pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

19
Pengertian kata dalam bahasa Arab dan bahasa melayu Disediakan untuk : DR. Maheram binti Ahmad Disediakan oleh : Ramadanti binti idrus ( A142324) Terjemahan Arab-Melayu-Arab II

Upload: rama-danty

Post on 14-Jun-2015

1.204 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Pengertian kata dalam bahasa Arab dan bahasa melayu

Disediakan untuk :

DR. Maheram binti Ahmad

Disediakan oleh :

Ramadanti binti idrus ( A142324)

Terjemahan Arab-Melayu-Arab II

Page 2: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

pengertian kataAhli linguistik telah mencuba membahaskan pengertian kata.

Banyak pendapat dan pandangan yang telah di kemukakan,

secara dasarnya pengertian kata boleh dibuat berdasarkan

beberapa kriteria iaitu :

Kriteria Fonologi

Kriteria Semantik

Kriteria Morfologi

Kriteria Sintaksis

Page 3: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Kriteria Fonologi

Kata dikenali melalui pemisahan keasatuan bunyi ketika

menyebut sesuatu ujaran (A.chaedar Al-wasilah 1990: 109).

Terdapat penekanan dan pemisahan sebutan pada sesuatu

ujaran yang memisahkannya dari ujaran yang lain.

Ex: saya berlari

Penyebutan perkataan saya dipisahkan dari perkataan berlari

dengan sennggang masa dan penekanan yang berbeza

Page 4: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Pengertian kata melalui kriteria ini mempunyai kelemahan

tersendiri. Dalam pertuturan harian, tidak semua perkataan disebut

dalam keadaan terpisah dari perkataan yang lain.

Contoh perkataan saya mungkin disebut sebagai sa dan ya, tapi

adakah dalam keadaan ini, ia dianggap sebagai dua perkataan?

Begitu juga dalam b.inggeris, ayat I’ve run, frasa I’ve disebut

serentak dan tidak ada pemisahan kesatuan antaranya, tapi

adakah ia merupakan satu perkataan.

Oleh itu, kriteria ini tidak berapa sesuai untuk digunakan dalam

pengertian kata.

Page 5: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

kriteria Semantik

Perkataan dikenali mengikut kesatuan linguistik

yang mempunyai makna tunggal (A chaeder

Alwasilah 1990: 108)

Setiap perkataan itu dikenali mengikut makna nya.

Page 6: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Namun masalah yang timbul ialah apakah yang dimaksudkan

dengan makna tunggal

Contoh: saya pergi ke pasar, perkataan saya, pergi, dan pasar

mempunyai makna yang tersendiri.

Maksud makna tesendiri ialah perkataan yang boleh di tukar

dengan perkataan-perkataan lain seperti Emak balik ke rumah.

Perkataan ke tidak memiliki makna tersendiri malah ia

memerlukan perkataan lain untuk berdiri dalam ayat.

Bagi menyelesaikan ini palmer (1992:36-37) telah membawa

pendapat seorang ahli linguistik, iaitu Henry Sweet

Page 7: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Henry sweet telah membahagikan perkataan kepada dua jenis iaitu

perkataan penuh dan perkataan bentuk.

i. Perkataan penuh ialah perkataan yang mempunyai makna

dalam kamus atau lebih dikenali sebagai perkataan leksem.

ii. Perkataan bentuk ialah perkataan yang tidak mempunyai

makna dalam kamus. Ia hanya mempunyai makna tatabahasa.

Makna nya tidak dapat dipisahkan secara terpisah, tetapi

hanya hubungan nya dalam perkataan lain, kadang-kadang

mempunyai hubungan dengan seluruh ayat itu.

Pendapat ini disokong oleh Lyons (1992:127) beliau juga

membahagikan kata kepada kata bentuk dan kata leksem

Page 8: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Sekiranya pendapat ini tidak diambil kira maka dalam bahasa yang

berbentuk inflaksi seperti bahasa arab dan bahasa inggeris, satu

masalah lain pula akan timbul. Perkataan2 yang terbit dari perkataan

dasar, adakah dianggap sebagai perkataan yang berasingan atau

perkataan yang sama.

Contoh perkataan ضرب dan تضرب adakah ia dianggap sebagai satu

perkataan atau dua perkataan yang berlainan?kedua-duanya memberi

makna memukul, tetapi perkataan pertama mempunyai makna masa

lampau untuk maskulin pihak ketiga, perkataan kedua pula

mengandungi makna sekarang untuk maskulin pihak kedua.

Jika dilihat dari aspek semantik semata-mata maka perkataan2 ini

berbeza antara satu sama lain.

Page 9: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Masalah kedua pula ialah adakah perkataan majmuk

seperti tali pinggang dianggap sebagai satu perkataan

atau atau dua perkataan yang berbeza?

Masalah yang sama juga dihadapi bagi simpulan

bahasa seperti cepat tangan atau peribihasa seperti

bagai mencurah air ke daun keladi. Yang semuanya

mempunyai kesatuan makna. Sekiranya aspek semantik

sahaja yang diambil kira, maka sudah tentulah ia

dianggap sebagai satu perkataan

Page 10: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Kriteria morfologi Perkataan dikenali sebagai gabungan unit yang lebih kecil iaitu morfem.

Morfem boleh terdiri dari morfem bebas dan morfem terikat

i. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.

ii. Morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama morfem lain

(Nik Safiah Karim et.al. 1996: 43)

Ex : perkataan berlari terdiri daripada satu morfem bebas iaitu lari

Morfem bebas membentuk satu perkatan kerana ia boleh wujud

bersendirian

Morfem terikat imbuhan awalan ber- morfem terikat memerlukan morfem

yang lain.

Page 11: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Berdasarkan kriteria morfolofi masalah yang timbul

dalam dalam kriteria semantik yang berkaitan

dengan leksem sudah boleh dihindarkan. Partikel ke

dalam ayat Emak pergi ke pasar sudah dianggap

sebagai satu perkataan kerana ia terdiri dari satu

morfem bebas dan boleh berdiri sendiri menurut

konteks morfologi. Namun masalah yang timbul

dalam aspek semantik ini ialah yang berkaitan

dengan bahasa infleksi, masih menjadi perbahasan.

Page 12: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Sebagai contoh perkataan tadribu (تضرب) dengan makna

pihak ketiga untuk genus feminim dan (تضرب) dengan

makna pihak kedua untuk maskulin. Adakah kedua-duanya

dianggap satu perkataan yang mempunyai dua makna atau

dua perkataan yang berbeza?. Sekiranya dilihat dari aspek

morfologi sudah tentu ia dianggap sebagai satu perkataan

kerana kedua-duanya mempunyai struktur yang sama. Begitu

juga kata majmuk, simpulan bahasa dan peribahasa dianggap

sebagai gabungan beberapa patah perkataan. Yang tentunya

berbeza dari aspek semantik yang menganggapnya sebagai

satu pekataan.

Page 13: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Kriteria sintaksis

Sesuatu perkataan dikenali dengan keupayaannya untuk

bersendiri sebagai frasa atau ayat yang minimal.

Perkataan dibahagikan kepada dua iaitu Kata sempurna dan

kata partikel

i. Kata sempurna : kata yang boleh berdiri sebagai frasa yang

minimal.

ii. Kata partikel : kata yang memerlukan sekurang-kurangya satu

kata sempurna untuk dapat berfungsi dalam frasa yang

minimal (Asmah 1993: 18)

Page 14: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Melalui kriteria sintaksis, perkataan dilihat berdasarkan

kedudukannya dalam ayat. Ia nya berbeza dengan dari kriteria

morfologi yang melihat perkataan dari sudut binaannya.

Walaupun begitu, perkataan jika dilihat dari segi sintaksis, masih

belum dapat lari dari masalah yang dihadapi dalam kriteria

morfologi.

Oleh itu, untuk memberikan pengertian kata yang tepat adalah

agak sukar.

Pengertian kata harus dibuat dengan menggabungkan kriteria

semantik dan morfologi sekali gus. Ia perlu ditakrifkan sebagai

satu bentuk bebas dan mempunyai makna.

Page 15: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Dalam B. Arab, pengertian tradisional bagi perkataan

dibuat berdasarkan kriteria semantik dan kriteria

morfologi secara berasingan. Melalui kriteria semantik ia

lebih dikenali sebagai kalimah (كلمة) ditakrifkan sebagai

satu lafaz yang diletakkan untuk satu makna tunggal

Manakala melalui morfologi ia terdiri daripada .(مفرد)

sekurang-kurangnya satu huruf (al-Daqar 1993:378).

Sebagai contoh dari kata nama ialah huruf kaf ك dalam

perkataan أكرمت. Contoh dari kata kerjaر daripada رأى

dengan makna lihatlah.

Page 16: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

seorang sarjana Arab modern, iaitu Tamman Hassan (1991: 130), memberikan pengertian yang agak berbeza dari pengertian tradisional tadi. Ia membahagikan perkataan kepada dua, iaitu istihqaq (infleksi) dan tarkib (tidak infleksi). Perkataan infleksi ialah perkataan yang mempunyai makna ketika ia berada dalam keadaan tunggal. Maknanya pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu makna leksem dan makna morfologi. Kata tidak inflaksi pula ialah perkataan yang berfungsi dalam frasa seperti kata tugas dan kata ganti. Bilangannya agak terhad jika dibandingkan dengan kata inflaksi.

Menurut beliau lagi, pengertian sebegini sebenarnya sudah diketahui oleh para sarjana arab terdahulu, Cuma tidak diutarakan dalam bentuk yang tersusun. Sebagai contoh dalam kitab al-insaf, oleh ibn al-anbari (1987a: 300) pada masalah ke 40, telah disebut bahawa ahli nahu bashrah berpendapat asal perkataan ialah tunggal manakala kata majmuk/frasa pula ialah cabang.

Page 17: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Perkataan dalam bahasa Melayu ditakrifkan sebagai satu bentuk ujaran yang mempunyai makna dan boleh hadir bersendirian dalam rangkai kata atau ayat. Ia dikatakan bebas kerana ia mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai bentuk bebas, dan sebagai sebuah ayat yang terdiri dari satu perkataan, contoh, kata suruh: bangun!

Manakala ‘terkecil’ bermakna ia tidak boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk yang lebih kecil, dan kehadirannya sebagai kesatuan bentuk yang bebas dalam rangka kata ataupun ayat. Jika dipecah-pecahkan kepada bentuk yang lebih kecil maka akan rusaklah binaan rangkai kata mahupun ayat yang dimasukinya. Contoh: makanan itu terhidang di atas meja. Jika dipecahkan perkataan makanan kepada makan, maka binaan ayat itu akan rosak.

Page 18: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Namun, takrif di atas tidak lengkap menurut dalam kontkeks tatabahasa Melayu kerana tidak semua perkataan boleh berdiri sendiri. Dengan itu, dua kriteria lain pula ditambah iaitu kriteria penggantian dan kriteria kesatuan unit. Kriteria penggantian bermaksud suatu perkataan itu boleh ditukar ganti dengan perkataan lain dalam konteks tatabahasa ( Abdullah Hassan 1987: 39; Arbak Othman 1981: 18) contoh frasa: yang baru boleh digantikan dengan dengan perkataan lain seperti buku baru. dan ayat: itulah rumah saya boleh digantikan dengan perkataan lain seperti itu dia rumah saya. Perkataan yang dan partikel –lah ialah bentuk2 tidak bebas iaitu tidak boleh berdiri sebagai satu ujaran lengkap dalam ayat dan ia mesti sebahagian dari dari bentuk perkataan yang lain.

Page 19: Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu

Kriteria kesatuan unit ialah satu bentuk perkataan lain yang tidak boleh disisipkan ke dalam urutan bentuk kesatuan tadi dengan mencacatkan sifat ketak terpisahan sintaksisnya (Abdullah Hassan 1987: 39). Perkataan yang termasuk dalam ini ialah kata-kata majmuk dan kata ganda.

Istilah yang paling tepat dalam bahasa Arab yang menyamai istilah perkataan dalam bahasa Melayu ialah kalimah.

Dalam pada itu, beberapa perkara perlu dilihat dalam konteks perbandingan bahasa arab dengan bahasa Melayu, iaitu dalam konteks perkataan majmuk, simpulan bahasa dan peribahasa.

KESIMPULAN