teksHarga Remaja.

    Pembentukan kataa. Pembentukan kata melibatkan pemajmukan, gandaan, gabungan.

    b. Salah satu contoh penggunaan pembentukan kata ialah seperti berikut

    (Penggunaan Kata Ganda).

    c. Berhenti di tiap-tiap meja (muka surat 153 Cerpen Mellisa, Antologi teks

    Harga Remaja.

    Penggolongan Kata.a. Penggolongan kata meliputi kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

    b. Salah satu contoh penggunaan penggolongan kata adalah seperti berikut (Kata

    nama dan Kata Kerja).

    c. Dia tersenyum (Muka surat 162 Cerpen Mellisa, Antologi teks Harga

    Remaja.

    Sintaksis.a. Sintaksis memperincikan ayat dan pembentukkannya meliputi struktur ayat

    (subjek,predikat,pola ayat dasar,ayat pasif dan ayat aktif),pembentukan

    ayat(ayat selapis dan ayat majmuk), jenis ayat (ayat penyata, ayat tanya dan

    ayat seru), frasa (hokum DM, pembentukkan frasa dan konstituen terdekat.

    b. Salah satu contoh penggunaan ayat adalah seperti berikut (Ayat Majmu yang

    terdiri daripada tiga ayat tunggal).

  • 8/12/2019 HBML 3103

    12/19

    11

    c. Dia sukakan Farid yang kurus dan sedarhana tinggi dan berkulit cerah

    ini.(muka surat 156 Cerpen Mellisa,Antologi teks Harga Remaja

    Sebutan dan Intonasia. Sebutan dan Intonasi dalam bahasa melayu diseragamkan berdasarkan sistem

    sebutan baku 1985.Sebutan baku ditetapkan untuk mematuhi sebutan

    berasaskan bunyi huruf konvensional, bunyi konsonan, bunyi vocal dan bunyi

    diftong.Termasuklah setiap huruf membawa bunyi yang sama.Sama ada berada

    di awal, di tengah atau akhir kata serta sebutan perkataan pinjaman.

    Kosa Kata dan Peribahasa.Kosa Kata dan Peribahasa merupakan dua bidang dalam sistem bahasa yangdititikberatkan dalam penagajaran dan pembelajaran KOMSAS.Bidang ini merupakan

    pelengkap terhadap kemahiran berbahasa.Dalam ilmu bahasa, penguasaan kosa kata

    dan peribahasa dikaitkan dengan ilmu sosiolinguistik iaitu satu cabang ilmu yang

    membincangkan tentang penggunaan bahasa dalam konteks sosial.

    Manakala peribahasa pula ialah susunan bahasa yang indah, digubah berdasarkan

    kehidupan seharian.Dalam teks KOMSAS, bahan pengajaran mengandungi unsur

    nasihat dan pedoman, gambaran kehidupan masyarakat, teguran dan sindiran secara

    halus (sopan).Peribahasa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seeprti simpulan

    bahasa, perumpamaan, pepatah, perbilangan, bidalan, lidah pendita, tamsil dan

    ibarat.Dalam analogi teks Harga Remaja, wujud penggunaan pantun, sajak, syair,

    gurindam, seloka, dan sajak.Contohnya, pantun tidak hanya wujud berasingan dalam

    kategori puisi tradisional tetapi penggunaan pantun juga wujud berasingan dalam

    kategori puisi tradisional tetapi penggunaan pantun juga wujud dalam prosa klasik

    Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (muka surat 44) :

    Kuala di dalam lebuh,

    Air diharung hingga ke pinggang,

    Mulut luka sungguh sembuh,

    Parutnya bila akan hilang?.

  • 8/12/2019 HBML 3103

    13/19

  • 8/12/2019 HBML 3103

    14/19

    13

    4.2.1 Kerusi Panas.Kerusi panas merupakan teknik yang sering digunakan oleh pelakon dalam latihan

    penghayatan watak dalam sesuatu lakonan.Dalam teknik ini seorang pelajar memegang watakdan diminta mengkaji serta menghayati watak yang akan dilakonkan sama ada dari sego

    emosi, penampilan fizikal, gaya dan tutur kata.Sebagai teknik pengajaran kerusi panas ialah

    tempat duduk yang diletakkan dihadapan kelas, di mana seorang pelajar yang dipilih

    berdasarkan watak dalam cerpen atau novel akan duduk di situ.Pelajar yang duduk di kerusi

    panas itu, sebelum ini diminta menghayati dan mengenali watak yang dipegangnya itu secara

    terperinci.Dalam aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan soalan-soalan berkenaan

    watak tersebut, manakala pelajar yang duduk dikerusi panas akan menjelaskannya.

    4.2.2 Main Peranan.Main peranan merupakan suatu teknik yang melibatkan pelajar memainkan sesuatu peranan ,

    sama ada sebagai dirinya sendiri ataupun individu lain.Dalam teknik ini, pelajar yangmemainkan sesuatu peranan yang diberi akan beraksi atau berlakon seperti watak yang

    dimainkan.Dalam pengajaran tentang isi atau perwatakan dalam novel atau cerpen, teknik ini

    boleh digunakan untuk memudahkan pelajar memahami isi atau perwatakan secara lebih

    berkesan.Dalam pemahaman isi cerita misalnya, pelajar boleh diminta memainkan peranan

    seperti watak yang terdapat dalam novel atau cerpen.

    4.3 Improvisasi, Tatacara dan Mestamu.Ketiga-tiga teknik yang dinyatakan diatas merupakan teknik pengajaran yang boleh

    digunakan untuk semua genre sastera.Pemahaman dan penghayatan terhadap isi cerita atau

    maksud, sama ada novel, cerpen, prosa klasik, sajak serta puisi klasik boleh diajar dengan

    menggunakan teknik ini.

    4.3.1 Improvisasi.Teknik lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada

    isi atau peristiwa yang terdapat dalam genre sastera yang diajarkan.Dalam pengajaran cerpen

    misalnya, para pelajar boleh diminta menyediakan skrip secara berkumpulan bagi

    menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam

    cerpen berkenaan.

    4.3.2 Tatacerita.

    Tatacerita ataupun teknik bercerita, pelajar diminta bercerita tentang apa yang mereka fahamidaripada novel, cerpen, atau prosa klasik yang dibaca.Dalam hal ini, pelajar boleh diminta

    menceritakan mana-mana bab secara spontan.Selain itu, semasa bercerita suara, mimic muka,

    dan gerakan badan mesti diaplikasikan agar tekniknya berkesan.

    4.3.3 Mestamu.Mestamu adalah teknik membaca puisi secara berlagu, tetapi tidak disertai muzik

    iringan.Dalam hal ini, puisi tersebut akan dibaca secara biasa dan diikuti dengan cara berlagu,

    baris demi baris.Mestamu boleh dibuat secara berseorangan atau berpasangan.Dalam keadaan

    berseorangan, pembaca akan membacakan baris pertama puisi secara biasa, kemudian

    pembaca tersebut akan mengulang baris yang sama secara berlagu.Sekiranya teknik mestamu

    secara berpasangan, seorang akan membacakan puisi secara deklamasi, manakala seorang lagi

    akan melagukannya.Bagi tujuan tersebut, pembaca boleh mengadaptasikan irama lagu yangpopular untuk disesuaikan dengan puisi tersebut.

  • 8/12/2019 HBML 3103

    15/19

    14

    5.0 Kesimpulan.Pengajaran KOMSAS secara formal di dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi usaha

    melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan, dan berakhlak mulia.Pembelajaran

    dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas.Setiap ilmu berkaitan sastera bolehmelahirkan pelajar yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu pengetahuan.

    Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan pelajar

    menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak langsung

    melahirkan pelajar yang suka membaca .Ini kerana di Malaysia, sukar dicari orang yang suka

    membaca.Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari

    aktiviti membaca perlu disertai dengan minat.

    Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke alam

    persekolahan menengah iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih

    penting iaitu nilai-nilai kemanusiaan.Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau genresastera yang dipelajari.Pelajar adalah asset utama yang memerlukan kekuatan

    bahasa.Kesusasteraan Melayu Khazanah yang bernilai tinggi kerana masih ada nilai-nilai

    kesantunan tersembunyi di celah-celah kehidupan masyarakat. Ini adalah salah satu cara

    mengangkat darjat bahasa Melayu di peringkat global.

  • 8/12/2019 HBML 3103

    16/19

    15

    Rujukan

    .......(1989).Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    .......(2000).Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur:Pusat Perkembangan

    Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Nik Hassan Basri Nik AB.Kadir ,(2005).Citra Komsas.Tg Malim:Universiti Sultan Idris.

    Dr Nadzeri Isa,(2013).Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu.Selangor:Meteor Doc

    Sdn.Bhd.

    http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20da

    n%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdf

    http://www.ujanailmu.com.my/pd_citra.cfm

    http://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TM

    B%20Komsas.pdf

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htm

    http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://www.ujanailmu.com.my/pd_citra.cfmhttp://www.ujanailmu.com.my/pd_citra.cfmhttp://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdfhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htmhttp://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnselangor/images/stories/kertaskerja/hjh%20ghazani/laporan%20TMB%20Komsas.pdfhttp://www.ujanailmu.com.my/pd_citra.cfmhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdfhttp://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/102/1/Kefahaman%20guru%20tentang%20konsep%20dan%20strategi%20pengajaran%20komponen%20kesusasteraan%20melayu%20dalam%20mata%20pelajaran%20bahasa%20melayu.pdf
  • 8/12/2019 HBML 3103

    17/19

  • 8/12/2019 HBML 3103

    18/19

    17

  • 8/12/2019 HBML 3103

    19/19

    18