ijÓrah dari konteks aplikasi, perundangan dan syariah

33
HIYAL DAN MAKHARIJ: KE ARAH KETELUSAN DI DALAM OPERASI PERBANKAN ISLAM MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA 4 2010 10 - 11 NOVEMBER 2010 PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE Disediakan oleh: Ahmad Suhaimi Bin Yahya Ketua Serantau Shariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

Upload: hacong

Post on 19-Dec-2016

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

HIYAL DAN MAKHARIJ: KE ARAH KETELUSAN DI DALAM OPERASI PERBANKAN ISLAM

MUZAKARAHCENDEKIAWAN

SYARIAHNUSANTARA

42010 10 - 11 NOVEMBER 2010

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

Disediakan oleh:

Ahmad Suhaimi Bin Yahya Ketua Serantau Shariah,

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad

IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN

SYARIAH

Page 2: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

Ijarah Dari Konteks Aplikasi, Perundangan Dan Syariah

Ahmad Suhaimi Bin Yahya1

1.0 Latarbelakang

1.1 Institusi kewangan Islam semasa telah memberi perhatian dalam

membangunkan produk-produk kewangan berasaskan Ijarah yang termasuk

dalam kategori akad-akad pertukaran („uqud al-mu‟awadhat). Jika

dibandingkan dengan akad murabahah dan akad-akad lain berasaskan jualan

secara tangguh, akad Ijarah mempunyai kelebihannya yang tersendiri di

mana banyak fleksibiliti dalam akad Ijarah ini yang boleh digunakan untuk

penstrukturan pembiayaan patuh Syariah.

1.2 Di peringkat awal perkembangan sistem kewangan Islam, Ijarah telah

diaplikasi dalam pembiayaan kenderaan sebagai penyelesaian kepada sewa

beli (hire-purchase) konvensional. Seterusnya, Ijarah telah digunakan dalam

pembiayaan korporat dan pasaran modal Islam termasuk sukuk. Ijarah

mausufah fi zimmah juga telah dimajukan untuk membiaya aset yang belum

siap atau dalam pembinaan. Ia juga telah diaplikasi dalam pembiayaan

perkhidmatan seperti pelajaran, rawatan dan perjalanan. Di samping itu,

Ijarah juga telah diaplikasi dalam membangun kad Ijarah sebagai alternatif

kepada kad kredit.

1.3 Secara umumnya, akad Ijarah yang asal dalam kitab-kitab fiqah merujuk

kepada pemilikan manfaat sesuatu aset. Biarpun begitu, Ijarah telah

dimajukan dalam bentuk yang kontemporari bagi memenuhi keperluan

masyarakat dan pelanggan di mana pemilikan manfaat tersebut boleh

berakhir dengan pemilikan aset di mana pemindahan hak milik boleh

dilakukan menerusi kaedah-kaedah pemilikan yang diharuskan oleh Syarak.

1.4 Antara persidangan yang awal membincangkan isu-isu Ijarah ialah Seminar

Ekonomi Islam Al-Barakah yang pertama (Nadwah al-Barakah li al-Iqtisad al-

1 B.Shariah (Hons.) Al-Azhar University, Master in Shariah (First Class Hons.) Cairo University. Certified

Page 3: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

2

Islami) pada 27-30 Julai 1983 di Madinah al-Munawwarah di mana isu jual

dan sewa semula (sale and lease back) telah dibincangkan.2

1.5 Seterusnya, Kuwait Finance House telah menganjurkan Seminar Fiqah yang

pertama (Al-Nadwah al-Fiqhiyyah) pada 7-11 Mac 1987 telah

membincangkan isu sewaan yang berakhir dengan pemilikan (al-takjir al-

muntahi bi al-tamlik) dan telah mengeluarkan resolusi yang kemudiannya

telah menjadi rujukan dalam persidangan-persidangan lain.3

1.6 Seterusnya Akademi Fiqah Islam O.I.C telah membincangkan isu Ijarah

dalam beberapa persidangannya iaitu persidangan ketiga pada bulan

Oktober 1986, persidangan keempat pada bulan Februari 1988, persidangan

kelima pada bulan Disember 1988, persidangan ke 12 pada bulan September

2000, persidangan ke 15 pada bulan Mac 2004 berhubung Sukuk al-Ijarah

dan persidangan ke 18 pada bulan Julai 2007 berhubung time sharing / aqd

al-tamlik al-zamani.4

1.7 Di peringkat penyelarasan piawai, Accounting and Auditing Organisation for

Islamic Financial Institutions (AAOIFI) di Bahrain pada 29-31 Mei 2000 telah

meluluskan piawai Syariah No 9 berhubung Ijarah dan al-Ijarah al-Muntahiyah

bi al-Tamlik.5

1.8 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) telah

membincangkan Al-Ijarah Thumma al-Bai‟ (AITAB) dalam mesyuarat pertama

pada 8 Julai 1997 dan mesyuarat ke-36 pada 26 Jun 2003 dan memutuskan:

i. Modus operandi hendaklah mengandungi dua akad yang berasingan iaitu

akad Ijarah dan akad al-bai‟;

ii. Harga jualan selepas tamat tempoh sewaan boleh berbentuk jumlah

amaun sewaan terakhir bagi Ijarah;

2 Qararat wa Tausiyat Nadawat al-Barakah li al-Iqtisad al-Islami, Dallah al-Baraka, Jeddah, 2001, h. 29

(resolusi no 1/14).

3 A‟mal al-Nadwah al-Fiqhiyyah al-Ula, Kuwait Finance House, Kuwait, 1987, h. 493-572 dan juga

resolusi di akhir buku tersebut.

4 Rujuk resolusi Akademi Fiqah Islam di http://www.fiqhacademy.org.sa

5 Al-Ma‟ayir al-Syariyyah, Accounting and Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions

(AAOIFI), Bahrain, 2007, h. 143

Page 4: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

3

iii. Surat wakil bagi melantik pelanggan sebagai ejen atau wakil kepada

institusi kewangan Islam hendaklah diperkenalkan dalam modus operandi

AITAB;

iv. Suratcara AITAB perlu memasukkan klausa “akan beli kenderaan”

tersebut pada akhir sewaan dan klausa penebusan bagi penyewa yang

membuat bayaran balik awal;

v. Deposit yang dibayar kepada penjual kenderaan tidak melibatkan jual beli

kenderaan kerana ia dianggap sebagai bayaran pendahuluan yang perlu

dibayar oleh institusi kewangan Islam;

vi. Selaras dengan prinsip Ijarah, institusi kewangan Islam sebagai pemilik

aset harus menanggung risiko berkaitan yang munasabah; dan

vii. Bagi kes-kes pembiayaan semula dengan pembiaya baru, penyewa perlu

menamatkan kontrak AITAB yang sedang berkuat kuasa sebelum

memasuki perjanjian AITAB yang baru.6

1.9 Bagi memastikan aplikasi produk-produk berasaskan Ijarah bertepatan

dengan kehendak Syariah, beberapa pengawal selia pasaran dan institusi

kewangan Islam telah mengeluarkan resolusi dan garis panduan Syariah

berhubung Ijarah.

1.10 Justeru, tajuk perbincangan ini adalah relevan dalam mengupas isu-isu

aplikasi Syariah berkaitan Ijarah dan Ijarah Muntahiyah bi Tamlik di peringkat

Nusantara bagi tujuan penyelerasan dan pengharmonian pandangan-

pandangan Syariah.

1.11 Oleh kerana ruang lingkup tajuk ini agak luas, penulis akan cuba

menumpukan kepada beberapa isu-isu utama berhubung aplikasi prinsip-

prinsip Syariah dalam produk-produk berasaskan Ijarah menurut resolusi dan

pandangan ulama semasa untuk sama-sama dibincang dan dinilai oleh

ulama dan pakar-pakar Syariah yang menghadiri Muzakarah Cendekiawan

Syariah Nusantara Kali Ke-4 ini, wallahu ta‟ala yuwaffiquna jami‟an.

6 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 4

Page 5: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

4

2.0 Pengenalan Ijarah

A) Definisi Ijarah

2.1 Ijarah secara literalnya bermaksud „iwadh yang merujuk kepada bayaran

upah sewaan (ujrah). Ia juga bermaksud ganjaran kepada sesuatu perbuatan

yang baik sama ada berbentuk keduniaan atau keagamaan.7

2.2 Manakala menurut fiqah Islam ia boleh dirumuskan sebagai pemilikan

manfaat dengan bayaran pertukaran (iwadh) di mana iwadh tersebut dalam

bentuk „ayn (aset ketara), dayn (hutang) atau manfaat.8 AAOIFI telah

mendefinisikan Ijarah sebagai pemilikan manfaat yang dibenarkan yang

diketahui pada satu tempoh yang diketahui dengan bayaran (iwadh) yang

diketahui dan dibenarkan oleh Syarak.9

2.3 Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan oleh ulama silam terhadap

Ijarah seperti berikut :

2.3.1 Mazhab Hanafi telah mendefinisikan Ijarah sebagai suatu kontrak

pemilikan ke atas sesuatu manfaat dengan bayaran.10

2.3.2 Mazhab Maliki pula mendefinisikannya sebagai satu kontrak pemilikan

ke atas manfaat sesuatu yang diharuskan pada satu tempoh tertentu

dengan bayaran.11

7 Al-Asfahani, Al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Dar al-Makrifah, Beirut t.t., h. 10-11, Al-Fairuz Abadi, Al-

Qamus al-Muhit, Dar al-Fikr, Beirut, 1995, h. 308, Al-Mukjam al-Wasit, Dar al-Dakwah, Istanbul 1989, h.

7, Ibnu „Abidin, Hasyiah Radd al-Mukhtar, Dar al-Fikr, Beirut 1992, j. 6, h. 4, Al-Bahuti, Kassyaf al-Qina‟,

Dar al-Fikr, Beirut, 1982, j. 3, h. 546, Ibnu Qudamah, Al-Mughni, Hajr, Cairo, 1989, j. 8, h. 6. Sebagai

contoh Ibnu Qudamah menyebut dalam teks asal :

واشخمبق اإلجبسة مه األجش وهى انؼىض8 Dr. Nazih Hammad, Mukjam al-Mustalahat al-Iqtisadiyah fi Lughah al-Fuqaha‟, IIIT, Virgina, 1993, h.

26. Definisi tersebut adalah :

تملك المنافع بعوض، سواء أكان ذلك العوض عنا أو دنا أو منفعة9 Al-Ma‟ayir al-Syariyyah, h. 153. Teks asal:

تملك منفعة مشروعة معلومة لمدة معلومة بعوض مشروع معلوم10

Al-Sarakhsi, Al-Mabsut, Dar al-Makrifah, Beirut, 1989, j. 15, h. 74, Ibnu al-Humam, Fath al-Qadir, Dar

al-Fikr, Beirut, t.t., j. 9, h. 58, Ibnu „Abidin, Hasyiah Radd al-Mukhtar, 1992, j. 6, h. 4

Page 6: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

5

2.3.3 Mazhab Syafie telah mendefinisikannya sebagai satu kontrak

pemilikan ke atas manfaat yang diperlukan dan diketahui; di mana ia

boleh diperolehi melalui bayaran tertentu terhadap sesuatu yang

diharuskan.12

2.3.4 Mazhab Hanbali telah mendefinisikannya sebagai satu kontrak ke

atas sesuatu manfaat tertentu yang dibenarkan (oleh Syarak), pada

satu tempoh tertentu, pada ayn tertentu atau dalam tanggungan

liabiliti atau satu kerja dengan bayaran tertentu.13 Ibnu Qudamah

telah merumuskan Ijarah menurut Mazhab Hanbali sebagai bai‟ al-

manafi‟ (jual beli manfaat).14

2.4 Prof. Dr. Mohammad Abdul Razzaq al-Tabtabae telah merumuskan

berdasarkan kepada definisi ulama silam bahawa Ijarah adalah “bai‟ al-

manafi‟” iaitu jual beli manfaat.15

2.5 Dari definisi-definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa Ijarah menurut

perspektif fiqah Islam terpakai dalam dua keadaan iaitu:

i. Ijarah a‟mal iaitu upah yang dibayar kerana perkhidmatan yang

diberikan oleh seseorang.

ii. Ijarah a‟yan iaitu sewaan kerana menggunakan manfaat sesuatu aset

ketara yang dimiliki.16

11

Al-Dusuqi, Hasyiah al-Dusuqi „ala al-Syarh al-Kabir, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyyah, Cairo, t.t, j. 4, h.

2

12 Al-Husni, Kifayah al-Akhyar, Dar al-Fikr, Beirut, 1994, 248, Al-Bujairimi, Bujairimi `ala al-Khatib, Dar

al-Fikr, Beirut, 1995, j.3, h. 206. Syihabuddin al-Qalyubi & „Umairah, Qalyubi wa „Umairah, Dar al-Kutub

al-Arabiyah, Kaherah, t.t., j.3, h. 67. Sebagai contoh dalam Qalyubi wa „Umairah disebut :

حمهيك مىفؼت بؼىض بششوط13

Ibnu Najjar, Muntaha al-Iradat, Alam al-Kutub, Beirut, t.t, j. 1, h. 476, Al-Bahuti, Kassyaf al-Qina‟, j. 3,

h. 546

14 Ibnu Qudamah, Al-Mughni, j. 8, h. 7. Teks asal rumusan Ibnu Qudamah :

همب نصبحبه فهى بيغ انمىبفغ وانمىبفغ بمىضنت األػيبنوهي وىع مه انبيغ ألوهب حمهيك مه كم واحذ مى 15

Dr. Mohammad Abdul Razzaq al-Tabtabae, Abhas bi Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muasirah, Syura

li al-Istisyarah al-Syariyyah, Kuwait, 2007, h. 15

16 Dr. Nazih Hammad, Mukjam al-Mustalahat al-Iqtisadiyah fi Lughah al-Fuqaha‟, h. 26

Page 7: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

6

2.6 Kedua-dua bentuk Ijarah tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar

dalam fiqah Islam dan fuqaha telah menggariskan beberapa garis panduan

yang jelas terhadap kedua-duanya. Ia kemudiannya telah diaplikasi dalam

membangun dan memajukan produk dan perkhidmatan kewangan Islam

yang kompetitif oleh pengamal-pengamal kewangan Islam semasa bagi

memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat dan pelanggan.

B) Dalil Keharusan Ijarah

2.7 Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan ijmak yang menunjukkan

keharusan kontrak Ijarah ini antaranya :

2.7.1 Firman Allah s.w.t :

فإن أرضعن لكم فأتوهن أجورهن

Maksudnya : “…kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka

berikanlah kepada mereka upahnya”.17

2.7.2 FirmanNya lagi :

قالت إحداهما ا أبت استأجره إن خر من استأجرت القوي األمن

Maksudnya : “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata,

“Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing

kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja adalah

orang yang kuat lagi amanah”.18

2.7.3 Ayat di atas menunjukkan tawaran Nabi Syuaib a.s kepada Nabi Musa a.s

untuk mengahwini anaknya dengan syarat beliau akan bersetuju dengan

kontrak Ijarah dan bekerja dengannya selama lapan tahun. Ini menunjukkan

bahawa Ijarah adalah kontrak yang telah dikenali dan diharuskan oleh

mereka. Begitu juga ia adalah diiktiraf oleh setiap agama.

2.7.4 Hadis Nabi s.a.w:

أعطوا األجر أجره قبل أن جف عرقه

17 Surah al-Talaq : Ayat 6

18 Surah al-Qasas : Ayat 26

Page 8: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

7

Maksudnya : “Berilah upah kepada orang yang mengambil upah sebelum

peluhnya kering”.19

2.7.5 Juga hadis yang lain :

من استأجر أجرا فلعلمه أجره

Maksudnya : “Sesiapa yang mengupah seseorang hendaklah diberitahu

upahnya”.20

2.7.6 Manakala dalil ijmak pula, umat Islam daripada zaman sahabat telah

bersepakat mengharuskan kontrak Ijarah kerana mereka berhajat untuk

menggunakan manfaat sesuatu sama seperti keperluan mereka kepada

barang-barang. Justeru itu apabila jual beli barang-barang diharuskan, maka

kontrak Ijarah ke atas manfaat juga diharuskan.21

C) Rukun Dan Syarat Ijarah

2.8 Secara umumnya menurut majoriti ulama, rukun Ijarah ada tiga :

i. Pihak-pihak yang berkontrak. Ia meliputi pemberi sewaan (mukjir) dan

penyewa (mustakjir).

ii. Sighah yang terdiri daripada tawaran (ijab) pemberi sewa dan

penerimaan (qabul) penyewa.

iii. Objek kontrak sewaan (mahal al-aqd) yang meliputi manfaat yang

akan digunakan oleh penyewa dan bayaran sewaan ke atas

penggunaan manfaat tersebut.22

2.9 Sebagai huraian ringkas kepada rukun-rukun tersebut, terdapat beberapa

syarat yang telah digariskan oleh fuqaha antaranya :

19

Hadith riwayat Ibnu Majah dan al-Tabrani

20 Hadith riwayat Ibnu Majah

21 Al-Muti‟ie, Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab (Takmilah), Maktabah al-Irsyad, Jeddah, t.t., j. 15, h. 252-

253, Al-Husni al-Dimasyqi, Kifayah al-Akhyar, Dar al-Fikr, Beirut, 1994, j.1, h. 248, Al-Syirazi, Al-

Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, Dar al-Fikr, Beirut, t.t, j. 1, h. 394, Al-Bahuti, Kassyaf al-Qina‟, j.3, h.

546, Ibnu Rushd, Bidayah al-Mujtahid, Dar al-Jil, Beirut, 1989, j.2, h. 359

22 Al-Mausu‟ah al-Fiqhiyyah, Wizarah al-Auqaf wa al-Syu‟un al-Islamiyyah, Kuwait, 1993, j. 1, h. 254

Page 9: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

8

Syarat-Syarat Pihak Berkontrak

2.9.1 Secara umumnya pihak-pihak yang berkontrak disyaratkan memiliki ciri

ahliyyah yang merujuk kepada kelayakan seseorang untuk menuntut sesuatu

hak yang mesti ditunaikan oleh pihak lain kepadanya dan juga obligasi

menunaikan hak terhadap pihak lain. Menurut terma fiqah ia adalah ahliyyah

al-ada‟.23

2.9.2 Antara syarat-syarat bagi pihak yang berkontrak adalah :

a) Rasyid iaitu seorang yang mampu untuk mentadbir hartanya dengan

baik.24 Ia bukanlah dungu dan dibekukan hartanya.

b) Mumaiyiz iaitu seorang yang dapat membezakan antara yang baik dan

buruk. Bagi seorang kanak-kanak yang telah mencapai tahap mumaiyiz

ini, status segala transaksi kewangannya bergantung kepada keizinan

walinya.

c) Kontrak dimeterai oleh pemilik atau wakilnya.

d) Dengan pilihan dan kerelaan diri sendiri.25

Syarat-Syarat Sighah

2.9.3 Sighah yang terdiri daripada ijab dan qabul akan diterima apabila ia berlaku

dalam apa juga bentuk, sama ada perkataan, perbuatan atau sesuatu yang

diterima pakai oleh urf setempat.26

2.9.4 Menurut majoriti ulama yang terdiri daripada mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali

dan Imam Nawawi daripada mazhab Syafie bahawa kontrak Ijarah secara

mu‟atah iaitu berunjuk-unjuk tanpa perkataan yang jelas adalah diharuskan.

23

Dr. Abdul Wahab Abu Sulayman, Aqd al-Ijarah : Masdar min Masadir al-Tamwil al-Islamiyyah, IDB,

Jeddah, 1992, h. 22

24 Dr. Muhammad Yusuf Musa, Al-Amwal wa Nazariyyah al-Aqd fi al-Fiqh al-Islami, Dar al-Fikr al-Arabi,

Cairo, 1996, h. 298

25 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 22-23

26 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 24

Page 10: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

9

Menurut mereka apa yang penting adalah persetujuan dan keredhaan pihak-

pihak yang berkontrak tercapai.27

Syarat-Syarat Objek Sewaan Dan Manfaat

2.9.5 Oleh kerana manfaat adalah suatu keadaan yang bergantung kepada

sesuatu perkara lain, maka beberapa syarat telah digariskan terhadap objek

sewaan yang boleh digunakan manfaatnya. Jika diteliti kepada karya-karya

fiqah silam, fuqaha (berdasarkan kepada urf zaman tersebut) telah

meletakkan syarat bahawa objek sewaan mestilah dalam bentuk ayn (aset

ketara).

2.9.6 Namun jika dilihat kepada perkembangan fiqah Islam, majoriti ulama semasa

telah mengharuskan hak ekonomi dalam harta intelek. Dalam erti kata yang

lain harta intelek yang berbentuk intangible / manfaat boleh dijual beli, disewa

dan seumpamanya. Perkembangan ini amat menarik dalam membangunkan

produk-produk kewangan Islam yang berbentuk intangible / manfaat menurut

prinsip Ijarah.

2.9.7 Secara umumnya syarat-syarat yang telah digariskan bagi objek sewaan :28

a) Mampu menyerahkan objek sewaan

b) Objek sewaan kekal selepas penggunaan manfaat

c) Objek sewaan boleh memberi manfaat kepada penyewanya

d) Mengetahui objek sewaan secara tepat

e) Hak milik objek adalah milik pemberi sewa sepanjang tempoh sewaan.

Justeru sebarang bentuk kos penyelenggaraan dan kerosakan

ditanggung oleh pemilik asal melainkan jika ia disebabkan oleh kecuaian

penyewa.

2.9.8 Manakala syarat manfaat pula adalah :

a) Diketahui sama ada dari sudut tempoh atau tujuannya

b) Diharuskan oleh Syarak29

27 Al-Mausu‟ah al-Fiqhiyyah, j. 1, h. 255

28 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 27

29 Ibnu Juzay, Al-Qawanin al-Fiqhiyyah, Beirut : Dar al-Qalam, t.t., h. 181

Page 11: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

10

Syarat Ujrah (Bayaran Sewaan)

2.9.9 Fuqaha sepakat dalam meletakkan syarat ujrah bahawa ia merupakan dalam

kategori harta yang bernilai dan diketahui jumlahnya.30 Sehubungan dengan

itu, fuqaha telah menggariskan satu kaedah bahawa setiap sesuatu yang

boleh dijadikan sebagai bayaran harga dalam kontrak jual beli harus dijadikan

sebagai bayaran sewaan.31

3.0 Modus Operandi Produk Kewangan Islam Semasa Berasaskan Sewaan

3.1 Secara umumnya, Ijarah telah diaplikasi sama ada dalam bentuk sewaan

operasi iaitu sewaan tanpa berlaku perpindaan hak milik aset sewaan

(operating lease / Ijarah tashghiliah) atau sewaan kewangan (finance lease /

Ijarah tamwiliah) yang berakhir dengan pemindahan pemilikan kepada

penyewa di akhir tempoh pembiayaan.

3.2 Secara umumnya, modus operandi sewaan yang berakhir dengan pemilikan

adalah seperti berikut :

a) Pelanggan memohon pembiayaan daripada bank dan berjanji akan

menyewa aset atau manfaat yang diperlukan daripada bank.

b) Bank akan membeli atau menyewa aset atau manfaat tersebut sama ada

daripada pelanggan tersebut atau dari pihak ketiga.

c) Selepas memiliki atau berhak ke atas aset atau manfaat tersebut, bank

akan menyewakan kepada pelanggan.

d) Pelanggan membayar bayaran sewaan berdasarkan kepada perjanjian.

e) Di akhir tempoh pembiayaan, bank memindahkan hak pemilikan

berdasarkan kaedah-kaedah pemilikan yang telah dijanji.

4.0 Pandangan Ulama Semasa Terhadap Aplikasi Ijarah

4.1 Secara umumnya, sewaan operasi atau sewaan tanpa berlaku perpindaan

hak milik aset sewaan (operating lease / Ijarah tashghiliah) adalah menepati

ciri-ciri prinsip Ijarah seperti yang dibahaskan oleh ulama silam dengan

30

Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik : Dar al-Fikr, 1989, j.4, h. 749

31 Abdul Wahab Abu Sulayman, Al-Ijarah, h. 30

Page 12: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

11

syarat-syarat sewaan tersebut selaras dengan prinsip Syariah dan tidak

melibatkan aktiviti yang bercanggah dengan prinsip Syariah seperti

menyewakan premis untuk tujuan perjudian.

4.2 Bagi sewaan kewangan atau sewaan yang berakhir dengan pemilikan

(finance lease / Ijarah tamwiliah), ia tidak dibahaskan oleh ulama silam

secara khusus. Ulama semasa menganggapnya sebagai salah satu bentuk

umur mustajaddat iaitu isu-isu baru yang perlu kepada ijtihad. Ini adalah

kerana sewaan kewangan akan berakhir dengan pemilikan aset oleh

penyewa di akhir tempoh sewaan dan bentuk sebegini tidak dikenali dalam

urus niaga silam. Menurut sejarah, sewaan kewangan adalah berasal

daripada England yang kemudiannya berkembang ke tempat-tempat lain

sebagai satu bentuk instrumen kewangan semasa.

4.3 Justeru, ulama semasa telah menjalankan kajian terhadap bentuk-bentuk

sewaan kewangan konvensional dalam menentukan takyif fiqhiy (status

hukumnya). Justeru, dalam fatwa-fatwa semasa dan juga piawai Syariah

yang dikeluarkan, beberapa syarat telah diberi oleh ulama yang menerima

produk berasaskan sewaan kewangan atau sewaan yang berakhir dengan

pemilikan tersebut.

4.4 Seminar Fiqah yang pertama oleh Kuwait Finance House pada 7-11 Mac

1987 telah mengeluarkan keputusan mengharuskan al-Ijarah al-muntahiyah

bi al-tamlik sekiranya menepati syarat-syarat berikut:

i. Ditentukan tempoh sewaan, dan dilaksanakan segala bentuk hukumnya

sepanjang tempoh sewaan.

ii. Ditentukan kadar setiap bayaran sewa

iii. Perpindahan hak milik kepada penyewa di akhir tempoh dengan cara

hibah kepadanya sebagai menunaikan janji antara pemilik dan

penyewa.32

32

Majallah Majma‟ al-Fiqh al-Islami, Bil. 5, Jil.4, ms. 2702

صحيحب، فيه إجبسة وهبت، انمسخجذو، حيث اػخبشث هزا انؼمذ 11/3/1897 - 7األون نبيج انخمىيم انكىيخي في انفمهيـتانىذوة

:انؼبمت اإلجبسةانششوط اآلحيت انخي ال حخشج ػه أحكبو وششوط

.ضبط مذة اإلجبسة وحطبيك أحكبمهب طىال حهك انمذة/ 1

.ألجشةححذيذ ممذاس كم لسط مه ألسبط ا/ 2

Page 13: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

12

4.5 Akademi Fiqah Islam O.I.C telah membincangkan isu Ijarah dalam beberapa

persidangannya iaitu persidangan ketiga pada 1986, persidangan keempat

pada 1988, persidangan kelima pada 1988, persidangan kedua belas pada

2000, persidangan kelima belas pada 2004 dan persidangan kelapan belas

pada 2007. Dalam persidangannya ke 5 pada 10-15 Disember 1988,

Akademi Fiqah Islam telah mengesyorkan agar digunakan 2 alternatif lain :

i. Jual beli secara ansuran

ii. Kontrak sewaan dan penyewa diberi pilihan berikut di akhir tempoh

sewaan:

a) Dilanjutkan tempoh sewaan

b) Ditamatkan kontrak sewaan dan dipulangkan aset yang disewa

kepada pemiliknya

c) Membeli aset sewaan mengikut harga pasaran.33

4.6 Dalam persidangan kedua belas pada 23-28 September 2000, Akademi

Fiqah Islam telah merumuskan beberapa garis panduan larangan dan

keharusan bagi Ijarah Muntahiyah bi Tamlik seperti berikut34:

.وانمسخأجش( انمبنك ) بيه انبىك بزنكومم انمهكيت إن انمسخأجش في وهبيت انمذة، بىاسطت هبخهب نه، حىفيزا نىػذ سببك / 3

33 Majallah Majma‟ al-Fiqh al-Islami, Bil. 5, Jil.4, ms. 2763

واستماعه ( جار المنته بالتملك اإل ) بعد االطالع على البحوث المقدمة من األعضاء والخبراء ف موضوع

ف الدورة الثالثة بشأن اإلجابة عن ( 1) االطالع على قرار المجمع رقم للمناقشات الت دارت حوله وبعد

: تقرر بخصوص عملات اإلجار ( ب ) اإلسالم للتنمة فقرة استفسارات البنك

: ببدائل أخرى منها البدالن التالان عن صور اإلجار المنته بالتملك كتفاءاألولى اال : أوال

البع باألقساط مع الحصول على الضمانات الكافة : األول

تحقة خالل اإلجارة المس بعد االنتهاء من وفاء جمع األقساط عقد إجارة مع إعطاء المالك الخار للمستأجر : الثان

: األمور التالة المدة ف واحد من

مد مدة اإلجارة -

اإلجارة ورد العن المأجورة إلى صاحبها إنهاء عقد -

عند انتهاء مدة اإلجارة شراء العن المأجورة بسعر السوق -

لعقودها ل النظر فها إلى دورة قادمة بعد تقدم نماذجلإلجار المنته بالتملك تقرر تأج هناك صور مختلفة : ثانا

لدراستها وإصدار القرار ف شأنها اإلسالمة وبان ما حط بها من مالبسات وقود بالتعاون مع المصارف

34 Teks resolusi dalam Bahasa Arab :

Page 14: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

13

1. Garis panduan larangan : dua akad yang berbeza dimeterai dalam satu waktu

ke atas aset yang sama pada masa yang sama.

2. Garis panduan keharusan :

اإلسالم ف دورته الثانة عشرة بالراض ف إن مجلس مجمع الفقه اإلسالم الدول المنبثق عن منظمة المؤتمر ( سبتمبر ) ألول 22 – 23هـ الموافق 1421رجب 1هـ ـ 1421جمادى اآلخرة 25المملكة العربة السعودة، من

اإلجار المنته بالتملك، وصكوك )بعد اطالعه على األبحاث المقدمة إلى المجمع بخصوص موضوع م2000ه إلى المناقشات الت دارت حول الموضوع بمشاركة أعضاء المجمع وخبرائه وعدد من الفقهاءوبعد استماع(. التأجر

: قرر ما ل اإلجار المنته بالتملك

: ضابط الصور الجائزة والممنوعة ما ل: أوال ف زمن واحد أن رد عقدان مختلفان، ف وقت واحد، على عن واحدة،: ضابط المنع -أ

: ضابط الجواز -ب وجود عقدن منفصلن ستقل كل منهما عن اآلخر، زمانا بحث كون إبرام عقد البع بعد عقد اإلجارة، أو وجود . 1

والخار وازي الوعد ف األحكام. اة مدة اإلجارةوعد بالتملك ف نه .

أن تكون اإلجارة فعلة ولست ساترة للبع. 2

تحمل المؤجر ما لحق العن من غر تلف أن كون ضمان العن المؤجرة على المالك ال على المستأجر وبذلك -ج إذا اشتمل العقد على تأمن العن ا فاتت المنفعةناشئ من تعدي المستأجر أو تفرطه، وال لزم المستأجر بشء إذ المؤجرة فجب أن كون التأمن تعاونا إسالما ال تجارا وتحمله المالك المؤجر ولس المستأجر

دة اإلجارة وأحكام البع عند تملك العنم جب أن تطبق على عقد اإلجارة المنتهة بالتملك أحكام اإلجارة طوال -د كون نفقات الصانة غر التشغلة على المؤجر ال على المستأجر طوال مدة اإلجارةت -ه

من صور العقد الممنوعة: ثانا

عقد إجارة نته بتملك العن المؤجرة مقابل ما دفعه المستأجر من أجرة خالل المدة المحددة، دون إبرام عقد جدد، -أ ا تلقائا بحث تنقلب اإلجارة ف نهاة المدة بع

إجارة عن لشخص بأجرة معلومة، ولمدة معلومة، مع عقد بع له معلق على سداد جمع األجرة المتفق علها -ب خالل المدة المعلومة، أو مضاف إلى وقت ف المستقبل

آخر مدةهو )عقد إجارة حقق واقترن به بع بخار الشرط لصالح المؤجر، وكون مؤجال إلى أجل طول محدد -ج عقد اإلجار

وهذا ما تضمنته الفتاوى والقرارات الصادرة من هئات علمة، ومنها هئة كبار العلماء بالمملكة العربة -د السعودة

من صور العقد الجائزة: ثالثا

ن المستأجر من االنتفاع بالعن المؤجرة، مقابل أجرة معلومة ف مدة معلومة، واقترن به عقد هبة -أ مك عقد إجارة العن للمستأجر، معلقا على سداد كامل األجرة وذلك بعقد مستقل، أو وعد بالهبة بعد سداد كامل األجرة، وذلك وفق ما

((1/3)13جاء ف قرار المجمع بالنسبة للهبة رقم ) عقد إجارة مع إعطاء المالك الخار للمستأجر بعد االنتهاء من وفاء جمع -ب

األقساط اإلجارة المستحقة خالل المدة ف شراء العن المأجورة بسعر السوق عند انتهاء مدة اإلجارة، وذلك وفق ((6/5)44قرار المجمع رقم )

ن المستأجر من االنتفاع بالعن المؤجرة، مقابل أجرة -ج عقد إجارة مك معلومة ف مدة معلومة، واقترن به وعد ببع العن المؤجرة للمستأجر بعد سداد كامل األجرة بثمن تفق عله الطرفان

ن المست -د معلومة، ف مدة معلومة، وعط المؤجر أجر من االنتفاع بالعن المؤجرة، مقابل أجرةعقد إجارة مكللمستأجر حق الخار ف تملك العن المؤجرة ف أي وقت شاء، على أن تم البع ف وقته بعقد جدد بسعر السوق،

، أو حسب االتفاق ف وقته(6/5)44وذلك وفق قرار المجمع السابق رقم

هناك صور من عقود التأجر المنته بالتملك محل خالف وتحتاج إلى دراسة تعرض ف دورة قادمة إن شاء : رابعا هللا تعالى

Page 15: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

14

a. Dua akad yang berasingan di mana akad jual beli dimeterai selepas akad

Ijarah atau wa‟d pemilikan di akhir tempoh Ijarah.

b. Ijarah yang dilaksanakan adalah Ijarah sebenar dan bukannya helah

mengaburi transaksi urus niaga.

3. Jaminan aset Ijarah adalah tanggungjawab pemilik bukannya penyewa.

Justeru, pemberi sewa akan menanggung apa yang berkaitan dengan

penyelenggaraan dan kos aset sewaan selain daripada situasi kecuaian

penyewa dan penyewa tidak dikenakan bayaran sekiranya tidak dapat

menggunakan manfaat sewaan. Aset Ijarah mesti dilindungi oleh insurans

takaful secara Islam bukannya secara komersial (konvensional) dan kosnya

ditanggung oleh pemberi sewa bukannya penyewa.

4. Hukum-hakam berkaitan Ijarah perlu dipatuhi dalam Ijarah Muntahiyah Bi

Tamlik sepanjang tempoh Ijarah, seterusnya hukum-hakam berkaitan jual beli

ketika pemindahan pemilikan aset.

5. Kos penyelenggaraan bukan operasi adalah ditanggung oleh pemberi sewa

bukannya penyewa sepanjang tempoh sewaan.

4.7 Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) dalam mesyuarat

ke-14 pada 7 Mei 1998, memutuskan bahawa bayaran sewa atas

pembiayaan pajakan kewangan (finance lease) dan pajakan operasi

(operating lease) tanpa unsur penalti adalah selaras dengan prinsip

Syariah.35

4.8 Prof. Dr. Uthman Syubair berpandangan bahawa Ijarah muntahiyah bi tamlik

hukumnya harus kerana kontrak sewaan yang disyaratkan berakhir dengan

pemilikan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah. Beliau

berpandangan objek jual beli dianggap sebagai rahn sehinggalah penyewa

melangsaikan bayarannya.36

4.9 Dr. Abd. Sattar Abu Ghudah dalam ringkasannya terhadap takyif Syariyy bagi

Ijarah muntahiyah bi tamlik atau Ijarah ma`a iqtina‟ merumuskan bahawa

tiada halangan bagi membentuk instrumen kewangan yang mengandungi dua

akad dari kategori `uqud al-muawadhah seperti bai` dan Ijarah. Begitu juga

35

Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, SC, Kuala Lumpur, 2006, h.99

36 Uthman Syabir, Al-Mu‟amalat al-Maliyah al-Muasirah fi al-Fiqh al-Islami , Dar al-Nafa‟is, Amman,

1996, h. 284

Page 16: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

15

harus meletakkan syarat yang selaras dengan muqtadha `aqd atau memberi

maslahah ke atas pihak-pihak yang berkontrak selagi tidak bercanggah

dengan nas Syarak, membawa kepada perkara yang terlarang atau syarat

yang mustahil untuk dilakukan.37

4.10 Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kajiannya telah merumuskan perkara yang

sama mengharuskan pajakan kewangan sekiranya ia mengandungi dua akad

yang berbeza. Jika ia hanya mengandungi satu akad yang berakhir dengan

pemilikan seperti bentuk asal yang diperkenalkan di England, maka ia tidak

diharuskan kerana ia termasuk dalam isu dua akad dalam satu akad yang

tidak diharuskan.38

4.11 Majlis Syariah AAOIFI telah mengeluarkan mi`yar Syariyy (piawai Syariah)

mengenai Ijarah dan Ijarah muntahiyah bi tamlik pada 31 Mai 2000 dan ia

berkuatkuasa pada 1 Januari 2003. Piawai tersebut menyebut bahawa

kaedah pemilikan aset sewaan perlu dinyatakan dalam dokumen berasingan

melalui cara-cara berikut :-

a) Janji untuk menjual aset sama ada dengan harga ramzi (token) atau

harga sebenar atau melunaskan sewaan bagi tempoh yang berbaki atau

dengan harga pasaran.

b) Janji untuk dihibah (hadiah)

c) Akad hibah yang bergantung kepada syarat menunaikan ansuran

sewaan.

4.12 Bagi keadaan janji hibah, janji menjual atau janji hibah bersyarat, ia perlu di

dalam dokumen berasingan dan tidak dinyatakan bahawa ia sebahagian

daripada akad Ijarah Muntahiyah bi Tamlik.39

37

Dr. Abd. Sattar Abu Ghuddah, Al-Ijarah, Dallah al-Barakah, Jeddah, 1998, h. 117

38 Dr. Wahbah al-Zuhaili, Al-Ijarah wa al-Ijarah al-Muntahiyah bi al-Tamlik, Hauliah al-Barakah,

Disember 2000, b. 2, h. 118-119

39 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 141 para 8/1

يجب ف اإلجبسة انمىخهيت ببنخمهيك ححذيذ طشيمت حمهيك انؼيه نهمسخأجش بىثيمت مسخمهت ػه ػمذ اإلجبسة ويكىن

:بئحذي انطشق اآلحيت

انببليت، أو بسؼش وػذ ببنبيغ بثمه سمضي، أو بثمه حميم، أو وػذ ببنبيغ في أثىبء مذة اإلجبسة بأجشة انمذة ( أ

انسىق

Page 17: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

16

4.13 Majlis Syariah AAOIFI telah merumuskan bahawa Ijarah muntahiyah bi tamlik

diharuskan dan berbeza dengan bai‟ ijari / hire-purchase yang diamalkan oleh

institusi kewangan konvensional kerana hire purchase konvensional hanya

mempunyai satu kontrak yang meliputi dua transaksi sekali gus pada satu

masa iaitu sewaan dan jual beli. Bagi Ijarah muntahiyah bi tamlik, ia

mengandungi dua kontrak yang berasingan di mana hukum Ijarah diaplikasi

sepanjang tempoh pembiayaan seterusnya pemindahan pemilikan berlaku

melalui kontrak berasingan seperti dalam piawai Syariah AAOIFI berhubung

Ijarah.40

4.14 Sebagai rumusan, kajian yang dijalankan oleh fuqaha semasa berpandangan

bahawa Ijarah muntahiyah bi tamlik adalah selaras dengan Syariah sekiranya

ia menetapi beberapa syarat yang telah ditetapkan antaranya ialah aktiviti

sewaan tidak mengandungi aktiviti yang bercanggah dengan prinsip Syariah

dan juga terdapat dua akad yang berasingan dalam memindahkan hak milik

kepada penyewa di akhir tempoh sewaan.

5.0 Isu-Isu Syariah

5.1 Antara isu-isu Syariah yang biasa diutarakan dalam perbincangan berkenaan

aplikasi Ijarah dalam produk dan perkhidmatan kewangan Islam semasa

adalah seperti berikut :

a) Jual dan sewa semula

b) Sewa dan sewa semula antara dua pihak

c) Pendaftaran pemilikan aset Ijarah

d) Perjanjian induk (master agreement)

e) Aplikasi wa‟d dan urbun dalam Ijarah

f) Kos penyelenggaraan dan takaful / insurans dalam Ijarah

وػذ ببنهبت( 2

ػمذ هبت مؼهك ػه ششط سذاد األلسبط( 3

ف حبالث إصذاس وػذ ببنهبت أو وػذ ببنبيغ أو ػمذ هبت مؼهك بمسخىذاث مسخمهت ال يجىص أن يزكش أوهب جضء ال

.يخجضأ مه ػمذ اإلجبسة انمىخهيت ببنخمهيك

40

Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 146

Page 18: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

17

g) Kerosakan dan kerugian pada aset Ijarah

h) Perubahan pada kadar bayaran sewaan

i) Ijarah di masa hadapan (Ijarah mudhafah ila mustaqbal) dan Ijarah

mausufah fi zimmah

j) Pemindahan pemilikan di akhir tempoh Ijarah

k) Saham syarikat sebagai aset pendasar Ijarah

l) Aset sewaan digunakan untuk aktiviti yang bercampur

m) Perubahan dan pembatalan akad Ijarah

n) Penjadualan dan penstrukturan semula Ijarah

A) Jual Dan Sewa Semula

5.2 Isu jual beli sesuatu aset dan menyewakan semula kepada pihak yang

menjual telah dibincangkan oleh banyak jawatankuasa Syariah. Sebagai

contoh, Lembaga Pengawasan Syariah Kuwait Finance House telah

memutuskan bahawa harus membeli aset daripada pelanggan dan

menyewakannya semula kepada pelanggan tersebut dalam menstruktur

sesuatu pembiayaan berasaskan Ijarah. Bagi tujuan tersebut, perlu dipastikan

bahawa akad jual beli dan Ijarah adalah berasingan.41

5.3 Piawai Syariah AAOIFI menyebut bahawa harus memiliki sesuatu aset

daripada seseorang atau sesuatu pihak kemudian disewakan semula kepada

pihak tersebut dengan syarat tidak disyaratkan akan dimeterai akad Ijarah

dalam akad jual beli tersebut.42

B) Sewa Dan Menyewakan Semula Kepada Pemberi Sewa

5.4 Sewa dan menyewakan semula kepada pemberi sewa (head-lease and sub-

lease) antara dua pihak telah dibincangkan oleh ulama semasa, dan yang

diperselisihkan adalah sama ada ia termasuk dalam bai‟ al-einah atau tidak.

41

Al-Fatawa al-Syariyyah Fi al-Masail al-Iqtisadiyyah, Kuwait Finance House, Kuwait, 2009, j.2, h. 548

(resolusi no 548).

42 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 135 (para 3/2)

Page 19: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

18

5.5 Lembaga Syariah Al-Rajhi dan Dubai Islamic Bank berpandangan bahawa

transaksi menyewakan semula aset sewaan kepada pemilik asal yang

menyewakannya adalah tidak diharuskan sekiranya Ijarah pertama secara

tunai manakala Ijarah kedua secara tangguh dengan bayaran yang lebih

daripada Ijarah yang pertama.43

5.6 Majlis Syariah AAOFI berpandangan bahawa harus menyewakan aset

sewaan kepada pemberi sewa sekiranya tempoh sewaan lebih pendek

daripada Ijarah pertama dan kedua-dua bayaran sewaan disegerakan

pembayarannya. Biarpun begitu, urus niaga tersebut tidak diharuskan

sekiranya ia mengandungi elemen einah seperti bayaran Ijarah pertama

sebanyak 120 dinar secara tangguh dan Ijarah kedua dengan bayaran

sebanyak 100 dinar secara tunai.44

5.7 Penasihat Syariah Dallah al-Barakah berpandangan urus niaga berkenaan

diharuskan sekiranya pihak pemberi sewa dan penyewa dimiliki oleh pihak

yang sama (pihak ketiga) di mana urus niaga berkenaan adalah dalam

lingkungan urus niaga antara pihak-pihak yang dimiliki oleh satu pihak yang

sama menurut perakaunan.45

5.8 Lembaga Pengawasan Syariah Kuwait Finance House ketika menilai struktur

sukuk Saxony Anhalt di Jerman berasaskan head lease dan sub-lease antara

dua pihak merumuskan bahawa adalah dibenarkan menyewakan semula

aset yang disewa kepada pemberi sewa (mukjir / lessor) dengan syarat ia

tidak disyaratkan dalam Ijarah yang pertama (head lease). Struktur ini

kemudian menjadi rujukan kepada banyak struktur pembiayaan berasaskan

head-lease and sub-lease.46

43

Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 182-183

44 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 135 (para 3/4)

45 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 183.

46 Al-Fatawa al-Syariyyah, j. 3. h. 36-37 (resolusi no 821). Teks asal resolusi tersebut:

بألم مه األجشة األون أو بمثههب أو بأكثش مىهب في مذة اإلجبسة –ػمبسا كبوج أو مىمىال –حشي انهيئت حجىص إجبسة انؼيه انمؤجشة

وحشي انهيئت أن يشاػي بيج انخمىيم انكىيخي أن حكىن انؼيه . مىهب، ششط أال يكىن رنك مششوطب في ػمذ اإلجبسة األول األون أو ألم

.خبنيت مه انمحظىساث غيش انمششوػت –ػمبسا كبوج أو مىمىال –انمؤجشة

Page 20: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

19

C) Pendaftaran Pemilikan Aset

5.9 Secara umumnya aset sewaan perlu didaftarkan atas nama pemilik yang

memberikan sewaan tersebut. Biarpun begitu, jika terdapat halangan atau

kerumitan dari sudut pentadbiran atau percukaian, ia boleh didaftarkan di

atas nama penyewa dengan syarat terdapat dokumen sokongan yang

menunjukkan bahawa aset sewaan adalah dimiliki oleh pemberi sewa dan hal

ini telah dibahaskan oleh ulama semasa.47

5.10 Majlis Syariah AAOIFI merumuskan bahawa harus sekiranya aset sewaan

tidak didaftarkan atas nama institusi kewangan. Biarpun begitu ia perlu

dibuktikan dengan dokumen yang menunjukkan bahawa pemilikan sebenar

adalah pada institusi kewangan.48

5.11 Lembaga Pengawasan Syariah Kuwait Finance House juga secara umumnya

mengharuskan aset sewaan tidak didaftarkan atas nama institusi kewangan

dengan syarat-syarat yang tersebut di atas.

5.12 Lembaga Syariah Al-Rajhi merumuskan bahawa sekiranya tindakan tersebut

bukan penipuan terhadap sistem perundangan, bahkan sebagai jalan

penyelesaian kepada isu perundangan, maka ia adalah diharuskan.49

5.13 MPS BNM memutuskan bahawa pemberi sewa merupakan pemilik kepada

harta yang disewa walaupun namanya tidak dinyatakan dalam surat

pendaftaran harta.50

D) Perjanjian Induk (Master Agreement)

5.14 Dalam mendokumenkan akad Ijarah, secara prinsipnya ia adalah secara

langsung antara pemberi sewa dan penyewa tanpa dirujuk kepada perjanjian

induk. Biarpun begitu, dalam konteks kewangan Islam semasa, banyak

struktur pembiayaan berasaskan Ijarah telah dimeterai dengan merujuk

47

Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 227

48 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 135 (para 3/1)

49 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 228

50 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 6

Page 21: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

20

kepada perjanjian induk (master agreement). Majlis Syariah AAOIFI

merumuskan bahawa harus memeterai perjanjian induk yang yang mengatur

urus niaga Ijarah antara institusi kewangan dan pelanggan di mana perjanjian

induk tersebut memperincikan terma-terma dan syarat-syarat yang

dipersetujui oleh pihak-pihak yang berakad yang kemudiannya menjadi

rujukan dalam akad.51 Perjanjian induk sebelum daripada termeterai akad

Ijarah adalah dianggap sebagai wa‟d (janji) yang mengikat dan pihak yang

berjanji perlu membayar ganti rugi terhadap kemudharatan atau kerugian

sebenar yang ditanggung oleh pihak pemberi sewa akibat kemungkiran

tersebut.52

E) Aplikasi Wa‟d dan „Urbun Dalam Ijarah

5.15 Dalam pembiayaan secara Ijarah, adalah diharuskan bagi pembiaya (pemberi

sewa) meminta pelanggan yang berjanji (wa‟d) untuk menyewa membayar

deposit bagi menjamin kesungguhan beliau dalam urus niaga tersebut.

Sekiranya pelanggan memungkiri janji tersebut, pembiaya berhak

menggunakan wang deposit tersebut sebagai ganti rugi berdasarkan dharar

fi‟li (kemudharatan / kerugian sebenar) dan memulangkan baki wang tersebut

jika ada. Juga diharuskan untuk menganggap wang deposit tersebut sebagai

sebahagian daripada bayaran sewa ketika memeterai akad Ijarah.53

5.16 Pembiaya juga berhak meminta bayaran „urbun selepas dimeterai akad Ijarah

di mana bayaran „urbun ini adalah sebagai bayaran sewaan yang

didahulukan. Jika berlaku kemungkiran pada akad Ijarah daripada pihak

penyewa, pemberi sewa berhak ke atas bayaran „urbun tersebut. Biarpun

begitu, adalah lebih elok bagi pemberi sewa memulangkan lebihan daripada

kadar dharar fi‟li (kemudharan sebenar) yang ditanggungnya kepada

penyewa akibat kemungkiran tersebut.54

5.17 Wa‟d juga biasa digunakan dalam pembiayaan berasaskan Ijarah, di mana

pihak pelanggan berjanji akan menyewa aset sewaan yang akan dimiliki oleh

51

Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 134 (para 2/2)

52 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 214

53 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 134 (para 2/3), Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, 218-220

54 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 136 (para 4/1/4)

Page 22: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

21

pembiaya. Dalam Ijarah muntahiyah bi tamlik, pihak pembiaya akan berjanji

untuk memindahkan aset sewaan kepada penyewa berdasarkan kepada

mekanisme yang dipersetujui di akhir tempoh sewaan atau ketika tempoh

sewaan sedang berjalan.55

5.18 Wa`d mulzim (janji mengikat) telah digunakan dalam memajukan produk

berasaskan Ijarah muntahiyah bi tamlik atau Ijarah thumma bai‟, di mana

pihak mukjir (penyewa) berjanji akan menjual aset yang disewakan di akhir

tempoh pembiayaan. Wa`d juga telah distruktur bagi melindungi kepentingan

pembiaya (institusi kewangan Islam), di mana pelanggan berjanji akan

membeli aset sewaan dalam keadaan yang menyalahi terma-terma perjanjian

(event of default) dan kerosakan menyeluruh (total loss). Semuanya ini

sebagai penyelesaian kepada call option dan put option yang digunakan

dalam terma-terma pembiayaan konvensional.

5.19 Wa`d mulzim juga telah diaplikasi dalam mengurus risiko pihak pembiaya

atau pelabur khususnya dalam menangani keadaan yang dianggap

menyalahi syarat-syarat perjanjian (events of defaults) dan kerosakan

menyeluruh (total loss).

5.20 Wa`d telah diaplikasi bagi pembayaran balik wang pembiayaan ketika matang

(maturity) atau keadaan yang menyalahi syarat-syarat perjanjian (events of

default / al-ahdath allati takunu al-khata‟ ) atau berlaku perubahan dalam

syarat-syarat yang dipersetujui dalam pembiayaan.56

5.21 Dalam sesetengah dokumen perjanjian Ijarah muntahiyah bi tamlik yang

didraf oleh peguam disebut seperti berikut : “Undertaking to Purchase by the

Customer : The Customer pursuant to its undertaking to purchase in Clause

3.2(a), shall purchase the Asset at the Exercise Price set out in Clause 3.3(b)

upon the early termination of the Lease Term as a result of the occurrence of

the following events:- (a) an Event of Default; or (b) the Asset is declared or

55

Sila rujuk kertas kerja “Penggunaan Wa`d dalam Kontrak Buyu`, Ijarah dan Syirkah : Implikasi

Hukum” oleh penulis yang dibentangkan di Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara 2008 anjuran

Bank Negara Malaysia.

56 Fatawa Hai‟ah al-Fatwa wa al-Riqabah al-Syariyyah li Bank Dubai al-Islami, j.2, 576

Page 23: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

22

has suffered a Total Loss; or (c) such other circumstances as specifically set

out in this Agreement.” Beberapa persoalan hukum perlu dipertimbangkan di

sini iaitu apabila kerugian atau kerosakan menyeluruh (total loss) bukan

disebabkan oleh kecuaian oleh penyewa (pelanggan) dan juga keadaan aset

yang perlu dibeli semula seperti contoh kapal yang sudah terbakar di lautan

dan sudah tidak dapat ditentukan lagi. Bagi aset yang dibina di atas tanah

sebagai contoh rumah yang sudah terbakar, pembelian balik tanah mungkin

masih boleh dipertimbangkan lagi.

5.22 Majlis Pengawasan Syariah Dubai Islamic Bank (DIB), ketika menilai satu

draf perjanjian pembiayaan berasaskan Ijarah telah merumuskan bahawa

wa`d mulzim boleh digunakan dalam keadaan events of default kerana jika

berlaku sesuatu keadaan tersebut ia dianggap sebagai syarat yang dikaitkan

dengan janji pembelian tersebut. Namun, beberapa klausa berhubung events

of default dan total loss yang perlu diperbaiki kerana bercanggah dengan

prinsip Syariah. Sebagai contoh, dalam draf tersebut, tidak dibezakan

keadaan yang di luar kawalan pelanggan / penyewa, di mana penyewa hanya

boleh dituntut ganti rugi dan pampasan sekadar kemudharatan sebenar yang

ditanggung (dharar fi`liy) sekiranya ia dianggap cuai atau lalai dalam

menunaikan syarat-syarat perjanjian sewaan tersebut. Sekiranya penyewa

tidak dapat dibuktikan cuai atau lalai, maka ia tidak boleh dituntut untuk

membayar balik ganti rugi.

5.23 Berhubung keadaan yang dianggap kerugian atau kerosakan menyeluruh

(total loss / halat al-halak al-kulliy), perlu dibezakan sebab total loss tersebut

sama ada disebabkan oleh kerana kecuaian atau kelalaian penyewa dan

sebab di luar kawalan dan tanggungjawab penyewa. Justeru, ganti rugi

terhadap aset sewaan yang rosak hanya boleh dituntut daripada penyewa

sekiranya kerosakan tersebut disebebkan oleh kerana kecuaian dan

kelalaiannya.

F) Kos Penyelenggaraan dan Takaful / Insurans Dalam Ijarah

5.24 Dalam pembiayaan sewaan secara konvensional, biasanya segala kos

penyelenggaraan termasuk bayaran insurans berkaitan aset sewaan adalah

ditanggung sepenuhnya oleh penyewa. Ini adalah berdasarkan kepada

Page 24: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

23

tanggapan bahawa di akhir tempoh pembiayaan, aset sewaan akan dimiliki

oleh pelanggan yang menyewa. Biarpun begitu, aplikasi sedemikian

bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah.

5.25 Majoriti ulama semasa seperti resolusi Akademi Fiqah Islam, AAOIFI dan

lain-lain lagi berpandangan bahwa kos penyelenggaraan utama (major

maintenance) bagi aset sewaan mesti ditanggung oleh pemilik yang memberi

sewaan tersebut melainkan jika dapat dibuktikan bahawa terdapat kecuaian

di pihak penyewa. Manakala penyelenggaraan operasi bagi aset yang

berkaitan penggunaan harian seperti minyak petrol bagi kereta boleh

ditanggung oleh penyewa.57

5.26 Sebagai penyelesaian, penyewa boleh diwakilkan untuk membayar kos

penyelenggaran utama tersebut bagi pihak pemilik dan kos tersebut dan

muqasah atau set-off akan dilakukan antara penyewa dan pemberi sewa

terhadap bayaran tersebut.58

5.27 Dallah al-Barakah telah mengemukakan ujrah idafiah (sewaan tambahan)

sebagai penyelesaian kepada isu kos penyelenggaraan tersebut di mana

penyewa akan membayar sewaan tambahan yang merupakan kos

penyelenggaraan utama tersebut.59

5.28 Berhubung insurans, Dr. Ali Muhyiddin Qurrah Daghi mempunyai pandangan

tersendiri di mana menurut beliau meletakkan syarat bahawa penyewa akan

menanggung kos insurans adalah diharuskan dan tidak bercanggah dengan

nas Syarak di mana ia dianggap sebagai tabarru‟ bagi tujuan kepentingannya

dalam akad Ijarah tersebut.60

5.29 MPS BNM memutuskan bahawa pemilik aset tidak boleh memindahkan

kewajipan untuk menanggung kos penyelenggaraan aset yang disewa serta

kos pelindungan takaful kepada penyewa. Namun, pemilik aset boleh

57 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 138 (para 5/1/7 dan 5/1/8), Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 139-143

58 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 138 (para 5/1/7), Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 144

59 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 149

60 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 149

Page 25: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

24

mewakilkan kepada penyewa untuk menanggung kos-kos penyelenggaraan

aset dan kos pelindungan takaful yang akan ditolak selesai dalam urus niaga

jual beli pada akhir tempoh sewaan.61

G) Kerosakan dan Kerugian Pada Aset Ijarah

5.30 Jika berlaku kerosakan dan kerugian pada aset Ijarah, ia perlu ditanggung

sepenuhnya oleh pemilik aset yang memberi sewaan melainkan jika dapat

dibuktikan terdapat kecuaian di pihak penyewa dalam mengendalikan aset

sewaan tersebut.

5.31 Jika berlaku kerosakan total pada aset sewaan, akad Ijarah dianggap terbatal

kerana manfaat menggunakan aset Ijarah dalam akad tersebut sudah tidak

wujud. Biarpun begitu, dalam konteks Ijarah mausufah fi zimmah, akad tidak

terbatal dan pemilik perlu menggantikan aset yang rosak dengan yang

seumpamanya berdasarkan spesifikasi yang telah dipersetujui.62

5.32 Dalam hal berkaitan kerosakan total aset sewaan yang menyebabkan

penyewa tidak dapat menggunakan manfaat aset tersebut, tanggungjawab

membayar bayaran sewaan oleh penyewa gugur. Sehubungan itu, pemilik

yang memberi sewa tidak boleh memaksa penyewa membayar sewaan

ketika tempoh kerosakan tersebut dan juga meminta penyewa membayar kos

kerosakan tersebut.63

H) Perubahan Pada Kadar Bayaran Sewaan

5.33 Antara ciri keistimewaan produk berasas Ijarah ialah ia mempunyai fleksibiliti

di mana bayaran sewaannya boleh disemak dan diubah berdasarkan kepada

persetujuan pihak-pihak yang berakad. Secara umumnya, persetujuan untuk

mengubah bayaran sewaan adalah diharuskan. Biarpun begitu, keharusan

tersebut dihadkan kepada bayaran sewaan di masa hadapan tanpa memberi

kesan kepada bayaran sewaan yang telah lalu.64 Justeru, produk berasaskan

61 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 11

62 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 189

63 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 190

64 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 121-122

Page 26: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

25

Ijarah boleh distruktur berasaskan kadar berubah atau terapung (variable or

floating rate) seterusnya boleh menjadi penyelesaian kepada beberapa

bentuk pembiayaan berasaskan kadar berubah atau terapung konvensional.

5.34 Majlis Syariah AAOIFI merumuskan bahawa harus bagi pihak-pihak yang

berakad mengubah bayaran sewaan bagi tempoh masa hadapan iaitu

tempoh yang belum menggunakan manfaat aset sewaan dan ia termasuk

dalam memperbaharui akad Ijarah (tajdid aqd al-Ijarah). Manakala bayaran

sewaan bagi tempoh masa yang telah berlalu dianggap sebagai dayn

(hutang) ke penyewa dan tidak boleh disyaratkan bayaran tambahan,65

kerana ia termasuk dalam riba.

5.35 MPS BNM memutuskan bahawa kadar sewa dalam kontrak Ijarah boleh

diubah berdasarkan persetujuan asal untuk menyandarkan kadar sewa

kepada suatu pemboleh ubah yang dipersetujui bersama dalam tempoh

tertentu.66

5.36 Terdapat beberapa pendekatan dalam menstruktur kadar berubah atau

terapung bagi produk berasaskan Ijarah. Justeru, jawatankuasa Syariah perlu

menilai aplikasi kadar berubah atau terapung dalam pembiayaan Ijarah yang

diluluskan.

I) Ijarah Di Masa Hadapan (Ijarah Mudhafah Ila Mustaqbal) dan Ijarah Mausufah Fi

Zimmah

5.37 Secara umumnya, majoriti ulama berpandangan bahawa akad Ijarah boleh

dimeterai untuk sesuatu di masa hadapan (Ijarah mudhafah ila mustaqbal)

berbanding dengan akad bai‟ (jual beli) yang tidak boleh dihubungkan dengan

sesuatu di masa hadapan. Biarpun begitu, tempoh akad Ijarah tersebut i.e

tarikh permulaan dan tarikh berakhir perlu ditentukan dan diketahui oleh

pihak-pihak yang berakad.67

65

Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 139 (para 5/2/5)

66 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 10

67 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 65

Page 27: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

26

5.38 Ijarah juga boleh dilaksanakan ke atas sesuatu yang akan diserahkan dan

dinyatakan spesifikasinya secara jelas dan ia dikenali sebagai Ijarah

mausufah fi zimmah. Bagi Ijarah bentuk ini, pemberi sewa mempunyai

obligasi untuk menyerahkan manfaat yang telah dinyatakan secara

spesifikasi seperti dalam akad salam bagi mengelak pertikaian. Bukan

menjadi syarat dalam Ijarah mausufah fi zimmah, bagi pemberi sewa (mukjir)

telah memiliki manfaat ketika akad kerana ia boleh dihubungkan pada

sesuatu di masa hadapan (Ijarah mudhafah ila mustaqbal).68

5.39 Majlis Syariah AAOIFI juga telah merumuskan bahawa Ijarah mausufah fi

zimmah adalah diharuskan dengan syarat sifat dan spesifikasi dinyatakan

secara jelas biarpun manfaat sewaan belum dimiliki oleh pemberi sewa.69

5.40 MPS BNM juga telah meluluskan penggunaan Ijarah mausufah fi zimmah

dalam produk pembiayaan.70

5.41 Ijarah mausufah fi zimmah telah diaplikasi dalam banyak struktur pembiayaan

bagi aset yang sedang dalam pembinaan atau manfaat yang akan diserahkan

kemudian. Ia juga boleh diaplikasi dalam pembiayaan perjalanan, perubatan

dan pendidikan.71

5.42 Sekiranya bayaran sewaan telah dibayar dan aset atau manfaat Ijarah tidak

dapat diserahkan, adalah menjadi obligasi pemberi sewa (mukjir) untuk

memulangkan semula bayaran sewaan (advance lease rental) yang telah

didahulukan tersebut.

J) Pemindahan pemilikan di akhir tempoh Ijarah

5.43 Bagi produk pembiayaan berasaskan Ijarah muntahiyah bi tamlik, penentuan

kaedah pemindahan pemilikan aset sewaan kepada penyewa adalah penting

68

Dr. Abdul Sattar Abu Ghuddah, Buhuth fi al-Muamalat wa al-Asalib al-Masrafiyah al-Islamiyah, Dalla

al-Barakah, Jeddah, 2008, j. 9, h. 25, dalam bab “Tamwil al-Manafi‟”. Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 67

69 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 135 (para 3/5)

70 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 16

71 Buhuth fi al-Muamalat wa al-Asalib al-Masrafiyah al-Islamiyah, , j. 9, h. 39

Page 28: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

27

dan dokumen tersebut perlu berasingan daripada dokumen Ijarah. Kaedah

pemindahan pemilikan yang biasa diaplikasi adalah seperti berikut:

a) Janji (wa‟d) menjual aset (sale undertaking)

b) Janji hibah

c) Akad hibah yang disyaratkan dengan pembayaran penuh bayaran

sewaan

d) Penyewa diberi pilihan untuk meneruskan sewaan atau

dipulangkan aset kepada pemberi sewaan atau membeli aset pada

harga pasaran.72

5.44 Seperti yang telah disebut sebelum ini, isu ini telah dibincangkan oleh

Jawatankuasa Syariah seperti dalam resolusi Akademi Fiqah Islam, piawai

Syariah AAOIFI dan juga keputusan-keputusan jawatankuasa-jawatankuasa

Syariah.

K) Saham Syarikat Sebagai Aset Pendasar Ijarah

5.45 Antara isu yang sering ditanya dalam penstrukturan pembiayaan berasaskan

Ijarah adalah sama ada boleh menggunakan saham sesebuah syarikat

sebagai aset pendasar dalam akad Ijarah.

5.46 Simposium Nadwah al-Barakah ke 8 pada 1993 telah merumuskan bahawa

menyewa saham syarikat adalah tidak diharuskan kerana ia bukanlah

manfaat yang boleh diurus niaga dan bercanggah dengan aplikasi Ijarah

kerana isu percampuran harta syarikat berkenaan dengan pemegang saham

yang lain.73

5.47 Majlis Syariah AAOIFI telah merumuskan hal yang sama iaitu saham syarikat

tidak boleh disewa.74

72

Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 65

73 Qararat wa Tausiyat Nadawat al-Barakah li al-Iqtisad al-Islami, Dallah al-Barakah, Jeddah, 2001, h.

143 (resolusi no 8/11)

74 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 358 (para 3/15 dalam piawai Syariah ke 21 berhubung saham)

Page 29: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

28

L) Aset Sewaan Digunakan Untuk Aktiviti Yang Bercampur

5.48 Antara isu yang biasa dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah adalah

berhubung garis panduan penggunaan aset Ijarah. Menurut hukum asal, aset

Ijarah atau manfaat Ijarah hanya boleh digunakan untuk aktiviti yang selaras

dengan Syariah. Justeru, dalam pembiayaan berasaskan Ijarah, aset atau

manfaat Ijarah tidak boleh digunakan untuk aktiviti yang tidak selaras dengan

Syariah seperti disewa kepada bank konvensional, bar yang menjual arak

dan aktiviti-aktiviti lain yang bercanggah dengan prinsip Syariah.75

5.49 Biarpun begitu, sekiranya terdapat aktiviti yang bercampur di mana elemen

yang bercanggah dengan Syariah adalah pada kadar yang kecil, ulama

semasa tidak membincangkannya dan menggariskan beberapa garis

panduan.76

5.50 Secara umumnya, sekiranya aktiviti yang tidak selaras dengan Syariah ini

bukanlah tujuan utama dalam akad Ijarah dan bersifat “tab‟an” (mengikut)

pada kadar yang sedikit, maka ia adalah diharuskan.77 Sebagai contoh

Lembaga Syariah Kuwait Finance House (KFH) telah membincangkan isu

menyewa kapal terbang kepada syarikat penerbangan yang menghidang

arak kepada penumpangnya. Lembaga Syariah KFH merumuskan bahawa

harus memberi pembiayaan berasaskan Ijarah kepada syarikat penerbangan

tersebut sekiranya tujuan utama sewaan adalah diharuskan oleh Syariah

seperti untuk tujuan pengangkutan penumpang dan barangan yang

diharuskan Syarak. Ini adalah kerana tujuan utama Ijarah adalah diharuskan

oleh Syariah iaitu pengangkutan, manakala hidangan arak adalah perkara

sampingan dan dosa tersebut adalah ke atas pelakunya (ithmuhu „ala fa‟ilihi).

Biarpun begitu, seelok-eloknya institusi kewangan Islam meletakkan syarat

tidak membenarkan penyewa tersebut menghidangkan arak kepada

penumpang atau memberi nasihat yang sewajarnya. Keputusan ini adalah

selaras dengan fatwa Kementerian Wakaf Kuwait.78

75 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 45

76 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 45

77 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 45 78

Al-Fatawa al-Syariyyah, j. 1, h. 182-183 (fatwa no. 243)

Page 30: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

29

5.51 MPS SC juga ada mengeluarkan garis panduan sewaan aset Ijarah dalam

aktiviti bercampur dan merumuskan bahawa secara umumnya penyewa

mestilah menjalankan aktiviti yang selaras dengan Syariah. Jika didapati

penyewa menjalankan aktiviti yang tidak selaras Syariah, pengurus dana

perlu menjalankan pemantauan-pematuhan tambahan. Secara umumnya,

hasil sewaan daripada aktiviti tidak selaras Syariah tidak boleh melebihi 20%

daripada jumlah pendapatan (turnover) oleh Islamic REIT. Biarpun begitu,

Islamic REIT adalah tidak dibenarkan untuk memiliki hartanah seperti

bangunan di mana keseluruhan penyewa adalah menjalankan aktiviti yang

tidak selaras dengan Syariah biarpun kadar peratusan sewaan masih di

bawah ukur rujuk 20% tersebut. Ini adalah bagi menjaga imej Islamic REIT.79

5.52 Isu ini sering dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah dalam menilai

cadangan pembiayaan berasaskan Ijarah bagi projek berkaitan penerbangan,

hotel, pusat perniagaan dan beli-belah, projek kediaman berserta kolam

renang awam dan lain-lain lagi.

5.53 Secara umumnya, garis panduan Syariah berhubung perkara ini adalah

menilai tujuan utama dalam aktiviti berkaitan. Sekiranya tujuan utama adalah

tidak selaras prinsip Syariah seperti pusat hiburan disko yang menghidang

arak maka ia tidak dibenarkan. Sekiranya tujuan utama aktiviti adalah

diharuskan namun ia bercampur dengan aktiviti yang tidak diharuskan pada

kadar yang sedikit maka ia adalah diharuskan dan dosa aktiviti tersebut

ditanggung oleh pelakunya.80 Biarpun begitu, dalam aktiviti bercampur

sedemikian, ia perlu dibincang dan diperhalusi oleh Jawatankuasa Syariah

dalam memastikan aspek kawalan dan pemantauan terhadap perjalanan

aktiviti tersebut.

M) Perubahan dan Pembatalan Akad Ijarah

5.54 Akad Ijarah adalah akad lazim iaitu kontrak yang mengikat antara pihak-pihak

yang berakad. Justeru sebarang perubahan dan pembatalan ke atas akad ini

79

Guidelines for Islamic Real Estate Investment Trusts, Securities Commission, 21 November 2005, h.

3-4, lihat para 1.1 (a), (b), (c), (d), (e).

80 Al-Dalil al-Syarie li al-Ijarah, h. 46

Page 31: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

30

perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berakad melainkan jika ia

termasuk dalam perkara keuzuran81 atau pengecualian atau keadaan-

keadaan yang boleh menyebabkan terbatalnya (termination events) akad

tersebut berdasarkan perjanjian yang yang telah dipersetujui.

5.55 Ulama semasa juga membincangkan isu memasukkan klausa terbatalnya

akad Ijarah sekiranya penyewa gagal membayar bayaran sewa atau

melengah-lengahkannya.82

5.56 MPS BNM memutuskan bahawa kontrak Ijarah adalah terbatal sekiranya aset

sewaan didapati tidak berfungsi dan hilang manfaatnya, pihak yang

berkontrak tidak memenuhi terma dan syarat kontrak, atau pembatalan

kontrak Ijarah tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak.83

5.57 Ada beberapa isu lain berkaitan dengan perubahan dan pembatalan akad

Ijarah yang perlu diperhalusi oleh penasihat dan jawatankuasa Syariah

berkaitan kerana ia biasanya akan menjadi isu dibahaskan apabila berlaku

pertikaian antara pihak-pihak yang berakad.

N) Penjadualan dan Penstrukturan Semula Ijarah

5.58 Isu yang sering dibincangkan apabila pembiayaan secara Ijarah menghadapi

masalah seperti pelanggan tidak mampu membayar bayaran sewa adalah

setakat mana kemudahan pembiayaan Ijarah yang telah dimeterai boleh

dijadual semula (rescheduling) atau distruktur semula (restructuring).

5.59 Jawatankuasa Syariah perlu menilai dan menyemak cadangan rescheduling

atau restructuring tersebut kerana jika terlepas pandang ia boleh

menyebabkan isu Syariah seperti bayaran tambahan ke atas bayaran

tertunggak yang bersifat dayn yang boleh menyebabkan isu riba.

81

Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 136 (para 4/1/1)

82 Al-Ma`ayir al-Syariyyah, h. 141 (para 7/2/2 dalam piawai Syariah berkaitan Ijarah)

83 Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam, Bank Negara Malaysia, edisi kedua 2010, h. 7

Page 32: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

×iyal dan MakhÉrij: Ke Arah Ketelusan di dalam Operasi Perbankan Islam

31

5.60 Biarpun begitu, secara umumnya, pembiayaan secara Ijarah mempunyai

banyak ruang untuk rescheduling atau restructuring kerana ia mempunyai

fleksibiliti tidak seperti akad jual beli bertangguh.

6.0 Rumusan

6.1 Akad Ijarah mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang boleh diaplikasi dalam

menstruktur dan memajukan produk-produk pembiayaan institusi kewangan

Islam bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

6.2 Antara isu-isu Syariah yang biasa diutarakan dalam perbincangan berkenaan

aplikasi Ijarah dalam produk dan perkhidmatan institusi kewangan Islam

adalah seperti berikut :

a) Jual dan sewa semula

b) Sewa dan sewa semula antara dua pihak

c) Pendaftaran pemilikan aset Ijarah

d) Perjanjian induk (master agreement)

e) Aplikasi wa‟d dan urbun dalam Ijarah

f) Kos penyelenggaraan dan takaful / insurans dalam Ijarah

g) Kerosakan dan kerugian pada aset Ijarah

h) Perubahan pada kadar bayaran sewaan

i) Ijarah di masa hadapan (Ijarah mudhafah ila mustaqbal) dan Ijarah

mausufah fi zimmah

j) Pemindahan pemilikan di akhir tempoh Ijarah

k) Saham syarikat sebagai aset pendasar Ijarah

l) Aset sewaan digunakan untuk aktiviti yang bercampur

m) Perubahan dan pembatalan akad Ijarah

n) Penjadualan dan penstrukturan semula Ijarah

6.3 Dokumen berkaitan produk dan struktur pembiayaan berasaskan Ijarah perlu

disemak oleh jawatankuasa Syariah / penasihat Syariah bagi memastikan ia

menepati prinsip Syariah khususnya dalam perkara-perkara utama yang

membezakan pembiayaan berasaskan Ijarah dengan pembiayaan sewaan

konvensional. Ia bertujuan memastikan pembiayaan yang diberikan selaras

Page 33: IJÓRAH DARI KONTEKS APLIKASI, PERUNDANGAN DAN SYARIAH

MUZAKARAH CENDEKIAWAN SYARIAH NUSANTARA KE-4 (2010)

32

dengan prinsip Syariah dan seterusnya memelihara kepentingan institusi

kewangan Islam dan pihak-pihak terlibat apabila berlaku perselisihan.

6.4 Kertas kerja ringkas ini dibentangkan kepada ashab al-fadilah para ulama

dan pakar-pakar Syariah yang menghadiri Muzakarah Cendikiawan Syariah

Nusantara Ke-4 2010 untuk membahaskan isu-isu Syariah dalam aplikasi

Ijarah dalam produk dan perkhidmatan industri kewangan Islam.

وهللا تعالى أعلم

Disclaimer Content Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad reserves the right not to be responsible for the topicality, correctness, completeness or quality of the information provided. Liability claims regarding damage caused by the use of any information provided, including any kind of information which is incomplete or incorrect, will therefore be rejected. Parts of the pages or the complete publication including all information might be extended, changed or partly or completely deleted by Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad without separate announcement. Copyright Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad intended not to use any copyrighted material for the publication or, if not possible, to indicate the copyright of the respective object. The copyright for any material created by Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad is reserved. Any duplication or use of objects such as diagrams, pictures or texts in other electronic or printed publications is not permitted without Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad agreement. Legal Validity of the Disclaimer This disclaimer is to be regarded as part of the publication which you were referred from. If sections or individual terms of this statement are not legal or correct, the content or validity of the other parts remain uninfluenced by this fact.