kerangka perundangan perindustrian sekuriti dan …

25
KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN PASARAN NIAGA HADAPAN DI MALAYSIA Asrnalz Laili Yeon PENGENALAN Sehingga tahun 2005, pasaran modal di Malaysia telah berkembang melebihi RM1 trillion. Peningkatan ini berlaku dalam pasaran ekuiti, pasaran bon korporat. dan industri unit amanah yang mewakili 12% pasaran ekuiti, serta Pasaran Modal Islam (PMI). Nilai dana yang disumbangkan oleh pasaran modal kepada Keluaran Negara Kasar (GDP)juga telah melonjak daripada 4% pada tahun 1993 kepada 13% pada tahun 2003 (Nik Rarnlah Mahmood, 2005). Dari segi nilai pula, terdapat peningkatan yang ketara iaitu dari RM4.5 bilion antara tahun 1984 dan 1993 kepada RM30 bilion antara tahun 1994 dan 2003. Hal ini menunjukkan peningkatan angka tahunan sebanyak 23%. Pada masa luni, Malaysia menerima sumbangan dana daripada pasaran modal sebanyak 34% iaitu lebih kurang tiga kali ganda sumbangan daripada dana pertumbuhan pinjaman perbankan. Selaras dengan perkembangan pasaran modal di Malaysia. kerangka kerja undang-undang yang terpakai juga turut mengalami beberapa pindaan dan perubahan agar selari dengan keperluan pasaran. Akta Perindustrian Sekuriti 1983 umpamanya telah menerima pindaan besar terutarna pada tahun 1998 dan 2003. Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 juga telah dipinda untuk memperkukuh kuasa Suruhanjaya sebagai pen&it kuasa utarna pasaran sekuriti. Pada tahun 2007 sekali lagi industri ini menerima perubahan yang besar apabila dua akta utama iaitu Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Pasaran Niaga Hadapan 1993 digabungkan menjadi akta yang dikenali sebagai Akta

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN PASARAN

NIAGA HADAPAN DI MALAYSIA

Asrnalz Laili Yeon

PENGENALAN

Sehingga tahun 2005, pasaran modal di Malaysia telah berkembang melebihi RM1 trillion. Peningkatan ini berlaku dalam pasaran ekuiti, pasaran bon korporat. dan industri unit amanah yang mewakili 12% pasaran ekuiti, serta Pasaran Modal Islam (PMI). Nilai dana yang disumbangkan oleh pasaran modal kepada Keluaran Negara Kasar (GDP) juga telah melonjak daripada 4% pada tahun 1993 kepada 13% pada tahun 2003 (Nik Rarnlah Mahmood, 2005). Dari segi nilai pula, terdapat peningkatan yang ketara iaitu dari RM4.5 bilion antara tahun 1984 dan 1993 kepada RM30 bilion antara tahun 1994 dan 2003. Hal ini menunjukkan peningkatan angka tahunan sebanyak 23%. Pada masa luni, Malaysia menerima sumbangan dana daripada pasaran modal sebanyak 34% iaitu lebih kurang tiga kali ganda sumbangan daripada dana pertumbuhan pinjaman perbankan.

Selaras dengan perkembangan pasaran modal di Malaysia. kerangka kerja undang-undang yang terpakai juga turut mengalami beberapa pindaan dan perubahan agar selari dengan keperluan pasaran. Akta Perindustrian Sekuriti 1983 umpamanya telah menerima pindaan besar terutarna pada tahun 1998 dan 2003. Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 juga telah dipinda untuk memperkukuh kuasa Suruhanjaya sebagai pen&it kuasa utarna pasaran sekuriti. Pada tahun 2007 sekali lagi industri ini menerima perubahan yang besar apabila dua akta utama iaitu Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Pasaran Niaga Hadapan 1993 digabungkan menjadi akta yang dikenali sebagai Akta

Page 2: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (APMP 2007). Di samping itu, beberapa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 juga telah dimasukkan ke dalam akta ini. Tujuannya agar undang-undang berhubung dengan kedua-dua industri ini dikawal selia oleh satu akta induk sahaja dan juga memperkemas lagi peruntukan undang-undang negara kita. Di samping itu, supaya ianya tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak yang ingin mendapat keuntungan dengan cara yang salah di sisi undang-undang. APMP 2007 juga memperkenalkan peruntukan undang-undang berhubung dengan pasaran modal Islam. Hal ini merujuk kepada pindaan 2007,2010 dan juga terbaharu pada 3 Oktober 2011. Peruntukan undang-undang telah memberikan definisi dan skop yang lebih jelas kepada fungsi dan tanggungjawab Majlis Penasihat Syariah di bawah Suruhanjaya Sekuriti dan beberapa perubahan kerangka peundangan yang menekankan lagi keperluan mengikut piawaian antarabangsa.

Perkembangan pesat dalam industri sekuriti di Malaysia menun tut lebih banyak penyebaran informasi berhubung dengan ha1 ini. Justeru, bab ini akan membincangkan secara terperinci berhubung dengan regulasi berdasarkan penzahiran, rangka kerja pelesenan dalam perindustrian sekuriti dan pasaran niaga hadapan, strategi perundangan dalam menangani jenayah perindustrian sekuriti dan pasaran niaga hadapan dan juga peranan penguat kuasa dan self-regulator dalam kedua-dua industri ini.

REGULASI BERDASARKAN PENZAHIRAN

Dalam Pelan Induk Pasaran Modal Malaysia beberapa peringkat pelaksanaan kerangka undang-undang bagi pasaran modal ke arah Disclosure Based Regulatioil (DBR) telah dan akan dilaksanakan untuk jangka masa 10 tahun hingga 2010. Blueprint untuk jangka masa 10 tahun dengan tujuan membolehkan visi Malaysia menjadi pasaran modal yang kompetetif di peringkat antarabangsa. Banyak cadangan telah dilaksanakan dengan mewujudkan peraturan dan kerangka kerja bagi pasaran berfungsi dengan baik. Malaysia. pada masa kini, mempunyai kerangka kerja tadbir urus korporat yang komprehensif dan aplikasi piawaian laporan kewangan yang setanding dengan negara lain di peringkat antarabangsa, dengan sistem penjelasan dan penyelesaian serta perundangan yang selari dengan prinsip Iiltenzational Organisatioiz qf Securities Coininission (IOSCO).

Page 3: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Jadual 6.1

Peringkat Pelaksanaarz Kerangka Undang- Undang Pasaran Modal ke Arah DBR

Fasa Jangka masa Fokus

1 1996-99 Undang-undang fleksibelfhibrid yang berasaskan merit dengan memajukan penzahiran. due diligence dan tadbir urus korporat.

Sebahagian DBR dengan memfokuskan kepada konsep penzahiran, due diligence dan tadbir urus korporat, di samping promosi kepada akauntabiliti dan perundangan kendiri.

3 2001 dan seterusnya DBR sepenuhnya dengan piawaian yang tinggi terhadap penzahiran, due diligence. tadbir urus korporat dan pelaksanaan perundangan kendiri.

Sumbrr: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Cadangan Pelan Induk Pasaran Modal Malaysia (2002).

Pada dasarnya kerangka kerja undang-undang bagi pasaran modal di Malaysia dibangunkan bagi memenuhi fungsi-fungsi berikut:

(i) bagi memudahkan mobilisasi dan pembahagian modal secara efisien;

(ii) untuk menjarnin kepercayaan yang tinggi terhadap pasaran;

(iii) untuk memastikan pasaran yang adil dan memberi perlindungan terhadap pelabur;

(iv) untuk menggalakkan inovasi dengan kos pematuhan yang minimum.

Falsafah perundangan pasaran modal Malaysia ialah:

"rejim perundangan hendaklalz mampu untuk rnenyesuai dun memberi respons terhadap realiti dan implikasi terhadap pei-ubahan dalam bidang kewangan mengikut masa dun kesesziaian cara; bagi memastikan pasaran modal berterusan ber-operasi secara adil dan clfisien; dun

Page 4: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

dalam masa yang sama peranannya dapar membantu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kewaizgan dan kepentirzgan peiniagaan pada masa hadapan. "

Rajah 6.1 menunjukkan secara kasar sistem kerangka perundangan pasaran modal di Malaysia.

Disiplin UNDANG-UNDANG

AMALAN Perundangan SEKURITI

PERNIAGAAN TERBAIK

Adil, efisien dan telus dalam

PENGURUSAN KENDlRl

Disipiin Disiplin Kendiri

1 Rajah 6.1. Mekanisme rangka perundangan pasaran modal. ! Rangka kerja perundangan pasaran industri sekuriti di Malaysia melaksanakan model yang sama dengan falsafah seperti yang dinyatakan dan ia juga berasaskan perundangan yang bersifat hibrid. Ini bererti pasaran industri sekuriti dikawal selia menggunakan kombinasi (i) undang-undang utama seperti Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, dan Akta Syarikat 1965, dan (ii) peraturan kendiri yang dilaksanakan oleh Bursa Malaysia dan perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat yang tersenarai.

Pada dasamya, undang-undang sekuriti di Malaysia bertujuan untuk mengawal selia tindakan semua pihak yang terlibat dalam urus niaga sekuriti. Mereka termasuk orang-orang yang diberikan lesen di bawah undang-undang ini, pekerja sekuriti, penasihat, penaja bagi skim pelaburan dan pihak lain yang berkaitan. Manakala Suruhanjaya

Page 5: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Sekuriti pula diberikan kuasa untuk menjadi penguat kuasa bagi mengawasi peserta-peserta dalam industri ini daripada melakukan salah laku dan kesalahan urus niaga seperti urus niaga maklumat dalaman. manipulasi pasaran, penipuan dan lain-lain. Kuasa Suruhanjaya adalah termaktub di dalarn Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Pada masa luni, kerangka kerja undang-undang sekuriti di Malaysia adalah berdasarkan penzahiran atau disclosure based regulatio~z (DBR). Ciri-ciri penzahiran awam berdasarkan undang-undang sekuriti adalah seperti berikut:

(i) Sistem undang-undang yang memerlukan syarikat membuat pengumuman awam terhadap rnaklumat yang nlaterial (penting).

(ii) Maklumat yang dinyatakan dalam prospektus syarikat mestilah mudah difahami dan mencukupi untuk pengetahuan awam.

(iii) Ini membolehkan dan membantu pihak awam atau bakal pelabur membuat pilihan yang bijak dan baik untuk pelaburan mereka.

(iv) Bakal pelabur mengetahui risiko pelaburan mereka. (v) Tanggungjawab terletak kepada syarikat yang mengisu sekuriti

dan penasihat mereka untuk mengumumkan maklumat yang mempunyai piawaian tertentu bukan sahaja sewaktu pengisuan sekuriti tetapi secara berterusan.

(vi) Tujuannya adalah untuk memberitahu pelabur supaya mereka mengetahui maklumat berkenaan bagi membolehkan mereka membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam pelaburan mereka.

Kerangka perundangan berasaskan penzahiran yang sepenuhnya memperlihatkan pengisuan sekuriti diawasi melalui kualiti penzahiran dan kelulusan prospektus bukan berdasarkan penilaian penguat kuasa terhadap cadangan yang dikemukakan. Oleh itu, Bursa Malaysia dan MESDAQ akan lebih bertanggungawab dalam hal-ha1 berkenaan dengan pengisuan dan penyenaraian sekuriti-sekuriti yang baharu. Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula akan bekerjasama dengan pihak- pihak berkenaan untuk memastikan badan-badan ini bersedia dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya secara efektif.

.1

Pada tahun 2006, Bank Dunia telah memberikan penghargaan dan mengiktiraf Malaysia bagi penzahiran dan ketelusan piawaian perakaunan. Faktor ini bertujuan untuk mempertingkat dan

Page 6: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

memperkukuh kerangka kerja tadbir urus korporat. Laporan Bank Dunia memberikan kesimpulan bahawa Malaysia berada pada tahap kepujian dari segi penghayatan tadbir urus korporat dengan tanggunaawab terletak kepada syarikat yang mengisu sekuriti dan penasihat mereka untuk mengumumkan maklumat yang mempunyai piawaian tertentu bukan sahaja sewaktu pengisuan sekuriti tetapi secara berterusan.

Obligasi undang-undang yang memerlukan syarikat mengumpul. memproses dan menzahirkan maklumat kepada pihak dalaman dan luaran, telah menyedarkan syarikat akan tanggunaawab mereka berhubung dengan struktur dan operasi dalaman syarikat. Hal ini menjadikan mereka lebih bersikap prihatin dan kntikal terhadap prestasi syarikat. Eric Orts (1995), menyatakan "reflexive regulation encourages intenzal self-critical reflection within organizations and institutions process; that is, tlze development of mandato~y procedures tlzat by their nature force tlle Jirnz to confront tlze substantive isslies of concern to the regulator in a svstematic way ". Oleh itu. kekuatan sistem dalaman tadbir urus korporat dalam sesebuah organisasi itu adalah sangat penting bagi menyokong pencapaian visi. rnisi dan objektif sesebuah organisasi.

RANGKA KERJA PELESENAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN PASARAN NIAGA HADAPAN

DI MALAYSIA

Menurut APMP 2007 terdapat dua jenis kategori pemegang lesen dalam industri sekuriti dan pasaran niaga hadapan di Malaysia. Dua kategori berkenaan ialah pemegang lesen perkhidmatan pasaran modal atau capital nzarkets and services licence (CMSL) dan pemegang lesen wakil perkhidmatan pasaran modal atau capital markets and se~vices representative licence (CMSRL). Lesen-lesen hendaklah dipohon kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Mana-mana pihak yang berurus niaga dalam industri ini tanpa lesen CMSL adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih 10 juta ringgit atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-dua sekali. Manakala bagi kesalahan tanpa lesen CMSRL pula ialah denda tidak melebihi lima juta ringgit atau penjara yang tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.

Page 7: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Di Malaysia, badan yang mempunyai kuasa untuk menguruskan &an menguatkuasakan undang-undang berhubung dengan pelesenan dalam industri sekuriti adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti mempunyai kuasa untuk menolak permohonan baharu lesen atau memperbaharui lesen berdasarkan beberapa syarat iaitu:

(i) Permohonan tidak mengikut seksyen 60; (ii) Pemohon gagal mematuhi syarat-syarat atau garis panduan

seperti mana yang termaktub dalam akta; (iii) Penyerahan dokumen kepada Suruhanjaya yang mengandungi

maklumat palsu atau mengelirukan: (IV) Pemohon dalam proses penggulungan atau pembubaran; (v) Pelaksanaan terhadap pemohon berkaitan dengan penghakiman

hutang; (vi) Penerima atau pengurus telah dilantik bagi menguruskan harta

pemohon; (vii) Pemohon telah memasuki komprorni atau skim pengaturan

dengan kreditor; (viii) Pemohon atau pengarah atau ketua eksekutif, pengurus atau

pengawas syarikat melakukan salah laku mengikut peruntukan APMP 2007;

(ix) Suruhanjaya berpendapat bahawa pemohon atau pengarah atau ketua eksekutif, pengurus atau pengawas syarikat tidak berupaya untuk bertindak mengikut kepentingan pelanggan;

(x) Kedudukan kewangan pemohon yang tidak stabil; (xi) Rekod prestasi pemohon yang tidak memuaskan hati

S uruhanj aya; (xii) Tindakan perniagaan oleh pemohon atau pengarah atau

ketua eksekutif, pengurus atau pengawas syarikat yang tidak mengikut peraturan;

(xiii) Pemohon atau pengarah atau ketua eksekutif, pengurus atau pengawas syarikat gagal menguruskan syarikat dengan efisien, jujur dan secara adil;

(xiv) Suruhanjaya berpendapat jika ianya bercanggah dengan kepentingan awam sekiranya lesen diberikan.

Di Malaysia, tedapat banyak kes yang berkaitan dengan kesalahan berhubung dengan pelesenan dan telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kes-kes ini kebanyakannya melibatkan individu yang berniaga tanpa lesen yang sah. Dalam kes

Page 8: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Phazaluddin bin Abu' yang telah didakwa di bawah seksyen 15A Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Beljau didakwa kerana mengemukakan dirinya sebagai pengurus dana tanpa lesen yang sah. Beliau telah menjalankan tuduhan tersebut melalui laman web www.danafutures. corn. Laman web tersebut bertujuan mendapatkan pelaburan daripada awam untuk sekuriti berkenaan. Phazaluddin telah didakwa pada 29 Februari 2008.

Manakala dalam kes Raja Noor Asma' pula beliau telah didakwa kerana menjalankan skim untuk menipu FX Capital Sdn. Bhd. dan FX Consultant tanpa lesen. Penyiasatan telah membuktikan beliau telah mengutip RMl00 juta daripada 4.200 pelabur seluruh Malaysia dan menyatakan beliau menjalankan urus niaga hadapan bagi pihak pelabur. Raja Noor Asma Raja Harun telah didakwa pada 17 Disember 3008.

MENANGANI JENAYAH PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN PASARAN NIAGA HADAPAN

Perindustrian Sekuriti

APMP 2007 telah memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti urus niaga yang menyalahi undang-undang seperti berikut:

1. Seksyen 93 - Front running

Front runrzing merujuk kepada wakil peniaga atau organisasi peserta yang memasuki transaksi pembelian dan penjualan yang memberi keutarnaan kepada tempahan pelanggan.

2. Seksyen 98 - Jualan Singkat

Jualan singkat adalah perbuatan seseorang yang menjual syer yang bukan dalam pernilikannya. Undang-undang menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menjual sekuriti melainkan jika pada masa dia menjualnya: (a) dia mempunyai atau jika dia menjual sebagai ejen, prinsipalnya

mempunyai; atau

Page 9: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

(b) dia mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah bahawa dia mempunyai, atau jika dia menjual sebagai ejen, prinsipalnya mempunyai pada masa itu suatu hak boleh guna dan tanpa syarat untuk meletak hak sekuriti itu pada seseorang pembeli sekuriti itu.

3. Seksyen 175 - Transaksi Perdagangan Palsu dan Penipuan dalam Pasaran

Perbuatan ini melibatkan transaksi yang dipasangkan melibatkan penjual dan pembeli yang sarna sebagai contoh sama ada melibatkan akaun Central Depositov System (CDSJ atau "passing around" kumpulan akaun CDS secara spesifik. Transaksi ini mengakibatkan tiada pertukaran keempunyaan secara berfaedah (no change l n

benejicial ownership [NCBO]).

4. Seksyen 176 - Manipulasi Pasaran Saham

Tiada seorang pun boleh melaksanakan, mengambil bahagian dalam, melibatkan din, ada perkaitan dengan, atau menjalankan sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa bilangan transaksi dalam sekuriti sesuatu perbadanan iaitu transaksi yang rnempunyai, atau rnunglun mempunyai kesan (a) menaikkan, (b) menurunkan, atau (c) memancang atau menetapkan, mengekalkan atau menstabilkan, harga sekuriti perbadanan itu dalam pasaran saham di Malaysia bagi maksud atau maksud-maksud yang boleh termasuk maksud mendorong orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu terdorong supaya memperoleh atau melupuskan sekuriti perbadanan itu atau perbadanan yang berhubungan.

5. Seksyen 177 - Pernyataan yang Palsu atau Mengelirukan

Seseorang tidak boleh membuat sesuatu pernyataan atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material dan ada kemunglunan mendorong penjualan atau pembelian sekuriti oleh orang-ordng lain atau ada kemungkinan mempunyai kesan menaikkan, menurunkan, mengekalkan atau menstabilkan harga pasaran bagi sekuriti itu jika apabila dia membuat pernyataan atau menyebarkan maklumat itu:

Page 10: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

(c) dia tidak mempedulikan sama ada pernyataan atau maklumat itu adalah benar atau palsu. atau

(d) dia tahu atau patut dengan munasabahnya tahu bahawa pernyataan atau maklumat itu adalah palsu atau mengelirukan dalam sesuatu butir material.

6. Seksyen 178 - Mendorong Orang-Orang Belniaga Sekuriti Secara Fraude

Seseorang tidak boleh mendorong atau cuba mendorong seseorang lain berniaga sekuriti dengan menggunakan cara berikut:

(a) Dengan cara membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan. janji atau telahan yang dia tahu sebagai mengelirukan atau memperdayai,

(b) Dengan menyembunyikan fakta material secara curang, (c) Dengan cara membuat atau menyiarkan secara semberono,

sama ada dengan curang atau selainnya apa-apa pernyataaan. janji atau ramalan yang mengelirukan, palsu atau memperdayai,

(d) Dengan merekodkan atau menyimpan di dalam atau dengan cara apa-apa peranti mekanikal, elektronik atau peranti maklumat lain yang diketahui sebagai palsu atau mengelirukan mengenai suatu butir material.

7. Seksyen 179 - Penggunaan Peranti Manipulasi dan Memperday ai

Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang yang ada kaitan sama ada langsung atau secara tidak langsung denyan pembelian atau penjualan mana-mana sekuriti:

(a) untuk menggunakan apa-apa peranti, muslihat atau tipu daya untuk menipu,

(b) untuk melibatkan diri dalam apa-apa perbuatan, amalan, atau pe rjalanan dan urusan yang beroperasi atau yang akan beroperasi sebagai penipuan atau perdayaan kepada mana-mana orang, atau;

(c) untuk membuat apa-apa kenyataan tidak benar mengenai sesuatu fakta, material atau untuk meninggalkan daripada menyatakan suatu fakta material yang perlu untuk menjadikan kenyataan yang dibuat itu memandang kepada ha1 keadaan yang kenyataan dibuat, supaya tidak mengelirukan.

Page 11: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

8. Seksyen 181 - Penyebaran Maklumat Berkenaan dengan Transaksi Haram

Seseorang tidak boleh mengedarkan atau menyebarkan atau membenarkan atau ada perkaitan dengan pengedaran atau menyebarkan apa-apa pernyataan atau maklumat yang bermaksud bahawa harga mana-mana sekuriti perbadanan akan atau mungkin naik atau turun atau dikekalkan disebabkan oleh apa-apa transaksi yang dibuat atau lain-lain perbuatan atau perkara yang dilakukan berhubungan dengan sekuriti pertubuhan perbadanan, atau perbadanan yang berkaitan dengan perbadanan itu berlanggaran dengan seksyen 175, 176,177, 178 atau 179 jika:

(a) Orang itu atau seseorang yang bersekutu dengan orang itu telah membuat apa-apa transaksi dan melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, atau

(b) Orang itu telah menerima atau dijangka menerima secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa balasan atau faedah kerana mengeluarkan atau menyebarkan atau membenarkan atau ada perkaitan dengan pengedaran atau penyebaran pemyataan atau maklumat itu.

9. Seksyen 188 - Urus Niaga Orang Dalaman

Urus niaga orang dalaman adalah pembelian atau penjualan syer syarikat yang dilaksanakan oleh seseorang atau wakil dengan menggunakan maklumat yang relevan tetapi maklumat tersebut bukanlah maklumat yang didedahkan kepada umum dan ia adalah maklumat materiaI yang boleh memberi kesan terhadap harga syer syarikat (price sensitive information) jika diketahui umum.

Pasaran Niaga Hadapan

Di dalam APMP 2007 juga terkandung peruntukan-peruntukan yang berhubung dengan larangan urus niaga dalam pasaran niaga hadapan dalam hal-ha1 berikut:

1. Seksyen 202 - Urus Niaga Palsu

Tidak dibenarkan mana-mana orang untuk mewujudkan urus niaga aktif secara palsu atau mengelirukan dalam kontrak niaga hadapan atau pasaran atau harga di pasaran niaga hadapan.

Page 12: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

2. Seksyen 203 - Bucketing

Bucketing pula merujuk kepada seseorang yang melaksanakan atau mengemukakan dirinya sebagai membuat tempahan bagi jual beli kontrak derivatif tanpa memberi kesan kepada urus niaga secara suci hati mengikut undang-undang dalam pasaran derivatif. Urus niaga ini sebenarnya tidak berlaku dan tiada pindah rnilik dalam jual beli yang dilaksanakan. Ini hanyalah untuk mengelirukan pasaran semata- mata.

3. Seksyen 204 - Penyebaran Maklumat Berhubung dengan Urus Niaga Palsu

Penyebaran maklumat berkaitan dengan urus niaga palsu adalah dilarang menurut peruntukan ini.

4. Seksyen 205 - Manipulasi Harga Kontrak Niaga Hadapan dan Cornering

Manipulasj harga kontrak niaga hadapan dan conzering juga merupakan satu kesalahan di bawah APMP 2007.

5. Seksyen 206 - Penggunaan Alat Peranti dan Bentuk Penipuan yang Lain

Beberapa kesalahan dinyatakan dalam peruntukan ini iaitu tiada mana-mana orang yang dibenarkan secara langsung atau tidak langsung rnelibatkan diri dalam urus niaga kontrak niaga hadapan dalam keadaan berikut:

(a) Menggunakan peranti, skim atau metode. untuk menipu orang lain;

(b) Terlibat dalam perbuatan, amalan atau transaksi perniagaan yang beroperasi secara fraude dan memperdaya orang lain; atau

(c) Membuat pernyataan palsu dalam fakta material atau meninggalkan pernyataan yang material bagi menjadikan pernyataan berkenaan tidak mengelirukan.

Page 13: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

6. Seksyen 207 - Kenyataan Palsu dan Mengelirukan

Tiada mana-mana orang yang boleh secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan untuk mempengaruhi seseorang lain untuk memasuki kontrak derivatif dengan melakukan perkara-perkara berikut :

(a) Mengeluarkan pernyataan yang palsu, mengelirukan dan menipu berhubung dengan fakta material;

(b) Pernyataan yang berdasarkan penyorokan maklumat tentang fakta materiul dikira sebagai palsu atau mengelirukan.

7. Seksyen 288 - Larangan Menyalahgunakan Maklumat atas Kapasiti Rasmi

Larangan ini adalah merujuk kepada keadaan-keadaan berikut:

(a) Seseorang yang memegang kedudukan rasmi atau pernah memegang kedudukan sedemikian;

(b) Seseorang yang memegang kedudukan rasmi atau pernah memegang kedudukan sederniluan adalah dijangkakan tidak menzahirkan kecuali melaksanakan fungsi rasmi beliau yang berkaitan dengan kedudukan beliau;

(c) Beliau mengetahui bahawa informasi itu adalah sensitif terhadap harga yang berkaitan dengan instrumen yang ada berhubung dengan urus niaga kontrak niaga hadapan.

Dalam keadaan di atas seseorang dilarang untuk memperguna maklumat yang diperoleh secara langsung atau tidak langsung yang memberikan keuntungan kepada dirinya atau orang lain.

Beberapa kes di bawah menunjukkan bahawa Suruhanjaya sentiasa berusaha untuk membanteras jenayah dalam industri ini.

Dalam kes Molzd Rafique bin Ibrahim Sahib dun Arifin bin Abdul Majid," kedua-dua pesalah menghadapi satu tuduhan setiap seorang kerana membeli: waran Actacorp Holdings Bhd. ( "AW) pada Disember 1997 dengan niat menaikkan harga ("AW), yang akan mewujudkan suatu rupa yang mengelirukan berhubung dengan harga AW dalam KLSE. Kedua-dua tertuduh Ariffin bin Abdul Majid

Page 14: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

dan Raffique Ibrahim dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 1 April 2009. Pendakwa menfailkan rayuan terhadap pembebasan kepada Mahkamah Tinggi.

Dalam kes Ghazali hirz Atan dart Mohamed bin Abdul Walzab4 didakwa berhubung mengeluarkan RM50 juta daripada akaun Tabung Haji di bawah pengurusan Metrowangsa Asset Management (MAM) yang akan dibayar kepada MIMOS. Ghazali bin Atan dan Mohamad bin Abdul Wahab telah didakwa bersalah oleh Mahkamah Seksyen pada 1 April 2009. Pada 7 April 2009 kedua-dua tertuduh masing-masing didenda RM200,OOO dan jika gagal membayar denda penjara 1 tahun.

Manakala kes Sivachaiidr-un5, wakil peniaga hadapan telah didakwa kerana menyebabkan maklumat yang terkandung dalam borang tempahan dan buku tempahan AOF Futures Sdn Bhd, pemegang lesen peniaga urus niaga hadapan yang telah dlkemukakan adalah palsu. Penyataan yang disahkan palsu berhubung nombor akaun rnilik pelanggan di bawah pengurusan Sivachandran. Sivachandran telah didakwa pada 7 Mei 2004. Pada 6 Ogos 2009, Mahkamah Seksyen mendapati Sivachandran bersalah. Dia telah dijatuhkan hukuman 1 tahun penjara dan denda sebanyak RM30,OOO (jika gagal membayar denda hukuman 6 bulan penjara). Hukuman ditangguhkan kerana rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Undang-Undang dan Peraturan Lain

Bursa Malaysia juga mempunyai kuasa untuk men.jalankan penguatkuasaan bagi ahli-ahli yang berdaftar dengannya, seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan Ringan

Penguatkuasaan ringan merupakan pendekatan yang digunakan untuk menangani urus niaga yang tidak mematuhi peraturan melalui penglibatan Organisasi Peserta (PO). Objektif bagi penguatkuasaan ringan adalah seperti berikut:

(a) Untuk menangani secara segera apa-apa ketidakpatuhan material bagi urus niaga,

Page 15: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

(b) Untuk menyemarakkan kesefahaman antara organisasi peserta Bursa Malaysia berkaitan amalan terbaik termasuklah piawaian kelakuan seperti yang dikehendalu oleh peniaga-peniaga.

( c ) Untuk membudayakan peraturan kendiri dalam kalangan organisasi peserta.

(d) Untuk memastikan organisasi peserta menyedari aktiviti ketidakpatuhan dalam urus niaga mereka dipantau oleh Bursa Malaysia.

Melalui pendekatan penguatkuasaan ini Bursa Malaysia berharap organisasi peserta dapat menjalankan siasatan dengan segera terhadap ketidakpatuhan yang berlaku dalam organisasi mereka. Di samping itu, organisasi peserta dapat menghapuskan aktiviti yang menyalahi peraturan Bursa Malaysia.

(ii) Siasatan Aktiviti Luar Biasa Pasaran

Aktiviti luar biasa pasaran memjuk kepada aktiviti urus niaga yang tidak normal yang melibatkan pembahan harga yang berkesan, d a d atau pergerakan jumlah, yang berasaskan ums niaga sekuriti atau derivatif dalam pasaran semasa.

Syarikat tersenarai bertanggunaawab untuk melakukan pengumuman segera bagi menerangkan senario di atas menurut Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia. Namun begitu, Bursa Malaysia sendiri menjalankan inisiatif untuk mengadakan siasatan aktiviti luar biasa pasaran apabila ia mengesan berlakunya harga dadatau pergerakan jumlah yang tidak normal.

Apabila siasatan aktiviti pasaran l u x biasa dijalankan, syarikat tersenarai yang terlibat hendaklah melakukan pengumuman segera bagi menerangkan mengapa aktiviti tersebut berlaku selepas syarikat menjalankan siasatannya sendiri. Manakala pelabur-pelabur pula dinasihatkan untuk merujuk siasatan aktiviti l u x biasa pasaran dan respons yang diberikan oleh syarikat pengisu apabila mereka membuat keputusan pelaburan.

J

(iii) Amaran Pasaran

Amaran pasaran merupakan amaran yang dibuat bagi memberi peringatan kepada pelabur-pelabur awam berhubung aktiviti pasaran

Page 16: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

yang tidak normal bagi sesuatu sekuriti. Amaran pasaran diterbitkan melalui sidang media dan sirkuler penyenaraian. Amaran pasaran bertujuan untuk memperingatkan pelabur-pelabur:

(a) Untuk mengambil tahu berhubung perkembangan terbaharu syarikat tersenarai,

(b) Untuk mengambil sikap berhati-hati terhadap urus niaga P sekuriti yang terlibat,

( c ) Untuk memberikan garis panduan bagi pembuatan keputusan pelaburan mereka berdasarkan asas syarikat tersenarai,

(d) Untuk memastikan pelabur-pelabur Bursa Malaysia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan yang sesuai terhadap urus niaga sekuriti bagi memastikan pasaran yang teratur dan saksama.

(iv) Pelabelan Sekuriti (Designation of Securities)

Urns niaga sekuriti akan diisytiharkan sebagai "Designated Securities" apabila berlaku situasi di mana spekulasi yang berlaku secara melampau (excessive) dan dalam waktu yang sama berlaku paten urus niaga yang tidak normal. Keputusan untuk melabelkan sekuriti penting untuk memastikan pasaran teratur dan saksama bagi urus niaga sekuriti yang terlibat. Dengan berlakunya pelabelan ini, urus niaga sekuriti akan berterusan tetapi bayaran muka (upfront) diperlukan sebelum pembelian sekuriti dan ianya hendaklah berada dalam keseimbangan bebas.

Hukuman Jenayah

Bagi kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di atas, APMP 2007 telah memperuntukkan penalti yang bercirikan penjara yang tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang daripada satu juta knggit Malaysia kepada pelakunya. Jumlah dendaan dalam APMP 2007 ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan akta-akta lain yang mengawal selia sektor industri yang berbeza. Hal ini disebabkan urus niaga dalam industri ini melibatkan jumlah transaksi yang lumayan dan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada pelaku-pelaku jenayahnya. Malahan melalui kes-kes mahkamah didapati bahawa pelaku-pelaku jenayah industri sekuriti dan pasaran niaga hadapan terdiri daripada orang-orang profesional dan berkedudukan dalam masyarakat mahupun organisasi mereka.

Page 17: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Tindakan Sivil

Di samping hukuman bersifat menghukum kepada pelaku jenayahnya, APMP 2007 juga memperkenalkan sistem perlindungan kepada mangsa pelaku jenayah dalam industri sekuriti dan derivatif Mangsa boleh membuat tuntutan ganti rugi terhadap pelaku kesalahan- kesalahan ini sama ada secara personal atau melalui Suruhanjaya Sekuriti sendiri bagi membuat proses tuntutan ganti rugi bagi pelabur- pelabur yang menjadi mangsa kepada perlakuan salah ini."

PERANAN PENGUAT KUASA DAN SELF-REGULATOR

Suruhanjaya Sekuriti

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah ditubuhkan pada tahun 1983. Tujuannya adalah untuk mengawal selia dan menjadi badan penguatkuasa utama undang-undang bagi pasaran sekuriti di Malaysia di samping membantu mengembangkan pembangunan pasaran modal di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti tertubuh di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, dan akta ini mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dan yang bersampingan dengannya.

Menurut seksyen 15. Akta Suruhanjaya Sekuriti 1983 fungsi-fungsi Suruhanjaya adalah seperti berikut:

(i) menasihati Menteri dalam segala perkara berhubungan dengan industri sekuriti dan industri niaga hadapan;

(ii) mengawal selia segala perkara berhubungan dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;

(iii) memastikan peruntukan undang-undang sekuriti dipatuhi; (iv) mengawal selia pengambilalihan dan pencantuman syarikat: (v) mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan skim

amanah saham; (vi) bertanggunglaiwab mengawasi dan menyelia aktiviti-aktiviti

mana-mana bursa, pusat penjelasan dan depositori pusat; (vii) mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengekalkan

keyakinan pelabur dalam pasaran sekuritl dan niaga hadapan dengan memastikan perlindungan yang mencukupi bagi pelabur;

Page 18: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

(viii) memajukan dan menggalakkan kelakuan yang baik dalam kalangan anggota bursa. pusat penjelasan, depositori pusat dan semua orang berlesen:

(ix) membanteras amalan-amalan yang menyalahi undang-undang, yang hina dan yang tidak patut dalam perniagaan sekuriti dan perdagangan kontrak niaga hadapan, dan memberi nasihat pelaburan atau perkhidmatan lain berhubung dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan; k

(x) menimbangkan dan membuat syor bagi pembaharuan undang- undang yang berhubung dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan;

(xi) menggalakkan dan memajukan pembangunan pasaran sekuriti dan kontrak niaga hadapan di Malaysia tennasuk penyelidikan dan latihan yang berkaitan dengannya:

(xii) menggalakkan dan memajukan pengawalseliaan sendiri oleh persatuan-persatuan profesional atau badan-badan pasaran dalam industri sekuriti dan niaga hadapan;

(xiii) melesenkan dan mengawasi semua orang berlesen di bawah undang-undang sekuriti:

(xiv) memajukan dan mengekalkan integriti semua orang berlesen dalam industri sekunti dan niaga hadapan.

Bursa Malaysia

Bursa Malaysia (Bursa) merupakan syarikat awam yang tersenarai di papan utama. Ia juga merupakan perbadanan barisan hadapan 'self- regulatory ' dalam industri sekuriti. Penubuhan Bursa adalah tertakluk di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (APMP 3007) di bawah seksyen 11. Akta berkenaan menyatakan bahawa seseorang tidak boleh menubuhkan, mengendalikan atau menyelenggarakan. atau membantu menubuhkan, mengendalikan atau menyelenggarakan atau mengemukakan dirinya sebagai mengadakan, mengendalikan atau menyelenggarakan suatu pasaran yang bukannya pasaran saham sesuatu bursa saham atau pasaran saham terkecuali.

Menurut Seksyen 11(3) APMP 2007. adalah menjadi kewajipan bursa saham untuk memastikan, setakat yang semunasabahnya praktik, suatu pasaran yang teratur dan saksama dalam sekuriti yang diperdagangkan melalui kemudahan-kemudahannya. Oleh itu, untuk

Page 19: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

melaksanakan kewajipannya bursa saham hendaklah (a) bertindak derni kepentingan awam; dan (b) memastikan bahawa jika apa- apa kepentingan yang dikehendah dilindungi olehnya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan perbadanan bercanggah dengan kepentingan yang disebutkan terdahulu, maka kepentingan awam hendaklah mengatasinya. Justeru, bursa saham perlulah memastikan bahawa anggota bursa saham, syarikat anggota dan perbadanan yang sekuritinya disenaraikan di bursa saham itu mematuhi kaedah-kaedah bursa saham yang terpakai kepada anggota, syarikat anggota atau perbadanan itu.

Bursa Malaysia juga telah diberi kuasa untuk mengadakan peraturan- peraturannya sendiri dan terpakai kepada mana-mana orang atau pihak yang dikenakan kewajipan untuk mematuhinya. Contohnya. seperti Syarat-syarat Penyenaraian (SP) yang terpakai kepada semua syarikat yang tersenarai di Papan Utama dan Kedua Bursa Malaysia. Tujuan SP diwujudkan adalah:

(i) Bagi mengekalkan keyalunan pelabur-pelabur terhadap pasaran sekuriti. Inidapatdipenuhi melalui syarat-syarat yangdiwajibkan kepada syarikat-syarikat untuk memenuhi saiz minimum yang tertentu (seperti kemampuan kewangan), mempunyai rekod operasi perniagaan yang baik dan mengeluarkan maklumat yang betul dan tepat dalam prospektus syarikat serta maklumat lain.

(ii) Bagi memastikan semua dagangan sekuriti dijalankan secara adil dan secara terbuka bagi membolehkan pihak awam bebas membuat penilaian terhdap pasaran.

(iii) Bagi memastikan pelabur-pelabur diberikan layanan sesuai oleh Lembaga Pengarah pada setiap masa walaupun pihak awam tersebut merupakan pemegang syer rninoriti.

SP menekankan prinsip penzahiran secara berterusan kepada pihak awam berhubung dengan maklumat-maklumat penting sesebuah syarikat. Hal ini penting kerana pihak awam merupakan pelabur- pelabur atau bakal pelabur yang akan mengeluarkan wang pelaburan bagi meningkatkan modal dan urus niaga sesebuah syarikat. Polisi Pendedahan Korporat termasuklah perkara yang menyentuh tentang: (a) pendedahan segera maklumat penting, (b) penyebaran maklumat

Page 20: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

kepada pihak awam secara menyeluruh, (c) penerangan, pengesahan, atau penafian khabar-khabar angin atau laporan; (d) respons terhadap aktiviti pasaran ganjil, (e) aktiviti promosi pendedahan yang tidak diperlukan dan (f) dagangan maklumat dalaman. Di samping itu, SP juga memperkenalkan prinsip tadbir urus yang lebih telus dengan mewajibkan penubuhan Jawatankuasa Audit Syarikat Tersenarai dan memperkenalkan syarat-syarat pemantapan dari k g i pengurusan syarikat. Jawatankuasa Audit berfungsi menilai semula pengurusan syarikat berhubung plan audit, sistem pengawasan dalaman, laporan audit, program audit dalaman dan siasatan. Jawatankuasa ini juga menyemak dan menilai semua penyata kewangan berkala dan tahunan.

Sanksi yang dikenakan bagi pelbagai ketidakpatuhan oleh syarikat tersenarai dan pengarah-pengarahnya terhadap Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia (SPBM) boleh dilihat pada Jadual 6.2 di bawah. Pada tahun 2008, sebanyak 160 jenis sanksi telah dikenakan bernilai RM1.283,400 termasuk celaan dan dendaan.

Jadual 6.2

Jenis Sanksi dan Jumlah Nilui

Jenis Sanksi Syarikat Pengarah Jumlah Tersenarai

Celaan Awam dan Denda 1 5 3 54

Celaan Awam 49 17 66

Celaan Individu 2 1 19 40

Jumlah Sanksi 7 1 89 1 60

Jumlah Dendaan (RM) 5.000 1.278.400 1,283,400

Sumher: Laporan tahunan 3009 Bursa Malaysia.

Tindakan penguatkuasaan juga telah diambil terhadap peserta-peserta pasaran. wakil peniaga dan agen yang melanggar Peraturan Bursa Malaysia. Pada tahun 2008, sejumlah 127 tindakan penguatkuasaan telah diambil dan diselesaikan di mana keutamaan ditumpukan kepada kesalahan pasaran. Tindakan ini termasuklah peringatan, celaan, dendaan dan penggantungan seperti yang dinyatakan pada Jadua16.3. Manakala nilai dendaan be rjumlah RM610,OOO.

Page 21: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

(i) perbuatan salah guna wang atau harta oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil pemegang lesen kepada organisasi peserta atau (ii) akibat ketaksolvenan organisasi peserta berkenaan. Dana-dana ini sebenarnya disumbangkan oleh organisasi peserta yang berdaftar dengan Bursa Malaysia dan Bursa Niaga Hadapan. Manakala bagi pembangunan kedua industri ini satu dana yang 9kenali sebagai Dana Pembangunan Pasaran Modal9 telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia dan lain-lain sumber bagi membangunkan industri sekuriti dan niaga hadapan.

Pada umumnya undang-undang, peraturan, polisi dan dasar pasaran modal yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia terutamanya merujuk kepada sistem perundangan penzahiran awam adalah baik, namun begitu masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu dihapuskan dan usaha dipertingkatkan oleh semua pihak iaitu penguat kuasa, self-regulator, pemegang lesen berdaftar dan pelabur-pelabur untuk memainkan peranan mereka masing-masing. Suruhanjaya Sekuriti perlulah mempertingkat usaha untuk memantau dan menguatkuasakan undang-undang pasaran modal. Hal ini memandangkan kes-kes seperti operasi urus niaga tanpa lesen banyak terjadi dan seolah-olah menunjukkan bahawa urus niaga ini sangat mudah menembusi jaringan pemantauan Suruhanjaya Sekuriti. Malahan trend terbaharu urns niaga derivatif banyak menggunakan modus operandi laman web palsu. Pelabur-pelabur hendaklah menjalankan tanggunglawab mereka secara bijaksana dan berhati- hati supaya mereka tidak mudah diperdaya oleh penjenayah sekuriti. Mereka perlu mengetahui undang-undang dan peraturan berurus niaga dalam pasaran modal supaya mereka tidak tertipu dan mengetahui hak mereka apabila menjadi mangsa dalam urus niaga ini. Pelabur perlu berilmu apabila menjadi peserta dalam industri ini dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ejen-ejen mereka untuk berurus niaga bagi pihak mereka.

Peruntukan undang-undang berhubung dengan pasaran modal Islam telah diperkenalkan dalam APMP pada tahun 2010. Peruntukan ini merupakan perkembangan undang-undang yang sangat baik kerana Malaysia mengamalkan dual system dalam transaksi yang melibatkan kedua-dua industri ini iaitu sistem urus niaga konvensional dan juga urus niaga berasaskan prinsip syariah. Perkembangan dalam pasaran modal Islam ini juga meluaskan lagi sumber pendapatan negara

Page 22: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

dan meluaskan akses pelabur asing dalam pelbagai sektor ekonomi negara. Hal ini juga amat sesuai dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadi hub bagi perdagangan berteraskan transaksi Islam dalam dunia perniagaan di persada dunia.

Page 23: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Nota Akhir

Rujuk laporan tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2008. Rujuk laporan tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2008. Rujuk laporan tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2009 Rujuk laporan tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2009. Ibid. Seksyen 199 hingga 201 dan seksyen 210 hingga 21 1 APMP 2007. Seksyen 140 hingga 158 APMP 2007. Seksyen 159 hingga 173 APMP 2007.

Seksyen 332 hingga 346 APMP 2007.

Page 24: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

BIBLIOGRAFI

Asmah Laili Yeon, & Faridahwati Samsuddin. (2010). Laporan akhir penyelidikan FRGS. Dibiayai oleh Universiti Utara Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Bursa Malaysia. (2002). Capital market maste?plaiz. Kuala Lumpur.

Bursa Malaysia. (2008). Laporan talzunan 2008. Kuala Lumpur.

Bursa Malaysia. (2009). Laporan tahunan 2009. Kuala Lumpur.

Cheeseman. H. R. (2005). Contemporan1 business law. Singapore: Prentice Hall.

ILBS. (2006). Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Kuala Lumpur.

ILBS. (2006). Akta Surulzanjaya Sekuriti 1993. Kuala Lumpur.

ILBS. (2007). Akta Pasaran Modal dun Perkhidmatan 2007. Kuala Lumpur.

Malloy, F. T. (2003). Regulation, compliance and the firm. 76 TEMP.L.REV. 451.

Malloy, F. T. (2005). Corporate decision making: Disclosure stories. 32 F1a.St.U.L. Rev. 617. Florida State Uiziversity Law Review. Winter.

Nik Rarnlah Mahmood. (2005). Munaging corporate responsibility and crisis t /~ouglz fairness, transparency and accountability. IJcapan disampaikan dalam Asia Corporate Governance Conference. Kuala Lumpur.

Orts, E. W.(1925). Reflexive EnviromentalLaw.89NW. U.L.REV.1227.

Reed, 0. L., Shedd, P. J., Morehead, J. W., & Corley, R. N. (2005). The legal & regulatory environment o f busines (13th ed.). New York: McGraw-Hill.

Page 25: KERANGKA PERUNDANGAN PERINDUSTRIAN SEKURITI DAN …

Sharif As Saber, Amita Singh, Raza Ahmad, & Jennifer Jalal. (2009). Strenghtheizing governance in Asia-Pasijic. Myths, realities and paradoxes. MacMillan Publishers: India.

Siow Kim Lun. (2005). Meeting the challenges of being an intelnatioizally competitive capital market through enhancing the quality qf Public Listed Companies (PLC;). Special address at Malaysian Capital market Summit, Kuala Lumpur organized by Asian Strategy and Leadership Institute.

Suruhanjaya Sekuriti. (2008). Laporan tahuizan Suruhanjaya Sekuriti 2008.

Suruhanjaya Sekuriti. (2009). Laporan tahuizan Suruhaizjaya Sekuriti 2009.

Suruhanjaya Sekuriti. (2007). Bank Dunia hargai Malaysia atas penzahiran dan ketelusan piawaian perakaunan - Menteri Kewangan I1 lancar Laporan Bank dunia mengenai Pematuhan Piawaian dan Kod (ROSC) Tadbir Urus Korporat. Siaran Akhbar pada 12 Januari.

Zarinah Anwar, & Kar Mei Tang. (2003, Febmari). Building a framework for corporate transparency. Challenges for global capital markets and the Malaysian experience. hztelnutioizal Accouiztaizt.