guru profesional

5
Guru sebagai satu profesion profesional. Benarkah begitu? Ciri-ciri profesion mengikut Lieberman : Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang penting dengan matlamat dan jelas untuk masyarakat dan negara. Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan. pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu. pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya. mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan. berkuasa menentukan nilaitara -nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Kamus Dewan (1989) guru - diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid, dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan - sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya, masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan dan tugas guru) yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan, profesion keguruan bolehlah diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Guru Sebagai profesional dan Bukan Profesional Konsep profesional ialah pekerja yang bergiat dalam bidang profesional. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion perguruan. Untuk menentukan sama ada guru terlatih di Malaysia boleh menikmati status profesion atau tidak, kita hendaklah meneliti dan mengkaji persoalan ini berdasarkan kepada ciri-ciri penting sesuatu profesion. Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan

Upload: badromeo03

Post on 12-Jun-2015

2.349 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Profesional

Guru sebagai satu profesion profesional. Benarkah begitu?

Ciri-ciri profesion mengikut Lieberman :

Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang penting dengan matlamat dan jelas untuk masyarakat dan negara.Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugasnya.mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan.berkuasa menentukan nilaitara -nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.

Kamus Dewan (1989) guru - diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid, dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan - sebagai perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Misalnya, masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan (iaitu peranan dan tugas guru) yang luhur.Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan dihuraikan, profesion keguruan bolehlah diertikan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Guru Sebagai profesional dan Bukan Profesional

Konsep profesional ialah pekerja yang bergiat dalam bidang profesional. Ini bermakna guru sebagai profesional merupakan orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan kemahirannya dalam profesion perguruan. Untuk menentukan sama ada guru terlatih di Malaysia boleh menikmati status profesion atau tidak, kita hendaklah meneliti dan mengkaji persoalan ini berdasarkan kepada ciri-ciri penting sesuatu profesion.

Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan

Page 2: Guru Profesional

Konsep Guru

Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan luas serta mendalam tentang mata pelajaran yang ditugaskan untuk mengajar. Guru juga mesti menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Guru juga haruslah memiliki sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya.

Guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Guru juga diharapkan menjadi agen pembaharuan bagi masyarakatnya.

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat yang berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.

Mmenerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru bertauliah mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebelum dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan.

Page 3: Guru Profesional

Tanggungjawab terhadap pelajar :

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam pelbagai mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar

Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa :

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara :

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara

Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

Menghormati masyarakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat

Tatasusila Profesion Keguruan

Page 4: Guru Profesional

Sifat dan Kualiti Profesional

Ingin tahu : Sifat ingin tahu akan mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru perlu selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering berubah-ubah, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru yang bersifat profesional

Suka membaca : Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam. Objektif ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah. Oleh itu, sifat suka membaca merupakan kriteria penting untuk kualiti profesional guru

Pengetahuan ikhtisas : Seseorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan adalah guru yang bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru ini akan melengkapkan diri dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum, kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperoleh kualiti profesional dalam konteks pendidikan

Daya usaha : Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan terperangkap dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik dan berkesan

Page 5: Guru Profesional

PerananGuru

SebagaiPendidik

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan

Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru

Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk meransang perkembangan pelajar