isu penyelidikan

27
1.0 Pengenalan Kemampuan Malaysia merealisasikan hasrat Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri amat bergantung pada sistem pendidikan. Hal ini pernah dinyatakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Awang Had Salleh dalam menyarankan RRJP3 agar memberi tumpuan kepada sektor pendidikan. Menurut beliau, kalau 20 atau 30 tahun lalu, cuma dua peratus saja rakyat negara ini berpendidikan universiti. Untuk mencapai tahap sebuah negara maju, peratusan mereka yang berpendidikan tertiari perlu lebih tinggi di samping sistem pendidikan mestilah bersifat anjal 1 . Menyedari hakikat ini, usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama telah menjadi agenda teras kedua dalam RMK 9 (Misi Nasional) dan seterusnya telah menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkeperibadian tinggi. Sehubungan itu, profesion perguruan telah diberi amanah oleh KPM untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Hal ini kerana pada abad ke 21 ini, kemajuan dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada keupayaan rakyatnya melahirkan dan menggunakan ilmu pengetahuan dalam segala urusan kehidupan. Namun begitu, dalam konteks Malaysia, tanggungjawab profesion perguruan bukan sahaja menyediakan rakyat di negara ini dengan pelbagai ilmu pengetahuan tetapi perlu juga diseimbangkan dan disepadukan dengan aspek kerohanian, emosi dan jasmani seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam proses memenuhi tanggungjawab ini, profesion perguruan juga perlu berhadapan dengan impak globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang sedikit sebanyak telah menggugat martabatnya. Tanggungjawab para pendidik menjadi semakin berat kerana mereka perlu proaktif untuk menyediakan generasi pelajar yang bersedia 1 Berita Harian. 2001. 3 April 1

Upload: kart9

Post on 06-Jun-2015

4.484 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

budaya penyelidikan dalam kalangan guru di Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Isu penyelidikan

1.0 Pengenalan

Kemampuan Malaysia merealisasikan hasrat Wawasan 2020 untuk menjadi

negara maju mengikut acuan sendiri amat bergantung pada sistem pendidikan. Hal ini

pernah dinyatakan oleh tokoh pendidikan, Tan Sri Awang Had Salleh dalam

menyarankan RRJP3 agar memberi tumpuan kepada sektor pendidikan. Menurut beliau,

kalau 20 atau 30 tahun lalu, cuma dua peratus saja rakyat negara ini berpendidikan

universiti. Untuk mencapai tahap sebuah negara maju, peratusan mereka yang

berpendidikan tertiari perlu lebih tinggi di samping sistem pendidikan mestilah bersifat

anjal1. Menyedari hakikat ini, usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama telah

menjadi agenda teras kedua dalam RMK 9 (Misi Nasional) dan seterusnya telah

menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merangka Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006 -2010 sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan

dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berkeperibadian tinggi.

Sehubungan itu, profesion perguruan telah diberi amanah oleh KPM untuk

melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berilmu. Hal ini kerana pada abad ke 21

ini, kemajuan dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada keupayaan

rakyatnya melahirkan dan menggunakan ilmu pengetahuan dalam segala urusan

kehidupan. Namun begitu, dalam konteks Malaysia, tanggungjawab profesion perguruan

bukan sahaja menyediakan rakyat di negara ini dengan pelbagai ilmu pengetahuan tetapi

perlu juga diseimbangkan dan disepadukan dengan aspek kerohanian, emosi dan jasmani

seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam proses memenuhi tanggungjawab ini, profesion perguruan juga perlu

berhadapan dengan impak globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang sedikit

sebanyak telah menggugat martabatnya. Tanggungjawab para pendidik menjadi semakin

berat kerana mereka perlu proaktif untuk menyediakan generasi pelajar yang bersedia

bersaing dalam persekitaran sejagat yang sangat kompleks dan kompetitif.

1 Berita Harian. 2001. 3 April

1

Page 2: Isu penyelidikan

Oleh yang demikian para pendidik dan sistem pendidikan itu sendiri perlulah

mempunyai kualiti yang bersifat global. Justeru penggubalan dasar pendidikan di negara

ini perlu mengambil kira tentang penilaian kesan globalisasi terhadap pendidikan,

kemampuan kita untuk menjana perubahan akibat globalisasi di samping memenuhi

wawasan negara dan falsafah pendidikan itu sendiri. Dengan ini, KPM telah mengatur

langkah-langkah meningkatkan profesion perguruan sebagaimana yang termaktub dalam

teras kelima PIPP 2006 -2010 iaitu memartabatkan profesion perguruan. Salah satu

elemen yang diberi penekanan ialah budaya penyelidikan di kalangan pendidik. Dengan

adanya budaya penyelidikan di kalangan guru maka kualiti perguruan itu dapat

ditingkatkan.

2.0 Impak Dasar.

2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Reformasi pendidikan telah berlaku sebelum pembentukan Dasar Wawasan

2020. Hal ini bermula dengan kesedaran ahli akademik dan tokoh pendidik tentang

pembentukan watak generasi pelajar yang berteraskan ciri-ciri bangsa Malaysia. Maka

satu pernyataan Falsafah Pendidikan Negara telah digubal dan seterusnya menjadi

mukadimah dalam Akta Pendidikan 1996 yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Aspek penting dalam falasafah ini adalah untuk memperkembangkan

potensi individu secara seimbang dan holistik. Konsep pendidikan yang luas ini telah

meletakkan tanggungjawab dan tugas yang berat di bahu para pendidik. Hal ini kerana

potensi individu boleh menyerupai pelbagai bentuk dan ragam. Oleh itu, tugas untuk

memperkembangkan potensi ini perlulah dilakukan secara menyeluruh iaitu terangkai

dalam usaha memperkembangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek secara bersepadu.

Kekurangan salah satu elemen akan menjejaskan pembentukan peribadi pelajar. Justeru

konsep keilmuan yang kukuh perlu didasari bagi mencapai matlamat ini. Dengan ini, para

pendidik perlulah mempersiapkan diri dengan budaya ilmu agar tugas dan tanggungjawab

ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2

Page 3: Isu penyelidikan

Bagi keperluan ini, para pendidik perlulah menjadi penyelidik untuk memperkembangkan

ilmu pengetahuan dan daya kreativiti mereka.

2.2 Wawasan 2020

Hasrat Wawasan 2020 yang telah dikemuka oleh mantan Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah untuk menjadikan Malaysia negara

perindustrian sekaligus negara maju. Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran bagi

membentuk negara Malaysia yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai

rasa keyakinan diri yang ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati

kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi,

adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur. Ekonomi negara mampu bersaing,

dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan (PIPP.2007). Oleh yang demikian,

langkah-langkah untuk menangani kesemua cabaran ini memerlukan pembangunan

sumber manusia yang lengkap dan mencukupi.

Kemampuan membangun sumber manusia yang berinovasi dan berdaya saing

tinggi amat bergantung kepada keupayaan dan kesediaan sistem penyampaian

terutamanya para pendidik. Para pendidik perlu menghadapi cabaran wawasan ini dengan

senantiasa meningkatkan ilmu pengetahuan umum, tugas penyeliaan dan ilmu-ilmu

pendidikan profesional ke suatu tahap yang selari dengan segala jenis perkembangan

kemajuan dan inovasi dalam masyarakat dunia. (Wan Zahid. 1993). Dengan kata lain,

guru-guru bukan sahaja memindahkan ilmu, sikap dan kemahiran tetapi mereka juga

perlu membantu pelajar menterjemahkan semua aspek ini kepada sesuatu yang

bermanfaat. Dapatlah diringkaskan di sini, guru-guru perlulah melibatkan aktiviti inkuiri

reflektif dalam membentuk keupayaan diri menjadi guru yang kompetatif melalui aktiviti

penyelidikan.

3

Page 4: Isu penyelidikan

2.3 Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9)

Malaysia telah melepasi fasa pertama Wawasan 2020(1990 – 2005) yang banyak

memberi penumpuan kepada pembangunan fizikal terutama dari segi penyediaan

prasarana yang dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial. Kini, fasa

kedua Wawasan 2020 iaitu 2006 - 2010 akan memberikan penekanan kepada aspek-aspek

pembangunan insaniah. Bagi melaksanakan hasrat Wawasan 2020 ini, Misi Nasional

telah gubal oleh kerajaan sebagai panduan kepada usaha-usaha membawa kepada

pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional yang dirangka merangkumi lima teras:

a) Teras 1 – meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;

b) Teras 2 – Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta

memupuk ‘minda kelas pertama’

c) Teras 3 - Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang

berterusan secara membina dan produktif

d) Teras 4 - Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup

e) Teras 5 – Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

Bagi memacu Misi Nasional, Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka sebagai

rancangan fasa lima tahun pertama Misi Nasional. Dengan kata lain, RMKe-9 menumpu

kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 yang menekankan aspek-aspek

pembangunan insaniah dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Justeru, peranan

pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras ini terutamanya teras

kedua dan teras ketiga (PIPP, 2007). Oleh yang demikian RMKe-9 telah

memperuntukkan sebanyak RM 45 149.1 juta kepada sektor pendidik (RMKe-9).

Impak Misi Nasional dalam memperkembang budaya penyelidikan di kalangan

guru sememang dapat dikaitkan secara langsung pada teras kedua Misi Nasional ini. Bagi

memenuhi proses penambahbaikan secara kompherensif atas sistem penyampaian

pendidikan dan latihan serta pembelajaran sepanjang hayat maka budaya penyelidikan

amat perlu dipertingkatkan dan dibudayakan di kalangan pendidik.

4

Page 5: Isu penyelidikan

2.4 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2001-2010

Matlamat pembangunan negara, RMKe-9 telah menggariskan strategi, program

dan projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta membina masyarakat yang

bersatu padu, adil dan saksama. Semua itu mempunyai implikasi yang besar terhadap

sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam perancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Dasar Wawasan

Negara (DWN) dan kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) telah di ambil kira.

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 bermatlamat menentukan setiap warganegara

memperoleh peluang pendidikan selama 12 tahun dari segi akses, ekuiti, dan kualiti.

Berdasarkan matlamat tersebut pada pertengahan tempoh 2001-2010, (KPM) berhasrat

untuk melaksanakan penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan daripada 13

tahun kepada 12 tahun menyerupai sistem pendidikan di kebanyakan negara maju.

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga memberi penekanan kepada pembangunan

pendidikan tertiari bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan

berkemahiran. Matlamat tersebut adalah selari dengan matlamat pendidikan kebangsaan

untuk memenuhi keperluan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta cabaran-

cabaran terkini hasil dari pengaruh besar globalisasi, liberalisasi dan K-ekonomi.

Pembangunan Pendidikan 2001-2010 turut bertujuan memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan FPK; meningkatkan kreativiti dan inovasi

di kalangan murid; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains dan teknologi;

pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,

berkesan dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan sekaligus meningkatkan martabat pendidikan Malaysia di peringkat

antarabangsa. Sehubungan dengan itu, peranan para pendidik dilihat semakin mencabar

dan penting kerana tanpa mereka yang berkualiti pasti usaha ini sukar untuk dijayakan.

5

Page 6: Isu penyelidikan

Usaha terbaru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan

PIPP 2006 – 2010 menunjukkan kesungguhan KPM meningkatkan kualiti perguruan di

Malaysia. Salah satu teras yang secara langsung menyentuh tentang aspek ini ialah teras

kelima iaitu memartabatkan profesion keguruan. Teras ini memberi fokus untuk

menghasilkan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal

berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan dan memenuhi sebahagian besar keperluan

intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru (Soon, 1997) Antara aspek yang

diberi penekanan dalam elemen memantapkan latihan perguruan ialah penyelidikan

sebagai budaya kerja pendidikan guru (PIPP,2007 hlm102). Objektif ini dijangka akan

meningkatkan bilangan guru yang terlibat dalam penyelidikan pada tempoh pelaksanaan

RMKe-9. Budaya ini turut diterapkan dalam pemilihan guru cemerlang dan pengetua

cemerlang. Usaha ini disokong dengan penaiktarafan maktab perguruan kepada IPG dan

menggalakkan para pendidik mengikuti program sarjana dan PHD.

Secara ringkasnya pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam membangunkan dan

memajukan negara ini memerlukan penglibatan dan sokongan padu bidang pendidikan.

Oleh itu, kejayaan atau kegagalan sesuatu Dasar Pembangunan Negara amat bergantung

pada kejayaaan sistem pendidikan dalam menyediakan sumber manusia yang terlatih dan

berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara. Matlamat pendidikan

ini akan tercapai sekiranya para pendidik bersedia meningkatkan kualiti profesionalisme

melalui pentelidikan dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada

pelajar-pelajar.

3. Definisi Istilah

Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai kerja -kerja menyelidik atau perbuatan

menyelidik. (Kamus Dewan, 2005). Dengan kata lain, penyelidikan adalah satu usaha

yang bersistematik untuk mendapat jawapan kepada soalan atau sesuatu masalah

(Tuckman,1999). Dalam konteks pendidikan, penyelidikan adalah suatu proses membuat

refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan (Mok, 2005) seperti pelaksanaan polisi dan

program pendidikan di peringkat makro manakala di peringkat mikro refleksi dilakukan

6

Page 7: Isu penyelidikan

terhadap masalah yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penyelidikan adalah satu usaha

menyelidik untuk mencari jawapan kepada permasalahan dalam bidang pendidikan

dengan mentafsir dapatan-dapatan baru, membaharui teori dan membuat kesimpulan bagi

penyelesaian masalah yang dikaji.

Menurut Kamus Dewan (2005) , kualiti ialah darjah kecemerlangan biasanya

tinggi atau mutu yang terbaik. Manakala C.S. Ong (2005) berpendapat bahawa kualiti

dalam pendidikan boleh dirumuskan sebagai tahap pencapaian tertinggi atau standard

yang unggul dan boleh dikenal pasti secara umum serta sejagat. Oleh itu, kualiti

perguruan dapat dikaitkan dengan standard yang unggul dalam semua aspek perguruan

yang diiktiraf oleh pihak berkepentingan dan masyarakat. Dengan kata lain, kualiti para

pendidik terletak kepada profesionalismenya (Jemaah Nazir,2001), prinsipnya, keutuhan

peribadinya,kecekapan dan keterampailan, keintelektualannya, kestabilan emosi dan

kerohaniannya serta kebijaksanaan dan kepemimpinannya.

Perguruan pula dirujuk kepada sekolah, tempat belajar, aktiviti pengajaran atau

yang ada berkaitan dengan guru (Kamus Dewan, 2005). Menurut Sufean (2004),

perguruan satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia

yang sempurna agar manusia itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab guru

terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang didiami oleh mereka serta keesaan Yang

Maha Pencipta. Justeru dalam perbincangan ini, skop perguruan akan dirujuk pada aspek

profesionalisme pendidik.

4. Senario Penyelidikan Pendidikan di Malaysia.

Penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam dua peringkat iaitu

peringkat makro dan mikro. Di peringkat makro, penyelidikan pendidikan dijalankan oleh

agensi-agensi bawah kelolaan KPM dan universiti tempatan. Tujuan penyelidikan di

peringkat ini lebih tertumpu pada penilaian dasar-dasar pendidikan dan penilaian pada

program-program pendidikan.

7

Page 8: Isu penyelidikan

Manakala penyelidikan mikro dijalankan secara kecil-kecilan oleh institusi pendidikan

seperti sekolah, IPG dan universiti tempatan yang lebih difokuskan pada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai kaedah penyelidikan pendidikan yang digunakan. Menurut Azizi,

et. al (2007, hlm 5) terdapat dua pendekatan dalam perkembangan penyelidikan ilmu

sosial termasuk penyelidikan pendidikan iaitu, pendekatan positivistik dan pendekatan

naturalistik. Pendekatan positivistik ialah pendekatan penyelidikan yang menjawab

permasalahan manakala pendekatan naturalistik ialah pendekatan penyelidikan yang

memerlukan pemahaman secara mendalam dan menyeluruh berkaitan objek yang

diselidik bagi menjawab permasalahan.

Penyelidikan saintifik atau asas dilihat sebagai pendekatan utama dalam

pendidikan yang selalu dilakukan oleh IPT di Malaysia sama ada untuk tujuan akademik

oleh individu atau organisasi tertentu bagi tujuan pembentukan dan pengembangan dasar

atau program yang berkaitan dengan pendidikan. Lazimnya, dapatan kajian digunakan

untuk membuat cadangan umum bagi penyelesaian masalah atau penambahbaikan

sesuatu dasar atau program kepada organisasi yang terlibat. Dalam konteks pelaksanaan

penyelidikan, peranan penyelidik berakhir setelah laporan siap disediakan. Penyelidikan

ini biasanya dijalankan oleh ahli-ahli pendidikan di IPT, pelajar-pelajar peringkat sarjana

dan PHD.

Pada masa kini penyelidikan tindakan dilihat sebagai satu alternatif baru yang

paling sesuai untuk menyelesaikan permasalahan dalam bidang perguruan. Hal ini kerana

kebanyakan penyelidik pendidikan menganggap dapatan penyelidikan saintifik

mengambil masa yang lama untuk diterima oleh pengamal pendidik dan mempunyai nilai

praktis yang sedikit. Lewin (1946 : 41 dlm Jamil. 2002) mengkritik penyelidikan saintifik

yang tidak menyumbang kepada perubahan dengan menyatakan ‘research that produces

nothing but books will not suffice’. Kenyataan ini diperkukuh lagi kajian yang dibuat

oleh Sardo Brown (1995 dlm Jamil. 2002) ke atas enam orang guru yang melaksanakan

penyelidikan pendidikan. Beliau mendapati penyelidikan tindakan menjadikan para guru

8

Page 9: Isu penyelidikan

lebih reflektif, sensitif kepada permasalahan pelajar, meningkatkan faham terhadap

amalan pengajaran dan amalan komunikasi. Selain itu, menjadikan guru lebih bersikap

positif untuk membaca dan mencuba kaedah pengajaran baru bagi meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penyelidikan amat penting dalam meningkatkan kualiti

perguruan maka KPM khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP/EPRD) telah memulakan insiatif untuk membudayakan kajian

tindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan bawah

Program Excellence and Research (PIER). Program pembiayaian Bank Dunia ini bermula

pada tahun 1993 hingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus kajian tindakan kepada

guru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankan projek

kajian tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek kajian tindakan telah berjaya

dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah,1998)2.

Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP mendapat peruntukan khas daripada

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bawah Program Kesedaran Sains untuk

membolehkan aktiviti kajian tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projek kajian tindakan

yang dilaksanakan oleh guru-guru matematik dan sains di seluruh negara. Bagi kursus

kajian tindakan pula, sebanyak 20 kursus yang telah dijalankan kepada guru-guru

matematik dan sains di seluruh negara selama 3 tahun ini (Madzniyah,2000).2 Bermula

pada tahun 2001, KPM telah menyediakan peruntukan sendiri dan berupaya mengagihkan

sebanyak RM3500 kepada setiap negeri bagi melaksanakan kajian tindakan.

Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Kebangsaan telah diadakan oleh

BPPDP sebagai saluran untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan, terutama dalam

kalangan guru untuk dikongsi bersama. Beberapa orang guru yang terlibat diberi peluang

untuk membentangkan hasil kajian mereka (Prosiding Seminar, BPPDP, 2000). Di

peringkat pendidikan guru, aktiviti penyelidikan dijadikan budaya kerja di kalangan

pensyarah bagi meningkatkan kualiti kerja. Kompetensi dalam melaksanakna

2 http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/latar.htm) diakses pada 18 september

9

Page 10: Isu penyelidikan

penyelidikan merupakan prasyarat utama untuk menjadikan pendidik guru sebagai

pendidik reflektif (Premalatha et. al, 2003). Manakala pendidik sama ada

praperkhidmatan atau dalam perkhidmatan melakukan penyelidikan secara individu atau

kolaborasi sebagai latihan ilmiah bagi program siswazah dan pascasiswazah serta juga

sebahagian daripada keperluan program latihan dalam perkhidmatan.

Selain ini, KPM juga telah membentuk satu jawatankuasa penyelidik yang

terdiri daripada UKM, UPM, USM dan UM. Jawatankuasa ini ditubuh dengan tujuan

menghasilkan formula berkonsepkan universiti penyelidikan. Visi universiti penyelidikan

meluaskan falsafah yang sedia ada dan membekalkan latihan yang baik dalam

memajukan seluruh sistem pendidikan serta bekerjasama dalam pembangunan negara.

Sokongan dan usaha padu KPM sememangnya jelas dalam membudayakan

penyelidikan di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Maka para pendidik perlulah

memahami konsep mereka sebagai penyelidik supaya pelaksanaan dasar ini tidak

terbantut akibat sikap sambil lewa para guru. Dalam hal ini, Sachon (1983) menyarankan

perubahan amalan guru dari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective

rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.

Schon juga mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai

proses penyelidikan untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional

perguruan. Konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ membantu guru dalam

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan di samping

memungkinkan idea-idea baru dicetus bagi membaiki amalan. Proses ini sebenarnya

memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi

membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan. Justeru,

sewajarnyalah aspek penyelidikan menjadi elemen dalam pemilihan guru cemerlang dan

pengetua cemerlang.

5.0 Kesan Penyelidikan ke atas Kualiti Perguruan

10

Page 11: Isu penyelidikan

Kualiti perguruan terletak pada peningkatan kualiti profesionalisme para guru

itu sendiri. Justeru pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan pendidikan

merupakan salah satu unsur pembangunan profesionalisme guru yang dapat

meningkatkan kualiti perguruan. Dengan menjalankan penyelidikan, guru dapat

memperkasakan keperibadiannya, keintelektualan dan kepemimpinannya terutama dalam

menjalankan tugas sebagai pendidik. Dalam perkataan lain, penyelidikan dapat

meningkatkan profesionalisme guru melalui aspek yang dijelaskan dalam rajah di bawah:

Rajah 1. Aspek-aspek yang diperoleh melalui penyelidikan untuk peningkatan kualiti

profesionalisme.

Melalui penyelidikan, corak pemikiran tinggi (high oder thinking) di kalangan guru

penyelidik akan membantu para pelajar menguasai cara berfikir sedemikian. Hal ini

sesuai dengan perpatah yang mengatakan kepemimpinan melalui teladan. Corak

pemikiran tinggi ini berlaku apabila guru penyelidik terlibat dalam memanipulasi

maklumat dan idea-idea dengan mensintesiskan, membuat generalisasi, menjelaskan,

membuat hipotesis, atau mengemukakan kesimpulan-kesimpulan daripada hasil dapatan

Peningkatan perhubungan

Pemikiran Tinggi (high order thinking)

Pencam

bahan idea dan ilmu baru

Perkongsian Pintar

Peningkatan komitmen dan prestasi kerja pendidik

Pembudayaan ilmu

Pendidik yang berinovatif dan kreatif

Penambahbaikan berterusan

11

Page 12: Isu penyelidikan

dalam bentuk makna dan kefahaman baru. Mereka akan menggunakan prinsip-prinsip

pemikiran pada peringkat lebih tinggi. Hasil dapatan penyelidikan dapat membantu guru

membangunkan keupayaan pelajar-pelajar untuk mereflek dan menggunakan pemikiran

tinggi dalam aktiviti pembelajaran. Dengan ini, proses pembelajaran pelajar tidak lagi

tertumpu kepada aktiviti penghafalan dan menerima semua fakta tanpa melalui pemikiran

kritis. Kemahiran berfikir pelajar akan berkembang di samping kekukuhan struktur

kognitif pelajar-pelajar membantu mereka mengingat dan mengekalkan maklumat dalam

tempoh masa yang panjang . Selain itu, guru dapat menyediakan struktur asas bagi pelajar

untuk membina konsep baru. Semua ini dapat dilakukan oleh guru yang melakukan

penyelidikan sebelum melaksanakan proses pengajaran kerana guru perlu membuat

analisis, penilaian dan mensintesiskan amalan pengajarannya agar dapat menggalakkan

pelajar menggunakan pemikiran tinggi dalam operasi pembelajaran mereka.

Selain itu, keintelektualan para guru juga dapat ditingkatkan melalui

pencambahan idea dan ilmu baru. Dengan melakukan penyelidikan, para guru aktif di

dalam pengumpulan dan perkongsian maklumat yang terkini. Malah menggalakkan guru

penyelidik mencetuskan idea-idea baru yang boleh membantu organisasi pendidikan

berhadapan dengan permasalahan baru serta lebih bersedia menghadapi perubahan yang

sering berlaku dari semasa ke semasa. Hal ini boleh dilakukan dalam situasi yang lebih

dinamik kerana melalui penyelidikan, semua teknik penyelesaian kepada sesuatu masalah

yang digunakan selama ini akan mengalami peningkatan kerana perlu disesuaikan dengan

diri para guru dan organisasi sekolah untuk menghadapi persekitaran yang berubah.

Penyelidikan dapat menyemak kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lepas

dan membantu guru-guru mempelajari kesilapan masa lampau. Dengan ini, para guru

akan sentiasa bersedia untuk menggunakan pendekatan baru dan terkini untuk mengatasi

kesilapan lampau. Seterusnya, memberi kekuatan kepada para guru untuk berhadapan

dengan perubahan secara positif.

Penyelidikan dapat meningkatkan kualiti perguruan melalui perkongsian pintar.

Perkongsian pintar ini berlaku apabila penukaran dan aliran maklumat berlaku secara

12

Page 13: Isu penyelidikan

bebas. Melalui penyelidikan, para guru dapat menyuarakan pandangan berdasarkan

dapatan kajian yang kukuh kepada pihak-pihak berkepentingan dan pembuat dasar untuk

diambil perhatian dalam penyelesaian sesuatu masalah berkaitan dengan pendidikan. Pada

masa ini, para guru tidak terlibat secara langsung dalam apa-apa perubahan yang

dilakukan dalam sistem pendidikan malah mereka terpaksa menerima sebarang perubahan

tanpa kerelaan dan kesediaan untuk melakukannya. Akibat ketidakfahaman tentang

matlamat dan tujuan perubahan dilakukan maka kebanyakan perubahan yang

dilaksanakan kurang berjaya. Keadaan ini boleh diubah sekiranya para guru

mengamalkan budaya penyelidikan dalam tugasan mereka. Hal ini kerana para guru

mempunyai hujah-hujah yang kukuh untuk disumbangkan kepada pembuat dasar sebelum

sesuatu perubahan dilaksanakan. Malah para guru akan lebih bersedia untuk melakukan

perubahan kerana mereka terlibat sama dalam membentuk matlamat dan strategi sesuatu

perubahan.

Dalam konteks mikro, perkongsian pintar ini berlaku apabila hasil dapatan

penyelidikan dibincangkan dalam persidangan, seminar, bengkel dan penulisan jurnal.

Perkongsian maklumat dan perbincangan-perbincangan dalam mengatasi permasalahan

yang sama dapat mewujudkan pakatan strategi setelah membuat pertimbangan daripada

pelbagai aspek pemikiran dan pengalaman para peserta. Dengan cara ini, ketandusan idea

dan kemuflisan daya cipta dalam kalangan guru dapat diatasi.

Dalam proses melakukan penyelidikan, para guru akan terlibat dalam membuat

hubungan-hubungan antara memperoleh maklumat dengan penglibatan pihak pengurus,

para pelajar, rakan setugas, ibu bapa dan komuniti yang lebih luas lagi. Misalnya, guru

penyelidik yang ingin melihat hubungan pembelajaran pelajar dengan penglibatan ibu

bapa di rumah. Bagi memperoleh maklumat, penyelidik guru akan berinteraksi dengan

PIBG, ibu bapa dan pelajar-pelajar terlibat.

Dengan adanya hubungan sedemikian, guru lebih peka dan memahami situasi

sebenar masalah dan cara penyelesaian sesuatu masalah itu dapat dibuat dengan

melibatkan lebih banyak pihak dalam komuniti pembelajaran tersebut.

13

Page 14: Isu penyelidikan

Penglibatan guru dalam penyelidikan secara aktif dalam mencari penyelesaian

masalah di dalam bilik darjah telah meningkatkan komitmen dan prestasi kerja guru

tersebut. Menurut Covey (1989) penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan

keperluan yang memaksa mereka berada dalam komited dan jika tiada penglibatan maka

komitmen tidak mungkin wujud. Proses penyelidikan guru banyak membantu guru

mempertingkatkan hasil kerja mereka melalui penambahan pengalaman dan kemahiran.

Selain itu, guru adalah insan berpotensi dan berkemampuan untuk memperkembangkan

kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi manusia yang positif dan proaktif

(Sergiovanni, 1976) dalam menjalankan tugasnya.

Dengan memberi ruang kepada guru menjadi penyelidik dan mencuba idea-idea baru

sudah pasti akan menimbulkan motivasi yang tinggi untuk guru bekerja. Dengan ini

komitmen dan prestasi kerja guru akan meningkat.

Tanpa aktiviti penyelidikan, kebanyakan guru kurang peka terhadap penambahan

ilmu melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian ilmu. Hal ini berlaku kerana

tabiat manusia akan melakukan sesuatu sekiranya sesuatu itu mendatangkan manfaat

kepada mereka. Oleh itu, tanpa menjalankan penyelidikan seseorang guru tidak dapat

merasai manfaat pembudayaan ilmu dalam kerjayanya. Hanya guru yang terlibat dalam

aktiviti penyelidikan dapat melihat nilai tambah ilmu yang diperoleh daripada dapatan

penyelidikannya kepada perkhidmatan mereka. Dalam kajian yang dilakukan oleh

Madzniyah (2006) mendapati guru yang menjalankan penyelidikan berpendapat bahawa

penyelidikan dapat memperkembangkan profesionalisme mereka terutama dalam

pertambahan ilmu pengetahuan. Tambahan pula, penyelidikan dapat membantu proses

Organisasi Pembelajaran (learning organization) berkembang pesat. Pada peringkat

individu, ilmu meningkatkan kompetensi guru supaya dapat melaksanakan tugas dengan

sempurna manakala pada peringkat sekolah sebagai organisasi, perkongsian ilmu

memperkukuh keupayaannya.

Justeru penyelidikan akan menyebabkan guru terlibat secara langsung atau tidak langsung

secara bersistematik dalam kegiatan ilmu pada setiap ruang dan masa.

14

Page 15: Isu penyelidikan

Sebagai seorang profesional, guru bukan sahaja perlu berilmu pengetahuan dan

terlatih malah perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah

berkebolehan menghasilkan aktiviti pembelajaran kreatif dan inovatif. Tambahan pula

perkembangan teknologi maklumat banyak membantu guru untuk menjadi kreatif dan

inovatif. Guru yang kreatif akan mencipta sesuatu penemuan yang baru dengan

menyelidik dan mencari bukti-bukti dengan mencabar diri untuk mencipta teori-teori baru

berkaitan pendidikan. Guru tidak lagi bergantung kepada pengalaman yang lapuk dan

ketinggalan zaman untuk menjalankan tugas mereka malah melalui penyelidikan guru

dapat mencari kaedah atau amalan yang kreatif dan berinovasi untuk menjadikan

pembelajaran pelajar semakin menarik dan berkesan. Misalnya melalui penyelidikan guru

juga dapat mengesan kaedah pengajaran berasaskan komputer yang paling sesuai untuk

digunakan dalam bilik darjah. Dapat dirumuskan kreativiti guru bergantung kepada

kebolehan guru melakukan inovasi dalam pengajaran. Hal ini dapat dilakukan dengan

menjalankan penyelidikan secara berterusan.

Peningkatan kualiti profesion perguruan menuntut penambahbaikan berterusan dalam

menyediakan pekhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. Bagi menjamin kualiti

perkhidmatan dalam profesion pendidikan pada abad ke21 merupakan satu cabaran (Wan

Mohd Zahid Mohd Nordin,1993). Perkhidmatan dalam bidang pendidikan adalah proses

berkualiti yang dijalankan oleh pihak sekolah untuk menokok tambah nilai dalam

pembangunan diri pelajar mengikut kehendak pelanggan dan stakeholders. Untuk

menghasilkan pelajar yang berkualiti, para guru perlulah mencapai standard yang

ditetapkan. Justeru guru perlu membuat penambahbaikan dalam menyampaikan

perkhidmatannya. Keadaan ini dapat diwujudkan sekiranya budaya penyelidikan

dilaksanakan dalam amalan harian guru di mana dengan budaya ini, guru dapat mengesan

kelemahan dan kekuatan dalam proses penyampaian perkhidmatan mereka.

Hasrat KPM menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf

dunia merupakan paradigma pendidikan yang memerlukan anjakan yang mendorong para

guru memainakan peranan yang lebih berkesan dan progresif. Paradigma pendidikan

perlu diubah daripada ‘budaya pak turut’ kepada mencipta atau mencari, perkongsian

15

Page 16: Isu penyelidikan

maklumat, inovatif dan kreatif dan bersifat proaktif. Oleh yang demikian, penyelidikan

perlu dilakukan untuk mengesan kesediaan guru melaksanakan perubahan yang

dikehendaki secara total. Hasil dapatan penyelidikan dapat membantu pihak pembuat

dasar melihat tahap kesediaan dan kemampuan warga pendidik melaksanakan program

dan polisi dalam sistem pendidikan .

Akhir sekali kesan penyelidikan ke atas profesion perguruan ialah keupayaan para

guru menangani kepelbagaian dalam bilik darjah. Dewasa ini, konsep kepelbagaian

menjadi isu utama yang diperkatakan seluruh dunia. Pelajar-pelajar yang berada dalam

bilik darjah datang daripada pelbagai latar belakang sosio ekonomi, tahap kognitif,

keperluan, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang berbeza-beza. Teknik

pengajaran satu kaedah untuk semua sudah tidak sesuai lagi. Guru perlu menggunakan

pelbagai pendekatan untuk membantu pelajar yang berbeza-beza ini. Oleh itu, aktiviti

penyelidikan dapat mengesan kepelbagaian keperluan dan masalah. Justeru pelbagai

pendekatan dapat dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Secara amnya, aktiviti penyelidikan yang dilakukan secara bersistematik dan

saksama dapat membantu perkembangan profesion perguruan yang berkualiti dan

berkesan.

6.0 Isu-isu , masalah-masalah dan cadangan-cadangan

Sungguhpun aktiviti penyelidikan di peringkat makro sangat giat dan aktif

dijalankan terutama di peringkat agensi-agensi KPM dan institusi pengajian tinggi.

Persoalannya, kajian ini kurang berkesan kerana kebiasaan keputusan atau hasil

dapatanya mengambil masa yang lama untuk diterima oleh pengamal pendidikan dan

mempunyai nilai praktis yang sedikit (Jamil, 2002).

Malah dalam banyak keadaan hasil penyelidikan ini hanya terbuku dalam tesis

sarjana atau dalam laporan yang tersimpan di rak-rak buku. Jarang sekali hasil kajian ini

disebar luas kepada para guru di sekolah. Kalau adapun hasil penyelidikan dibincangkan

16

Page 17: Isu penyelidikan

di peringkat prosiding, seminar dan persidangan yang dihadiri oleh golongan tertentu

sahaja.

Selain itu, persoalan yang timbul ialah gaya penulisan ilmiah para penyelidik di

peringkat makro ini menyukarkan para guru untuk memahami keputusan dan kesimpulan

hasil dapatan penyelidikan yang telah dibuat. Perkara ini membantutkan minat para guru

untuk membaca dan menimba pengetahuan daripada hasil penyelidikan. Keadaan ini

disulitkan lagi dengan kesukaran untuk guru-guru mengakses hasil penyelidikan ini

kerana penyimpanannya di tempat-tempat yang ekskulsif dan jauh daripada persekitaran

tempat kerja mereka terutama yang bertugas di luar bandar.

Namun untuk perbincangan penulisan ini, fokus diberi kepada penyelidikan tindakan di

peringkat mikro. KPM telah berusaha meningkatkan budaya penyelidikan di kalangan

guru melalui latihan dalam praperkhidmatan di IPG dan IPT, latihan dalam perkhidmatan

dan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh BPPBP, JPNS, PSPN, dengan

usahasama IPT dan IPG. Tetapi budaya penyelidikan ini masih belum menyeluruh di

kalangan guru. Kajian yang dilakukan oleh Jamil (2002) dan Lee (1997) menunjukkan

tahap pengetahuan dan kemahiran penyelidikan tindakan dalam kalangan guru adalah

sederhana dan masih belum menyakinkan. Manakala penyelidikan yang dilakukan oleh

Bahagian Pendidikan dan beberapa maktab (sekarang ini dikenali IPG)

(Premalatha .2003) menunjukkan pendidik guru sendiri kurang kemahiran dalam

melakukan penyelidikan pendidikan dan pengalaman dalam kompetensi penyelidikan

masih rendah.

Apakah permasalahan yang dapat dikaitkan dengan isu ini? Antara masalah yang

dikesan melalui kajian yang dilakukan oleh Lee(1997), Jamil(2002) dan

Madzniyah( 2006) dapat dirumuskan kepada tiga aspek utama iaitu sikap guru, kekangan

masa dan pengetahuan penyelidikan yang cetek.

Selain ini terdapat berberapa masalah lain iaitu kurang peruntukan untuk

menjalankan penyelidikan, tidak berupaya mempengaruhi atau mengawal aspek-aspek

17

Page 18: Isu penyelidikan

seperti sukatan pelajaran, persekitaran dan organisasi khususnya sekolah dan hanya

dilakukan apabila ada arahan daripada pihak atasan.

Masalah sikap guru terhadap aktiviti penyelidikan dapat dilihat melalui tanggapan

negatif guru terhadap penyelidikan. Guru-guru menganggap tugas penyelidikan bukan

tugas mereka tetapi tugas yang perlu dilakukan oleh pegawai di PPD, JPN dan KPM, atau

hanya perlu dilakukan pada masa latihan praperkhidmatan atau latihan dalam

perkhidmatan sahaja. Justeru, terdapat segelintir guru yang menjalankan penyelidikan

kerana diarah oleh pengetua, PPD atau JPN sebagai memenuhi tuntutan selepas

menghadiri kursus penyelidikan tindakan (Madzniyah,2006). Keadaan ini diburukkan lagi

apabila tujuan aktiviti penyelidikan ini dilakukan sebagai bahan dokumentasi untuk

dihantar ke pihak-pihak yang menuntut. Oleh yang demikian tujuan sebenar penyelidikan

tidak dilaksanakan. Jadi dapat dirumuskan, walaupun aktiviti penyelidikan ini dijalankan

tetapi tidak mampu menyelesaikan permasalahan sebenar yang berlaku di dalam bilik

darjah.

Selain itu, guru juga beranggapan bahawa penyelidikan merupakan satu usaha

yang sia-sia dan membuang masa. Tanggapan ini berlaku kerana karenah birokrasi sama

ada di peringkat sekolah mahu pun di peringkat atasan. Guru tidak diberi kuasa atau

autoriti untuk melaksanakan hasil dapat penyelidikan di dalam bilik darjah malah guru

masih terikat dengan sukatan pelajaran yang perlu diselesaikan untuk persediaan

peperiksaan awam. Tanpa sokongan padu pihak pengetua dan pihak berkepentingan, guru

tidak berani mengambil risiko untuk mencuba idea atau strategi pengajaran dan

pembelajaran yang baru.

Malah usaha mereka juga tidak mendapat pengikhtirafan yang sewajarnya.

Keadaan ini jelas berlaku di kalangan guru kelulusan sarjana, mereka tidak lagi

menjalankan aktiviti penyelidikan selepas mendapatkan sijil sarjananya. Tanpa

pengiktirafan hasil penyelidikan mereka, mereka akan beranggapan penyelidikan

merupakan usaha yang sia-sia. Tambahan pula, hasil penyelidikan itu hanya laporan

18

Page 19: Isu penyelidikan

dokumentasi yang menyatakan aktiviti penyelidikan telah dijalankan bukannya laporan

yang melihat impak penyelidikan itu sebagai penyelesaian masalah.

Aktiviti penyelidikan juga sukar untuk dilaksanakan kerana kurang sokongan dan

kebanyakan guru-guru tidak mahu memberi kerjasama dengan penyelidik guru. Hal ini

kerana kurang kefahaman guru tentang kepentingan penyelidikan dalam membantu

mereka meningkat kualiti kerja. Terdapat juga guru yang beranggapan tugas membantu

melakukan penyelidikan akan menambahkan tugas mereka sedangkan penyelidik guru

yang mendapat nama sekiranya penyelidikan itu berjaya. Sekali lagi timbul tanggapan

usaha-usaha guru yang bekerjasama menjalankan aktiviti ini tidak diikhtiraf.

Usaha kolaboratif dengan pensyarah sama ada daripada IPT atau IPG kurang

mendapat sambutan kerana guru mempunyai tanggapan bahawa mereka dipergunakan

oleh pihak tersebut memandangkan guru tidak mahir dalam kompetensi penyelidikan

maka guru hanya menuruti kehendak pensyarah-pensyarah walaupun mereka berpendapat

terdapat aspek kurang sesuai dalam situasi sekolah mereka ( Madzniyah, 2006).

Selain itu guru berasa terbeban kerana masa dan tenaga yang digunakan untuk

melakukan penyelidikan tidak setimpal dengan gaji yang diperoleh. Walaupun dari aspek

tanggungjawab, guru merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih

mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan mereka berasa

bertanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat (Sufean, 2004).

Namun dalam dunia materialistik pada masa ini, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap

guru terhadap aktiviti penyelidikan pendidikan.

Guru juga kurang kesedaran dan kurang mengambil berat tentang kepentingan

penyelidikan dalam peningkatan profesionalisme mereka. Oleh itu, mereka kurang

membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Permasalahan yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran sering kali diselesaikan

dengan cara yang tidak bersistematik dan tiada pendokumentasikan. Hal ini menyukarkan

pihak-pihak lain untuk berkongsi pendapat dan pengalaman yang diperoleh.

19

Page 20: Isu penyelidikan

Masalah sikap guru terhadap penyelidikan perlu diubah dengan melakukan beberapa

penambahbaikan dan mempromosikan penyelidikan secara bersungguh-sungguh. Antara

langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

i) Suatu tindakan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk memberi kefahaman

jelas dan tepat tentang penyelidikan kepada semua pihak terutama guru-guru.

Mereka perlu diberi penjelasan tentang keperluan dan kepentingan

penyelidikan dilakukan dalam proses meningkatkan kualiti perguruan.

ii) Sistem ganjaran perlu dipertimbangkan untuk meningkatkan motivasi dan

komitmen guru penyelidik. Misalnya, mengambil kira sebanyak 5 % dalam

penilaian prestasi sasaran kerja tahunan. Guru yang berjaya menghasilkan

penyelidikan yang berkualiti dan mendatangkan impak yang berkesan dalam

penyelesaian masalah boleh diberi ganjaran kewangan dan sijil penghargaan.

iii) Kesanggupan pengetua dan guru besar mengambil risiko mencuba idea-idea

kreatif dan meraikan inovasi cemerlang akan mengatasi tanggapan aktiviti

penyelidikan merupakan usaha yang sia-sia sahaja. Malah situasi begini akan

menggalakkan guru menjadi lebih komited dan kreatif dalam amalan

pengajarannya.

iv) Peluang perlu dibuka seluas-luasnya untuk menyebarkan hasil kajian melalui

buletin, jurnal serta menggalakkan guru menghadiri dan membentangkan hasil

kajian dalam seminar atau persidangan berkaitan dengan pendidikan. Dengan

ini, guru-guru akan berasa hasil penyelidikan mereka dihargai dan diiktiraf.

v) Amalan penyelidikan perlu diberi penekanan lebih di kalangan guru sama ada

di peringkat pra perkhidmatan ataupun dalam perkhidmatan dengan menjadi

20

Page 21: Isu penyelidikan

prasyarat untuk guru-guru untuk kenaikan pangkat atau pemilihan anugerah

cemerlang.

Selain masalah sikap, para guru juga menghadapi masalah kekangan masa untuk

menjalankan aktiviti penyelidikan. Menurut laporan Tan Sri Abdul Rahman Arshad,

purata masa mengajar seminggu bagi guru sekolah rendah adalah 30 waktu seminggu

manakala guru sekolah menengah adalah 28 waktu seminggu. Hampir setiap hari guru

perlu masuk kelas ganti sekurangnya dua waktu. Selain jadual waktu yang padat , guru-

guru terpaksa mengisi waktu lain dengan aktiviti kokurikulum, memeriksa buku dan

menilai kerja murid, melaksanakan tugas perkeranian, mengendalikan mesyuarat dan

program-program sekolah serta mengendalikan lain-lain tugas yang bukan profesional.

Guru juga diarah menghadiri mesyuarat, mengawasi peperiksaan, menghadiri pelbagai

kursus dan menjadi petugas dalam kegiatan sukan di pelbagai peringkat yang dianjurkan

oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan lain

(Zuraidah et al, 2005). Kesibukan para guru mengakibatkan guru menghadapi kekangan

masa untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Terdapat juga aktiviti penyelidikan guru

yang tertangguh dan yang tidak dapat diselesaikan mengikut jadual kerana guru terpaksa

menghadiri kursus dan mesyuarat (Madzniyah, 2006). Kesannya tindakan segera bagi

menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah atau persekitaran pembelajaran

sukar dilakukan melalui penyelidikan kerana aktiviti penyelidikan yang awal tertangguh

sedang masalah baru mungkin muncul. Keadaan ini menimbulkan kebosanan dan

seterusnya menghilangkan minat guru untuk meneruskan usaha penyelidikan.

Bagi mengatasi masalah kekangan masa, beberapa langkah perlu diambil:

i) memberikan peruntukan masa yang khas kepada guru-guru yang berminat

untuk menjalankan aktiviti penyelidikan. Oleh itu, pengurusan sekolah perlu

membuat perancangan dan pelan tindakan untuk aktiviti penyelidikan.

Dengan cara ini juga, pihak pengurusan dapat memantau aktiviti penyelidikan

supaya dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

21

Page 22: Isu penyelidikan

ii) Selain itu, beban tugas guru penyelidik perlu dikurangkan. Guru penyelidik

perlu diberi ruang dan masa yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti

penyelidikan.

iii) Guru penyelidik juga perlu mempunyai pelan tindakan supaya pengurusan

masa dapat dirancang dan rakan penyelidik dapat menyemak perkembangan

proses penyelidikan dari semasa ke semasa.

iv) Aktiviti penyelidikan boleh dijalankan dalam satu pasukan penyelidik. Dengan

cara ini, masalah guru terpaksa menghadiri kursus dan mesyuarat tidak akan

mengganggu perjalanan aktiviti penyelidikan kerana terdapat rakan penyelidik

lain yang akan meneruskan aktiviti tersebut semasa ketiadaan mereka.

v) Pihak pengurusan sekolah perlu memberi autoriti dan tanggungjawab penuh

kepada guru penyelidik untuk menjayakan projek-projek penyelidikan di

sekolah. Dengan ini tidak timbul salah faham tentang peranan yang dimainkan

oleh guru penyelidik.

vi) Guru-guru penyelidik perlu meningkatkan kemahiran penggunaan ICT supaya

aktiviti penyelidikan dapat dilaksanakan dengan mudah dan lancar.

Pemprosesan maklumat dan data boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

Dengan ini dapat menjimatkan masa guru penyelidik.

Masalah seterusnya melibatkan pengetahuan penyelidikan di kalangan guru cetek.

Kebanyakan guru terutama guru senior kurang pengetahuan asas tentang penyelidikan.

Hal ini kerana aktiviti penyelidikan mula diberi penekanan pada tahun 1993.

Kursus-kursus penyelidikan hanya melibatkan sebahagian kecil guru terutama guru mata

pelajaran Sains, Matematik dan guru bahasa. Oleh itu, kebanyakan guru mata pelajaran

lain kurang memahami asas penyelidikan.

22

Page 23: Isu penyelidikan

Keadaan ini diburukan lagi dengan kurang insiatif guru atau pihak sekolah untuk

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang penyelidikan. Aktiviti perkembangan

staf kurang menyentuh tentang kemahiran dan pengetahuan penyelidikan. Di pihak JPN,

PPD, PSPN dan PKG, aktiviti penyelidikan bukan merupakan aliran perdana aktiviti

rasmi mereka. Dengan ini peruntukan kewangan dan latihan atau kursus tidak dapat

diagih secara menyeluruh.

Terdapat juga guru-guru yang telah didedahkan dengan pengetahun penyelidikan

terutama guru-guru novis. Tetapi mereka kurang pengalaman dalam menjalankan aktiviti

penyelidikan dan ada yang kurang mahir menjalankan aktiviti penyelidikan tindakan.

Mereka juga sukar untuk menjalankan aktiviti penyelidikan kerana kurang sumber bacaan

dan rujukan. Di samping itu, agak sukar dapat khidmat nasihat pakar penyelidik terutama

dalam aktiviti penyelidikan tindakan. Hal ini kerana kekurangan guru-guru penyelidikan

yang pakar dalam bidang tersebut.

Pemasalahan pengetahuan penyelidikan yang cetek di kalangan guru dapat diatasi dengan

beberapa langkah:

i) Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Daerah/ Pusat Sumber Pendidikan

Negeri/ Pusat Kegiatan guru perlu menganjur dan menyelaraskan seminar,

bengkel, dan kursus atau latihan kemahiran tentang aspek penyelidikan. Di

samping itu Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri

perlu memasukkan aktiviti penyelidikan sebagai aktiviti perdana supaya

peruntukan kewangan dapat disediakan untuk menggalakkan aktiviti

dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

ii) Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru perlu mewujudkan

sistem rangkaian yang menghubungkan guru-guru penyelidik. Dengan adanya

kemajuan teknologi maklumat, portal atau laman web boleh disediakan untuk

memudahkan guru-guru mengakses maklumat dan bahan rujukan untuk

23

Page 24: Isu penyelidikan

membantu menjalankan aktiviti penyelidikan selain perkongsian dan khidmat

nasihat daripada guru-guru pengalaman.

iii) Sekurang-kurangnya terdapat dua orang penyelidik yang kreatif dan reflektif

disesebuah sekolah. Dengan cara ini, mereka dapat membimbing guru-guru

lain melakukan penyelidikan.

iv) Pertambahan sumber rujukan, dan sokongan dalam bentuk pentaran bahan-

bahan rujukan berkaitan penyelidikan dan perkongsian pengetahuan boleh

diusahakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG dan pusat sumber

sekolah.

v) Hubungan kerjasama dan kolaborasi dengan IPT dan IPG perlu dipereratkan di

samping mewujudkan saluran khidmat nasihat dan sokongan sumber

penyelidikan. Antaranya mewujudkan rangkaian perkongsian pintar antara

sekolah dengan IPG , IPT dan lain-lain agensi yang berkaitan.

vi) Persatuan-persatuan profesional guru seperti PKPSM, Majlis Guru Besar,

Persatuan Guru-guru Siswazah dan Yayasan Guru Malaysia perlu

menganjurkan seminar ilmu, bengkel dan menggalakkan ahlinya melakukan

penyelidikan.

7.0 Penutup

Profesion perguruan merupakan profesion yang diberi tanggungjawab yang berat

untuk memastikan sumber manusia negara dibangunkan dengan sempurna agar menjadi

aset yang dapat menjana pertumbuhan mapan. Dalam memenuhi aspirasi ini, guru

mestilah menjadi penyelidik yang mampu mencetuskan ilmu dan teori baru selain

berinovasi dan mampu meningkatkan daya kreatif untuk mewujudkan suasana

pembelajaran berkesan. Justeru, penglibatan guru sebagai penyelidik perlu

diperkembang.

24

Page 25: Isu penyelidikan

Dengan ini, sokongan dalam bentuk peruntukan kewangan, khidmat nasihat atau

bimbingan dan latihan atau kusus pada semua peringkat pendidik perlu dilakukan secara

berterusan dan bersungguh-sungguh. Perancangan dan pemantauan perlu dilkukan untuk

mengesan kelemahan dan kekuatan penerapan budaya penyelidikan di kalangan guru-

guru. Perkara ini perlu dilakukan supaya aktiviti penyelidikan tidak dilakukan secara

sambil lewa. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penyelidikan dapat mempertingkatkan

kualiti perguruan namun budaya penyelidikan perlu dimantapkan agar matlamat dasar-

dasar kerajaan dapat dipenuhi.

25