konsep penyelidikan

23
SALINA BINTI M.SAID Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PEND. SEK. RENDAH (BBR 34203) KONSEP & KAEDAH PENYELIDIKAN

Upload: salina-said

Post on 22-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Konsep Penyelidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Penyelidikan

SALINA BINTI M.SAIDFakulti Pendidikan Teknikal dan

VokasionalUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM)

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PEND. SEK. RENDAH (BBR 34203)

KONSEP & KAEDAH PENYELIDIKAN

Page 2: Konsep Penyelidikan

• Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan bagi sesuatu persoalan atau permasalahan.

2

DEFINISI PENYELIDIKAN

Page 3: Konsep Penyelidikan

• Ahmad Mahdzan (1992)Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan.

3

DEFINSI PENYELIDIKAN

Page 4: Konsep Penyelidikan

• Azizi (2002)Kajian yang menyelidik tentang perkara yang berkaitan dengan pelajar, guru, institusi dan perkara yang berkaitan kepada persekitaran pendidikan.

4

DEFINISI PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Page 5: Konsep Penyelidikan

• Menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan.

• Menyelesaikan masalah yang membelenggu bidang pendidikan.

• Membina atau mereka cipta unsur, perkara atau terma baru yang mampu membawa peningkatan kualiti pendidikan.

• Meningkatkan kemahiran penyelidikan (pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal, pengucapan awam dll.

5

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Page 6: Konsep Penyelidikan

Mendapatkan ijazah

Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)

Mendapatkan kepuasan intelektual

Mendapatkan produk yang baru

Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat

Mendapat pengiktirafan (kehormatan)

Untuk memperbaiki kehidupan sejagat

TERPAKSA!!!!6

KENAPA KITA PERLU MENJALANKAN KAJIAN?

Page 7: Konsep Penyelidikan

1. Ia adalah berasaskan kepada kajian pengkaji terdahulu.

2. Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain.3. Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik

dan terikat dengan teori .4. Ia mampu untuk dilaksanakan.5. Ia menjana soalan baru.6. Ia mendatangkan sumbangan dan keperluan

kepada banyak pihak.

7

PENYELIDIKAN YG BERKUALITI

Page 8: Konsep Penyelidikan

Mencari sesuatu yang gagal mencari dapatan atau mustahil untuk dikaji.

Plagiat kerja orang lain.

Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu.

Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan.

8

PENYELIDIKAN YG BURUK

Page 9: Konsep Penyelidikan

9

ETIKA DALAM PENYELIDIKANMenurut Salkind (2000), beberapa isu etika yang perlu dipertimbangkan semasa menjalankan penyelidikan:

(1)Penyertaan sukarela Tiada unsur paksaan Tidak setuju terlibat – guna pendekatan memujuk:

• Nyatakan kepentingan kajian & segala maklumat kajian.

• Sediakan borang jaminan kajian & surat persetujuan menjadi responden kajian.

Page 10: Konsep Penyelidikan

10

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN(2) Penentuan diri• Responden ada hak membuat keputusan keterlibatan.• Pemberitahuan maklumat yang palsu akan mempengaruhi

kajian kerana selepas responden mengetahui tujuan sebenar kajian responden mungkin akan rasa tertipu & tidak mahu bekerjasama.

(3)Mengaburi mata dan fikiran• Merujuk kepada kes di mana pengkaji tidak beritahu tujuan

kajian & maklumat kajian sebenar secara sengaja/ beritahu maklumat palsu secara sengaja.

• Sebab: pengkaji bimbang responden tidak ingin ambil bahagian dalam kajian.

Page 11: Konsep Penyelidikan

11

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN(4) Kecederaan fizikal & mental•Pengkaji harus melindungi responden daripada kesan negatif/ kecederaan fizikal/mental setelah melalui proses kajian.•Pengkaji perlu nyatakan secara jujur tentang akibat & risiko yg akan dihadapi oleh responden walaupun mungkin mengakibatkan subjek kajian membuat keputusan utk tidak sertai kajian.

Page 12: Konsep Penyelidikan

12

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN(5) Identiti pengkaji•Maklumkan identiti pengkaji kepada responden.•Sesetengah orang mungkin tidak ingin ambil bahagian kerana latar belakang pengkaji & badan yang menaja penyelidikan bercanggah dgn pendirian subjek kajian.(6) Hak Cipta•Pengkaji perlu dapatkan kebenaran secara bertulis daripada pemilik instrumen kajian yang sedia ada, sebelum menggunakannya.•Tindakan undang2 akan diambil terhadap individu yg menggunakan hasil kerja orang lain tanpa kebenaran bertulis.

Page 13: Konsep Penyelidikan

13

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN(7)Rahsia peribadi Penjagaan rahsia peribadi responden.1.Keadaan persekitaran diri responden.oMerujuk kepada persekitaran khas responden seperti tempat tinggal, kenderaan, tempat bekerja & tempat yang sering dilawati.2.Keupayaan penyebaran maklumat.Ada maklumat yang mudah & pantas disebar kerana mempunyai nilai-nilai tertentu bagi pihak2 tertentu.Cth: status perkahwinan pelakon, ahli politik & org2 terkenalSemakin tinggi keupayaan penyebaran maklumat, semakin tinggi tahap kerahsiaan maklumat tersebut.

Page 14: Konsep Penyelidikan

14

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

(8)Ketanpanamaan

•Segala maklumat yang dibekalkan oleh subjek perlu dirahsiakan identiti pembekal maklumat tersebut.•Ketanpanamaan: keadaan di mana orang lain tidak dapat mengenali siapakah subjek yg membekalkan maklumat/ data kajian.•Kaedah temu bual: responden berhak tidak dirakamkan suara/ gambar diri dengan menggunakan perakam kaset/ video.•Maklumat yang dikumpulkan hanya diketahui oleh pengkaji sahaja.

Page 15: Konsep Penyelidikan

15

ETIKA SELEPAS PENYELIDIKAN

• Contoh:• Transkrib temu bual dihantar kepada responden yang

terlibat untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahihan data yang diperoleh semasa temu bual.

Beri masa untuk semakan dibuat. Buat pembetulan jika maklumat dalam intepretasi

wujud kesilapan.• Jujur dalam laporan data & maklumat

Page 16: Konsep Penyelidikan

16

ETIKA PENULISAN PENYELIDIKANPlagiarisme•Definisi:perbuatan mencedok kata-kata, idea dan lain-lain daripada karya orang lain dan menggunakannya sebagai karya sendiri” (Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka)Diklasifikasikan sebagai ‘mencuri’ atau ‘meniru’ hasil penulisan atau kerja individu lain•Kesan:

Menggugat dunia akademik. Mencemar usaha ketelusan penyelidikan.

Page 17: Konsep Penyelidikan

17

CIRI2 PENYELIDIKANi. Bermula daripada sebuah permasalahan dan persoalan dalam

minda pengkaji.ii. Memerlukan persediaan dan perancangan yang rapi serta

sistematik.iii. Melibatkan fakta dan makna fakta.iv. Mementingkan :

Validity – pengkaji harus memastikan data sah, tepat dan berkualiti.

Authenticity – pengkaji mesti memastikan ketepatan data. Adequacy – perolehan data yang mencukupi untuk

menjana kesimpulan dan dapatan.

Page 18: Konsep Penyelidikan

18

SOALAN YANG PERLU DITANYA

WHY

WHERE

WHAT

WHO

5W5W Apa masalah yang hendak dikaji.

Pengkaji perlu menentukan isu yang hendak dikaji sememangnya benar-benar isu yang bermasalah.

Praktikal dan sesuai? Mampu untuk dilakukan?

Pengkaji perlu tahu kenapa kajian dilakukan.

• Adakah terdapat permasalahan?

• Kenapa pengkaji mengkaji masalah tersebut?

• Memerlukan bukti dalam bentuk fakta atau statistik

Siapa sasaran kajian? Pengkaji perlu mengenal

pasti sasaran dalam kajian.

Saiz sampel yang sesuai dengan kajian perlu dikenal pasti.

Sampel dipilih tepat dengan isu yang hendak dikupas.

Kenapa memilih sampel tersebut?

Di manakah kajian akan dilaksanakan?

oPraktikal untuk dijalankan?

oMudah untuk mendapatkan data?

oKenapa memilih lokasi kajian tersebut?

oKenapa memilih lokasi kajian tersebut?

Jangkamasa penyelidikanBerapa lama kajian

perlu dilaksanakan?Bila masa kajian

tersebut sesuai dijalankan?

Adakah isu yang dipersoalkan sesuai dengan masa kini?

Page 19: Konsep Penyelidikan

19

AKTIVITI2 DALAM PENYELIDIKAN

Five Vertical Arrow Process

Buat Sorotan KajianBuat Sorotan KajianBuat Sorotan KajianBuat Sorotan Kajian

Kenal pasti Masalah/IsuKenal pasti Masalah/IsuKenal pasti Masalah/IsuKenal pasti Masalah/Isu

Mengumpul Data Secara TersusunMengumpul Data Secara Tersusun

Menganalisis Data Sesuai Dengan Masalah Yang Menganalisis Data Sesuai Dengan Masalah Yang DicariDicariMenganalisis Data Sesuai Dengan Masalah Yang Menganalisis Data Sesuai Dengan Masalah Yang DicariDicari

Membuat Kesimpulan & GeneralisasiMembuat Kesimpulan & GeneralisasiMembuat Kesimpulan & GeneralisasiMembuat Kesimpulan & Generalisasi

Page 20: Konsep Penyelidikan

Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan.

Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut.

Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis).

Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta

Beliau kemudian menganalisis data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat laporan penuh terhadap dapatan kajian tersebut.

20

CONTOH PROSES PENYELIDIKAN

Page 21: Konsep Penyelidikan

Adakah anda benar-benarfaham tentang konsep “Penyelidikan”

Page 22: Konsep Penyelidikan

Manakah antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?

1.Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian.

2.Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran.

3.En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain.

UJI MINDA

Page 23: Konsep Penyelidikan

Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!

MENGAPA ?

Mari bincangkan bersama semula…

23

JAWAPAN UJI MINDA