sejarah perundangan islam :zaman taklid dan jumud

21
Zaman Taklid dan Jumud Zafirah Abdullah

Upload: zafirah-abdullah

Post on 08-Jan-2017

959 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Zaman Taklid dan JumudZafirah Abdullah

Page 2: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Zaman Taklid dan Jumud Taklid : Ikut & Jumud : Beku Bermula pada pertengahan kurun ke-4H -> penghujung kurun ke-13H Kecenderungan juga semangat ijtihad di kalangan ulama’ Fiqh telah menurun secara

mendadak Meluas budaya taklid, berpegang kepada mazhab2 fiqh tertentu serta menyokong

para imam ikutan mereka.

Suasana Perundangan Zaman TaklidKekuasaan dan negara Islam mulai lemah

Ekoran wilayah di bawah pemerintahan Islam terpecah-pecah Kaum muslimin yang sebelumnya bersatu di bawah satu kuasa mulai berpecah-belah menjadi

wilayah kecil Perpecahan dan tiada muafakat telah membawa perpecahan di sudut perundangan dan

pentadbiran yang menyebabkan hilangnya negara dan wilayah yang merkeka kuasai.

Page 3: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Suasana Perundangan Zaman TaklidFasal PertamaEkoran perpecahan umat Islam dan lemahnya kekuasaan Islam menyebabkan lemah gerakan ilmiah.

Majoriti Ulama’ Fiqh hanya memberi tumpuan mengambil hukum daripada para imam mujtahid sebelumnya.

Tidak muncul mana-mana mazhab fiqh baru

Lemah penggubalan undang2, terhenti kegiatan ilmiah, melemahkan kegiatan berfikir.

Hanya menumpukan kajian secara terbatas daripada mazhab2 tertentu sahaja

Lama-kelamaan budaya dan sikap tersebut menyebabkan tersebarnya pengaruh fanatik / ta’sub pada mazhab tertentu.

Page 4: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Suasana Perundangan Zaman TaklidFasal PertamaEkoran perpecahan umat Islam dan lemahnya kekuasaan Islam menyebabkan lemah gerakan ilmiah.

Ulama/ahli Fiqh yang memenuhi syarat untuk berijtihad tidak melaksanakannya dengan meluas

Lahir juga kalangan mereka yang tidak layak berijtihad , beria-ria melakukan ijtihad dan mengeluarkan fatwa

Untuk menutup jalan2 yang membawa kerosakan, ulama’ telah menutup pintu ijtihad dan menetapkan supaya bertaklid kepada satu mazhab/ imam tertentu.

Menyebabkan hilangnya semangat membuat kajian dan penelitian terhadap nas dan kaedah istinbat secara terbuka.

Page 5: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Suasana Perundangan Zaman TaklidFasal ke-dua : Menjurus Kebangkitan Ijtihad

Bermula: Pertengahan kurun ke-7H Menampilkan arus kebangkitan dan seruan supaya keluar daripada belenggu taklid

& membuka semula pintu ijtihad Sepakat Jumhur: Ijtihad itu fardu kifayah dan kadangkala fardu ain hukumnya

Antara tokoh terkemuka yang bangkit : Imam ibn Taimiyyah (728H) Beliau banyak menghadapi tentangan, sekatan, bantahan & tindakan keras daripada pihak

pemerintah Dipenjarakan sebanyak 5 kali Hasil karyanya : Majmu’ah Fatawa ibn Taimiyyah (37 Jilid)

Page 6: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Diteruskan oleh muridnya ibn Al-Qayyim (751H) Karangan beliau: I’lam al-Muwaqqi’in

Pada awal abad ke-12h, lahir tokoh Mujaddid Islam terkenal: Muhammad Abd al-Wahab (1207h) Membawa pemikiran ulama’ Salaf Beliau banyak mengkaji serta meneliti buku-buku karangan ibn Taimiyyah serta

ibn al-Qayyim Berusaha untuk mengembalikan seluruh umat islam supaya bersikap terbuka Memerangi khurafat & bid’aah Terkenal dengan pergerakan Islah Salafiyyah

Page 7: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Bahaya Taklid

Melemahkan semangat dan pudar minat

untuk membuat kajian yg lebih

mendalam dalam Fiqh pelbagai mazhab

Sesetengah perkara furu’,ahli Fiqh & ahli

Politik menjadikannya sebagai alat politik &

untuk meraih kepentingan mereka.

Lahir sikap fanatik dan

ta’sub kepada suatu mazhab

Ini menyebabkan mereka saling memburuk-burukkan pengikut dan juga imam mazhab lain

Menyebabkab Fiqh serta Perundangan Islam tidak berkembang pesat

Page 8: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Faktor terhenti Ijtihad

Perpecahan Wilayah Islam

Fanatik kepada Mazhab Imam

Meluas pembukuan Fiqh imam Mazhab

Penutupan pintu Ijtihad

Penyakit akhlaq

melanda umat Islam

Pemerintah menetapkan Mazhab

Ikutan

Page 9: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Faktor terhenti IjtihadFaktor-faktor PenjelasanPerpecahan Wilayah Islam

Ekoran kelemahan kerajaan Bani Abbasiyyah:

• Wilayah dan jajahan Islam mula berpecah menjadi kerajaan yang lebih kecil

• Pihak kerajaan yang berpecah saling berselisihan sesame sendiri & tiada ketenteraman dalam negara.

• Kesannya, kurang perhatian rakyat & ulama’ terhadap ilmu & merosot minat membuat kajian baru

• Mereka lebih sibuk menumpukan perhatian mempertahankan diri

Pemerintah Menetapkan Mazhab Ikutan

Muncul kalangan khalifah yang menyuruh para mufti serta menggesa mereka supaya berpegang kepada mazhab2 tertentu.

• Tekanan serta paksaan tersebut menyebabkan terhenti dan beku perkembangan Fiqh

Page 10: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Fanatik kepada Mazhab Imam

Para pengikut dan murid kepada imam mazhab terpegun dan amat tertarik dengan pendapat imam2 yang mereka ikuti.

• Mereka lebih banyak menghabiskan masa, mempertahankan, menyebarkan dan menarik org lain supaya turut mengikutinya.

• Golongan fanatic ini menilai diri mereka terlalu kerdil dan lemah untuk melakukan kajian. Penelitian , perbahasan serta istinbat hokum

• Turut melibatkan diri dalam pengajaran juga penyebaran kaedah-kaedah usul dan furu’ imam mereka.

Meluas Pembukuan Fiqh Imam Mazhab

Para pengikut imam mazhab bertungkus lumus untuk membukukan Fiqh yang belum dibukukan pada zaman imam2 mereka

• Hasilnya setiap masalah Fiqh mudah dicari penyelesaian

• Majoriti penyelesaian juga penjelas hokum ada di dalam kitab yg dibukukan

• Ulama’ fiqh tidak perlu mengkaji dan meneliti sumber asalnya Al-Quran dan Hadis (Hanya digunakan untuk menegakkan pendirian imam mazhab mereka.

Faktor terhenti IjtihadFaktor-faktor Penjelasan

Page 11: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Penutupan Pintu Ijtihad Majoriti Ulama’ pada waktu itu tidak yakin dengan kemampuan sama ada mereka layak berijtihad atau tidak.

• Tidak ada kata sepakat siapakah sebenarnya yang bergelar mujtahid dan layak melakukan ijtihad

• Timbul kekacaun dan saling mengeluarkan fatwa hingga terdapat kalangan mereka (yg tidak layak) tampil mengeluarkan fatwa

• Ini menyebabkan berlaku perselisihan pendapat dan fatwa yang bercanggah antara mereka.

• Akhirnya (Penghujung kurun ke-4 H), ulama’ bersepakat untuk menutup pintu ijtihad untuk mengelakkan kacau bilau serta menjaga kemaslahatan umum.

Penyakit akhlaq melanda umat Islam

Sesetengah ulama’ telah dijangkiti penyakit akhlak sekaligus menghalang mereka daripada mencapai martabat mujtahid

• Saling cela / menghasut / merendahkan kemampuan antara satu sama lain.

• Memperlekeh dan merendahkan usaha kemampuan ulama’ lain.

Faktor terhenti IjtihadFaktor-faktor Penjelasan

Page 12: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Tingkatan Mujtahid

• Mengikuti kaedah dan metadologi yang tersendiri dalam mengambil hukum daripada sumber-sumbernya yang asal iaitu al-Quran dan Hadis

• Contoh : Para ahli Fiqh kalangan Sahabat/Tabi’in..Abu Hanifah..Malik..Syafi’i

Mujtahid Mutlak

• Para Sahabat/ Murid-murid kepada Imam Mazhab• Ikuti Imam mereka dalam perkara asas dan dasar

utama• Berbeza pendapat dalam perkara pecahan (Furu’)

dengan imam-imam.

Mujtahid al-

Muntasib

Page 13: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Tingkatan Mujtahid

• Mereka tidak melakukan ijtihad dalam istinbat hukum, tetapi menumpukan ijtihad dan kajian untuk menjelaskan kata2 dan pendapat imam mereka yang berbenntuk mujmal.

• Menjelaskan maksud tertentu terhadap hokum yang berkemungkinan mengandungi 2 maksud.

Mujtahid al-

Takhrij

• Ikuti Imam Mazhab mereka dalam perkara Usul dan Furu’

• Merupakan mujtahid yang bertindak untuk istinbat hokum dalam masalah2 yang tidak ada riwayat daripada imam mereka serta masalah yang belum dibicarakan.

Mujtahid Mazhab

Page 14: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

• Tidak mengadakan apa-apa usaha pengukuhan atau pemilihan antara pendapat yang berbeza

• Dikira sebagai ahli taklid

• Bertindak membezakan antara riwayat yang nadir (luar biasa) dengan riwayat yang zahir.

Mujtahid al-Mufti

• Bertindak membandingkan di antara pendapat2 yang berbeza-beza dan yang diterima oleh para imam.

• Kemudian, mengukuhkan salah satu daripada dua/pendapat2 yang berbeza

• Selepas mereka menjelaskan periwayatan mana yang lebih sah riwayatnya.

Mujtahid al-Tarjih

Page 15: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Hukum TaklidPendapat-pendapat PenjelasanPendapat Pertama: Tidak Harus Secara Mutlak

Menurut pendapat Muktazilah, Zahiri, Syiah Imamiah:

• Semua orang tidakk diharuskan bertaklid secara mutlak dalam perkara syariat / Fiqh

• Taklid itu HARAM hukumnya (Pendapat ibn Hazm & ibn Arabi)

Alasan & Hujah

• Allah sentiasa memerintahkan manusia supaya berfikir dan berusaha untuk mengetahui perkara syariat

• Tidak ada mana-mana hadis yang menegah golongan tertentu daripada membuat kajian

Pendapat Kedua:Harus secara Mutlak

Sesetengah ulama’ berpendapat HARUS bertaklid secara mutlak sama ada terhadap orang awam atau mereka yg mampu berijtihad.

• HARUS hukum bertaklid bagi org alim dengan org yang lebih alim daripadanya

• Orang alim TIDAK BOLEH bertaklid kepada org yg setaraf dengannya sudut ilmu.

Page 16: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Pendapat Ketiga: Harus Bertaklid

a) Orang berilmu

HARAM bertaklid terhadap ulama’ dan mereka yamg mampu (membuat kajian sendiri)

b) Orang awam

HARUS bagi orang yang lemah /tidak mampu berijtihad sendiri

Pendapat-pendapat Penjelasan

Page 17: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Taklid Haram

Tidak mengikuti ajaran Islam dan bertaklid kepada ajaran serta adat datuk nenek yang salah dan sesat.

Mengikuti atau bertaklid kepada orang yang tidak diketahui latar belakang pendidikan dan sudut keilmuan. (Ia mempunyai kemampuan berijtihad atau tidak)

Mengikuti seseorang atau fatwa seseorang setelah dipastikan hujah lain dan ada pendapat lain yang jelas menyalahi pendapat yang diikuti.

Jenis-jenis Taklid

Page 18: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Taklid WajibMengikuti / Bertaklid kepada kata-kata dan fatwa seseorang yang maksum serta diakui menjadi hujah(Rasulullah SAW)

Jenis-jenis Taklid

Taklid HarusSeseorang yang mengikuti dan berpegang dengan fatwa serta pendapat para mujtahid yang layak berijtihad dalam perkara yang berkaitan dengan syarat.

Page 19: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Peranan Ulama’ Zaman TaklidPeranan Ulama’ Penjelasan1) Melaksanakan Ta’lil (Sebab) Hukum • Membuat kajian terhadap tafsiran atau ilal

hukum yang telah diasaskan oleh para mujtahid dan imam mazhab

• Ini membolehkan mereka takhrij atau keluarkan hukum.

• Istinbatkan hokum dan mengetahui kaedah istinbat

2) Tarjih (Perbandingan) Riwayat Berbeza

• Mereka dapat meneliti beberapa perbezaan serta ciri-ciri juga keistimewaan sudut penukilan fatwa antara kitab2 Fiqh mazhab tersebut.

Page 20: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Peranan Ulama’ Zaman TaklidPeranan Ulama’ Penjelasan3) Tarjih Sudut Dirayah (Isi Kandungan)

• Melakukan tarjih di antara riwayat2 yang sabit daaripada pendapat2 yang berbagai-bagai

• Apabila telah sah dan pasti dua fatwa yang berbeza tersebut daripada Imam, akan dilakukan TARJIH sudut lainnya pula.

4) Menyokong Imam Mazhab• Menulis dan menghasilkan kitab yang menjelaskan

tentang kelebihan & keutamaan imam mazhab tertentu/imam yang mereka ikuti

• Mendedahkan kelemahan dalil serta pendapat yang bercanggah dan mana2 dalil yang digunakan oleh ulama’ mazhab lain yg kurang tepat menurut kajian mereka.

Page 21: Sejarah Perundangan Islam :Zaman taklid dan jumud

Kitab yang dihasilkan Zaman Taklid

Peringkat Pertama • Melakukan ringkasan terhadap kitab2 imam mazhab yang telah dibukukan

• Terdapat sesetengah kitab imam yang dibuat dengan ringkasan dengan bentuk terlalu ringkas.

• Ini menyebabkan sukar pada orang ramai untuk memahami dan mengambil afedah daripadanya

Peringkat Kedua • Bangkit ulama’ Fiqh dan ulama’ yang membuat tafsiran/ulasan/syarah terhadap kitab2 yang telah diringkaskan itu.

• Ada juga yang melakukan edit dan ta’liq (commentary) atau tambahan.

Peringkat Ketiga • Munculnya ahli fiqh yang bertindak melakukan hasyiah (catatan tepi)

• Melakukan edit terhadap syarah & huraian yg dilakukan oleh ulama’ kumpulan kedua

• Membawa contoh perbandingan tentang hukum2 di dalamnya

Karya & hasil karangan Ulama’ majoritinya bersifat memberi kupasan , syarah , atau ulasanterhadap matan sesebuah kitab yang dikarang oleh seseorang ulama’ terkenal sebelum mereka