penggubalan kata majmuk dalam puisi melayu moden

27
1 Penggubalan Kata Majmuk dalam Puisi Melayu Moden Muhammad Jailani Abu Talib Akademi Pengajian Melayu 1.0 Pengenalan Puisi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sesebuah tamadun. Sebagai sebuah medium kesenian yang menggunakan bahasa sebagai wahana penggeraknya, puisi memantulkan nilai keintelektualan dan keilmuan sesebuah zaman, sekali gus menjadi bahan dokumentasi kemajuan atau kemunduran sesebuah zaman. Turut tidak terkecuali daripada pengaruh fenomena tersebut adalah budaya Melayu yang telah menghasilkan ribuan karya-karya kesusasteraan yang dapat dibanggakan. Namun begitu, tidak kurang pentingnya dalam perkembangan budaya Melayu ialah kesan dan impak kesusasteraan Melayu, khususnya dalam genre puisi, terhadap perkembangan bahasa Melayu. Peri penting hubungan akrab antara sastera dan bahasa dapat ditelusuri dalam penyataan yang diberikan Gramsci (1985:112) : “Language also means culture and philosophy (although at the level of common sense) and, therefore, “language” as a fact is actually a multiplicity of more or less organically coherent and coordinated facts…Every cultural expression , every moral and intellectual activity has its historicity specific language: this language is also called “technique” and “structure”…The work of art, though, also contains other “historical” elements besides its specific emotional and cultural world. These pertain to language meant not only as a purely verbal expression that can be grammatically photographed in a given time and place, but also as a sum of total images and modes of expression that are not included in grammar” Menurut pandangan Gramsci, penggunaan bahasa dalam kesusasteraan sebenarnya lebih daripada sebagai wadah pengluahan emosi atau falsafah. Menurutnya, peranan bahasa sebenarnya mampu untuk mengabadikan wacana sesuatu situasi dalam pelbagai jenis emosi yang kadangkalanya tidak hadir dalam nahu sesuatu bahasa. Dalam erti kata yang lain, lewat sesuatu teknik yang hadir dalam kesusasteraan, bahasa yang digunakan menjadi lebih dinamis, sekali gus

Upload: muhammad-jailani-abu-talib

Post on 18-Jun-2015

1.324 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  1 

Penggubalan Kata Majmuk dalam Puisi Melayu Moden Muhammad Jailani Abu Talib Akademi Pengajian Melayu

1.0 Pengenalan Puisi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sesebuah tamadun.

Sebagai sebuah medium kesenian yang menggunakan bahasa sebagai wahana

penggeraknya, puisi memantulkan nilai keintelektualan dan keilmuan sesebuah

zaman, sekali gus menjadi bahan dokumentasi kemajuan atau kemunduran sesebuah

zaman. Turut tidak terkecuali daripada pengaruh fenomena tersebut adalah budaya

Melayu yang telah menghasilkan ribuan karya-karya kesusasteraan yang dapat

dibanggakan. Namun begitu, tidak kurang pentingnya dalam perkembangan budaya

Melayu ialah kesan dan impak kesusasteraan Melayu, khususnya dalam genre puisi,

terhadap perkembangan bahasa Melayu. Peri penting hubungan akrab antara sastera

dan bahasa dapat ditelusuri dalam penyataan yang diberikan Gramsci (1985:112) :

“Language also means culture and philosophy (although at the level of common sense) and, therefore, “language” as a fact is actually a multiplicity of more or less organically coherent and coordinated facts…Every cultural expression , every moral and intellectual activity has its historicity specific language: this language is also called “technique” and “structure”…The work of art, though, also contains other “historical” elements besides its specific emotional and cultural world. These pertain to language meant not only as a purely verbal expression that can be grammatically photographed in a given time and place, but also as a sum of total images and modes of expression that are not included in grammar” Menurut pandangan Gramsci, penggunaan bahasa dalam kesusasteraan

sebenarnya lebih daripada sebagai wadah pengluahan emosi atau falsafah.

Menurutnya, peranan bahasa sebenarnya mampu untuk mengabadikan wacana sesuatu

situasi dalam pelbagai jenis emosi yang kadangkalanya tidak hadir dalam nahu sesuatu

bahasa. Dalam erti kata yang lain, lewat sesuatu teknik yang hadir dalam

kesusasteraan, bahasa yang digunakan menjadi lebih dinamis, sekali gus

Page 2: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  2 

mempengaruhi hasil karya tersebut. Dalam hal yang sama, teknik tersebut sebenarnya

dapat dikenali sebagai poetic license atau licentia poetica. Lewat teknik tersebut,

penulis dibolehkan untuk melanggar hukum nahu sesebuah bahasa. Penggunaan teknik

atau kaedah tersebut lazimnya didasari empat perkara, yakni (1) penulis mempunyai

hak sepenuhnya terhadap penggunaan bahasanya, (2) pembaca harus menerima karya

penulis dengan keadaan seadanya, (3) digunakan secara sengaja ataupun tidak sengaja

serta (4) berguna untuk merealisasikan sebuah keadaan yang tidak mungkin

diperbolehkan dengan hukum nahu konvensional.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, poetic license turut memainkan

peranan yang penting dalam perkembangan sastera. Namun begitu, poetic license tidak

bermakna bahawa karya-karya kesusasteraan, khususnya karya-karya puisi tidak

mempunyai keupayaan untuk dikaji dari sudut linguistik mahupun bahasa. Kertas

kerja ini akan meneliti sudut kebahasaan dalam puisi. Dalam hal ini, pengkaji akan

menelusuri proses pembentukan kata, khususnya proses pemajmukan kata dalam puisi.

2.0 Latar Belakang Kajian

Puisi,khususnya sajak merupakan sebuah fenomena baharu dalam alam kesusasteraan

dan bahasa Melayu. Berasaskan ilmu bahasa, penyair mengungkapkan segala

perasaan, citra dan falsafah dalam bentuk yang indah sifatnya serta. Namun begitu, di

sebalik keindahan yang terpancar dalam karya-karya kesusasteraan tersebut, pastilah

hadir beberapa fenomena kecil yang menjadi inti terhadap penjanaan nilai keindahan

dalam puisi tersebut. Dalam hal ini, pengkaji berpendapat bahawa proses

pembentukan kata merupakan salah satu daripada fenomena yang dihadirkan dalam

genre kesusasteraan Melayu, khususnya puisi. Lewat keterbatasan kata yang

Page 3: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  3 

mendasari bentuk puisi, penyair seringkali terpaksa mencipta kata-kata baharu yang

dapat mengungkapkan citra jiwanya dengan berkesan.

Secara sedar atau tidak sedar, penyair telah melalui proses pembentukan kata-

kata baharu yang sekali gus memperkayakan khazanah bahasa bangsa Melayu. Dari

sudut pembentukan kata tersebut, pemajmukan merupakan salah satu daripada

fenomena yang hadir dalam proses pembentukan kata tersebut. Senada dengan itu,

pengkaji akan menghuraikan keberadaaan kata majmuk dalam puisi serta

membuktikan kehadirannya dalam karya kesusasteraan tersebut.

2.0 Tujuan Kajian Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti proses pembentukan kata yang hadir dalam

puisi moden Melayu. Bersangkutan dengan penelitian tersebut, pengkaji turut akan

meneliti kesan dan impak poetic license terhadap proses pembentukan kata tersebut.

Secara khususnya, kajian ini akan meneliti kata majmuk yang terdapat dalam

rangkaian kata yang digunakan dalam genre puisi.

3.0 Metodologi Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah

analisis tertumpu, yakni dengan meneliti puisi moden Melayu. Analisis tertumpu

dilakukan dengan memberikan perhatian kepada puisi-puisi Mohamed Latiff

Mohamed yang dimuatkan dalam kumpulan puisi Bila Rama-rama Patah Sayapnya.

Selain itu, kajian ini turut menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Penyelidikan ini merujuk kepada kajian yang telah dibuat oleh Mohamed Pitchay

Gani (1999) dan Abdullah Hassan (2005) sebagai asas kerangka fikiran dalam

menghuraikan kata majmuk dalam puisi Melayu.

Page 4: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  4 

4.0 Masalah Kajian Setiap kajian pastinya mempunyai keterbatasan-keterbatasannya yang tersendiri yang

sekali gus mendasari masalah kajian yang dijalankan. Dalam hal ini, kertas kajian ini

turut terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sama.

Aspek kata majmuk dalam puisi Melayu merupakan sesuatu yang masih

belum pernah diterokai dan dikaji dengan eksplisit. Biarpun begitu, konsep kata

majmuk kiasan pernah dibincangkan oleh beberapa tokoh terkemuka termasuk

Abdullah Hassan (2005), Mohamed Pitchay Gani (1999), Sumalee (1995) dan Nik

Safiah Karim et. al. (2004). Selain daripada itu, konsep kata majmuk dalam puisi-

puisi bahasa Inggeris turut pernah dijalankan sebelum ini. Namun begitu, keterbatasan

ruang dan bahan rujukan sekali gus menjadi masalah utama dalam kajian yang

dijalankan.

4.0 Batasan Kajian Atas kesedaran akan masalah yang dihadapi serta keterbatasan ruang dalam kertas

kajian ini, pengkaji daripada itu hanya akan meneliti salah satu daripada puisi

Mohamed Latiff Mohamed untuk menghuraikan proses pemajmukan kata yang hadir

dalam sesebuah karya puisi. Puisi yang terpilih merupakan puisi Kepadamu, Melayu

(2007:29).

4.0 Konsep-konsep Kajian

Dalam bidang kajian bahasa dan linguistik, lazimnya terdapat beberapa perkara yang

maksudnya harus difahamkan terlebih dahulu. Penjelasan tentang konsep-konsep

kajian dapat diteliti seperti berikut :

Page 5: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  5 

4.1 Kata Majmuk Menurut Nik Safiah Karim et. al. dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2004:73),

proses pemajmukan merujuk kepada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau

lebih di samping bentuk yang terhasil akan membawa makna yang tertentu.

Sementara itu, Asmah Haji Omar (1986:217) berpendapat bahawa kata majmuk

adalah kata yang mempunyai unsur-unsur yang terdiri dari morfem bebas atau

partikel, tetapi pengwujudan fonologinya berbeza antara satu sama lain, dan unsur-

unsur ini bertindak sebagai satu kesatuan (unit) dalam struktur ayat tertentu.

Di suatu sudut yang lain, Abdullah Hassan (2006:271) memberikan definisi

kata majmuk sebagai perkataan-perkataan yang digabungkan (dua perkataan atau

lebih) dan bertabiat sebagai satu perkataan. Kesimpulannya, terdapat pelbagai teori

yang dikeutarakan tentang proses pemajmukan kata. Namun begitu, dapatlah

dirumuskan daripada teori-teori yang dikeutarakan bahawa kata majmuk merupakan

gabungan dua atau lebih kata dasar yang menghasilkan satu makna komposit. Dalam

hal ini, Mohamed Pitchay Gani (2001:71) menegaskan bahawa makna yang

dihasilkan bukan merupakan representasi leksikal kata dasar. Sebaliknya, kata dasar

menjadi konstituen kata majmuk yang terhasil.

Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali yang sudah mantap. Nik Safiah

Karim et. al. (2008:134) menjelaskan :

“terdapat beberapa perkataan yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.”

Antara perkataan-perkataan yang tergolong dalam bentuk kata majmuk yang

sudah mantap adalah bumiputera, antarabangsa, kerjasama, tandatangan, matahari,

olahraga, dan jawatankuasa.

Page 6: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  6 

Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Nik

Safiah Karim et. al. (2008:135) turut menjelaskan bahawa kata nama majmuk yang

menerima imbuhan awalan atau akhiran dieja secara terpisah, walau bagaimanapun,

sekiranya kata majmuk demikian menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut akan

dieja secara bercantum. Dalam hal ini, Abdullah Hassan (2005:144) turut menjelaskan

bahawa kata majmuk boleh terdiri daripada kata akar atau terbitan. Di samping itu,

beliau turut berpegang pada pendapat :

“Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf seperti perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai cirri-ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.”

4.1.1 Bentuk kata majmuk

Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008:72-73), terdapat tiga jenis kata majmuk, iaitu

kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas, kata majmuk yang berbentuk

istilah khusus, dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan. Perkara tersebut

dapat diperhatikan sebagai berikut:

(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.

Contoh : gambar rajah nasi minyak bandar raya

biru laut bom tangan jam tangan Dalam kategori tersebut, bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran turut

dapat digolongkan dalam golongan yang sama. Sebagai contoh :

Perdana Menteri Raja Muda Guru Muda Duta Besar Penolong

Pendaftar Naib Canselor

(ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya :

model linear hak milik atur cara urus setia pita suara mata pelajaran

Page 7: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  7 

(iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.

Sebagai contoh :

kaki botol bulan madu manis mulut duit kopi tumbuk rusuk berat tangan

4.1.2 Penggolongan Kata Majmuk

Setiap perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke beberapa golongan

tertentu berdasarkan beberapa faktor dan kaedah tertentu seperti melalui kriteria

struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria

semantic. Namun begitu, perkataan dalam bahasa Melayu lazimnya digolongkan

berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik atas dapatan bahawa penggolongan

sedemikian “lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang

menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa dan ayat.” (Nik Safiah Karim

et. al., 2008:81) Dalam hal ini walau bagaimanapun, Abdullah Hassan (2005:110)

turut meletakkan kriteria morfologi sebagai salah satu daripada kriteria penggolongan

kata dalam bahasa Melayu.

Dalam sistem penggolongan kata bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan Edisi

Ketiga (2008) merumuskan bahawa bahasa Melayu mempunyai empat golongan kata

utama, iaitu (1) kata nama, (2) kata kerja, (3) kata adjektif, dan (4) kata tugas. Gagasan

tersebut walau bagaimanapun disanggah Abdullah Hassan (2005:106) yang

berpendapat bahawa bahasa Melayu sebenarnya turut mempunyai kata adjektif. Beliau

menjelaskan bahawa kata adverba merupakan golongan kata yang menerangkan kata

kerja, sebaliknya, kata adjektif sebenarnya lebih sesuai untuk menerangkan kata nama.

Sebagai contoh, perhatikan ayat berikut :

Ayah memandu laju.

Page 8: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  8 

Menurut pendapat Nik Safiah Karim et. al. (2008), perkataan laju dapat

digolongkan sebagai kata adjektif walhal perkataan tersebut sebenarnya merupakan

kata adverba atas sebab kata tersebut menerangkan kata kerja, yakni memandu.

Perbezaan pendapat berkenaan dengan kehadiran atau ketidakhadiran kata

adverba dalam bahasa Melayu seterusnya membahagikan para sarjana bahasa Melayu

kepada dua mazhab utama, yakni yang mengikut penggolongan kata yang diusulkan

oleh Zainal Abidin bin Ahmad atau Za’ba (1947) dan mazhab Tatabahasa Dewan.

Walau bagaimanapun, selain daripada perbezaan pendapat tersebut, para sarjana

bahasa Melayu lazimnya bersependapat akan konsep golongan kata bahasa Melayu.

Za’ba menggolongkan perkataan menurut ciri semantik perkataan tersebut.

Menurutnya :

1. Perkataan nama ialah segala perkataan yang menyebut benda atau orang. 2. Perkataan perbuatan ialah segala perkataan yang menyebut yang dikerjakan

atau keadaan yang diadakan. 3. Perkataan sifat ialah segala perkataan yang menyebut perbuatan yang

menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya.

4. Perkataan sendi ialah untuk menyatakan kedudukan kata nama.

Bersangkutan dengan konsep kata majmuk yang dibincangkan dalam kertas

kerja ini, kata majmuk sebenarnya turut dapat digolongkan sebagai kata nama

majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk, dan

kata tugas majmuk sebagaimana yang dikeutarakan oleh Abdullah Hassan

(2005:144-150). Contoh-contoh bagi penggolongan kata majmuk dapat

diperhatikan seperti berikut :

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Kata Tugas

Page 9: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  9 

Majmuk Majmuk Majmuk Adverba Majmuk

Majmuk

Setiausaha Menandatangani Sukacita Acap kali Apabila Uji kaji Diketepikan Dukacita Dini hari Apahal Ketidakadilan Mereka bentuk Tengah hari Apakala Warganegara Memberitahu Apalagi Reka bentuk Mengesampingkan Bagaimana Kebolehubahan Menguji kaji Barangkali Tandatangan Bertanggungjawab Darihal Kaji selidik Mengetepikan Daripada Pengambilalihan Mengkaji selidik Kepada Manakala Manalagi Padahal

4.1.3 Antara Kata Majmuk dan Frasa

Memandangkan kata majmuk turut terdiri daripada dua patah perkataan ataupun lebih,

kata majmuk sering disalah tanggap sebagai frasa sedangkan frasa dan kata majmuk

merujuk kepada dua perkara yang berbeza. Dalam hal ini, pembaca dapat meneliti

binaan kata majmuk yang bersifat morfologis. Perkara ini berbeza dengan binaan

frasa yang merupakan binaan sintaksis semata. Dalam hal ini, Abdullah Hassan

(2005:144) berpendapat bahawa kata majmuk mempunyai tiga ciri utama yang

membezakannya daripada frasa. Menurutnya :

“Pertama, kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan. Kedua, kata majmuk mempunyai ciri kesatuan sebagai satu kata. Ini bermakna kata majmuk tidak dapat dipisahkan tanpa mengubah makna. Ketiga kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.”

Penjelasan lebih lanjut terhadap gagasan Abdullah Hassan dapat diteliti

sebagai berikut :

a. Kata majmuk mempunyai makna khusus sebagai satu perkataan. Misalnya,

jawatankuasa merujuk kepada sekumpulan orang yang ditugaskan untuk

membincangkan sesuatu perkara dan bukannya ‘jawatan yang mempunyai kuasa’.

Page 10: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  10 

Perihal yang sama turut dapat diteliti pada urus setia yang merujuk kepada individu

yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan sesuatu acara ataupun majlis dan

bukannya “sifat mengurus dengan setia”.

b. Kata majmuk itu terdiri daripada satu perkataan. Kata majmuk harus dianggap

sebagai satu perkataan serta tidak dapat dipisahkan dengan bentuk lain dengan tidak

mengubah maknanya. Sebagai contoh, dalam meja tulis, meja dan tulis tidak dapat

dipisahkan tanpa menjejas makna yang terdapat pada meja tulis. Sedangkan meja tulis

merujuk kepada meja yang digunakan untuk menulis, meja dan tulis secara individu

membawa konotasi yang berbeza. Selain daripada itu, Mohd Khuzairi (1971:251-257)

turut menjelaskan bahawa kata majmuk tidak boleh disisipi dengan kata tugas ‘yang’

seperti rumah sakit menjadi rumah yang sakit. Dalam erti kata yang lain, kata majmuk

tidak boleh diubah seperti balai polis menjadi balai kepunyaan polis dan sebagainya.

c. Kumpulan kata majmuk tertutup. Kata majmuk menghasilkan sebuah kumpulan

tertutup. Oleh itu, bilangan kata majmuk yang terbina tidak banyak berbanding dengan

jumlah binaan frasa yang dapat dikategorikan dalam kumpulan terbuka. Perkara

tersebut sekali gus bererti bahawa jumlah kata majmuk terhad bilangannya.

Senada dengan gagasan di atas, Mohd Daut (1991:44-53) turut menerangkan

bahawa kata majmuk yang bersifat DM pada tahap asalnya tidak boleh ditukar

menjadi MD1 kerana akan menghasilkan bentuk yang tidak gramatis. Sebagai contoh,

alat tulis tidak boleh ditukar ganti untuk menjadi tulis alat.

                                                        1 Rujuk Hukum D-M

Page 11: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  11 

Selain daripada itu, frasa turut dapat dipisahkan untuk menjadi subjek dan

predikat manakala kata majmuk merupakan “suatu unsur subordinat frasa” (Abdullah

Hassan, 1980:158, Aishah Mahdi, 1978:418-420). Mohd Khuzairi (1971) turut

menambah bahawa kata majmuk tidak mengikuti urutan tatabahasa, berbanding

dengan frasa yang terikat pada hukum tatabahasa. Sebagai contoh, meninggal dunia

sebenarnya tidak mengikut hukum nahu. Sekiranya hukum nahu diteliti, maka

meninggal dunia haruslah ditulis sebagai meninggalkan dunia. Di suatu sudut yang

lain, kata majmuk turut boleh menerima proses pengimbuhan apitan. Misalnya

menganaktirikan dan dianakayamkan.

Jelaslah daripada huraian di atas bahawa frasa dan majmuk mempunyai ciri-

ciri yang berbeza serta dilandaskan dengan pegangan-pegangannya yang tersendiri.

Namun begitu, kata majmuk sebenarnya turut dapat dikenal pasti dengan penghayatan

terhadap dua perkara utama sebagaimana yang dikeutarakan Sumalee (1995:153-167).

4.1.3.1 Kriteria Semantik Semantik merujuk kepada bidang pengkajian atau menganalisa makna. Dalam hal ini,

pembaca harus menyedari bahawa bahasa tidak pernah hadir dalam ruang kekosongan.

Lazimnya, bahasa dicipta untuk merujuk kepada sesuatu perkara yang terdapat dalam

sesuatu persekitaran. Dalam erti kata yang lain, setiap perkataan mahupun rangkaian

kata yang terdapat dalam sesebuah bahasa turut mendukung sesebuah makna. Selaras

dengan gagasan tersebut, semantik melihat unsur makna yang terdapat di sebalik

perkataan tersebut. Menurut Abdullah Hassan (1980:241-249), hubungan makna boleh

dinilai dari segi sinonim, antonim, polisim dan hiponim. Konsep makna daripada itu

turut boleh dijelaskan melalui konsep medan semantik (semantic field). Dalam hal ini,

Kittay (1987:33-34) menjelaskan bahawa medan semantik merujuk kepada sebuah

Page 12: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  12 

kumpulan perkataan, yakni kumpulan leksikal yang diserap serta digolongkan ke

dalam satu kelompok yang mempunyai persamaan ciri-ciri yang terdapat dalam

kumpulan leksikal tersebut. Mohamed Pitchay Gani (1999:48) menjelaskan :

“Medan semantik mengandungi istilah-istilah yang bersinonimi atau berantonimi antara satu sama lain. Keadaan bersinonimi dan berantonimi ini yang mengaitkan entiti-entiti di dalam set item leksikal..”

Sebagai contoh, istilah-istilah seperti marah, dendam, kasih, sayang, cinta dan

berahi dapat dikelompokkan ke dalam golongan kata perasaan dalam medan semantik.

Sementara itu, istilah-istilah seperti biru, hitam, hijau, ungu dan jingga merujuk

kepada golongan warna dalam medan semantik.

Menurut Adrian Akmajian (1994:228), hubungan semantik seperti sinonimi,

antonimi dan hubungan yang terlibat dalam medan makna sekali gus membuktikan

bahawa leksikon sesuatu bahasa itu merupakan rangkaian perkataan-perkataan yang

berkongsi ciri-ciri penting.

Bersangkutan dengan teknik mengenal pasti kata majmuk, pembinaan kata

majmuk memaparkan gabungan dua perkataan atau lebih yang apabila digabungkan

memberi makna yang berbeza daripada perkataan asal. Sebagai contoh, dalam kata

majmuk ‘makan hati’, makan merupakan kata kerja manakala hati merupakan kata

nama. Gabungan kedua-dua perkataan tersebut menghasilkan bentuk kata nama.

Namun begitu, dalam hal ini, makan hati tidak merujuk kepada proses memakan hati.

Seperti yang dapat dilihat pada kata majmuk di atas, istilah makan hati tidak

mempunyai sebarang kaitan langsung dengan makna makan dan hati. Fenomena ini

sekali gus memaksa diri pembaca mahupun penutur bahasa Melayu untuk

Page 13: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  13 

mentafsirkan istilah tersebut dari sudut semantik, iaitu dengan melihat hubungan

makna antara unsur-unsur yang membentuk kata majmuk. Hal ini dapat dilakukan dari

segi kesinoniman, keantoniman dan sebagainya.

4.1.3.2 Kriteria Sintaksis

“Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah yang dipanggil ciri-ciri sintaksis. Dengan demikian kriteria sintaksis ini diterima sebagai lebih saintifik.” – (Abdullah Hassan, 2005:108)

Abdullah Hassan (1980:164-166) telah mengenal pasti tiga jenis hubungan

sintaksis, iaitu hubungan posisi, saling berdampingan dan kepertukaran. Dalam hal

ini, hubungan posisi merujuk kepada rentetan kata dan morfem dalam frasa, klausa

dan ayat yang tersusun berdasarkan hukum DM. Sebagai contoh :

kereta (D) kebal (M) (kata majmuk)

gadis (D) rajin (M) (frasa) mereka (D) makan (M) (klausa/ayat)

Sementara itu, hubungan berdampingan merujuk kepada penggunaan kata-

kata tertentu dengan unsur yang sesuai dengannya bagi mewujudkan kegramatisan

struktur. Sebagai contoh, kata kerja transitif haruslah didampingi dengan objek atau

kata nama. Dalam hal ini, Mohamed Pitchay Gani (1999:50) menjelaskan bahawa

kata kerja haruslah didampingi dengan kata nama yang bersifat animat ataupun hidup

(+animat). Sebagai contoh, makan, lari dan minum haruslah didampingi dengan kata

nama (+animat) seperti orang, Ahmad dan kuda. Menurutnya lagi, sekiranya kata

kerja minum tersebut digandingkan dengan kata nama batu (-animat), maka rangkaian

kata itu menjadi tidak gramatis kerana batu tidak hidup.

Page 14: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  14 

Selain daripada kedua-dua jenis hubungan sintaksis yang diberikan di atas,

hubungan sintaksis yang ketiga merupakan hubungan kepertukaran, yakni tata

tingkat hubungan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah ayat. Misalnya, dalam

frasa orang gemuk, istilah orang boleh digunakan untuk menggantikan seluruh frasa

tersebut. Frasa tersebut boleh diwakili oleh salah satu daripada unsur yang terdapat

pada frasa. Maka pertukaran kata-kata bagi menggantikan unit yang lebih besar dapat

digunakan di samping membudayakan sikap keekonomikan kata. Namun begitu,

keupayaan kata majmuk untuk dipecahkan kepada dua morfem yang berasingan

dengan tidak menjejas makna yang terdapat pada kata tersebut dengan sendirinya

manandakan sifat kata yang bukan majmuk. Atas dasar itu, pengkaji akan meneliti

kriteria sintaksis dari kedua-dua hubungan di atas, yakni hubungan posisi dan

hubungan berdampingan.

Contoh-contoh yang telah diberikan di atas sekali gus membuktikan kehadiran

hubungan dua unsur dominan dalam ayat, iaitu unsur yang menerangkan dan unsur

yang diterangkan (hukum DM). Dalam erti kata yang lain, kata majmuk yang

mematuhi hukum DM dapat dikategoikan sebagai kata majmuk sintaktik manakala

kata majmuk yang tidak mematuhi hukum DM dapat dikategorikan sebagai kata

majmuk bukan sintaktik.

4.1.4 Morfosintaksis

Kajian ini menggunakan bidang ‘antarmuka morfosintaksis’. Menurut Katamba

(1993:13), ‘antarmuka-morfosintaksis’ (Morphosyntax interface) merujuk kepada satu

tahap pertembungan atau interaksi antara morfologi dan sintaksis. Morfosintaksis

menjadi sebuah elemen yang penting dalam memberikan suatu huraian binaan

Page 15: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  15 

morfologi pada sesuatu ayat ataupun frasa yang melibatkan dua antarmuka di dalam

tatabahasa, iaitu morfologi dan sintaksis.

Berdasarkan morfosintaksis, perkataan yang digunakan haruslah mempunyai

struktur morfologi yang sejajar dengan struktur konstituen yang diperlukan oleh

persikitaran sintaksis dalam frasa mahupun ayat. Pendekatan morfosintaksis amat

sesuai digunakan untuk menghuraikan permaknaan yang hadir di sebalik kata majmuk

yang terhasil. Pendekatan analisisnya melibatkan penggunaan huraian sintaksis ke

atas binaan dalaman bentuk morfologi yang kompleks.

4.1.5 Kesimpulan Hasil daripada penelitian beberapa gagasan yang dikeutarakan para penyelidik lain,

dapatlah dirumuskan bahawa kata majmuk haruslah terdiri daripada dua ataupun lebih

perkataan. Di samping itu, kata majmuk juga dapat dikenal pasti melalui pendekatan

kriteria semantik dan sintaksis.

Kata majmuk turut dapat dilihat sebagai sebuah perkataan yang berasingan

maknanya daripada makna asal yang terdapat pada kata akarnya. Kata majmuk turut

tidak bersifat gramatis berbanding dengan frasa yang terikat pada hukum nahu. Selain

itu, kata majmuk yang bersifat DM pada tahap asalnya tidak boleh diubah menjadi

MD. Selain daripada itu, kata majmuk turut harus dianggap sebagai sebuah perkataan

yang sempurna serta tidak boleh dipisah-pisahkan.

Hasil daripada penelitian pengkaji, pengkaji bersependapat dengan Abdullah

Hassan (2005) yang telah membahagikan kata majmuk berdasarkan dua kriteria

utama, yakni kriteria semantik dan kriteria sintaksis. Sedangkan dalam kriteria

Page 16: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  16 

semantik, unsur permaknaan diberikan perhatian yang lebih, kriteria sintaksis

menitikberatkan kata akar yang menjadi inti terhadap kata majmuk tersebut.

5.0 Penggubalan Kata Majmuk dalam Puisi

Bahasa merupakan sesuatu yang digunakan secara arbitrari oleh para penuturnya.

Sebagai sebuah institusi yang merakam segala pengalaman dan kosmologi sesebuah

bangsa, bahasa digunakan secara arbitrari dalam keterbatasan kosa kata yang terdapat

pada sesebuah bahasa. Namun begitu, sekali-sekala, terdapat kelaziman bagi penutur

kata tersebut untuk mengembangkan kosa katanya dengan menggunakan kaedah-

kaedah tertentu. Bersesuaian dengan proses pembentukan kata yang terdapat dalam

konteks bahasa Melayu, proses pemajmukan kata merupakan salah satu kaedah yang

digunakan para penutur bahasa Melayu untuk memperluaskan kosa kata bahasa

tersebut. Dalam hal ini, puisi merupakan antara genre yang paling banyak

menggunakan kaedah tersebut. Nescaya, penggunaan kata majmuk merupakan

perkara yang genting dalam proses penciptaan puisi.

Dalam rentetan kata yang membina kesusasteraan, khususnya puisi, kata

majmuk merupakan salah satu daripada fenomena yang timbul daripada hasil genre

tersebut. Selaras dengan gagasan di atas yang membahagikan kata majmuk kepada

empat bentuk utama, yakni kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas,

kata majmuk yang merujuk kepada golongan, kata majuuk yang berbentuk istilah

khusus dan kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, puisi Melayu turut terbina

daripada keempat-empat jenis kata majmuk tersebut. Namun begitu, sifat puisi yang

abstrak lazimnya menghasilkan kata majmuk yang berbentuk kiasan.

Dalam usaha mengungkapkan perasaan dan citra jiwa kemanusiaan yang

terdapat pada diri penyair, penyair lazimnya terpaksa bermain dengan korpus kosa

Page 17: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  17 

kata yang terbatas sifatnya, atas keterbatasan tersebut, penyair sering berusaha untuk

keluar daripada lingkaran tersebut dengan mencipta perkataan-perkataan baharu bagi

mengungkapkan segala perasaan dan falsafah dengan berkesan. Kata majmuk

daripada itu merupakan hasil daripada keperluan penyair untuk mengungkapkan

perkara tersebut. Misalnya, bagi mengungkapkan perasaan kasih yang tidak terhingga

bagi sesuatu perkara atau seseorang, kata majmuk kasih sayang digunakan oleh

penyair bagi mengungkapkan perasaan tersebut. Dari hukum nahu, sayang dan kasih

kedua-duanya membawa pengertian yang sama, yakni “perasaan sayang (terhadap

seseorang atau sesuatu, cinta”2 (dalam Hajah Noresah bt. Baharom, 2008:682). Kata

majmuk yang lain pula dicipta untuk memaparkan perasaan benci tetapi sayang, iaitu

rindu dendam. Dalam hal ini, rindu membawa konotasi cinta ataupun kasih terhadap

seseorang ataupun sesuatu sedangkan dendam membawa konotasi yang lebih negatif

yakni perasaan benci. Perkataan rindu digandingkan dengan dendam dalam sebuah

rangkaian yang bersifat ironis. Namun, keironikan gandingan tersebutlah yang

memberikan pengertian yang mendalam terhadap kata majmuk yang dihasilkan.

Sedangkan rindu membawa pengertian “ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn

seseorang” (ibid:1332), dendam membawa pengertian “hati perasaan (keinginan)

hendak membalas perbuatan seseorang (biasanya perbuatan jahat)” (ibid:333).

Gandingan rindu dan dendam untuk menghasilkan rindu dendam membawa konotasi

yang berlainan daripada kata akar yang membentuk kata majmuk tersebut.

Dalam medan makna bahasa Melayu, kedua-dua perkataan, yakni rindu dan

dendam merujuk kepada perasaan. Atas dasar itu, kedua-dua kata sebenarnya

menunjukkan kesejajaran dari segi tatabahasa dan semantik. Dalam hal ini, kedua-dua

perkataan akar mempunyai nilai kepentingan yang sama dengan tidak menunjukkan                                                         2 Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 18: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  18 

sebarang pemberatan terhadap salah satu daripada perkataan tersebut. Secara tidak

langsung, kata majmuk tersebut sebenarnya dapatlah disifatkan sebagai kata majmuk

jenis kopulatif, yakni kata majmuk yang dirangkaikan dengan kata akar yang kedua-

duanya mempunyai unsur setaraf dalam medan makna. Sedangkan rindu merujuk

kepada perasaan kasih yang tidak terhingga pada seseorang sehinggakan individu itu

ingin berjumpa dengan insan tersebut, dendam merujuk kepada hal yang sebaliknya.

Namun begitu, gabungan kedua-dua perkataan tersebut sebenarnya menghasilkan

sebuah makna yang langsung berbeza daripada makna asalnya. Kedua-dua perkataan

akar sebenarnya saling merujuk untuk menghasilkan sebuah makna baharu.

6.0 Kata Majmuk dalam Korpus Kajian

6.1 Kepadamu Melayu

Dalam bahan kajian pertama, iaitu sajak Kepadamu Melayu oleh Mohamed Latiff

Mohamed (2007:29), pengkaji telah mengenal pasti sembilan patah kata majmuk

dalam puisi tersebut seperti berikut :

Pelamin sejarah Airmata Airmata penjajahan Penjara pengguna Rimba kesyahduan

kemabukan Mentari malam

Puing-puing sejarah Raung malam

6.1.1 Pelamin sejarah

Dari sudut semantik, pelamin membawa maksud “tempat pengantin bersanding”

(dalam Hajah Noresah et. al., 2008:1163) sedangkan sejarah bermaksud “peristiwa

yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo” (ibid,

2008:1411). Dalam hal ini, dalam konteks puisi, Latiff menjelaskan “Apalah lagi

yang dapat kuberikan / pada pelamin sejarahmu / yang penuh airmata penjajahan”.

Sekiranya puisi tersebut diteliti, maka jelaslah pelamin sejarah sebenarnya tidak

merujuk kepada pelamin yang bersejarah mahupun sejarah yang terdapat pada

Page 19: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  19 

pelamin. Pelamin sejarah dalam hal ini merujuk kepada peristiwa lampau yang

didandan dan dipercantikkan. Jelaslah daripada itu bahawa kaedah memecahkan-

mecahkan kata majmuk tersebut kepada dua morfem asas akan memberikan makna

yang berlainan daripada kata majmuk yang dihasilkan.

Dalam hal ini juga, kata majmuk yang dihasilkan sebenarnya bersifat MD,

iaitu ciri yang terdapat pada pelamin digunakan untuk menerangkan perkataan sejarah

sekali gus mengkategorikannya sebagai kata majmuk bukan sintaktik.

6.1.2 Airmata

Airmata digunakan penyair sebagai berikut “yang penuh airmata penjajahan”. Dari

sudut semantik, dapatlah ditafsirkan bahawa airmata sebenarnya merujuk kepada

sebuah perkara yang negatif (penjajahan). Hal tersebut sebenarnya selaras dengan

tafsiran air sebagai “kumpulan cecair” (ibid, 2008:17) dan mata sebagai “alat untuk

melihat” (ibid, 2008:1005). Daripada itu, dapatlah dirumuskan bahawa airmata

merujuk kepada cecair yang terkeluar daripada deria penglihatan. Dari sudut sintaksis,

penyisipan perkataan yang untuk menghasilkan air yang bermata atau mata yang

berair turut tidak akan menghasilkan makna yang berketepatan. Maka jelaslah bahawa

airmata bukanlah sebuah frasa.

Dari sudut sintaksis pula, mata merupakan perkara yang diterangkan manakala

air merupakan perkara yang menerangkan. Dalam erti kata yang lain, airmata

sebenarnya tidak mematuhi hukum DM. Airmata daripada itu bersifat MD, sekali gus

menjadikannya kata majmuk bukan sintaktik.

6.1.3 Airmata Penjajahan

Page 20: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  20 

Berlanjutan daripada perkara di atas, Airmata Penjajahan merupakan gabungan dua

kata utama, yakni airmata dan jajah. Dalam hal ini, dari sudut semantik, penyair

menggunakan kata tersebut untuk merujuk kepada airmata duka. Airmata penjajahan

digunakan secara berkias untuk merujuk kepada airmata yang terhasil daripada

kedukaan yang disebabkan penjajahan. Dalam konteks berikut, dari sudut sintaksis,

airmata merupakan perkara yang diterangkan sementara penjajahan merupakan

perkara yang menerangkan. Dalam erti kata yang lain, kata majmuk tersebut

bertepatan dengan hukum DM sekali gus menjadikannya kata majmuk sintaktik.

6.1.4 Penjara Pengguna Penjara Pengguna digunakan penyair seperti berikut, “yang dalam penjara pengguna

disulap barangan.” Dalam hal ini, penjara merujuk kepada “tempat atau bangunan

penjenayah dikurung sbg hukuman, bui, jel, kurungan, terongko, tutupan” (Hajah

Noresah, 2008:1173) sementara pengguna merujuk kepada “orang dll yang

menggunakan”. (ibid, 2008:489). Senada dengan itu, gabungan penjara dan pengguna

untuk menghasilkan penjara pengguna langsung tidak mempunyai sebarang kaitan

dengan penjara mahupun pengguna secara eksplisit. Dalam hal ini, penjara pengguna

digunakan untuk merujuk kepada dasar konsumerisme yang telah menjadi perangkap

terhadap kemanusiaan.

Kedua-dua unsur yang terdapat pada kata majmuk itu saling melengkapi serta

harus dilihat sebagai sebuah komponen yang menyeluruh, sekali gus

mengkategorikannya sebagai kata majmuk semantik.

6.1.5 Rimba Kesyahduan Kemabukan

Rimba Kesyahduan Kemabukan digunakan penyair seperti berikut, “melainkan

hiburan demi hiburan / dalam rimba kesyahduan kemabukan / syahdat penuh kepura-

Page 21: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  21 

puraan”. Dalam hal ini, rimba kesyahduan kemabukan sebenarnya merujuk kepada

unsur hiburan yang kini menjadi sebuah fenomena besar dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Hal tersebut dapat ditelusuri dalam baris sebelumnya, yakni “hiburan demi

hiburan”.

Dari sudut semantik, “kesyahduan” merupakan kata nama yang bererti

“keadaan (sifat) syahdu, kemuliaan” (Hajah Noresah, 2008:1157) sementara

kemabukan merujuk kepada “sedang mabuk, dlm keadaan mabuk”. (ibid, 2008:972).

Senada dengan itu, rimba kesyahduan kemabukan sebenarnya merujuk kepada nilai

hiburan yang semakin memabukkan dan mengasyikkan masyarakat dalam keadaan

syahdu. Dari sudut sintaksis pula, dapatlah dirumuskan bahawa rimba kesyahduan

kemabukan sebenarnya dirangkaikan daripada dua kata dasar, yakni rimba dan

kesyahduan kemabukan.

Dalam hal ini, dari sudut semantik, kesyahduan dan kemabukan sebenarnya

dapat digolongkan dalam satu kategori dalam medan makna, iaitu kategori keadaan

semasa seseorang individu. Atas dasar itu, kesyahduan kemabukan sebenarnya dapat

dikategorikan sebagai kata majmuk jenis kopulatif. Namun begitu, apabila kata

majmuk tersebut digandingkan dengan rimba untuk menjadi rimba kesyahduan

kemabukan, perkataan rimba sekali gus merupakan kepala dalam kata majmuk yang

dihasilkan sementara kesyahduan kemabukan menjadi penerang. Dalam erti kata yang

lain, kata tersebut sebenarnya berketepatan dengan hukum DM sekali gus

menjadikannya kata majmuk sintaktik.

6.1.6 Mentari Malam

Page 22: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  22 

Mentari Malam digunakan penyair sebagai berikut “terlalu bacul menghadapi mentari

malam”. Dari sudut morfosintaksis, mentari malam digunakan sejurus selepas penyair

berbicara tentang “apa yang tinggal dan mulut ulamamu / lagu zikir sepanjang zaman /

terlalu rindukan syurga idaman / terlalu bacul menghadapi mentari malam”. Penyair

jelas merujuk kepada sebuah “hakikat” yang begitu sukar untuk diterima masyarakat.

Sebuah hakikat yang dirundung “puing-puing sejarahmu”.

Dalam hal ini, pembaca dapat meneliti pengertian asal rangkaian kata yang

hadir dalam kata majmuk tersebut. Mentari Malam merupakan gabungan dua kata

dasar, iaitu Mentari dan Malam. Kamus Dewan Edisi Keempat menakrifkan mentari

sebagai “matahari” (2008:1020) sementara malam merujuk kepada “hari waktu mulai

dr matahari masuk sampai matahari terbit” (2008:986). Dari sudut semantik medan

makna, kedua-dua perkataan merujuk kepada perihal alam (dalam cakupan medan

makna yang luas), namun begitu, mentari malam tidak dapat dianggap sebagai

antonim atas ketidakserasian simbolisme yang terdapat pada perkataan tersebut.

Dalam erti kata yang lain, mentari dan malam sebenarnya tidak berpasangan.

Dari sudut sintaksis, mentari merupakan kepala kata majmuk tersebut sekali

gus membuatnya perkara yang diterangkan sementara malam merupakan perkara yang

menerangkan. Dalam erti kata yang lain, kata majmuk tersebut menepati hukum DM

sekali gus menjadikannya kata majmuk sintaktik.

6.1.7 Puing-puing sejarah

Puing-puing sejarahmu digunakan penyair sebagai berikut “apa yang tinggal dan

mulut ulamamu / lagu zikir sepanjang zaman / terlalu rindukan syurga idaman / terlalu

Page 23: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  23 

bacul menghadapi mentari malam / apa yang diwariskan oleh puing-puing sejarahmu”.

Penyair jelas merujuk kepada sebuah perkara yang mempunyai kaitan terhadap

sejarah. Dalam hal ini, dapatlah ditafsirkan bahawa puing-puing sejarah sebenarnya

merujuk kepada sebuah pengalaman dalam sejarah bangsa. Hal tersebut sejajar dengan

takrifan puing-puing sebagai “runtuhan rumah” ataupun “timbunan runtuhan”.

Dari sudut sintaksis, sejarah merupakan perkara yang diterangkan manakala

puing-puing menerangkan sejarah. Daripada itu, dapatlah dirumuskan bahawa puing-

puing sejarah melanggar hukum DM dan sebenarnya menggunakan hukum MD.

Kesimpulannya, kata majmuk yang dihasilkan merupakan kata majmuk bukan

sintaktik.

6.1.8 Raung Malam

Raung Malan digunakan penyair sebagai berikut “apa yang tinggal dan mulut

ulamamu / lagu zikir sepanjang zaman / terlalu rindukan syurga idaman / terlalu bacul

menghadapi mentari malam / apa yang diwariskan oleh puing-puing sejarahmu /

melainkan kelembutan dalam raung malam / mengalah dan seruling kepasrahan”.

Sajak penyair yang bernada pesimis sekali gus memberikan gambaran akan konsep

kepasrahan yang hadir pada kata majmuk yang dihasilkan. Raung malam daripada itu

merujuk kepada kesayuan dan kesepian yang terpancar daripada kata majmuk tersebut.

Kedua-dua unsur yang terdapat pada kata majmuk itu saling melengkapi serta

harus dilihat sebagai sebuah komponen yang menyeluruh, sekali gus

mengkategorikannya sebagai kata majmuk semantik.

Page 24: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  24 

Rumusan

Hasil daripada penelitian yang dijalankan pengkaji, dapatlah dirumuskan bahawa kata

majmuk turut merupakan salah satu fenomena yang hadir dalam puisi-puisi Melayu.

Selain daripada itu, pengkaji turut mendapati bahawa kata-kata majmuk yang terdapat

dalam sesebuah puisi haruslah ditafsirkan secara morfosintaksis untuk mendapatkan

makna yang terdapat pada kata majmuk yang dihasilkan.

Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji turut

mendapati bahawa kata majmuk dalam puisi sebenarnya dapat dipecahkan kepada

empat jenis utama, yakni :

i. konstruksi endosentrik secara sintaktik3

Kata majmuk jenis tersebut merupakan kata majmuk yang mempunyai konstruksi unsur “kepala” dan unsur “penerang” yang mematuhi hukum DM.

ii. konstruksi endosentrik bukan secara sintaktik4

Kata majmuk jenis tersebut merupakan kata majmuk yang mempunyai konstruksi unsur “kepala” dan unsur “penerang” namun tidak mematuhi hukum DM. Dalam erti kata yang lain, konstruksi tersebut bersifat MD.

iii. konstruksi eksosentrik secara semantik5

Kata majmuk yang bersifat eksosentrik tidak mempunyai sebarang unsur kepala mahupun penerang di dalamnya. Keseluruhan unsurnya bertindak sebagai satu entiti untuk mendukung makna dan tugas sintaksisnya.

iv. konstruksi kopulatif6

Kata majmuk tersebut menampilkan konstruksi kata dasar yang setara sifatnya serta dapat digolongkan ke dalam satu medan makna yang sama. Menurut Bauer (1987:31), kata majmuk kopulatif tidak mempamerkan inti yang jelas dan tidak menerangkan makna kedua-dua konstituennya. Namun

                                                        3 Rujuk Airmata Penjajahan, Rimba Kesyahduan Kemabukan, dan Mentari Malam 4 Rujuk Pelamin Sejarah, Airmata dan Puing-puing Sejarah 5 Rujuk Penjara Pengguna 6 Rujuk Kesyahduan Kemabukan

Page 25: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  25 

demikian, konstituen-konstituennya membawa makna yang tersendiri yang bergabung untuk membentuk maksud yang dibawa oleh kata majmuk itu.

Page 26: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  26 

Bibliografi Antonio Gramsci. 1985. Selections from the Prison Notebooks. Cambride : Mass. Abdullah Hassan. 1982. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya :

Penerbit Fajar Bakti. ____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Melayu. Petaling Jaya :

Penerbit Fajar Bakti. ____________ (penyusun). 1992. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1994. Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan.

Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti. Arnoff M. 1981. Word Formation in Generative Grammar. Linguistic Inquiry

Monograph : 1. Massachusetts : The MIT Press.

Aishah Mahdi. 1978. Kata Majmuk dalam Bahasa Malaysia Hari Ini. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 6. (417-427). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. 1993. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Ke-4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

David Wilton. 2004. Word Myths : Debunking Linguistic Urban Legends. London : Oxford University Press

E. Zaenal Arifin & Junaiyah H.M., H.Hum. 2008. Sintaksis. Jakarta : Penerbit PT Grasindo.

Hashim Musa & Ong Chin Guan. 1998. Pengantar Ilmu Makna. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah bt. Baharom. 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kris Mas. 1990. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan. 1993. Nahu Melayu Moden. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Levin Samuel R. 1973. Linguistic Structures in Poetry. Paris : Mouton.

Lee Lai Foon & Raja Masittah Raja Ariffin. 2005. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Daut Bin Hj Salleh. 1991. Kata Majmuk dalam Bahasa Melayu. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Mohamed Latiff Mohamed. 2007. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya. Singapura : Angkatan Sasterawan 50.

Page 27: Penggubalan Kata Majmuk Dalam Puisi Melayu Moden

  27 

Mohamed Pitchay Gani. 1999. Konstruksi Leksikal dan Semantik Kata Majmuk Bahasa Melayu Perspektif Morfosintaksis. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur : : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

_______________. 2007. Evolusi Bahasa Melayu : 2000 Tahun dari Zaman Purba ke

Budaya Elektronik. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

_______________. 2009. Legasi Bahasa Melayu. Singapura : Asas 50 Press.

_______________. 2001. Morfologi Berkembang Bersama Zaman. Dlm. Mohamed Pitchay Gani BMAA. Melayu Singapura Dalam Kritikan (hlm. 69-71). Singapura : Angkatan Sasterawan ’50.

Mohd. Khusairi Hj. Abdullah. 1977. Sedikit Tentang Kata Majmuk, Rangkaikata dan Idioms – Satu Pola Perbandingan dlm Jurnal Dewan Bahasa 6. (hlm 250-257). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukhlis Abu Bakar. 2002. Pengantar Sintaksis dan Semantik Bahasa Melayu. Singapura : Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Nik Safiah Karim et al. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________________. 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. 2007. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahman Shaari. 1993. Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sumalee Nimmanupap. 1995. Kata Mamuk dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai – Suatu Perbandingan Morfologi. Tesis PHD. Kuala Lumpur : Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.