kajian penilaian kurikulum pendidikan matematik dan … · ict - teknologi maklumat dan komunikasi...
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DAN SAINS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FATMAHANIM BINTI MOHAMMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK DAN SAINS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008Saya: FATMAHANIM BINTI MOHAMMAD
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO.5109-C KAMPUNG SIREH BAWAH LEMBAH 15050 KOTA BHARU, KELANTAN
PROF MADYA DR. MOHINI BT.
MOHAMED Nama Penyelia
Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan : …………………………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. MOHINI BINTI MOHAMED
Tarikh : …………………………………………………………

KAJIAN PENILAIAN KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FATMAHANIM BINTI MOHAMMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008

ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penulis : FATMAHANIM BINTI MOHAMMAD
Tarikh : ………………………………………..

iii
Dedikasi
Setinggi-tinggi sanjungan dan setulus kasih buat insan-insan yang disayangi:
Teristimewa buat ibubapaku yang tersayang, En Mohamaad b. Yasok dan Pn. Safiah bt. Hassan. Juga khas buat kakak, abang-abang dan adik-adik semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan semoga hubungan ukhwah yang terjalin sentiasa mekar berseri.
Untuk saudara Abdul Halim yang dihormati, jutaan terima kasih atas sokongan, dorongan dan kerana sentiasa menjadi azimat perjuanganku di sini. Semoga perhubungan kita sentiasa diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.
Kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati, terima kasih di atas segala ilmu yang telah diberikan sepanjang ku berpayung di UTM ini.
Buat semua, kupohon iringan doa darimu untu mengiringi tiap langkahku agar perjalanan hidup ini diberkati oleh Nya. Amin.

iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat
dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para
sahabat.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas
limpahan dan hidayahNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini
dalam jangka masa yang telah diperuntukkan walaupun terlalu banyak rintangan,
cabaran dan dugaan yang menghalang.
Seikhlas hati, ingin saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi
penghargaan kepada PM Dr. Mohini bt. Mohamed, selaku penyelia yang merupakan
seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan mengambil berat. Terima kasih yang
tidak terhingga kepada beliau atas nasihat, kritikan yang membina dan dorongan
beserta pandangan sepanjang saya menyempurnakan PSM ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengharungi hidup suka
duka selama empat tahun menuntut di UTM, terima kasih di atas segalanya atas
bantuan dalam bentuk bahan, tunjuk ajar dan nasihat. Tidak dilupakan juga kepada
ibubapa tersayang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya sepanjang perjalanan
hidup ini.
Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas dan sebaik-baik pemberi balasan di
atas jasa dan kebaikan yang telah diberikan oleh semua dalam menyempurnakan
PSM ini.

v
ABSTRAK
Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 137 orang
responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat dari program
SPM dan SPN terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian
menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat
kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process dan
product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah
program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar.
Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai, α = 0.86. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan
sisihan lazim bagi setiap item. Nilai bagi setiap aspek yang dinilai adalah: program
(M=3.87, SL=0.79), kandungan pelajaran (M=3.77, SL=0.79) dan kepuasan pelajar
(M=3.76, SL=0.76) berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali bagi
aspek pengajaran dan pembelajaran (M=3.67, SL=0.88) yang berada pada tahap
kurang memuaskan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih
banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan
menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia lebih memuaskan pelajar.

vi
ABSTRACT This study was done as a curriculum evaluation for the Bachelor’s Degree of
Science and Education (Mathematic)-SPM and for Bachelor’s Degree of Science and
Education (Science)-SPN programmes offered at Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). A total of 137 samples comprising of first till forth year students from SPM
and SPN programmes were taken as respondents for this research. The insruments
used is a questionnaire with a five points scale using CIPP model. The categories
that were evaluated are the contexts, input, process and product which has 36 items.
The aspects that were studied are the programme, the contents of subjects, teaching
and learning and also students satisfaction. The reliability level of the instrument is α
= 0.86. The data collected were analyzed with the SPSS 12.0 software to measure
the frequency, percentage, min and standard deviation of every item. The values for
each aspects of study are: programme (M=3.87, SL=0.79), contents of subjects
(M=3.77, SL=0.79) and students satisfaction (M=3.76, SL=0.76) which indicated
that all categories are in a satisfactory level except for the teaching and learning
category (M=3.67, SL=0.88) which is not at satisfactory level. Result from this
research showed that more effort should be done to improve the service and make the
programs offered by Faculty of Education at Universiti Teknologi Malaysia more
satisfactory for the students.

vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan kajian 5
1.7 Skop Kajian 6
1.8 Batasan Kajian 7

viii 1.9 Definisi Istilah 7
1.10 Rumusan 8
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Kurikulum 10
2.3 Model Penilaian Kurikulum 11
2.3.1 Model Objektif 12
2.3.2 Model Stake 12
2.3.3 Model Holistik 13
2.3.4 Model Illuminatif 14
2.3.5 Model Konteks, Input, Proses Dan
Produk ( CIPP) 15
2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Penilaian Kurikulum 17
2.4.1 Program 17
2.4.2 Pensyarah 21
2.4.3 Pengajaran dan Pembelajaran 25
2.4.4 Prasarana 31
2.5 Persediaan Untuk Menjadi Guru 34
2.6 Penutup 38
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 39
3.2 Rekabentuk Kajian 39
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 40
3.4 Alat Kajian 41
3.5 Instrumen Kajian 42
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Analisis Data 45
3.8 Rumusan 46

ix BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Bahagian A-Maklumat Diri Responden 49
4.2.1 Jantina 49
4.2.2 Program 49
4.2.3 Tahun Pengajian 50
4.3 Bahagian B 50
4.3.1 Tahap Program 51
4.3.2 Kekuatan Dan Kelemahan Kandungan Pelajaran 53
4.3.3 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 57
4.3.4 Tahap Kepuasan Pelajar 59
4.4 Nilai Min Bagi Setiap Objektif Kajian 61
4.5 Rumusan 62
BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Kajian 64
5.2.1 Persoalan Kajian Satu 64
5.2.2 Persoalan Kajian Dua 67
5.2.3 Persoalan Kajian Tiga 70
5.2.4 Persoalan Kajian Empat 74
5.3 Implikasi Kajian 77
5.4 Cadangan 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Rumusan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 88
LAMPIRAN B 93

x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 CPA Purata Program Sesi 2005/2006 3
3.1 Jumlah Pelajar Tahun Satu Hingga Empat
Mengikut Kursus 40
3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek
Kajian 43
3.3 Tiga Tahap Penilaian Maklumat Yang Diperolehi 46
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 49
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Program 50
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Tahun Pengajian 50
4.4 Tiga Tahap Penilaian Maklumat Yang Diperolehi 51
4.5 Analisis Taburan Responden Mengikut Tahap
Program Di UTM 52
4.6 Analisis Kekuatan Dan Kelemahan
Kandungan Pelajaran 54

xi
4.7 Perbandingan Antara Kekuatan Dan Kelemahan
Kandungan Pelajaran 56
4.8 Analisis Bagi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
di UTM 57
4.9 Analisis Tahap Kepuasan Pelajar 59
4.10 Petanda Skor Min Bagi Setiap Objektif 61
4.11 Purata Min Bagi Setiap Objektif Kajian 61

xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model CIPP 15

xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
CIPP - Context, Input, Process dan Product
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information &
Communications Technology)
IPPTN - Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Soal Selidik 88
B Pengesahan Alat Kajian 93

BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sesuatu kurikulum yang dibentuk untuk suatu Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
adalah berdasarkan fungsi universiti itu di dalam konteks negara di mana, fungsi
tersebut dibayangkan di dalam matlamat sesebuah universiti itu. Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menjadikan
Sains dan Teknologi sebagai bidang utama pengkhususannya. Di samping itu, UTM
bermatlamat untuk menyediakan golongan intelek yang berkemampuan dan berdaya
saing serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang maksima.
Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi
sesuatu kurikulum yang baik, ianya berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran
pensyarah dan kemudahan yang terdapat di dalam institusi tersebut. Penilaian
kurikulum dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu program
itu dijalankan. Secara amnya, penilaian kurikulum adalah bertujuan untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Seperti yang diketahui para pendidik, dasar kerajaan mahu memastikan
kurikulum universiti disemak lebih kerap iaitu setiap tiga tahun berbanding lima tahun
sebelum ini. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed,
kementerian sedang merombak kurikulum semua universiti yang lebih

2
berorientasikan kemahiran komunikasi, sahsiah diri dan keusahawanan serta tidak
lagi hanya berasaskan peperiksaan.
Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan “Pendidikan di Malaysia ialah
satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
1.2 Latar belakang Masalah
Dalam profesion perguruan, seseorang individu itu perlu memberi khidmat
kepada anak didik dan masyarakat, seikhlas mana khidmat ini dapat diberikan
bergantung kepada individu itu sendiri. Seorang guru yang unggul perlu memiliki
kebolehan akademik dan profesional yang secukupnya untuk melaksanakan tugas
mereka dengan berkesan. Oleh sebab itu, penyelidikan berkaitan penilaian kurikulum
program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan Sains (SPN) ini perlu bagi mengenal pasti kelebihan dan
kelemahan yang ada di dalamnya yang seterusnya membentuk graduan-graduan yang
berkualiti dalam bidang perguruan.
Sesuatu program yang dibentuk adalah bertujuan untuk menjadikan sesuatu
program itu mantap dan bagi memastikan hal ini, pandangan pelajar adalah perlu.
Oleh sebab itu, penyelidikan ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan pandangan
pelajar tahun satu hingga empat berkaitan dengan pembelajaran atau program yang
sedang mereka ikuti di UTM iaitu bagi program SPM dan SPN. Ini juga dapat
memberikan panduan kepada pelajar-pelajar akan datang yang berminat untuk
memasuki program ini.

3
Dalam mengikuti sesuatu program pengajian, seseorang pelajar itu seringkali
menghadapi masalah pembelajaran. Pelajar sering menghadapi masalah disebabkan
kandungan kursus mengandungi konsep yang sukar untuk difahami, perkaitan konsep
yang rumit dan mengandungi persoalan yang memerlukan kemahiran penyelesaian
masalah. Dalam menangani masalah ini, keperluan maklum balas daripada pelajar
amatlah mustahak kerana apa sahaja masalah yang dihadapi oleh setiap individu
pelajar hanya dapat dijelaskan oleh pelajar itu sendiri.
Kajian ini dianggap penting terutama bagi semua pihak terutamanya pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melihat sejauh mana keberkesanan program
SPM dan SPN ke atas pelajar-pelajar di UTM dalam melahirkan guru yang
berkualiti. Dengan ini juga, keyakinan para ibubapa juga dapat bertambah terhadap
guru-guru yang terhasil dari kedua-dua program ini di mana mereka yang akan
memimpin anak-anak mereka pada masa hadapan. Pihak pengurusan sekolah juga
diharapkan dapat menerima guru-guru hasil daripada kedua-dua program ini dengan
hati yang terbuka kelak.
Di samping itu, mungkin ada kajian yang telah dibuat mengenai penilaian
kurikulum bagi program lain iaitu program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kemahiran Hidup (SPH) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Pengajian Islam
(SPI), tetapi penilaian khusus dalam bidang Matematik dan Sains ini masih belum
wujud lagi. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan dengan harapan dapat
menyumbangkan sesuatu yang berguna dari segi ilmiah untuk kepentingan semua
pihak. Dalam hal ini juga, dari segi min purata bagi pelajar program SPM untuk sesi
2005/2006 adalah lebih rendah daripada program yang lain dan hal ini mengukuhkan
lagi faktor untuk menghasilkan kajian ini.
Jadual 1.1: CPA Purata Program Sesi 2005/2006
CPA
Program Minimum Maksimum Purata
SPN 1.67 3.63 2.72
SPM 1.32 3.82 2.87

4
Kurikulum yang baik dan terancang akan melahirkan graduan yang berkualiti
dan berdaya saing terutamanya di bidang Sains dan Teknologi. Selain daripada
khidmat pensyarah dan kemudahan prasarana, kandungan program juga merupakan
salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
sesebuah kurikulum yang baik. Melalui kajian yang dijalankan ini, ianya diharapkan
dapat dimanfaatkan ke arah mempertingkatkan pendekatan dan kaedah pengajaran
pensyarah, pembelajaran dan pencapaian pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang penilaian kurikulum bagi
program SPM dan SPN di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Berdasarkan latar
belakang masalah yang telah dihuraikan oleh penyelidik, menunjukkan bahawa
terdapat kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam kurikulum program SPM dan
SPN ini dari segi kualiti pensyarah, proses P&P, serta kandungan kedua-dua program
itu sendiri.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut:
i. Mengenal pasti sejauh manakah program yang diambil di UTM dapat
memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam
profesion perguruan.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran yang
terdapat dalam kursus yang dipelajari di UTM.
iii. Mengenal pasti sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran
yang dipelajari di UTM memenuhi keperluan pelajar.
iv. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang
diambil di UTM.