hbhe2203-820713025392.doc
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 6 / 2013
HBHE 2203
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
NO. MATRIKULASI : <820713025392001>
NO. KAD PENGNEALAN : <820713-02-5392>
NO. TELEFON : <012-5859056>
E-MEL : <[email protected]>
PUSAT PEMBELAJARAN : <PP SUNGAI PETANI>
<HBHE 2203>
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. PENGENALAN 2
2. PUNCA-PUNCA JEREBU 3-5
3. INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 5-7
4. CADANGAN MENGATASI MASALAH JEREBU 7-9
5. KESAN-KESAN JEREBU 10-11
6.CARA MENGATASI PENYAKIT AKIBAT JEREBU
12
7. PENUTUP 13
8. LAMPIRAN (GAMBAR JEREBU) 14-16
1
<HBHE 2203>
1.0 PENGENALAN
Jerebu merupakan satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan
lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu
dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras
rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah
pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat).
Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas
sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni
sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan
tinggi, dan keheningan udara.
Jerebu merupakan satu fenomena yang merunsingkan. Ia bukan sahaja membawa
kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di
kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang yang
utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu, keadaan cuaca juga memburukkan lagi
keadaan, dimana pada tahun 1997 negara telah dilanda fenomena El-Nino yang
membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara
mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui
tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti
karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti
udara mengikut IPU adalah seperti berikut :
Nilai IPU Kualiti Udara
0-50
51-100
101-200
201-300
301-400
401-500
Lebih 501
Baik
Sederhana
Tidak Sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya
Sangat Berbahaya
Darurat
2
<HBHE 2203>
2.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA JEREBU
2.1 Pembakaran Hutan
Pada tahun 1997, kejadian jerebu yang dialami paling teruk. Ini disebabkan oleh
pembakaran terbuka oleh negara jiran iaitu Indonesia. Pembakaran terbuka di
Kalimantan telah membawa padah apabila api sukar dikawal dan menjilat
sebahagian besar kawasan hutan. Negeri Sabah turut menerima kesan jerebu
ekoran dari pembakaran hutan tersebut. Penduduk negeri Sabah pada ketika itu
semakin cemas dan mengambil langkah berjaga-jaga. Asap akibat pembakaran
tersebut menyebabkan keadaan sekeliling semakin teruk. Jarak penglihatan sangat
terhad hingga sukar untuk melihat keadaan sekaliling. Negara lain yang juga
tercemar teruk akibat pembakaran ini seperti Thailand, Singapura, Brunai dan
Filipina. Hasil pembakaran hutan terbuka ini menghasilkan gas Karbon
Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh membawa maut jika
dihidu dalam suatu jangkamasa yang panjang.
2.2 Pembakaran Bahan Api
Bahan api adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon seperti arang dan
minyak. Pembakaran bahan api ini adalah punca utama pencemaran udara.
Pembakaran yang kurang lengkap akan menghasilkan gas Karbon Monoksida.
Arang adalah suatu bahan yang mengandungi sulfur. Apabila sulfur berpadu
dengan oksigen dan iron hidrogen di dalam wap di udara akan membentuk asid
sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan iron hidrogen dan
membentuk asid karbonad. Asid ini akan mengakibatkan kakisan kepada bahan
yang diperbuat daripada logam.
3
<HBHE 2203>
2.3 Proses Perindustrian
Perkembangan sesebuah bandar disebabkan oleh pertambahan bilangan penduduk
dan mewujudkan proses perindustrian yang menyediakan peluang pekerjaan.
Maka pertambahan bilangan perindustrian ini menghasilkan impak positif dan
negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini. Bahan pencemar akan
dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Ini dapat dilihat
melalui pelepasan asap hitam dari cerobong kilang. Sekiranya bahan pencemar ini
tidak dikawal, kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekitar
alam sekeliling yang tercemar akibat daripada pengeluaran asap dari kilang, gas
beracun, asap, debu dan sebagainya. Manusia akan mengalami sesak nafas
dikalangan penyakit asma, gatal hidung, pedih mata, dan sebagainya.
2.4 Asap Kenderaan
Manusia akan menggunakan kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Ada di antara kenderaan ini yang menggunakan bahan api seperti
minyak petrol dan minyak diesel. Akibat kurangnya penyelenggaraan enjin, bahan
api ini akan membebaskan bahan-bahan yang boleh mencemarkan udara.
Terutama sekali kenderaan yang menggunakan enjin berkuasa diesel. Seringkali
kita dapati kenderaan seperti lori-lori dan jentera-jentera yang digunakan dalam
industri pembinaan akan mengeluarkan asap-asap hitam, karbon, gas beracun
debu dan sebagainya. Kedaan ini juga turut menyumbang kepada berlakunya
fenomena jerebu terutama sekali di kawasan bandar.
2.5 Pembakaran Terbuka
Manusia seringkali alpa dan melakukan pembakaran secara terbuka. Seringkali
kita dapati individu akan membakar bahan-bahan yang tidak terpakai di luar
kawasan rumah mereka. Mereka lebih suka membakar daripada membuang bahan
buangan ini ke dalam tong-tong sampah yang disediakan oleh Majlis
4
<HBHE 2203>
Perbandaran. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika bahan-bahan yang
dibakar mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya. Pembakaran seperti
tayar dan tilam akan menghasilkan asap hitam yang sangat banyak. Asap-asap
hitam tersebut akan berterbangan di udara dan boleh dilihat oleh orang lain yang
berada jauh dari situ. Debu-debu yang berterbangan ini turut menyumbang kepada
fenomena jerebu.
3.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
Pada bulan Jun 2013, jerebu datang kembali ke seluruh Asia Tenggara
terutamanya di Singapura dan Malaysia. Terdapat beberapa kawasan di setiap negeri
Nilai IPU Kualiti Udara
0-50
51-100
101-200
201-300
301-400
401-500
Lebih 501
Baik
Sederhana
Tidak Sihat
Sangat Tidak Sihat
Berbahaya
Sangat Berbahaya
Darurat
5
<HBHE 2203>
telah dilanda pencemaran jerebu terutamanya di kawasan Semenanjung Malaysia. Pada
20 Jun 2013, situasi jerebu di negara ini semakin buruk apabila Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di enam kawasan mencatat bacaan melebihi 100 terutama di Muar, Johor yang
berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 383. Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar dalam satu kenyataan menyebut, Muar diikuti dengan Kota Tinggi yang berada
pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 232 manakala Pasir Gudang, Larkin, Bandar
Raya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing dengan bacaan 199, 181, 137
dan 119.Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di
Johor. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada
jam 7 pagi pada 23 JUN 2013 dan kawasan ini telah diisytihar darurat. Bagi kawasan-
kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan
Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan
kesihatan yang teruk kepada para pelajar.
Indeks Pencemaran Udara digunapakai untuk menyemak tahap udara yang
tercemar disesebuah kawasan. Jerebu berpunca daripada pergerakan angin monsun
justeru menyumbang kepada pembakaran hutan. Menurut kementerian, situasi jerebu
tersebut dijangka berterusan ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran
merentasi sempadan, selain musim monsun barat daya yang sedang dialami pada ketika
itu. "Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh Pusat Pakar Meteorologi ASEAN
(ASMC) menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah
Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa
pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. "Laporan ASMC juga menunjukkan bilangan titik panas
(hotspot) masih tinggi di Sumatera, Indonesia semalam iaitu 173 berbanding 187 titik
panas kelmarin. Kebanyakan kawasan titik panas (hotspot) adalah tertumpu di Wilayah
Riau, Sumatera Tengah, Indonesia. Bilangan titik panas yang dikesan di Malaysia
semalam adalah sebanyak 83 iaitu satu di Selangor, Melaka, Terengganu dan Sabah, dua
di Pahang, enam di Kelantan, dan 70 di Sarawak. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
memaklumkan kepada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk
mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu selaras dengan 'tahap
amaran 3A' dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Jawatankuasa tersebut akan
6
<HBHE 2203>
bertindak di dua kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat
dan berbahaya iaitu Kota Tinggi dan Muar. Mereka yang disabit kesalahan melakukan
atau menyebabkan pembakaran terbuka akan dikenakan denda tidak melebihi
RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Manakala, di Melaka pula, keadaan jerebu kembali buruk selepas menunjukkan
tanda-tanda penurunan dengan mencatat IPU tahap sederhana di bawah bacaan 100.
Keadaan jerebu di negeri ini mungkin sukar untuk dikurangkan kerana hujan merupakan
faktor penting untuk menghilangkan jerebu selain angin. Keadaan jerebu ini bergantung
kepada keadaan cuaca serta angin.
4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH JEREBU
4.1 Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh dilakukan melalui Perogram Pendidikan Alam
Sekitar. Program ini boleh dijalankan secara formal dan secara tidak formal.
Program pendidikan ini dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi
kerajaan. Badan bukan kerajaan juga turut menjalankan program pendidikan ini
secara sukarela. Program ini bukan sahaja ditujukan kepada kanak-kanak sekolah
tetapi juga ditujukan kepada setiap peringkat masyarakat, iaitu pentadbir dan
orang ramai. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap
alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Bahagian
Alam Sekitar memainkan peranan penting sebagai kuasa perimbangan, antaranya
adalah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui
sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar, sebaran radio,
televisyen, kursus dan seminar.
4.2 Larangan Pembakaran Terbuka
Pembakaran terbuka akan menghasilkan asap yang merupakan penyumbang
utama kepada jerebu. Fenomena jerebu ini kian menular dan berulang semula.
7
<HBHE 2203>
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan
telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh semua warga
Malaysia. Kini kerajaan telah melarang pembakaran secara terbuka. Langkah ini
diambil bagi mengatasi pembakaran terbuka yang menyebabkan pembakaran
tidak dapat dikawal seperti kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia yang
berpunca daripada aktiviti pembakaran hutan.
4.3 Pembenihan Awan
Apabila berlakunya jerebu cuaca persekitaran akan menjadi kering, suhu awan
menjadi tinggi, titisan air menjadi ringan. Titisan air yang sangat ringan ini tidak
dapat jatuh ke bumi sebagai hutan. Kemarau juga akan melanda negara ini. Oleh
itu, kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Iodin
perak ataupun ais kering akan ditaburkan untuk menurunkan suhu awan tersebut.
Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti. Ia akan
jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu
bumi yang panas. Hujan pun akan terbentuk dan membawa bersama jerebu jatuh
ke bumi.
4.4 Kempen Hijau
Proses unbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan belakunya pemusnahan alam
sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu, pihak kerajaan mengambil
beberapa inisiatif untuk menyelamatkan alam sekitar. Kerajaan juga menjalankan
Kempen Hijau, dimana kerajaan menggalakkan penanaman pokok di rumah,
pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli belah. Pokok-pokok hijau ini sangat
berguna kerana dapat membantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan
simpan juga telah di gazetkan bagi melindungi hutan. Diantaranya ialah Taman
Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron
Highland. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga menggazetkan Hutan Simpan Pantai
8
<HBHE 2203>
Acheh sebagai Taman Negara. Ini adalah kerana hutan mempunyai nilai yang
amat besar kerana ianya dapat menghadkan perubahan iklim.
4.5 Perundangan dan Dasar Kerajaan
Pembakaran hutan yang berleluasa dan mengakibatkan masalah jerebu boleh
ditangani melalui perundangan dan dasar kerajaan. Bahan merbahaya yang
terhasil semasa jerebu termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen
Dioksida dan habuk terampai. Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan,
pihak swasta dan sebagainya boleh memainkan peranan yang berkesan dalam
menangani masalah jerebu. Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan
mengawal kualiti alam sekitar. Antaranya ialah Peraturan Kenderaan Bermotor
dan Peraturan Kualiti alam Sekitar. Peraturan Kenderaan Bermotor menghadkan
pelepasan asap kenderaan iaitu di hadkan kepada 50 HDU (Kawalan Pelepasan
Asap,1977). Seterusnya, peraturan kualiti alam sekitar (Udara Bersih, 1978)
menggariskan jarak industry dengan kawasan kediaman dihadkan kepada 1000m.
Jabatan Alam Sekitar juga merancang satu Indeks Pencemaran Udara yang juga
dikenali sebagai IPU.
4.6 Tanggungjawab Orang Ramai
Selain tindakan yang diambil pihak kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam
juga harus bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Pemilik kenderaan hendaklah
memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan menghantar
kereta mereka ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan supaya
kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Berkongsi kereta juga boleh
mengurangkan pembakaran bahan api dan ini dapat mengurangkan pengeluaran
asap kenderaan. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa
jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada
Jabatan Alam Sekitar mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan
oleh industri dan ladang-ladang.
9
<HBHE 2203>
5.0 KESAN-KESAN JEREBU
Banyak kesan negatif akibat dari jerebu. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan
manusia, haiwan dan tumbesaran tumbuhan. Dari segi kesihatan, setiap peringkat umur
perokok dan golongan yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-
paru, jantung serta alahan turut menerima akibat daripada fenomena jerebu ini. Kesan
jerebu akan mempengaruhi kesihatan jika terdedah secara berterusan.
GOLONGAN KESAN JEREBU KEPADA KESIHATAN
Bayi - Iritasi pada hidung, tekak, saluran pernafasan, kulit dan mata
serta ruam kulit.
- Mula bersin, berair hidung dan batuk.
- Member kesan kepada paru-paru bayi.
- Berat bayi yang rendah ketika lahir .
- Memungkinkan kelahiran pra-matang dan kecacatan ketika
lahir.
Kanak-kanak - Suhu badan tidak menentu dan seterusnya demam.
- Terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Mata terasa pedih dan berair.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
Orang Tua - Mata terasa pedih dan berair.
- Pengurangan jarak penglihatan akan menjadi lebih ketara.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
- Terasa sakit dada.
Perokok - Terasa gatal-gatal dibahagian kerongkong dan batuk-batuk.
- Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, kerengsaan
dan alergi
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Terasa sakit dada.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
10
<HBHE 2203>
- Jangkitan di bahagian paru-paru.
- Berisiko penyakit paru-paru yang kronik.
Pesakit (asma,
bronkitis, radang
paru-paru, jantung
serta alahan)
- Keadaan penyakit akan menjadi lebih teruk jika tidak
mendapat rawatan dan berkemungkinan akan menyebabkan
kematian.
- Kehidupan menjadi tidak selesa.
- Sesak nafas menjadi lebih kronik.
- Partikel jerebu akan memasuki paru-paru dan akan
memburukkan lagi keadaan.
- Penyakit akan sentiasa berulang dan pesakit akan lebih
menderita.
- Kadangkala ubat yang diberikan oleh doktor tidak dapat
mengawal atau mengurangkan penyakit yang dialami.
Antara kesan lain yang timbul akibat dari jerebu adalah risiko kemalangan kapal
terbang, kapal laut dan kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.Di dalam kes
jerebu pada Jun 2013, negeri Johor merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU
mencecah angka 746. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup
pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.
Akibatnya sebahagian besar aktiviti ekonomi di Johor lumpuh.
Selain itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosintesis. Kesannya, tumbesaran pendebungaan, penghasilan buah berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
11
<HBHE 2203>
6.0 CARA MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU
Individu yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit
mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke
klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, pekerja-
pekerja yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan
juga mereka dalam kumpulan berisiko tinggi.
Mereka yang berisiko tinggi hendaklah mengambil ubat seperti yang
dinasihatkan.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang
berpenyakit jangan merokok di dalam rumah ketika jerebu kerana ini akan
memburukkan lagi keadaan.
Berpindahlah sementara ke tempat yang lebih jauh yang tiada jerebu atau pun
orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah jika
masih berada di kawasan jerebu.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah seperti bermain bola sepak atau pun
berjoging.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada jerebu dengan air jernih.
Memilih untuk menggunakan kennderaan berhawa dingin adalah salah satu
langkah yang baik baik mengatasi kesan jerebu.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat
(iaitu IPU yang melebihi 100).
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti diluar kawasan yang
berjerebu sekirannya keadaan berterusan pada tahap berbahaya di kawasan
mereka.
12
<HBHE 2203>
7.0 PENUTUP
Secara amnya, masalah alam sekitar seperti jerebu ini bukan lagi menjadi isu di
peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah jerebu
yang berpunca dari pembakaran perlu di pandang serius oleh pihak–pihak tertentu dalam
cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak merosakkan
alam sekeliling. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak seharusnya
mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka
sedar di sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu
impak negatif terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan
bencana yang telah dinyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk
berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara
manusia dan alam sekitar. Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang
telah dilakukan oleh mereka sendiri. Hal ini, disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam
sekitar fizikal yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus dimusnahkan.
13
<HBHE 2203>
14
<HBHE 2203>
15
<HBHE 2203>
16
<HBHE 2203>
17