guru dan perundangan

4
Laporan Bina Insan Guru Fasa 4 Semester 5 Tajuk : " Guru dan Perundangan ” Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi ceramah “Guru dan Perundangan” yang disampaikan oleh Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak ( Unit Kokurikulum ) iaitu Encik Yusri bin Mat Johor dan bagi bahagian kedua pula merupakan bengkel yang berkaitan dengan tajuk yang sama iaitu “Guru dan Perundangan” yang dikendalikan oleh pensyarah pembimbing Kelas Sains 1 iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor yang mengambil masa selama dua jam. Pada 10 November 2014, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Kuliah Sri Melati Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan dua jam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Seramai 80 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester lima daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini. Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah daripada Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO ) , iaitu En. Yusri bin Mat Johor yang bertajuk “ Guru dan Perundangan ”. Ceramah dimulakan pada jam 2.00 petang setelah para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 4.00

Upload: che-shuk-shuka

Post on 25-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

big - laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Dan Perundangan

Laporan Bina Insan Guru

Fasa 4 Semester 5

Tajuk : " Guru dan Perundangan ”

Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan

sesi ceramah “Guru dan Perundangan” yang disampaikan oleh Pensyarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak ( Unit Kokurikulum ) iaitu Encik Yusri bin Mat

Johor dan bagi bahagian kedua pula merupakan bengkel yang berkaitan dengan tajuk

yang sama iaitu “Guru dan Perundangan” yang dikendalikan oleh pensyarah

pembimbing Kelas Sains 1 iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor yang mengambil masa

selama dua jam.

Pada 10 November 2014, sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan

Guru ini telah diadakan di Dewan Kuliah Sri Melati Institut Pendidikan Guru Kampus

Ipoh, Perak. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di

mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan dua jam

lagi diperuntukkan untuk bengkel. Seramai 80 orang pelajar Program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan semester lima daripada empat buah kelas telah terlibat bagi

menjayakan program ini.

Pada sesi pertama, sesi ceramah telah disampaikan oleh seorang pensyarah

daripada Pusat Latihan Kokurikulum ( PULAKO ) , iaitu En. Yusri bin Mat Johor yang

bertajuk “ Guru dan Perundangan ”. Ceramah dimulakan pada jam 2.00 petang setelah

para pelajar mendaftarkan diri dan tamat pada jam 4.00 petang.

Berikut adalah antara makluman-makluman penting yang berkaitan dengan guru

dan perundangan yang disentuh oleh Encik Yusri dalam ceramah beliau.

i. Peraturan Kelakuan Tatatertib adalah satu bentuk kawalan ke atas semua

penjawat awam untuk menjamin keberkesanan sesuatu organisasi.

ii. Antara kandungan yang terdapat dalam peraturan ini adalah peraturan

mengenai kelakuan, tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan

tatatertib, prosedur dan tatacara tindakan tatatertib, hukuman tatatertib dan

Page 2: Guru Dan Perundangan

peruntukan pelbagai yang berkaitan.

iii. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

iv. Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) telah

diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kakitanga kerajaan

yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

v. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya

peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaanya pada

2002.

vi. Akta Pendidikan 1996 juga halus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan

matlamat pendidikan negara.

Di samping itu juga , Encik Yusri juga turut memaklumkan matlamat tatatertib itu

dilaksanakan untuk semua penjawat awam :

i. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan

bertanggungjawab.

ii. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada

kepentingan mereka sendiri.

iii. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan.

iv. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Pada sesi ceramah ini, para pelajar terlibat secara langsung dan berlaku

komunikasi dua hala di antara pensyarah dengan pelajar. Peserta-peserta diberi

peluang untuk bersoal-jawab dan memberikan pendapat masing-masing berkaitan tajuk

”Guru dan Perundangan” ini. Di akhir ceramah ni, pihak jawatankuasa Program Bina

Insan Guru semester lima kali ini, telah menyampaikan cenderahati kepada

penceramah di atas kesudiannya dalam berkongsi ilmu dengan peserta-peserta.

Selepas rehat, sesi kedua disambung dengan bengkel yang bertajuk, " Guru dan

Perundangan" oleh Pensyarah Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

Perak iaitu Encik Zulkiply bin Mohd.Nor.. Sesi bengkel ini juga diadakan di Dewan

Kuliah Sri Melati IPG Kampus Ipoh. Tempoh masa bengkel dijalankan ialah selama dua

jam bermula jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang.

Dalam sesi perbengkelan ini, setiap peserta dibahagikan kepada beberapa

Page 3: Guru Dan Perundangan

kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tajuk tugasan masing-masing dan diminta

membuat pembentangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dilaksanakan.

Setiap kumpulan juga diberi peluang untuk bersoal-jawab antara satu sama lain dan

memberikan pendapat serta pandangan berdasarkan tajuk tugasan masing-masing.

Sesi bengkel diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Unit PPG

Sains 1 iaitu En.Abdul Razak bin Samsu kepada penceramah jemputan sebelum

semua pelajar bersurai.