bakat muda sezaman - filemajidi amir: kredit kepada sabri idrus dan untuk pengetahuan sabri juga...

Click here to load reader

Post on 08-Apr-2019

232 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Majidi Amir : Kredit kepada Sabri Idrus dan untuk pengetahuan Sabri juga adalah pemenang BMS yang lepas. Elok sekiranya kita berkongsi dengan beliau untuk kebaikan BMS dan artis sendiri. Kalau boleh kita bertanyakan kepada Sabri bagaimana persiapan beliau?

Sabri Idrus : Hi apa kabar? Saya ingin berkongsi pengalaman saya tentang BMS sebenarnya saya telah terlibat dengan BMS ini sejak dari tahun 2000 lagi. Saya cuba mengingati bakat muda sebab ianya masih diteruskan dan rata-ratanya mengatakan pertandingan ini masih relevan dan kononnya ia memberi harapan kepada pembuat-pembuat karya yang akan datang tetapi saya masih tertanya-tanya kemanakah perginya pemenang-pemenang BMS yang lepas dan adakah pertandingan ini telah menolong pemenang-pemenang tersebut untuk maju ke hadapan dan saya masih belum pernah terbaca lagi yang mana pemenang BMS telah dibawa ke Tate Modern untuk berpameran di sana dan belum ada lagi dikalangan pemenang-pemenang ini mendapat anugerah seni di peringkat antarabangsa dan sebagainya tetapi ia mungkin juga boleh menjadi satu katalis kepada pembuat karya di tanah air namun peranan institusi dan peranan galeri-galeri dalam pertandingan masih kabur dan masih belum jelas tentang hala tuju pertandingan. Setiap kali berlaku dialog dan forum perbincangan tentangnya akan pasti hadir berlaku perkara yang sama yang dibicarakan dan saya tidak tahu perkara ini akan berterusan.

Majidi Amir : Terima kasih Sabri Idrus, kita sebelum pernah membincangkan untuk tidak lagi memberi hadiah berupa wang kepada pemenang dan kita pernah bercadang untuk memberi geran sama ada untuk pergi program residensi atau sambung belajar.

Sabri Idrus : Saya ingin menambah di sini jika kita mahu berkongsi BMS sama

ada dengan megubah format, saya merasakan penjurian itu tidak perlu berlaku yang perlu berlaku adalah kuratorial maknanya perbincangan antara kurator dengan pelukis didalam menghasilkan sesebuah karya itu agar lebih baik untuk diperagakan bagi mempersembahkan satu pameran yang lebih handal dan untuk dikatakan pameran ini bertaraf antarabangsa pameran ini sebagai produk yang bagus dan boleh dibawa hingga ke luar negera dan ini boleh membuatkan seni lukis kita dalam BMS ini lebih dikenali malah ia akan memberikannya nilai pasaran dari segi promosi dan publisiti kepada BSLN sebagai sebuah produk penghasilannya apakah pendapat anda?

Majidi Amir : Saya mengembalikannya kepada audien tentang perkara itu.

Badrulhisham Tahir : Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya kurator daripada Galeri Petronas. Ada banyak perkara yang telah disentuh dan pelbagai tatabahasa dan kategori yang sering digunapakai dalam konteks yang berbeza-beza yang mengunjung kekeliruan pula kepada kita. Dari segi konteks pembikinan karya setiap kali apabila dibicarakan selalu dipetik tentang pembuatan, selalunya mengenai masalah teknikal Duchamp telah selesaikan pada 1917 dengan Urinal maksudnya dengan terhasil karya itu masalah teknikal bukan

lagi masalah yang merupakan kriteria yang agung untuk menilai karya seni. Tadi kita ada sebut kembali kepada konsep, biasanya konsep dan teori ini ia sesuatu perkara yang diguna pakai hampir dalam semua bidang. Dalam teori kita ada konsep jadi saya rasa perkara ini harus difikir dan dikaji semula dan apa juga masalah dalam perbincangan kita ini adalah bagaimana menghasilkan idea, ia adalah masalah sebenar dalam kontemporari. Jadi jika kita merujuk

kepada penghasilan saya rasa ia adalah masalah anda dengan dunia anda sekarang. Contohnya sekarang sebelum kita terlibat dalam bidang seni ini ia adalah dunia yang terpisah dengan dunia kita sendiri jadi jika kita katakan apakah pendirian saya ini seolah seperti apa yang diperkatakan oleh allayarham Ismail Zain dahulu apakah pendirian anda mengenai teman wanita anda? Apakah pendirian anda mengenai teman lelaki anda? jika kita ambil pendirian ini dalam melihat dunia seni daripada situ kita sekurang-

kurangnya akan mendapat suatu pendapat atau pendirian anda dalam dunia anda sendiri kemudian barulah kita pertanyakan tentang konsep yang mungkin kita akan bangunkan sama ada kita mahu menjadi seorang konseptualis, pasca-modenis, itu tidak ada siapa yang mengatakan anda salah sebab ini adalah dunia anda dan anda bergelut untuk itu. Jadi saya melihat masalah yang dipertimbulkan oleh masalah tadi yang tidak sudah-sudah, sebenarnya saya tidak nampak masalah artis, anda boleh hasilkan apa yang anda ingin hasilkan bak apa saya perkatakan tadi Duchamp telah menyelesaikan masalah teknikal dan konsep dalam Urinal. Cuma kini yang menjadi masalah kita ialah BMS. Penganjuran BMS ini jika tiada orang yang membuat ulasan di surat khabar atau majalah saya rasa acara ini gagal. Kita tidak boleh melihat masalah artis tidak berupaya bercakap itu semua disebabkan ia adalah suatu keadaan yang inter related, maksudnya jika artis tidak boleh membaca jadi pada masa yang sama tiada bahan bacaan yang ingin dibaca. Jadi jika hendak dikatakan seorang itu artis adakah mereka hanya membaca buku yang samakah? Misalnya macam mana karya ini mahu di letakkan motif kerawang ke atau bolehkah kita hasilkan arca awam yang transparent yang kita boleh melihat semula daripada bahagian atas contohnya. Ini adalah masalah-masalah view yang saya rasa sangat peribadi dan saya rasa ia terpulang kepada artis untuk hasilkan. Jadi untuk pendirian saya terhadap dunia BMS ini, pemerhati-pemerhati luar harus peka bagaimana kita mahu bangunkan dunia ini iaitu dunia yang boleh kita pasarkan di luar, saya amat bersetuju apa yang diperkatakan oleh Sabri, kita mahu melihat karya-karya Diana ke di Tate Modern, kita mahu melihat karya Haslin di Documenta ke contohnya, selain daripada percaturan-percaturan yang mungkin mengambil pengacaraan ini atas dasar kawan. Kita juga mahu melihat bahawa semua benda dan yang berlaku dalam dunia kita ini mendapat perhatian

oleh kurator-kurator dunia sebab apa jika kita bercakap tentang pendirian ia

DialogEdisi ke-23 (Bah.Akhir)

Bakat Muda SezaMan

| Faizal Sidik

Majidi Amir

Diana Ibrahim

Badrulhisham Tahir

16

unik atas dasar pengalaman kita dalam dunia, inilah ingin diketahui. Jadi jika kita tidak berupaya untuk mengeluarkan sejumlah pengetahuan yang kita tahu ini yang saya katakan pengacaraan itu mungkin ataupun telah, ini adalah pandangan semusim saya.

Majidi Amir : Saya tertarik dengan pendirian apa yang diperkatakan, pendirian seseorang artis itu sebab ada saya nyatakan di awal perbincangan tadi yang hanya dari sudut formalis sahaja dan Sabri ada bertanyakan mahu kemana BMS ini. Sebenarnya BMS adalah tempat atau ada yang menganggap sebagai pertandingan untuk melihat dimana tahap seseorang artis muda itu kini namun ada dikalangan artis-artis kita yang telah keluar dan dipilih oleh kurator-kurator luar contohnya Sooshilawati Sulaiman telah ke Florence Biennale dan Documenta dan baru-baru ini Sushi dan Ise (Roslisham Ismail) telah mempamerkan karya mereka di Singapore Biennale awal Mac dan ada apa-apa lagi respon atau soalan daripada audien. Kita terbuka dengan sebarang komen-komen mengenai penganjuran ini dan sebagai kakitangan BSLN kita berusaha untuk memberi yang terbaik, jika ada pendapat itu adalah untuk kebaikan BMS pada masa hadapan untuk berkongsi tip-tip daripada senior yang boleh dikongsi bersama dan ya mungkin Diana ada sesuatu?

Diana Ibrahim : Saya tertarik mengenai pendapat Encik Badrol yang memperkatakan apa selepas ini. Persoalan yang ingin saya lontarkan adalah mengenai penganjuran ini iaitu dari hujung bulan 12 yang lalu sehingga kini saya tidak nampak satu dokumen yang bagus mengaenai respon daripada kurator luar ataupun penulis luar berkaitan dengan BMS melainkan ia diterbitkan, respon daripada penulis, pengkritik tiada jadi ia menampakkan ia masih berada di dalam keadaan yang suram dan malap, seolah-olah ia tidak menjadi satu acara yang besar yang mana masyarakat memperkatakan tentangnya. Saya tidak tahu dimana salahnya tetapi saya menanti-nantikan maklumbalas tersebut. Artis-artis yang berada dalam pertandingan ini memerlukan respon ini sebagai rujukan untuk penambahbaikan atau komen-komen dari luar itu untuk di selami pendapat mereka kerana ia merupakan satu acara yang berprestij yang dianjurkan oleh BSLN. Apabila kita bercakap dengan artis luar dan beberapa rakan di luar namun masih tiada maklum balas tentangnya jadi boleh kita dapatkan sesuatu yang mungkin boleh diperkatakan mengenai situasi ini oleh BSLN?

Majidi Amir : Bercakap mengenai maklum balas memang benar, saya juga ada terperasan perkara ini tidak begitu menjadi pada kali ini. Jika saya tidak salah dalam tahun 2004 di dalam kakiseni.com maklumbalas BMS pada waktu itu boleh dikatakan luar biasa sehingga berlaku pertengkaran secara maya didalam forum laman sesawang seni itu terhadap acara ini, namun dalam edisi kali ini kita juga merasakan sesuatu yang pelik terhadap situasinya dan pada 2006 pula situasi berbeza kerana respon yang paling banyak kita dapati ialah ramai yang mempersoalkan mengapa tiada pemenang yang merupakan isu yang panas pada edisi itu. Pada tahun 2010 ini pula memang saya bersetuju dengan pendapat itu, mungkin kita sudah mempunyai pemenangnya semula walaupun hampir tiada pemenang, penjurian pada 2006 itu yang dijadualkan 2 hari menjadi 5 hari dan akhirnya masih lagi tiada yang layak dicalonkan sebagai pemenang namun juri telah mengadakan hadiah bina atau anugerah khas dan pada tahun ini pemenang bersama anugerah tersebut akan berpameran. Bina ini dicadangkan

oleh Nasir Baharuddin yang bermaksud untuk melihat pengkaryaan mereka selepas ini iaitu Fadzil Idris dan Azliza Ayob dimana kita akan mengadakan pemeran mereka akan datang, mungkin kita akan ada respon selepas pameran ini. Mungkin respon juga banyak berlaku di laman-laman sosial seperti Facebook sebab Tengku Sabri dan Hasnul Jamal Saidon telah menjadika