gema jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-5-2013.pdf · as dari awal...

4
AZHAB slam adalah satu agama (din) Allah yang lengkap. Agama Islam diwahyukan kepa- da nabi Muhammad SAW dan didalamnya mengandungi iman dan amal. Iman itu sebagai tunjang atau tapak yang kuat yang boleh ditegakkan segala syariat Islam atasnya. Manakala amal pula ialah kerja-kerja yang dihasilkan dari iman seseorang. Iman dan amal tidak boleh dipisahkan dari seseorang dan tidak sempurna sekiranya ada salah satu sahaja pada seseorang induvidu itu. Banyak ayat Al-Quran menyentuh berkaitan ikatan kedua-dua sifat tersebut seperti firman Allah SWT dalam surah Baqarah ayat 25 yang bermaksud: ”Dan berikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa bagi mereka beberapa syurga yang mengalir anak-anak sungai di bawahnya.” FirmanNya lagi dalam surah An-Nahlu ayat 97 yang bermaksud : Sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau per- empuan sedangkan dia beriman maka sesungguhnya kami akan beri- kan kepadanya kehidupan yang baik (dengan menikmati kebahagiaan di dunia ini) dan kami akan membalas kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan”. FirmanNya lagi dalam surah Maryam ayat 96 yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, Allah akan menjadikan perasaan kasih sayang orang ramai ter- hadap mereka (di dunia ini)”. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe- rundingan Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid Pusat Islam UUM Pusat Islam UUM BIL 5/2013 Gema Jumaat

Upload: lyhuong

Post on 02-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AZHAB

slam adalah satu agama (din) Allah yang lengkap. Agama Islam diwahyukan kepa-da nabi Muhammad SAW dan didalamnya mengandungi iman dan amal.

Iman itu sebagai tunjang atau tapak yang kuat yang boleh ditegakkan segala syariat Islam atasnya. Manakala amal pula ialah kerja-kerja yang dihasilkan dari iman seseorang. Iman dan amal tidak boleh dipisahkan dari seseorang dan tidak sempurna sekiranya ada salah satu sahaja pada seseorang induvidu itu.

Banyak ayat Al-Quran menyentuh berkaitan ikatan kedua-dua sifat tersebut seperti firman Allah SWT dalam surah Baqarah ayat 25 yang bermaksud:

”Dan berikanlah berita gembira wahai Muhammad kepada orang-orang yang beriman dan yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa bagi mereka beberapa syurga yang mengalir anak-anak sungai di bawahnya.”

FirmanNya lagi dalam surah An-Nahlu ayat 97 yang bermaksud :

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau per-empuan sedangkan dia beriman maka sesungguhnya kami akan beri-kan kepadanya kehidupan yang baik (dengan menikmati kebahagiaan di dunia ini) dan kami akan membalas kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan”. FirmanNya lagi dalam surah Maryam ayat 96 yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh, Allah akan menjadikan perasaan kasih sayang orang ramai ter-hadap mereka (di dunia ini)”. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Pe-

rundingan

Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal

Masjid Pusat Islam UUM Pusat Islam UUM

BIL 5/2013

Gema Jumaat

m/s 2

Menolong Orang Zalim Dan Yang Dizalimi Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu

yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku

akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika

dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya da-

ripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau meno-

longnya”. Riwayat Bukhari

Huraian:

Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi iaitu wajib menahan

dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah

yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan

menghalangnya daripada berbuat kezaliman bererti kita telah me-

nyelamatkannya daripada dosa dan azab.

Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk

sekalipun, sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau da-

ripada yang bukan Islam.

Kedudukan Tajwid Dalam Bacaan Al-Quran (2 )

Imam Asy-Syams bin Aljazari dalam muqaddimah kitabnya: “Al Quran wajib dibaca secara tajwid. Berdosalah pembaca yang tidak bertajwid kerana secara itulah Al Quran diturunkan dan begitulah juga disampaikan kepada kita” Adalah diceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. memperdengarkan bacaan di hadapan Jibril as dari awal hingga ke akhir dengan bacaan yang elok, betul sebutan huruf dan makhraj untuk menjadi contoh kepada umatnya. Oleh itu setiap individu muslim yang hendak membaca Al Quran mestilah berguru kepada yang mahir dalam bacaan Al Quran agar bacaan itu selaras dengan bacaan Nabi Muhammad S.A.W. Ulamak telah bersepakat tentang kewajipan bertajwid dalam bacaan Al Quran dan sesiapa yang membaca Al Quran dengan tidak bertajwid adalah hukumnya berdosa. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Berapa banyak orang yang membaca AlQuran sedangkan Al Quran mengutuknya”

m/s 3

“KESAHIHAN PEMERINTAH”

Agama Islam adalah yang lengkap (syumul) dan relevan sepanjang masa dan zaman. Islam

mengajar tatacara mengenai urusan hidup manusia dalam konteks bermasyarakat dan bernegara.

Begitu juga dalam menentukan kesahihan pemerintah, Islam telah menyebutnya dengan jelas

tentang konsep yang merangkumi pemilihan ketua negara, undang-undang, rubuwwah, ketaatan,

umat dan sebagainya. Menurut Imam al-Mawardi di dalam kitab Nizam al-Hukm fi al-Islam

bahawa: Ketua negara digelar sebagai khalifah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan

orang yang menjalankan tugas ini adalah wajib mengikut ijmak.

Justeru, sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka ini, rakyat diberikan hak dalam

menentukan masa depan dan martabat negara sentiasa dipelihara dengan memilih kerajaan yang

dapat membangunkan negara selaras dengan syariat Islam. Dalam hal memilih pemimpin,

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat

kehancurannya.”(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Amalan-amalan di dalam demokrasi hendaklah sejajar dengan syariat Islam yang merujuk

kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Dalam konteks ini, kita sebagai khalifah ditegah daripada

melaksanakan sesuatu tanpa merujuk kepada syariat Islam terlebih dahulu agar mendapat

keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT di dalam surah al-Araaf ayat 3

yang bermaksud:

“Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu

menurut pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil

peringatan.”

Dalam pelaksanaan sistem demokrasi ini, Islam menjadikan pemerintahan Rasulullah SAW

sebagai contoh terbaik kepada generasi kini. Demokrasi yang didukung oleh Rasulullah SAW

tidak pernah mengenepikan hak rakyat selagi tidak bertentangan dengan Islam. Manakala isu-isu

berkaitan pentadbiran dan yang ditetapkan oleh syariat diselesaikan melalui musyawarah di

kalangan ulama’ dan umara’. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 9 yang bermaksud:

“Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang yang jika ditakdirkan mereka meninggalkan

anak-anak yang daif di belakang mereka akan merasa bimbang terhadap anak-anak mereka; oleh

itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang

betul.”

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya pemerintah yang

dilantik itu berkemampuan, bertanggungjawab, menepati janji serta berlaku adil terhadap rakyat.

Pemerintahan melalui sistem demokrasi telah memperlihatkan keupayaan kita sebagai khalifah

Allah SWT untuk mentadbir dan pada masa yang sama menghormati hak rakyat yang dipimpin.

Ini kerana Islam sangat mementingkan prinsip kedaulatan rakyat. Akhir sekali, umat Islam diseru

bersama-sama berdoa agar Allah SWT mengurniakan pemimpin yang menjalankan pemerintahan

dengan amanah, adil dan cekap dalam membangunkan negara serta selari dengan syariat Islam

supaya negara kita akan menjadi Baldatun Taiyibah wa Rabbun Ghafur.

Kejadian Roh Dan Jasad

Antara roh dan jasad manusia, mana yang dijadikan lebih dahulu dan adakah kedua-duanya akan binasa?

Roh sebenarnya telah terlebih dahulu wujud sebelum wujudnya jasad manusia. Roh tidak akan rosak, yang rosak dan binasa hanya jasad. Sementara nikmat azab

dan seksa akan dirasai oleh kedua-dua iaitu roh dan jasad Sumber: Kitab Furu’ Masail

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Imam Ghazali: Agama dan pemerintahan ibarat kembar, agama adalah asal manakala pemerintahan adalah penjaga kepada aga-ma tersebut.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Khamis– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis 2013-PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

30 April– 2 Mei 2013

KEMBARA ILMU

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

3 Mei 2013– SOLAT HAJAT

KEMAKMURAN.

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Imam Syafie adalah pengasas kepada mazhab Syafie, iaitu salah satu mazhab daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Imam Syafie dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150Hijriah. Beliau menghafal Al-Quran sewaktu berumur 7 tahun. Beliau juga telah menghafal kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik (Mazhab Mal-iki) semasa berumur 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Sewaktu berusia 15 tahun, beliau telah dibenarkan oleh gurunya memberikan fatwa sendiri sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam Jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdul-lah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir.