ab. razak ab. karim malaysia - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · dalam warkah...

15
Ab. Razak Ab. Karim" MALAYSIA SETIAP BAHASA mempunyai peraturan kesopanan dalam hubungan antara ahli-ahli anggota masyarakatnya. Kesopanan boleh dilihat sarna ada melalui tingkah laku masyarakat penutur bahasa dan juga daripada aspek bahasa yang dituturkan oleh anggota masyarakat. Masyarakat Melayu memang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi daripada generasi lampau untuk anggota masyarakatnya. Pelbagai bentuk budaya yang diwarisi kini dapat dilihat dalam pelbagai perkara dan salah satu daripada budaya yang diwariskan kepadagenerasi sekarang ialahkesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Ramai tidak menyedari bahawa dalam bahasa Melayu khususnya dan amnya bagi masyarakat Melayu bahawa terdapat budaya berbahasa yang menjadi amalan masyarakat zaman lampau yang kini kian terpinggir disebabkan masyarakat Melayu semakin moden sehinggakan budaya berbahasa kian dilupakan olehgenerasi sekarang. Dalam makalah ini akan dibincangkan budaya kesopanan berbahasa yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan penggunaan bahasa dalam warkah-warkah Melayu dari abad ke-18 hingga abad ke-19. Berdasarkan warkah-warkah ini akan dapat dikupas budaya kesopanan yang digunakan oleh seseorang pengirim warkah kepada penerima warkah dan juga sebaliknya. Di samping itu, budaya kesopanan ini bukan sahaja menjadi amalan .' • Prof. Madya Dr. Ab. Razak Ab. Karim, Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya. Emel: [email protected] atau [email protected] Budaya Kesopanan Berbahasa daJarn Kalangan Masyarakat Melayu Lama: ;.::,. Pelestarian & Pemerkasaannya

Upload: dangtu

Post on 13-Feb-2018

300 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

Ab. Razak Ab. Karim"MALAYSIA

SETIAP BAHASA mempunyai peraturan kesopanan dalamhubungan antara ahli-ahli anggota masyarakatnya. Kesopananboleh dilihat sarna ada melalui tingkah laku masyarakat penuturbahasa dan juga daripada aspek bahasa yang dituturkan olehanggota masyarakat. Masyarakat Melayu memang kaya denganpelbagai budaya yang diwarisi daripada generasi lampau untukanggota masyarakatnya. Pelbagai bentuk budaya yang diwarisi kinidapat dilihat dalam pelbagai perkara dan salah satu daripada budayayang diwariskan kepadagenerasi sekarang ialah kesopanan berbahasadalam kalangan masyarakat Melayu. Ramai tidak menyedari bahawadalam bahasa Melayu khususnya dan amnya bagi masyarakatMelayu bahawa terdapat budaya berbahasa yang menjadi amalanmasyarakat zaman lampau yang kini kian terpinggir disebabkanmasyarakat Melayu semakin moden sehinggakan budaya berbahasakian dilupakan olehgenerasi sekarang.

Dalam makalah ini akan dibincangkan budaya kesopananberbahasa yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayuberdasarkan penggunaan bahasa dalam warkah-warkah Melayu dariabad ke-18 hingga abad ke-19. Berdasarkan warkah-warkah ini akandapat dikupas budaya kesopanan yang digunakan oleh seseorangpengirim warkah kepada penerima warkah dan juga sebaliknya. Disamping itu, budaya kesopanan ini bukan sahaja menjadi amalan

.'• Prof. Madya Dr. Ab. Razak Ab. Karim, Akademi Pengajian Melayu. Universiti

Malaya. Emel: [email protected] atau [email protected]

Budaya Kesopanan Berbahasa daJarn Kalangan Masyarakat Melayu Lama: ;.::,.Pelestarian & Pemerkasaannya

Page 2: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

masyarakat Melayu zaman lampau tetapi juga oleh orang asing sepertiInggeris dan Belanda yang juga akur dengan budaya kesopanan yangmenjadi amalan masyarakat zaman lampau dalam surat-menyuratmereka dengan pihak istana seperti sultan, raja dan juga pembesar-pembesar Melayu pada waktu itu. Bentuk-bentuk kesopanan danpelbagai strategi yang digunakan dalam warkah-warkah Melayu akandibincangkan sebagai bukti bahawa masyarakat lampau mempunyaibudaya kesopanan dalam berbahasa.

Dalam makalah. ini juga akan. dibincangkan beberapa pucuksurat Melayu moden yang digunakan, terutama dalam urusanrasmi di agensi-agensi kerajaan kini sebagai perbandingan untukmemperlihatkan bahawa masyarakat kini telah menghilangkanbudaya kesopanan dalam penulisan warkah mereka. unsur-unsurkesopanan yang telah hilang atau diabaikan dan tidak digunakan lagiitu akan dibincangkan. Faktor-faktor yang menyebabkan keadaan iniberlaku juga akan dihuraikan sebagai bandingan dengan warkah-warkah Melayu lama.

1.0 PENDAHULUANMasyarakat Melayu memang kaya dengan pelbagai bentukdan jenis kesopanan yang menjadi amalan masyarakat zamanlampau. Amalan ini oleh ditemui dalam pelbagai bentuk sepertidalam pantun-pantun Melayu. bentuk hikayat dan sebagainya.Salah satu daripada arnalan kesopanan yang tidak disedari olehanggota masyarakat kita ialah penggunaannya dalam surat-surat Melayu zaman lampau. Masyarakat Melayu zaman lampaumemang cukup menjaga kesopanan yang mereka gunakansewaktu menghantar sesepucuk warkah sarna ada kepada pihakBarat mahupun kepada pihak-pihak berkuasa tempatan'.

1 Kajian mendapati bahawa kebanyakan warkah kajian merupakan warkahyang dihantar kepada pihak Barat oleh raja atau pembesar sarna ada pihakBelanda mahupun pihak Inggeris. Warkah antara pembesar-pembesar Melayukurang kerana mereka tidak menyimpan warkah yang diterima. Keadaan iniditambah dengan keadaan warkah yang mudah rosak sekiranya tidak dijagadenganrapi.

"Ct Presiding Kongres Antarabangsa Bahasa dan Budaya

Page 3: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

Dalam makalah yang serba ringkas ini akan dibincangkanbentuk-bentuk kesopanan yang terdapat dalam warkah-warkahMelayu yang digunakan oleh seseorang raja atau pembesarserta orang-orang barat seperti Inggeris dan Belanda sewaktumereka mengutus surat kepada pihak tertentu. Selain itu akandibincangkan unsur-unsur kesopanan yang telah dipinggirkandalarn warkah-warkah kini yang digunakan dalam urusan surat-menyurat di jabatan-jabatan kerajaan dan juga pihak swastasebagai perbandingan untuk memperlihatkan kelainan danperubahan yang telah berlaku dari zaman lampau.

2.0 Kesopanan dalam Masyarakat Melayu

Kesopanan merupakan salah satu daripada unsur yang palingpenting dalam budaya masyarakat Melayu dan orang yangtidak sopan atau diistilahkan sebagai biadab biasanya akandipandang rendah oleh anggota masyarakat zaman lampau.Kesopanan bukan sahaja dapat dilihat dari aspek bahasa yangdituturkan oleh anggota masyarakat bahasa tetapi juga perlakuananggota masyarakatnya. Oleh itu, kesopanan berbahasa dalamkalangan masyarakat Melayu dapat dilihat dari aspek bahasayang digunakan dan juga perlakuan penutur bahasa Melayu itusendiri.

Oleh yang demikian, bahasa mempunyai perkaitan yang eratdengan budaya sesebuah masyarakat. Bahasa dan budaya salingmempengaruhi antara satu sarna lain dan komunikasi yangberlaku menurut norma-norma budaya dinamakan kesopananberbahasa, etika berbahasa atau tatacara berbahasa-.

3.0 Kesopanan Masyarakat Tradisional

Kesopanan dalarn masyarakat Melayu tradisional merupakansesuatu perkara yang dianggap sebagai wajib diarnalkan olehsetiap anggota masyarakatnya. Kesopanan yang diamalkanbukan sahaja dapat dilihat dalarn kebanyakan karya klasik tetapi

2 Konsep etika berbahasa telah diperkenalkan oleh Geertz, C. pada tahun 1976dalam makalahnya yang bertajuk "Linguistic Etiquette".

Budaya Kesopanan Berbahasa dalam Kalangan Masyarakat Melayu Lama: ~Pelestarian & Pemerkasaannya

Page 4: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

juga dapat dilihat dalam kebanyakan warkah Melayu yangdigunakan oleh masyarakat zaman lampau untuk berkomunikasiantara satu sama lain. Dalam kebanyakan karya sastera, kesopananyang tergambar agak sukar dilihat memandangkan cerita yangdisampaikan bertele-tele tetapi dalam warkah-warkah Melayukesopanan yang tergambar dengan jelas. lni disebabkan warkahmerupakan secarik kertas yang ditulis serba ringkas dan padat.Walaupun ia serba padat dan ringkas, namun kesopanan yangtergambar sememangnya terserlah dan dijaga dengan rapipenggunaannya semasa sesepucuk warkah itu diliantar kepadapenerima.

Penggunaan kesopanan ini bukan sahaja diamalkan olehmasyarakat Melayu tradisional tetapi juga oleh golonganpendatang, iaitu para pedagang Barat, Cina, India, dan pihak-pihak pentadbir British dan Belanda. Pendek kata amalan budayaberbahasa yang berbentuk kesopanan ini diamalkan oleh semuaanggota masyarakat pada zaman itu dan menjadi sesuatu yangjanggal sekiranya amalan tersebut ditinggalkan".

3.1 Faktor-faktor Kesopanan

Apabila diperkatakan tentang kesopanan, terutama yangberkaitan dengan masyarakat Melayu lama, beberapa faktorpenentu kesopanan perlu diberikan perhatian kerana faktorinilah yang akan menentukan kesopanan berlaku dalammasyarakat. Faktor utama yang menentukan kesopanan berlakuadalah ditentukan oleh faktor siapa, apa, di mana, mengapa, danbagaimana**.

3 Warkah-warkah Melayu yang dimaksudkan ialah warkah-warkah sosialyang bersifat rasmi, iaitu warkah yang dikirirn antara pembesar, raja atausultan dengan pihak British atau Belanda. Warkah-warkah yang tidak rasmiatau dikenali warkah peribadi secara umumnya hanya mencatatkan perkarapenting sahaja tanpa mementingkan aspek kesopanan, tetapi bilangan warkahjenis ini amat berkurangan.Faktor ini telah dibincangkan oleh Dell Hymes (1974).

III"ct Prosiding Kongres Antarabangsa Bahasa dan Budaya

Page 5: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

Siapa berkaitan dengan pemeran (participant) yang terlibatdalam sesuatu peristiwa bahasa yang berlangsung. Berdasarkanmasyarakat Melayu tradisional, warkah yang dikirim akanmelibatkan pemeran seperti raja, sultan, pembesar, pihak Inggerismahupun pihak Belanda. Oleh yang demikian, dalam sesuatukesopanan berbahasa, pemeran yang terlibat amat penting keranaia berkaitan dengan kesopanan yang digunakan sarna ada padakata gelaran atau sebagainya yang digunakan dalam warkah.

Apa pula berkaitan dengan persoalan atau maksud sertatujuan sesepucuk warkah itu dihantar kepada seseorangpenerima. Ia mungkin berkaitan dengan hal peribadi, keadaanpolitik, perdagangan, peperangan, perjanjian, dan sebagainya.Sesuatu maksud atau persoalan yang dikemukakan dalamwarkah berkait erat dengan kesopanan yang digunakan olehpengirim warkah.

Di mana berkaitan dengan temp at atau latar sesuatuperbincangan ataupun peristiwa bahasa yang akan menimbulkanpelbagai perbezaan bahasa yang digunakan oleh pemeran-pemeran yang terlibat. Dalam warkah-warkah Melayu lama latarperistiwa bahasanya berkaitan dengan masyarakat Melayu lama,iaitu istana sebagai pusat ketamadunan (centre of civilization).Oleh yang demikian, istana merupakan tempat jurutulis menuliswarkah yang ditujukan kepada seseorang yang diminta olehsultan. Dengan ini, penggunaan bahasa beradab dan juga sopanperlu dijaga oleh jurutulis agar tidak berlaku perkara yang tidakdiingini.

Mengapa pula berkaitan dengan tujuan sesepucuk warkahitu dihantar kepada penerima. Ia berkaitan dengan pelbagaiperkara yang ingin disampaikan oleh seseorang pengirim sarnaada hal yang berkaitan dengan masalah peribadi, perlantikansultan, persetujuan dan sebagainya. Faktor ini banyakbergantung pada keinginan seseorang pengirim mengutuswarkah kepada penerima warkah itu. Dalam banyak hal, sultansering menghantar warkah kepada pihak British atau Belandauntuk mendapatkan pertolongan daripada serangan lanun dansebagainya.

Bagaimana berkaitan dengan cara sesuatu maklumat itudisampaikan kepada penerima sarna ada secara bersemuka,melalui telefon, atau sebagainya. Dalam konteks ini cara yang

Budaya Kesopanan Berbahasa daJam KaJangan Masyaralcat MeJayu Lama: 30-PeJestarian & Pemerkasaannya

Page 6: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

digunakan oleh pengirim warkah adalah dengan menyampaikanmaklumat melalui warkah. Warkah yang ditulis merupakansebuah teks yang boleh dibaca dan dirujuk.

3.2 Strategi Komunikasi & Kesopanan

Apabila diperkatakan strategi komunikasi, ia mempunyaihubungan yang erat dengan kesopanan kerana sesuatu strategiyang sopan akan digunakan oleh pemeran untuk mencapaisesuatu tujuan. Dengan erti kata lain, dalam strategi komunikasiterdapat ciri-ciri kesopanan yang digunakan oleh pemeranuntuk mencapai sesuatu tujuan itu. Bagaimanapun, tidak semuastrategi komunikasi itu mempunyai ciri-ciri kesopanan keranasesetengah strategi digunakan hanya untuk mencapai matlamattertentu dan kurang mementingkan kesopanan'.

Dalam warkah-warkah Melayu lama pengirim akanmenggunakan pelbagai strategi komunikasi untuk menandakankesopanan yang ditunjukkan kepada penerima warkah. Strategikomunikasi yang sering digunakan dalam warkah-warkahMelayu adalah dalam bahagian awal warkah atau lebih dikenalisebagai pendahuluati uiarkah, kaia ganti nama dan gelaran, danprapenutup warkah5•

A) Pendahuluan Warkah

Dalam bahagian ini akan terdapat unsur kesopanan yang ketaradigunakan oleh seseorang pengirim dengan merendahkan dirinyamanakala pihak penerima warkah akan diberikan pelbagai

4 A mah HaJI Omar (1996:93 - 104) menyatakan bahawa tidak mua trategikomunika i mengandungi ciri ke panan kerana ada trategi komunika iyang hanya mementingkan matlamat dan tidak memberikan perhatiankepada a pek ke opanan berbaha a. Menurut beliau lagi, enam faktoryang menandai ke panan ialah perkaitan peranan, perbezaan tara! ial,kewujudan kuasa, menjaga air rnuka. k patuhan pada tajuk/bidang, dankepatuhan kepada peraturan.

5 Prapenutup ialah baha ian n terd pat 'I'pa kandun an w rkah-Saha i n ini bi rnemperkatak ncr khu 'us h diah 'an akan

d n an ur t -an dihantar leh pcngirim. (Lihat:29)

Page 7: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

pujian sehingga ada yang tidak masuk akal bagi kita masyarakatsekarang. Bagaimanapun, perkara ini merupakan suatu yanglumrah bagi masyarakat zaman lampau kerana itulah amalanbudaya masyarakat zaman itu. Mereka akan memuji seseorangpenerima warkah itu tanpa mengira bangsa, keturunan ataupunagama seseorang penerirna warkah itu. Lihat contoh-contohkesopanan yang digunakan dalarn warkah seperti di bawah ini:

a) masyhur sampai di mana-mana.b) berkuasa di dalam masyrik dan maghrib.c) ••. kerajaan yang tiada terlihat oleh penglihatan ...d) ... masyhur daripada sekalian negeri Melayu.

Walaupun penggunaan kata-kata ini menjadi lumrah dalamwarkah-warkah Melayu tetapi ia mempunyai implikasi tertentukepada penerima warkah. Dengan membaca pendahuluan~arkah sese orang penerima warkah dapat menilai sikap danJuga diri pengirim warkah. Inidisebabkan bahagian pendahuluanwarkah merupakan bahagian awal yang akan ditatap olehpenerirna sebelurn kandungan warkah dibaca.

B) Kata Ganti Nama

Penggunaan kata ganti nama dan juga kata gelaran memainkanperanan penting dalarn kesopanan berbahasa. Sekiranyapenggunaan kata ganti nama atau gelaran tidak betul seseorangitu akan dianggap tidak tahu berbahasa. Dalam konteksrnasyarakat Melayu klasik, penggunaan kata ganti nama dangelaran amat penting terutama dalam kalangan golonganatasan. Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap warkah-warkah Melayu lama, kedua-dua aspek ini amat pentingkerana ia menjadi ukuran keakraban antara pengirim dan jugaP~nerima warkah. Pemilihan ganti nama yang sesuai dapatdiukur daripada darjah kemesraan antara mereka kerana kedua-dua pihak tidak ber muka".

Page 8: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

Dalam warkah-warkah Melayu lama, kata ganti nama yangdigunakan dapat dilihat dalam ganti nama diri pertama dan gantinama diri kedua. Ganti nama diri pertama yang digunakan olehpengirim warkah ialah:

i) beta"ii) hamba"iii) khadamiv) saya/sahayav) kitavi) patik

Kata-kata ini digunakan dalam warkah-warkah Melayuuntuk menunjukkan kesopanan pengirim kerana kontekssosiolinguistik yang menunjukkan bahawa terdapat hubunganyang rapat antara pengirim dan juga penerima warkah.Hubungan yang rapat ini tidak menjadi halangan kepada pihakpengirim untuk menggunakan ganti nama di atas dalam warkahmereka.

Ganti nama diri kedua yang merujuk kepada penerimawarkah yang sering digunakan ialah:

i) tuankuii) sahabat kita/ saya/betaiii) tuan sultaniv) seri padukav) paduka seri tuan

7 Kata ganti nama beta banyak digunakan 01 h pengirim warkah yang t rdiribukan sahaja ultan, malah pembesar, audagar, Raja Muda, Yang DipertuanMuda dan Raffles. Raffl merupakan tu- tunya pegawai Inggeri yanmenggunakan kata ganti nama ini apabila beliau berhubung d ngan raJaataupun pembe ar Melayu. lni d P t dilih t d lam warkahn a k p d ultanJ h r p d 19 1 mber 1 10.K t hamb pul di unakan 01 h pen irim untuk m rendahkan dinny dandapat dilih t dalam warkah an dihantar 1 h uda ar R j edah k P daurn dur LI ht (t np t rikh).

Page 9: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

C) Kata GelaranMenurut Asmah Haji Omar (1982:33), kata gelaran dalammasyarakat Melayu yang sering digunakan ialah gelarankeluarga, pergaulan biasa, pergaulan tak bersahaja, warisan,kurniaan, keagamaan, olokan, kegerunan dan gabungan gelaran.Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakanadalah untuk golongan tertentu seperti gelaran untuk raja/sultan, pembesar-pembesar, pegawai-pegawai Inggeris danBelanda serta rakyat biasa. Kajian mendapati bahawa golonganraja merupakan golongan yang paling banyak menggunakankata gelaran pada nama mereka. Kata gelaran yang digunakanberbeza-beza berdasarkan tempat seseorang raja itu memerintah.Antara kata gelaran yang digunakan dalam kalangan raja danjuga kerabat mereka adalah seperti yang berikut:

i) Seriii) Padukaiii) Tunkuiv) Engkuv) Yang Dipertuanvi) Maulana

Sesetengah kata gelaran ini kemudiannya bergabungdengan kata lain tetapi masih mengekalkan gelaran pertamayang digunakan. Bagi golongan raja tambahan kata gelaranmerupakan suatu penghormatan bagi mereka kerana semakinbanyak kata gelaran yang digunakan semakin hormat oranglain kepada golongan ini.Antara kata gelaran yang mempunyaitambahan kata-kata gelaran lain adalah seperti contoh di bawah:

S ri SultanSeri Paduka SultanSeri Yang Dipertuan MudaSeri Paduka Yang Dipertuan MudaSeri Paduka Pengiran Temenggung Sahibul

Yang DipertuanYang Dipertuan MudaYang Dipertuan Paduka SeriYang Dipertuan Yang Maha MuliaYang Dipertuan Paduka Seri Sultan

Page 10: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

Bagi golongan pembesar kata sapaan hormat dan sopan yangsering digunakan ialah kata gelaran Datu, atau Orang Kaya dandiikuti oleh kata nama mereka, misalnya:

DatukDatuk Lalla MaharajaDatuk Kelana PuteraDatuk BendaharaDatuk Bendahara Muda Negeri Perak

Orang KayaOrang Kaya Seri BijawangsiaOrang Kaya Maharaja Lalla Muda

Kata gelaran juga digunakan oleh para pegawai British danjuga Beianda yang mempunyai hubungan yang rapat denganmasyarakat Melayu pada zaman lampau. Pegawai-pegawaiBarat yang terkenal dan mempunyai kata gelaran ialah Raffles,Lord Minto, Francis Light, dan Van der Capellan. Raffles misalnyamempunyai beberapa kat a gelaran yang digunakan untukbeliau, antaranya:

TuanTuanRajaTuan BerhormatTuan HonorableTuan Seri Paduka TuanTuan Besar Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Maharaja

B rda arkan contoh-contoh yang dipaparkan di ata,j la menunjukkan bahawa dalam rna yarakat Melayu kla ik,penggunaan un ur k opanan ama ada bagai kata g laranataupun kata ganti nama amat p nting. Ini k rana p nggunaankata-kata ter but m nggambarkan nilai ke opanan danp n h rmatan yan tin gi di unakan 1 h rna yarakat zamanitu.

Page 11: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

D) Prapenutup Warkah

Dalam bahagian ini kesopanan yang digunakan adalahbertujuan untuk menjaga air muka pihak pengirim kepadapihak penerima warkah. Ini kerana dalam sesuatu komunikasi,seseorang pemeran akan berhati-hati apabila menggunakanbahasa agar tidak berlaku kekasaran bahasa dan menyinggungperasaan orang lain. Dalam usaha menjaga air muka, bahasayang digunakan mestilah sopan dan tiada unsur bahasa kesat,mencarut, cad maki, dan sebagainya.

Dalam bahagian prapenutup warkah, pengirim akanmenggunakan bahasa halus dan unsur menjaga air muka denganpenggunaan kata-kata dalam bahagian ini. Prapenutup ialahbahagian akhir sebelum sesepucuk warkah itu ditamatkan. Iabiasanya berupa beberapa baris ayat yang menyatakan hadiahatau pemberian daripada pengirim warkah kepada penerimanya.Pengirim akan menggunakan bahasa yang cukup sopan denganmerendahkan diri terhadap pemberian hadiah kepada pihakpenerima. Pengirim akan meminta pihak penerima tidakmemalukan atau menjatuhkan air mukanya dengan hadiah yangdiberikan itu. Unsur sopan dalam menjaga air muka berbentukpermintaan yang berterus terang terdapat dalam contoh yangberikut:

i) Beta ini duduk daiam huian tiada apa boleh beta cari. Makainilan ayam dan buan tembikai dan ubi dan sirih sedikit betaberi pergi tiada sepertinya kerana beta orang miskin. Bolehahabat beta suruh terima jangan sahabat beta aibkan.

ii) ... adaian kiia kirimkan bersama-sama surai ini dalam tanganKapitan Taif berserta saiu tombak beremaskan hadiah kiiakepada sahabat kita akan tanda haii kita sangai putih lagi ikhlasmelainkan jangan ahabat kiia ambil kecil hati kerana kita adaatu orang mi kin.

Rumu annya dalam masyarakat Melayu tradisional, unsurke opanan dalam p lbagai perkara diambil perhatian keranarna yarakat zaman lampau b gitu ensitif terhadap perasaan

orang lain. Un ur yang m nyinggung perasaan orang lainakan dik t pikan d mi menjaga k harmonian dan hubunganb rm yarakat d lam kalan an mer ka.

u • Ke

Page 12: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

4.0 Kesopanan WarkahModen

Apabila memperkatakan warkah-warkah moden banyakperkara yang bermain dalam fikiran kita sekiranya warkahmoden dibuat perbandingan dengan warkah-warkah Melayutradisional. Secara umum memang banyak terdapat perbezaandan perbezaan yang akan dibincangkan adalah berdasarkankesopanan yang digunakan dan aspek-aspek lain tidak akandibincangkan.

Secara umum, binaan warkah klasik dan juga binaan warkahmoden tidak banyak perbezaannya. Perbezaan yang palingketara ialah kurangnya unsur kesopanan dalam surat-suratmoden, terutama surat-surat rasmi yang sering kali digunakandalam segala urusan. Unsur kesopanan kurang tergambardisebabkan oleh banyak faktor yang diberikan perhatian. Dalamzaman moden yang menuntut segala-galanya cepat dan pantastelah menyebabkan unsur ini kurang diberikan perhatianserius walaupun warkah yang dihantar merupakan warkahrasmi, terutama warkah yang berkaitan dengan urusan-urusanpentadbiran. Dengan erti kata lain, kesopanan dalam warkah-warkah ini hanya terdapat dalam bahagian tertentu sahaja,misalnya dalam bahagian penutup warkah sedangkan bahagian-bahagian lain hanyalah maklumat penting yang hendakdisampaikan kepada penerima warkah.

Dalam kebanyakan warkah rasmi biasanya dimulakan denganalamat pengirim warkah, iaitu badan-badan atau agensi/jabatanyang mengirim warkah. Kemudian, komponen seterusnya ialahtajuk atau perkara penting yang ingin dimaklumkan kepadapenerima warkah. Tajuk warkah ini mudah, padat dan ringkastetapi lengkap dengan perkara yang ingin disampaikan kepadapenerima. Antara kedua-dua komponen ini tidak terdapat unsurkemesraan sebagai pen and a kesopanan kerana perkara pentingyang ingin disampaikan adalah isi atau mesej yang terdapatdalam warkah. Kesopanan yang digunakan adalah pada katagelaran atau pangkat penerima warkah, misalnya kata puan, tuan,Dr. Encik, Datuk, Daiuk Seri, dan sebagainya. Hanya kata-kataini sahaja yang berunsur sopan kerana peraturan surat Melayumasih lagi dikekalkan.

Dalam bahagian isi, uatu yang dip rkatakan ataudisampaikan kepada penerima ringka tanpa p nggunaan

"Ct iding Kon re nlarab n a Bah d n Bud ya

Page 13: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

bahasa berbunga-bunga. Ini sesuai dengan tuntutan surat rasmiyang tidak perlu menyatakan sesuatu secara berbelit-belit danlebih bersifat terus terang. Setiap perkara penting yang hendakdisampaikan kepada penerima diberikan nombor setiap satunya.Bilangan nombor yang diberikan adalah berdasarkan [umlah isiyang ingin disampaikan kepada penerima.

Kesopanan terakhir dalam warkah moden terdapat dalambahagian prapenutup warkah. Frasa yang biasa digunakanialah sekian terima kasih dan sering kali frasa-frasa iringan laindigunakan seperti kerjasama pihak tuan amat kami harapkan, sekiandimaklumkan, sekian untuk makluman pihak tuan, dan perhatian dansokongan YBhg. Dato'/Datin/Proj/Dr./Tuan/Puan, amat kami hargaidan didahului dengan ucapan terima kasih.

5.0 Rumusan

Berdasarkan perbincangan aspek kesopanan antara warkah-warkah Melayu klasik dengan warkah Melayu modenmempunyai perbezaan yang amat jelas. Aspek kesopanan telahbanyak ditinggalkan dalam masyarakat moden memandangkanbudaya kesopanan kurang dianggap penting oleh mereka.Dalam warkah Melayu klasik pula anggota masyarakatnya lebihmemberikan tumpuan pada aspek ini walaupun pengirimnyabukan daripada golongan orang Melayu. Mereka menganggapia sebagai suatu yang amat penting memandangkan kesopananmerupakan salah satu daripada amalan dan budaya hidupmasyarakat zaman lampau.

Kajian juga menunjukkan bahawa unsur kesopanan dalamkalangan masyarakat kini semakin dipinggirkan oleh anggotamasyarakat Melayu sendiri memandangkan tuntutan hidup.terutama di bandar-bandar besar yang lebih mementingkankebendaan. Oleh yang demikian, budaya ini semakindipinggirkan dan menyebabkan surat-surat Melayu yangdihantar kurang menitikberatkan aspek ini.

Buday. Ke pan n Berbahasa dalam Kalangan Masyarakat Melayu Lama: pPele tarian & Pemerkasaannya

Page 14: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti

BibliografiAb. Razak Ab. Karim, 2006.Warkah Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka._______ , 2002. Aspek Penggunaan Bahasa dalam Warkah-warkah

Melayu Lama: Satu Kajian. Kuala Lumpur: Akademi PengajianMelayu, Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kedua. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

1996. Wacana Perbincangan, Perbahasan danPerundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______ , 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pus taka.

Gallop, Annabel T., 1994. The Legacy of the Malay Letter. London:British Library / Arkib Negara Malaysia.

Hymes, D. 1972. "Model of Interaction of Language and Social Life"dlm. j.]. Gumperz dan Dell Hymes, Directions in Sociolinguistics.New York:Holt Reinhart and Winston Inc.

_______ , 1974. Foundations in Sociolinguistic. Philadelphia:University of Pennsylvania.

Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba), 1965. Ilmu Mengarang Melayu (cetakkeiiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 15: Ab. Razak Ab. Karim MALAYSIA - eprints.um.edu.myeprints.um.edu.my/13624/1/0001.pdf · Dalam warkah Melayu lama, kata gelaran yang digunakan adalah untuk golongan tertentu seperti