gema jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-9-2013.pdf · orang-orang islam...

4
AZ BERIMAN ERIMAN ERIMAN DENGAN ENGAN ENGAN DUA UA UA KALIMAH ALIMAH ALIMAH SYAHADAH YAHADAH YAHADAH Pengakuan dengan dua kalimah syahadah iaitu mengaku dan membenarkan dengan hati, menyaksikan dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota. Membenarkan dengan sebulat hati dan tidak ragu-ragu lagi bahawa Allah SWT itulah sebenar-benar tuhan yang disembah dan yang diperhamba- kan diri kepadanya. : Melafaz kata syahadah “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah SWT. Aku bersaksi ba- hawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”. : Mengerjakan segala rukun yang wajib ditunaikan sep- erti sembahyang, puasa, menutup aurat, berakhlak mulia dan lain-lainnya. Begitulah ju- ga segala larangan kemungkaran wajib menjauhinya. Dua kalimah syahadah ini merupakan dua kalimah agung yang menjadi anak kunci bagi seseorang yang hendak menetap dalam Islam dan menjadi syarat sah bagi seseorang yang hendak memasuki Islam. Dalam kalimah ini mengandungi dua tujuan yang besar, iaitu: Mengaku tentang keesaan Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan tidak ada sebarang sifat kekurangan. Mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya utusan Allah yang membawa pengajarannya kepada manusia. Firman Allah dalam surah Fath ayat 28 yang ber- maksud: Allah yang mengutuskan rasulnya Nabi Muhammad dengan membawa petun- juk dan agama yang benar iaitu Islam untuk meninggi dan mengatasi agama yang lain. Cukuplah Allah SWT jua yang menjadi saksi tentang kebenaran apa yang dibawa oleh rasul”. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 9/2013 Gema Jumaat

Upload: truongkhue

Post on 07-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-9-2013.pdf · Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Tolong menolong, bersatu padu,

AZ

BBBERIMANERIMANERIMAN DDDENGANENGANENGAN DDDUAUAUA KKKALIMAHALIMAHALIMAH SSSYAHADAHYAHADAHYAHADAH

Pengakuan dengan dua kalimah syahadah iaitu mengaku dan membenarkan

dengan hati, menyaksikan dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Membenarkan dengan sebulat hati dan tidak ragu-ragu lagi

bahawa Allah SWT itulah sebenar-benar tuhan yang disembah dan yang diperhamba-

kan diri kepadanya.

: Melafaz kata syahadah “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan

yang layak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah SWT. Aku bersaksi ba-

hawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah”.

: Mengerjakan segala rukun yang wajib ditunaikan sep-

erti sembahyang, puasa, menutup aurat, berakhlak mulia dan lain-lainnya. Begitulah ju-

ga segala larangan kemungkaran wajib menjauhinya.

Dua kalimah syahadah ini merupakan dua kalimah agung yang menjadi anak

kunci bagi seseorang yang hendak menetap dalam Islam dan menjadi syarat sah bagi

seseorang yang hendak memasuki Islam. Dalam kalimah ini mengandungi dua tujuan

yang besar, iaitu:

Mengaku tentang keesaan Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan dan tidak

ada sebarang sifat kekurangan.

Mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya utusan Allah yang membawa

pengajarannya kepada manusia. Firman Allah dalam surah Fath ayat 28 yang ber-

maksud:

“Allah yang mengutuskan rasulnya Nabi Muhammad dengan membawa petun-

juk dan agama yang benar iaitu Islam untuk meninggi dan mengatasi agama yang lain.

Cukuplah Allah SWT jua yang menjadi saksi tentang kebenaran apa yang dibawa oleh

rasul”.

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 9/2013

Gema Jumaat

Page 2: Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-9-2013.pdf · Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Tolong menolong, bersatu padu,

m/s 2

Bersatu Padu Asas Kekuatan IslamBersatu Padu Asas Kekuatan IslamBersatu Padu Asas Kekuatan Islam

Daripada Abu Musa RA katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan

mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya saling menguatkan antara satu

sama lain.” Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya. Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu.

Tolong menolong, bersatu padu, hormat menghormati adalah asas kekuatan dalam sesebuah

masyarakat. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai kelemahan yang menyebabkan tidak ada

manusia yang boleh hidup bersendirian dengan sempurna tanpa mengharap saudaranya yang lain,

walaupun sudaranya itu hanya tukang pungut sampah.

Hadis ini membuat perumpamaan seperti sebuah bangunan yang bahagian-bahagiannya saling

menguat dan melengkapkan antara satu sama lain. Walaupun kedudukan dan peranan mereka ber-

beza, tetapi perbezaan itu adalah berdasarkan keupayaan dan keistimewaan yang dikurniakan Al-

lah SWT.

Islam adalah agama kemasyarakatan dengan ertikata menggalakkan umatnya hidup bermasyarakat,

setiap individu merupakan sekeping bata dalam bangunan kemasyarakatan, dia wajib memelihara

hak orang lain sepertimana haknya wajib dipelihara oleh orang lain.

.

MARTABAT BACAAN ALQURAN

EMPAT MARTABAT:

TARTIL Bacaan yang tenang, perlahan-lahan dan mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya yang

tepat serta menunaikan segala hukum-hukum tajwid sambil merenungi maana-maknanya.

Inilah bacaan yang paling utama.

HADAR Bacaan yang cepat dan menunaikan segala hukum-hukum tajwid. Bacaan ini biasanya

dibaca oleh hafiz-hafiz Al Quran untuk melancar dan mengulangi bacaan yang dihafaz.

TADWIR Bacaan yang sederhana diantara bacaan tartil dan hadar, tidak terlalu lambat dan tidak

terlalu cepat dengan menjaga segala hukum tajwid.

TAHQIQ Bacaan yang lebih lambat dari tartil. Bacaan ini biasanya dibaca oleh mereka yang sedang

mempelajari Al Quran untuk memperbetul dan melatih bacaan.

Page 3: Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-9-2013.pdf · Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Tolong menolong, bersatu padu,

m/s 3

“Adab Penuntut Ilmu”

Marilah kita memperbaharui kembali niat menimba ilmu, niat untuk menjadi orang berilmu kerana Allah

SWT dan mendapat keredhaan Allah. Allah memberikan darjat yang tinggi kepada orang yang berilmu sep-

erti firmanNya dalam Surah al-Mujadalah: ayat 11,

“Wahai orang-orang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi ruang daripada tempat duduk kamu

(untuk orang lain) dalam majlis-majlis ilmu, maka berikan ruang seboleh-bolehnya, nescaya Allah akan melapangkan

(segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat

orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dalam kalangan kamu) – beberapa

darjat, dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (Surah al-

Mujadalah:11)

Pertama sekali diingatkan kepada semua mahasiswa, sebagai seorang yang terpelajar, untuk sentiasa men-

jaga perasaan kedua ibu bapa kita dan sentiasa menghormati mereka, sentiasa berhubung dengan mereka,

sentiasa mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan

akhirat. Ingatlah bahawa keberadaan kita di atas dunia ini adalah kerana keberadaan mereka berdua; dan

keredaan Allah ke atas kita juga bergantung kepada keredaan ibu bapa terhadap kita.

Guru atau pensyarah pula bukan hanya sebagai seorang guru di sekolah, pensyarah di universiti sahaja teta-

pi kita mestilah menganggap bahawa merekalah pengajar, pengasuh,pembimbing, penasihat, dan pendidik

yang mesti dihormati walau di mana jua mereka berada.

Sebagai penuntut ilmu, mahasiswa mestilah membersihkan hati daripada kecenderungan dan perlakuan

buruk yang tidak diizinkan oleh Allah SWT. Ini disebabkan ilmu itu tempatnya di hati dan tujuannya untuk

mendekatkan diri dengan Allah, justeru hati mestilah berada dalam keadaan bersih untuk menerima ilmu-

ilmu yang dipelajari nanti. Sewajarnyalah setiap yang bergelar mahasiswa mahupun mahasiswi menjauhi

perkara maksiat atau apa-apa sahaja bentuk kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT.

Al-Imam al-Syafie mengingatkan kita bagaimana gurunya Imam Waki„ pernah membimbingnya agar be-

liau meninggalkan maksiat untuk memudahkannya mendapatkan ilmu. Katanya Imam Syafie,“Aku menga-

du kepada Waki„ tentang kurangnya hafazanku, maka dinasihatkan aku agar meninggalkan maksiat, serta

memaklumkan kepadaku sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada

orang yang melakukan maksiat.”

Sesungguhnya menuntut ilmu juga merupakan salah satu jalan untuk menuju ke syurga. Sabda Rasulullah

S.A.W: “Sesiapa yang menempuhi satu jalan yang dengannya dia mendapat sesuatu ilmu, nescaya Allah akan permu-

dahkan baginya satu jalan untuk menuju ke syurga (HR Muslim).

Lazimkan diri kita untuk berada bersama-sama jemaah di masjid atau surau-surau kediaman pelajar. Be-

rusahalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu-ilmu agama melalui kuliah-kuliah selepas solat ber-

jemaah kerana ia bertaraf wajib bagi kita untuk mempelajarinya. Semoga mahasiswa dan mahasiswi men-

jadi orang yang bukan sahaja hebat dengan ilmu dunia, namun berjaya menjadi insan yang beriman dan

beramal soleh.

Page 4: Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-9-2013.pdf · Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Tolong menolong, bersatu padu,

Dalil Kewujudan Soalan Munkar Dan Nakir

Adakah terdapat dalil daripada hadis sohih yang menceritakan ten-

tang persoalan dua malaikat di dalam kubur, orang yang mati akan

dihidupkan semula untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir.

Apakah mereka akan dihidupkan semula dengan kehidupan yang sebenar

dengan dikurniakan akal pemikiran sehingga dapat menjawab semua soalan

sama seperti keadaan hidup di dunia atau berlaku sebaliknya?

Roh orang yang meninggal dunia akan dikembalikan kepada jasadnya

sebaik jenazah itu dikebumikan dan ia akan hidup semula dengan

kehidupan yang sempurna. Sebahagian pendapat ulama mengatakan

bahawa jenazah yang dikebumikan itu dihidupkan hanya separuh bahagian

atas badannya sahaja iaitu dari pinggang hingga kepala, selepas dihidupkan

semula, ia akan didudukkan untuk ditanya beberapa soalan.

Antara hadis yang membuktikan adanya persoalan kubur seperti yang diri-

wayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasul S.A.W. bersabda yang bermak-

sud: “Sesunguhnya roh orang yang beriman daripada kalangan kamu hidup dalam keadaan gembira dan sukacita. Apabila mereka bertemu antara satu sama lain akan bertanya mengenai sipolan, apakah Allah telah lakukan ter-hadap si polan yang lelaki dan apa pula yang telah Allah lakukan terhadap sipolan yang perempuan? Jika mereka menjawab dengan mengatakan, bukanlah sipolan atau sianu juga telah datang ke alam ini bersama-sama kita? Maka mereka akan berkata: Adapun sipolan telah dipertemukan dengan ibunya. Daripada hadis ini jelas menunjukkan bahawa orang yang telah mati juga

boleh berkata-kata, berbual-bual dan bertanya khabar sesama mereka.

MUTIARA

HIKMAH

Seorang bijaksana telah berkata : Kebenaran itu adalah lebih patut untuk dikuti

Ayuh kita meriahkan pro-

gram kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID

MUSLIMAT

Khamis 2013-

PENGAJIAN KITAB

TURATH

Selasa (minggu kedua

dabn keempat)-

PENGAJIAN FARDHU

AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL QURAN

INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’

5 Setember 2013 - MAL-

AM HARMONI KASIH

12-13 September 2013–

Seminar Menangani Isu-

Isu Syiah Di Malaysia

Peringkat IPT Zon Utara

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/

36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazali aţ-Ţusi. Nama panggilannya pula Abu Ĥamid. Gelaran lain yang telah diberikan kepa-danya ialah HujjatulIslam, Siraj alMujtahidin dan Zain alAbidin. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Kitab beliau yang paling terkenal ialah Ihya’ Ulumuddin. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijrah di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut nega-ra Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan. Imam Al Ghazali sangat menggemari ilmu-ilmu yang zahir seperti ilmu fiqh dan telah belajar daripada seorang alim yang bernama Asy-Syaikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Dia juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, dan telah berjaya menghafal isi al-Quran . Beliau wafat di kota Thusi, pada hari Isnin tanggal 14 Jamadil Akhir tahun 505H dan dikebumikan di pekuburan At Thabaran.