gimnastik

15
1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN GIMNASTIK Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat. Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimnastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimnastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem ketenteraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya

Upload: mutang20

Post on 18-Dec-2015

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SUKAN GIMNASTIK

Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat.Hipocrates, Gelen yang terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimnastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimnastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem ketenteraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombol dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya.

Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan.Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.Rusia telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu sukan Olimpik, kejohanan Dunia dan kejohanan Eropah.

Gimnastik merupakan salah satu sukan pilihan yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah di Malaysia. Sejarah perkembangan awal sukan tersebut menunjukkan bahawa gimnastik pada mulanya berfungsi sebagai alat kecergasan badan dan akhirnya berkembang sehingga dipersembahkan pada masyarakat umum. Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility) dan kesedaran kinestatik seperti semasa melakukan hamburan dan lain-lain.Kemahiran Gimnastik telahpun diajar di sekolah-sekolah dan institut pendidikan guru melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani sejak zaman penjajahan lagi, iaitu kira-kira dalam tahun 1900. Murid-murid hanya diajar senaman lantai, imbangan dan melombol. Gimnastik dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu termasuklah Gimnastik Artistik, Gimrama, Trampolin, Tumbling, Gimnastrada, Sport Aerobik dan juga Gimnastik Akrobatik. Bagi menguasai setiap gimnastik, konsep asas gimnastik perlu dikuasai terlebih dahulu iaitu konsep imbangan, kelenturan dan konsep koordinasi.Menerusi perkembangan sukan gimnastik yang semakin mendapat perhatian masyarakat dunia, pengaplikasiannya dalam bilik darjah merupakan langkah yang baik bagi mengasah bakat setiap individu pada peringkat awal khususnya pada kanak-kanak prasekolah. Pertandingan gimnastik antara sekolah-sekolah yang pertama telah diadakan pada 24 November 1962 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur bagi murid-murid lelaki sahaja. Pertandingan untuk murid-murid perempuan hanya dapat diadakan pada tahun 1980 sahaja. Gimnastik telah mendapat sambutan ramai melalui pertunjukan di perayaan Hari Kebangsaan dan temasya sukan sekolah-sekolah setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kini sukan gimnastik telah berkembang begitu baik sehingga kesemua Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan gimnastik anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

Pada tahun 1989 Malaysia telah menang lima pingat emas dalam gimrama di Sukan SEA melalui Faiznur Miskin. Pada tahun 1991 Malaysia telah memenangi pingat emas yang pertama dalam Sukan Sea melalui Kau Git Kaur dalam acara melombol dan pada tahun 1993 Lim Wai Chee pula telah menang pingat emas dalam acara melombol untuk menyumbang pingat emas pertama dalam gimnastik artistik wanita Malaysia. Malaysia telah menyertai pertandingan gimnastik dalam Sukan Komanwel sejak 1998 hingga sekarang. Pada tahun 2004 seorang gimnas iaitu Ng Shu Wai telah mewakili Malaysia dalam Olimpik di Athens, Greece.

2.0 GIMNASTIK ARTISTIKGimnastik Artistik merupakan salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum sama ada lelaki mahupun wanita.Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan, pola statik , pola gerak edar, pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti, imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:1) Pendaratan2) Statik 3) Gerak edar4) Putaran5) Hamburan6) Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah: Keupayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol. Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam satu pergerakan. Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar. Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan. Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan dapat dihasilkan. Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

3.0 GIMNASTIK GIMRAMAGimnastik berirama atau gimrama merupakan suatu sukan yang sangat istimewa dan menarik perhatian. Ia semakin popular dalam kalangan peserta dan penonton. Sukan tersebut memerlukan kemahiran yang tinggi serta kelembutan dan koordinasi tubuh badan yang baik juga daya mencipta. Ia merupakan suatu program kecergasan fizikal khususnya bagi murid-murid perempuan serta kaum wanita di semua peringkat umur.Gimrama adalah salah satu disiplin sukan gimnastik yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). Ia merupakan pergerakan yang dilakukan atas lantai serentak dengan iringan muzik. Gimrama juga boleh dilakukan dengan atau tanpa peralatan yang kecil di tangan. Pergerakan adalah berkoordinasi tinggi dan bersifat estetik dan ia mesti dilakukan secara licin dan berterusan. Pergerakan dalam gimrama boleh dikatakan menyerupai pergerakan tarian tetapi ciri-cirinya adalah tersendiri. Pada asasnya, cirri-ciri pergerakan perlu mempunyai cirri-ciri gimnastik serta mempunyai perkaitan yang rapat di antara tiga komponen asas, iaitu pergerakan tubuh badan, penggunaan peralatan dan irama muzik.Pergerakan asas gimnastik berirama bermula sejak seabad yang lalu di benua Eropah. Pada masa itu, ia dianggap sebagai pergerakan gimnastik artistik dan tidak mempunyai undang-undang dan peraturan yang tertentu. Pengasas sukan gimrama adalah seorang pensyarah berbangsa Swis, iaitu Jacques Dalcroze, yang telah membuka dua buah maktab perguruan dan memperkenalkan latihan pergerakan kepada penuntut-penuntutnya dalam abad ke-19. Kedua-dua maktab bertempat di Switzerland dan Jerman. Kemudian muncul dua orang lagi tokoh di negara Jerman, iaitu Rudolph Bode (1881-1970) dan Heinrich Medau (1890-1974). Kedua-duanya telah memulakan sekolah mereka sendiri serta memperkenalkan perkaitan di antara aktiviti tarian dan gimnastik dengan iringan muzik. Medau adalah terkenal dengan peralatan bola, gelung dan belantan.Gimnastik berirama moden hanya diiktiraf sebagai suatu sukan tersendiri pada tahun 1962 oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa. Pertandingan di peringkat antarabangsa, iaitu Kejohanan Sedunia buat pertama kali telah berlangsung di Budapest, Hungary pada tahun 1963. Sejak itu, pertandingan sedemikian diadakan setiap dua tahun sekali. Selain itu, beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa yang lain seperti Kejohanan Eropah (European Championship) dan Kejohanan Empat Benua (Four Continents Championship) telah dimulakan pada tahun 1978. Sukan gimrama telah menerima pengiktirafan yang tertinggi apabila ia diperkenalkan sebagai acara pertandingan buat pertama kali di Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan sekali lagi di Seoul, Korea pada tahun1988.Sejak kebelakangan ini sukan gimrama telah berkembang dengan pesatnya di negara kita. Sukan ini telah diperkenalkan pada tahun 1982 di mana satu Kursus Kejurulatihan Peringkat Asas telah diadakan di Kuala Lumpur di bawah pimpinan seorang jurulatih dari New Zealand, iaitu Puan Emmy Bellwood. Kursus ini telah dihadiri oleh lebih daripada 20 orang peserta dari sekolah, maktab perguruan dan universiti tempatan.Pada tahun 1983, satu Jawatankuasa Teknik Gimrama yang pertama telah ditubuhkan di bawah Persekutuan Gimnastik Malaysia dan seterusnya jawatankuasa itu telah merancang beberapa program untuk mengembangkan sukan gimrama di Malaysia.Pada tahun 1984, satu kursus kejurulatihan bagi guru-guru dari sekolah dan maktab perguruan telah dijalankan oleh beberapa orang instructor tempatan dan pada tahun 1985, Persekutuan Gimnastik Malaysia telah melancarkan satu program yang insentif untuk sukan gimrama di seluruh negara. Seorang jurulatih dari Australia telah dijemput untuk melatih para jurulatih serta menjalankan beberapa klinik untuk gimnas dalam tempoh satu tahun. Justeru itu, seramai 300 orang jurulatih gimrama telah dihasilkan. Pada tahun yang sama, satu kursus Kejurulatihan Serantau Peringkat Lanjutan telah diadakan di bawah anjuran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa(OIC) dan dikendalikan oleh jurulatih pakar yang sama dari New Zealand. Sejumlah 21 orang peserta dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Negara Thai, Singapura, Hong Kong dan India telah menghadiri kursus tersebut.Kejohanan gimrama peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1985. Penyertaan adalah sangat menggalakkan. Terdapat lebih kurang 30 pasukan dari seluruh negara yang telah mengambil bahagian. Sejak itulah kejohanan ini telah menjadi suatu acara tahunan di negara ini.Perkembangan gimrama telah terus maju dan pada tahun 1986, satu skim pembangunan untuk gimnas telah dilancarkan yang berasaskan penganugerahan lencana dan sijil kecemerlangan bagi gimnas yang berjaya melakukan beberapa latihan wajib mengikut irama muzik. Skim itu menjadi semakin popular dan telah digunakan di beberapa kelab gimrama di sekolah, maktab perguruan dan universiti.Pada tahun 1989, atas daya usaha Persatuan Kebangsaan, sukan gimrama telah diperkenalkan di Sukan Sea ke-XV di Kuala Lumpur. Negara Malaysia telah muncul sebagai johan dengan membolot lima pingat emas melalui gimnas Faiznur Miskin. Sejak Sukan SEA, liputan publisiti dari sebaran am telah bertambah dan sukan gimrama telah menjadi lebih popular dalam kalangan masyarakat.Di samping itu, gimnas-gimnas peringkat nasional telah diberi peluang bertanding di seberang laut untuk memperoleh pendedahan antarabangsa seperti dalam Kejohanan Piala Brother di Tokyo, Jepun dan di Kejohanan Empat Benua yang diadakan tiap-tiap dua tahun sekali. Pada tahun 1993, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sedunia di Alicante, Sepanyol buat pertama kali melalui wakil tunggalnya, Farrah Hani Imran yang telah memberikan persembahan yang agak memuaskan.Dari aspek kepegawaian, kursus kejuruhakiman peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan pada tahun 1987 oleh seorang pakar dari Australia, Cik Karen Ho. Dengan itu, seramai 20 juru hakim kebangsaan telah dihasilkan. Pada tahun 1989, satu kursus Kejuruhakiman Peringkat Antarabangsa telah diadakan dan dikendalikan oleh seorang jurulatih dari Persekutuan Gimnastik Antarabangsa, Puan Yoshika Kamo untuk menyediakan juruhakim tempatan ke Sukan SEA 1989.Setakat ini, boleh dikatakan perkembangan gimrama di Malaysia sudah meningkat. Walau bagaimanapun, kita perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Dengan adanya pertubuhan Persatuan Gimnastik Asia Tenggara (SEAGON) di Jakarta pada tahun 1989, ini merupakan salah satu langkah bagi kita untuk menonjolkan diri di peringkat antarabangsa.

4.0 GIMNASTIK PENDIDIKANGimnastik Pendidikan adalah satu bidang aktiviti yang kreatif serta memberi kepuasan dan mempunyai matlamat tertentu. Pelajar dapat mencipta rangkaian-rangkaian pergerakan dengan atau tanpa alat hanya dengan mempelajari Gimnastik Pendidikan. Walau bagaimanapun, suasana selamat harus disediakan serta bimbingan, sokongan, dan rangsangan perlu diberi setiap masa kepada pelajar agar mereka boleh mencipta dan mengubah suai mengikut kehendak mereka. pelajar juga harus didedahkan tentang pergerakan kerana semua pergerakan adalah berkait rapat antara satu sama lain dalam rangkaian yang lebih efisien. Pelajar dibenarkan melakukan apa saja pergerakan mengikut kemampuan mereka. Mereka tidak sepatutnya dipaksa atau didesak untuk melakukan perkara yang tidak mampu oleh mereka.Pergerakan asas dalam Gimnastik Pendidikan merangkumi tiga konsep iaitu kelenturan, keseimbangan dan koordinasi. Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di atas bangku gimnastik.Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi. Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah pergerakan untuk meluruskan. Contoh gerakan bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut pada bahagian-bahagian kegiatan gerak jalan. Gerakan ayunan ke depan merupakan fleksi dan ayunan ke belakang disebut fleksi atau ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada bahagian artikulasi dan penyambung otot.Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf. Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia membebaskan hormon terus ke dalam darah kita. Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal, pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

5.0GIMNASTIK KREATIF

https://yassinerang.wordpress.com/gimnastikhttp://notapendidikanjasmani.blogspot.com/2011/11/pjm-3107-gimnastik-sejarah-dan.html