golongan kata dalam bahasa melayu

16
Soalan Dengan mengambil kira penggolongan kata dalam bahasa Melayu, perincikan sekurang-kurangnya dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran beserta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran bahasa Melayu tahap dua sekolah rendah. Golongan Kata dalam Bahasa Melayu Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji perkataan dari segi strukutur, bentuk dan penggolongan kata menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, semua perkataan dalam bahasa Melayu dapat digolongkan ke dalam empat kumpulan, iaitu Kata Nama (termasuk Kata Ganti Nama ), Kata Kerja , Adjektif dan Kata Tugas . Kata Nama Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep. Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : a) Kata Nama Khas Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :

Upload: nzm91

Post on 19-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

b.melayu

TRANSCRIPT

Soalan Dengan mengambil kira penggolongan kata dalam bahasa Melayu, perincikan sekurang-kurangnya dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran beserta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk pengajaran bahasa Melayu tahap dua sekolah rendah.

Golongan Kata dalam Bahasa Melayu

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji perkataan dari segi strukutur, bentuk dan penggolongan kata menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Menurut Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, semua perkataan dalam bahasa Melayu dapat digolongkan ke dalam empat kumpulan, iaituKata Nama(termasukKata Ganti Nama), KataKerja,AdjektifdanKata Tugas.

Kata NamaKata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis :a) Kata Nama KhasKata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :i) Kata Nama Khas Hidup Manusia contoh : Lina, Ahmad, Tun Abdul Razakii) Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia contoh : Tompok, Si Belang, Jalak, Jibrailiii) Kata Nama Khas Tidak Hidup Balakong, Proton Saga, Parit Buntar, Pasar Seni, Planet Marikh.b) Kata Nama AmKata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Ia terbahagi kepada dua : i) Kata Nama Am Abstrak jenis kata nama yang bukan berkonsepkan kebendaan, contohnya roh, angin, kedamaian, kemerdekaan, demokrasi.ii) Kata Nama Am Konkrit kata nama yang berkonsepkan kebendaan, contohnya sungai, isteri, bapa, kambing.c) Kata Ganti NamaKata ganti nama terbahagi kepada :i) Kata ganti nama tunjuk :Kata nama yang berfungsi merujuk kepada sesuatu perkara atau bendaTerdapat dua jenis : 1. itu ( merujuk kepada benda yang jauh) 2. ini (merujuk kepada benda yang dekat)ii) Kata ganti nama diri:Kata ganti nama yang menjadi pengganti nama sesuatu benda, perkara atau manusia.Kata ganti nama diri pula boleh dibahagikan kepada:1. Kata ganti nama diri tanya jenis kata yang berfingsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk : Siapa : merujuk kepada orang Apa : merujuk kepada benda atau perkara Mana : merujuk kepada benda

2. Kata ganti nama diri orang jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori : orang pertama : saya, aku, beta, patik, kita orang kedua : saudara, kamu, awak, engkau, anda orang ketiga : ia, dia, beliau, mereka, nya.

Kata KerjaKata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan seperti berikut:1) Kata Kerja Transitif : a) Kata Kerja Transitif Aktif b) Kata Kerja Transitif Pasif 2) Kata Kerja Tak Transiti : a) Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap b) Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap1. Kata kerja transitif Kata kerja yang mesti diikuti oleh objek untuk melengkapkan maksud. Objek yang mengikuti kata kerja transitif ialah frasa nama. Contoh : - Suhaina menjahit baju kurung untuk adiknya. - Emak memotong buah tembikai yang baru dibelinya.a. Kata kerja transitif aktif kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan menerima awalan men dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Contoh : - Mastura mencuci pakaian di dalam bilik airb. Kata kerja transitif pasif

kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. Kata kerja yang terhasil dari proses transformasi ayat aktif menjadi ayat pasif akan mewujudkan kata kerja transitif pasif. Contoh : - Pakaian dicuci oleh Mastura.Terdapat beberapa cara yang dapat membantu untuk mengenali kata kerja transitif :Mengemukakan pertanyaan apa selepas sesuatu kata kerja, sekiranya sesuatu jawapan boleh diperolehi, maka kata kerja tersebut adalah kata kerja transitif. Contoh : mengecat apa ? - mengecat rumahApabila sesuatu kata kerja diberi imbuhan terlebih dahulu, ini bermakna pada asalnya perkataan ini bukannya kata kerja. Contohnya perkataaan mengecat berasal daripada kata nama cat selepas menerima imbuhan menge.Setiap ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mengandungi dua kata nama, ini kerana kata kerja transitif mesti dilakukan oleh seseorang ke atas orang atau benda lain. Contoh : Sulaiman menembak burung gagak. - Sulaiman : kata nama pelaku - Burung gagak : kata nama objek - menembak : kata kerja transitifApabila membicarakan mengenai kata kerja transitif, maka perlu diketahui tentang konsep objek tepat dan objek sipi. Dalam sesuatu ayat yang mempunyai kata kerja, ia boleh diikuti oleh dua ayat yang kedua-duanya boleh menjadi objek. Contoh : Abu membelikan kekasihnya seutas rantai emas. - membelikan : kata kerja transitif - rantai emas : objek tepat - kekasihnya : objek sipiDalam ayat itu, objek tepat dapat dikenal pasti dengan hanya bertanya apa kepada kata kerja yang hadir dalam ayat itu.2. Kata kerja tak transitif Kata kerja yang tidak memerlukan objek atau pelengkap selepasnya. a. Kata kerja tak transitif tak berpelengkapKata kerja tak transitif tak berpelengkap adalah bentuk kata kerja yang paling ringkas, iaitu boleh berdiri sendiri dengan tanpa diikuti oleh pelengkap atau objek. Kata kerja jenis ini boleh terdiri daripada kata kerja dasar (tanpa imbuhan) dan dengan imbuhan awalan. Contoh : terbang, tidur, berlari, berenang.Kata kerja tak transitif dapat dikenali dengan bertanya apa selepas kata kerja itu. Sekiranya tidak ada jawapan, maka kata kerja itu adalah kata kerja tak transitif kerana ia tidak ada objek. Contoh : Burung terbang - terbang apa ? (tiada jawapan) Adik berlari - berlari apa ? (tiada jawapan)b. Kata kerja transitif berpelengkap Kata kerja ini perlu diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Terdapat beberapa jenis pelengkap :Waktu - contoh : Ali duduk sejak tadi.Tempat - contoh : Kakak duduk di atas kerusiCara - contoh : Ali duduk bersimpuhSebab - contoh : Dia duduk kerana letih.Pelengkap ialah unsur ayat yang berfungsi menyempurnakan maksud ayat. Jikalau pelengkap dalam ayat tidak ada, ayat itu menjadi tidak gramatis. Contoh : Sarah ingin menjadi peragawati Amri bertambah sayang kepada isterinyaJika tanpa pelengkap : Sarah ingin menjadi (menjadi apa?) Amri bertambah(bertambah apa?)Pelengkap hendaklah dibezakan dengan objek. Pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif, manakala objek pula hadir selepas kata kerja transitif dengan tujuan melengkap maksud. Perlu diingat bahawa kata kerja transitif sahaja dapat dipasifkan.Bagi mengenali sesuatu perkataan itu kata kerja atau tidak, terdapat beberapa cara : Kata kerja dapat digandingkan dengan kata bantu. Contoh : minum - sudah minum sebaliknya : baju - sudah baju (tidak memberi makna)Kaedah ini amat perlu apabila hendakl membezakan beberapa kata kerja yang kelihatan seakan-seakan kata sifat.Sesuatu perkataan itu diberi imbuhan tertentu seperti ber, me, kan,i dan di

Kata Sifat / AdjektifKata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja).Kata sifat alam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.1) Kata Sifat KeadaanMemberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang jahat, budak pintar.2) Kata Sifat WarnaMembawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit biru, bibir merah.3) Kata Sifat UkuranMenyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek4) Kata Sifat BentukMenerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata bulat.5) Kata Sifat JarakMenerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.6) Kata Sifat WaktuMemberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh : makanan segera, rumah baru.7) Kata Sifat CaraMembawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat8) Kata Sifat PerasaanMemberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu.9) Kata Sifat PancainderaTerdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa) lelaki tampan (konsep pandang) suara merdu (konsep dengar) minyak wangi (konsep bau) kulit licin (konsep sentuh)

Terdapat beberapa cara yang boleh membantu untuk mengenal pasti kata sifat :Kata sifat boleh berganding dengan kata penguat seperti amat dan paling, sama ada diletakkan di hadapan kata sifat atau diakhirnya.Kata sifat diberi imbuhan ter dan se.

Kata Tugas

Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu : kata hubung - kata penegas kata tanya - kata nafi kata seru - kata pemeri kata perintah - kata sendi nama kata pembenar - kata arah kata pangkal ayat - kata bilangan kata bantu - kata penekan kata penguat - kata pembendaUntuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok:1) Kata Penyambung Ayatterdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.2) Kata Praklausa Sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :Kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.Kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.Kata perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.Kata pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,Kata pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah.3) Kata Prafrasa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.Terdapat 8 jenis kata prafrasa :Kata bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :a. kata bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.b. Kata bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, hrus, mesti, boleh, dapat. Kata penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat. Kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas :a. menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -tah, -lah.b. menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.Kata nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.Kata pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.Kata sendi nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.Kata arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.Kata bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.4) Kata Pascaia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh : Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh : Lajunya 100 km sejam.

Melalui penggolongan kata ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran beserta bahan bantu mengajar saya lebih terperinci mengenai kata adjektif. Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan. Melalui sembilan kumpulan yang diterangkan, saya akan memperincikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan kata adjektif sifatan, kata adjektif pancaindera dan kata adjektif perasaan. Setiap awal pengajaran memerlukan set induksi yang berkaitan dengan tajuk yang memerlukan satu kejutan atau menarik untuk menarik minat dan perhatian murid. Bagi sesuatu set induksi, salah satu contohnya ialah menayangkan klip video sebagai perangsang. Menayangkan klip video permandangan-permandangan atau tempat perlancongan di sekitar Malaysia cuti-cuti Malaysia di peringkat set induksi akan membuatkan murid terhibur dengan diiringi lagu untuk dinyanyikan bersama. Diakhir klip video, guru menanyakan beberapa soalan untuk cetusan idea. Tujuan penyoalan dilakukan adalah untuk : membantu murid meningkatkan kefahaman isi-isi pengajaran dan pembelajaran; membimbing dn menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama lain, dengan guru dan dengan bahan; memenuhi kehendak murid yang berlainan tahap pencapaian; membantu guru untuk meningkatkan daya pemikiran murid; membantu dan menggalakkan pemikiran secara meluas dan mendalam; menilai peringkat kefahaman murid; dan memberangsangkan murid untuk terus belajar.Contoh soalan :Apakah perasaan kamu apabila melihat tempat-tempat sebegini?Adakah kamu semua pernah pergi ke tempat-tempat sebegini?Apabila sudah selesai penyoalan, guru akan mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari tersebut, iaitu pembelajaran kata adjektif. Semasa memperkenalkan tajuk pembelajaran, guru menyoal murid-murid mengenai apa yang mereka tahu tentang kata adjektif. Contoh, apakah dimaksudkan dengan kata adjektif? , apakah contoh-contoh kata adjektif? dan sebagainya. Selepas itu, guru memberi fokus kepada subtajuk yang ingin diajar iaitu kata adjektif bentuk dan kata adjektif pancaindera.Bagi kata adjektif bentuk, guru menunjukkan contoh-contoh bentuk yang terdapat pada powerpoint,guru menerangkan sifat-sifat yang terdapat pada objek tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:Contoh perkataan: lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong, buncit, dan tajam.Contoh ayat: Jalan lurus mudah dilalui.. Selain itu, untuk membuat pembelajaran lebih aktif memberi tugasan kepada murid untuk mencari sekurang-kurangnya dua objek yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai contoh botol air, pinggan plastik, pembaris dan sebagainya. Apabila objek sudah dicari, murid-murid membuat pembentangan tentang sifat objek yang dipegang dicari. Jika terdapat kesalahan dalam penerangan tersebut, guru membetulkan kesalahan yang dilakukan. Teknik penyoalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis bertumpu dan jenis bercapah. Untuk jenis bertumpu, memerlukan jawapan betul atau salah iaitu lebih berbentuk objektif. Jawapan kepada soalan jenis ini boleh didapati daripada petikan atau bahan yang diberi. Murid tidak perlu berfikir dengan lebih mendalam. Dalam pemeringkatan soalan mengikut Taksonomi Bloo, peringkat pengetahuan, pemahaman dan penggunaan pada peringkat rendah termasuk dalam jenis ini. Untuk jenis bercapah pula, jawapan kepada soalan ini lebih bersifat terbuka atau bebas. Jenis soalan ini lebih menguji pemikiran murid supaya dapat menaakul, meneroka, menganalisis, mengkritik, dan menghayati sesuatu bahan. Jenis soalan ini juga memberi peluang kepada murid berinteraksi secara aktif dan melahirkan pemikiran yang lebih kreatif. Soalan-soalan yang termasuk dalam jenis bercapah adalah soalan di peringkat analisis, sintesis dan penilaian. Untuk mengemukan soalan, guru harus mempraktikan jenis-jenis teknik penyoalan ini supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif dan tidak hambar.Bagi subtopik kedua, iaitu kata adjektif pancaindera, permulaan aktiviti guru boleh memulakan dengan menggunakan teknik mimos iaitu lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. murid yang menjadi penonton perlu memberi sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti penonton akan mambuat laporan tentang apa yang dilihatnya. Dalam hal ini, guru boleh memberi gambar atau perkataan kepada murid sebagai contoh:Untuk pancaindera rasa

Untuk pancaindera bau

Untuk pancaindera sentuh

Untuk pancaindera pandangGuru yang cantik

Petikkan gitar yang merdu

Untuk pancaindera dengar

Apabila sudah selesai teknik mimos, guru mengaitkan dengan isi pelajaran iaitu kata adjektif pancaindera terbahagi kepada 5 iaitu rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Guru menunjukkan powerpoint yang disediakan untuk menerangkan dan menunjukkan contoh bagi setiap subtajuk bagi tajuk kata adjektif pancaindera. Untuk lebih memahami, guru menyoal murid supaya murid dapat memberi contoh lain daripada apa yang dipaparkan.Apabila murid-murid dapat memahami untuk 5 kumpulan pancaindera tersebut, guru melakukan aktiviti membina ayat yang mengandungi kata adjektif pancaindera. Sebagai contoh aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan, iaitu 5 kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki mencabut undi bagi memilih kata adjektif pancaindera dan setiap kumpulan akan membina sekurang-kurangnya 5 ayat yang menggunakan kata adjektif pancaindera.Selain itu, dengan ada kemudahan ICT, guru boleh membuka internet untuk mengajar murid-murid. Sebagai contoh: http://www.smartbees.com.my/learning/melayu/Tatabahasa1/t1_10.swfMelalui laman ini, ia dapat menarik minat dan perhatian murid-murid kerana animasi kartun digunakan.