gema jumaat tafsir - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-26-2015.pdfkategori hak...

2
Perkataan hudud telah disebut dalam Al Quran sebanyak 11 kali, dalam 5 surah dan 7 ayat yang ber- lainan. Hudud dikaitkan dengan hak –hak Allah kerana ia bersandarkan terus kepada zat Allah. Sebagaimana rumusan ulama fiqh berkenaan definisi hudud sebagai „tindak tan- duk jenayah yang dijatuhi hukuman had, iaitu hukuman yang telah ditetapkan dan meru- pakan hak Allah Taala‟. Hak Allah iaitu segala sesuatu yang dimaksudkan untuk men- dekatkan diri kepada Allah, mengagungkanNya, dan menegakkan syiar-syiar agamanya, contohnya menerap hukuman seperti hudud dan ta’zir. Hukum yang berstatus hak- hak Allah juga tidak akan gugur dan tidak boleh diubah. (Fiqh Islam Wa Adillatuhu) Abdul Qadir Audah dalam kitabnya At Taysri Al Jinai Al Islam Muqaranan Bi Al Qanun Al Wadi menyatakan bahawa suatu jenayah atau hukuman dimasukkan ke dalam kategori hak Allah jika perbuatan jenayah atau hukumannya itu berkaitan dengan kepent- ingan dan kemaslahatan masyarakat. Ia bertujuan menolak segala bentuk kemafsadatan, memelihara keamanan, ketertiban dan keselamatan masyarakat. Setiap bentuk jenayah yang membawa kerosakan dan kefasadan masyarakat dan manfaat penetapannya dan hukumannya kembali kepada masyarakat, perbuatan jenayah dan hukuman perlaksa- naannya itu termasuk ke dalam hak Allah yang wajib ditegakkan dan dilaksanakan. Menurut buku Indahnya Hidup Bersyariat, hukum jinayat dan perundangan Islam yang ditetapkan Islam adalah bertujuan untuk memelihara insan daripada setiap per- buatan dan tindakan yang ditegah oleh syarak. Hukuman hudud bertepatan dengan maqasid syariyah yang bertujuan untuk melindungi individu dan masyarakat dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta benda. Undang-undang Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, hak mangsa jenayah diadili dan penjenayah akan terlepas azab di akhirat kelak. (Soal Jawab Hudud,,Undang-Undang Allah S.W.T Yang Adil). Contohnya dalam jenayah curi, seorang pencuri akan terlepas azab di akhirat kelak apabila telah dijalankan hukum hudud ke atasnya di dunia. Manakala mangsa kecurian akan mendapat pembelaan atas kerugian harta benda yang ditanggungnya. Hukuman ini juga akan menyedarkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya mengambil harta orang lain secara bukan hak. Orang ramai tidak lagi berani melakukan jenayah curi akibat gerun akan hukuman ke atas pencuri. Sang pencuri juga tidak lagi berani mengulangi perbuatan keji tersebut kesan dari kehilangan anggota. Kesannya masyarakat akan merasa aman tenteram, aman harmoni dan harta benda akan terjamin keselamatannya. Maka tercapailah hasrat memelihara harta benda dalam maqasid syariyah. Namun sebagai satu hal yang perlu kita faham, apabila sesuatu yang datang dari Allah, hendaklah kita yakini ia adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya. Ini kerana Allah sebagai Khaliq lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya. Tidak perlulah kita terutamanya sebagai orang beriman berbantah-bantah, mempamerkan si- kap berdolak dalih, kerana ilmu Allah ini luas, sedangkan ilmu manusia bertaraf hamba ini amat terhad. Renungilah firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 216 yang bermak- sud: “……….Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Bersambung…. BIL 26 2015 Gema Jumaat m/s 2 Tafsir Surah Fatihah Ayat kedua : “Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam.” Setelah dimulakan dengan nama yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan mengadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjun- gan, pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tu- han yang memegang teraju Rububiyyah yang mutlak terhadap semesta alam. Perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mukmin sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah nikmat kurniaan Ilahi. Kesedaran sebagai ubudiah melahirkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata, detikan waktu dan langkah, Allah melimpahkan nikmat dan Rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia. Namun demikian, kemurahan dan lim- pah kurnia Allah ke atas hambaNya yang Muk- min itu adalah sampai ke tahap setinggi- tingginya apabila hamba itu berkata “Alhamdulillah” maka Allah akan tuliskan satu balasan kebaikan mengatasi segala timbangan neraca yang lain. Tersebut dalam sunan Ibnu Majjah dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasul S.A.W. telah menceritakan kepada mereka, iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan katanya: “Wahai Tuhanku segala pujian itu terpulang kepada_mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebe- saran kuasa-Mu.” Ucapan ini telah menyulit- kan dua malaikat pencatat amalan, kedua- duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya. Lalu mereka mengadap Allah dan memaklum kepada-Nya berkaitan ucapan ham- ba-Nya itu. Lalu diperintah supaya menulis uca- pan itu sebagaimana yang diucapkan oleh ham- ba-Nya sehingga ia menemui Allah dan Allahlah sendiri akan membalaskan ganjaran pahala ucapannya. Tuhan yang memelihara semesta alam adalah menjadi dasar kefahaman atau ke- percayaan Islam kerana sifat Rububiyyah yang mutlak dan menyeluruh. Ianya juga merupakan salah satu dari dasar-dasar aqidah Islam. Kata-kata رب‘‘ beerti pemeliharaan, penguasa, pentadbiran dan pengurus yang mengendalikan urusan keislahan, kerja-kerja tarbiyyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya. Allah tidak mencipta alam kemudian membiarkannya begitu sahaja. Malah Dia mem- perelok, menjaga, me- melihara dan mengasu- hnya berterusan disetiap waktu dan keadaan. Kerana itu layaklah Allah itu sebagai Tuhan yang patut disembah dan di- taati. tafsir Lalat Tidak Menajiskan Air Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul S.A.W. pernah bersabda: “Apabila terjatuh lalat ke dalam minuman seseorang di antara kamu, maka hendalah dia membenamkannya, kemudian membuangkannya, kerana sesungguhnya pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit, sedangkan pada sayap yang lainnya terdapat penawar.” Riwayat Bukhari dan Abu Daud Huraian Hadis Boleh menenggelamkan lalat apabila ianya terjatuh ke dalam minuman iaitu dengan menenggelamkan kedua-dua sayap dengan tidak mengangkatnya terlebih dahulu sekiranya la- lat itu telah mati. Sekiranya lalat itu masih hidup jangan meneggelamkan terlalu lama sehingga membawa kepa- da berlaku kematian lalat itu di dalam minuman. Perbuatan ini perlu dijaga supaya air itu tidak berlaku mutanajjis. Ilmu perubatan moden mengakui kebenaran hikmah ini melalui mikroskop, bahawa pada sa- yap kiri lalat terdapat zat yang tidak ada ubatnya kecuali dengan zat lain yang ada pada sayap yang sebelah kanannya. Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Unit Takmir Masjid , Pusat Islam UUM

Upload: lenhi

Post on 02-May-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gema Jumaat tafsir - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-26-2015.pdfkategori hak Allah jika perbuatan jenayah atau hukumannya itu berkaitan dengan kepent-ingan dan

Perkataan hudud telah disebut dalam Al Quran sebanyak 11 kali, dalam 5 surah dan 7 ayat yang ber-

lainan. Hudud dikaitkan dengan hak –hak Allah kerana ia bersandarkan terus kepada zat Allah. Sebagaimana rumusan ulama fiqh berkenaan definisi hudud sebagai „tindak tan-duk jenayah yang dijatuhi hukuman had, iaitu hukuman yang telah ditetapkan dan meru-pakan hak Allah Taala‟. Hak Allah iaitu segala sesuatu yang dimaksudkan untuk men-dekatkan diri kepada Allah, mengagungkanNya, dan menegakkan syiar-syiar agamanya, contohnya menerap hukuman seperti hudud dan ta’zir. Hukum yang berstatus hak- hak Allah juga tidak akan gugur dan tidak boleh diubah. (Fiqh Islam Wa Adillatuhu) Abdul Qadir Audah dalam kitabnya At Taysri Al Jinai Al Islam Muqaranan Bi Al Qanun Al Wadi menyatakan bahawa suatu jenayah atau hukuman dimasukkan ke dalam kategori hak Allah jika perbuatan jenayah atau hukumannya itu berkaitan dengan kepent-ingan dan kemaslahatan masyarakat. Ia bertujuan menolak segala bentuk kemafsadatan, memelihara keamanan, ketertiban dan keselamatan masyarakat. Setiap bentuk jenayah yang membawa kerosakan dan kefasadan masyarakat dan manfaat penetapannya dan hukumannya kembali kepada masyarakat, perbuatan jenayah dan hukuman perlaksa-naannya itu termasuk ke dalam hak Allah yang wajib ditegakkan dan dilaksanakan. Menurut buku Indahnya Hidup Bersyariat, hukum jinayat dan perundangan Islam yang ditetapkan Islam adalah bertujuan untuk memelihara insan daripada setiap per-buatan dan tindakan yang ditegah oleh syarak. Hukuman hudud bertepatan dengan maqasid syariyah yang bertujuan untuk melindungi individu dan masyarakat dari segi agama, jiwa, akal, keturunan dan juga harta benda. Undang-undang Islam adalah rahmat kepada seluruh umat manusia, hak mangsa jenayah diadili dan penjenayah akan terlepas azab di akhirat kelak. (Soal Jawab Hudud,,Undang-Undang Allah S.W.T Yang Adil). Contohnya dalam jenayah curi, seorang pencuri akan terlepas azab di akhirat kelak apabila telah dijalankan hukum hudud ke atasnya di dunia. Manakala mangsa kecurian akan mendapat pembelaan atas kerugian harta benda yang ditanggungnya. Hukuman ini juga akan menyedarkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya mengambil harta orang lain secara bukan hak. Orang ramai tidak lagi berani melakukan jenayah curi akibat gerun akan hukuman ke atas pencuri. Sang pencuri juga tidak lagi berani mengulangi perbuatan keji tersebut kesan dari kehilangan anggota. Kesannya masyarakat akan merasa aman tenteram, aman harmoni dan harta benda akan terjamin keselamatannya. Maka tercapailah hasrat memelihara harta benda dalam maqasid syariyah. Namun sebagai satu hal yang perlu kita faham, apabila sesuatu yang datang dari Allah, hendaklah kita yakini ia adalah untuk kebaikan kita sebagai hambaNya. Ini kerana Allah sebagai Khaliq lebih mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaanNya. Tidak perlulah kita terutamanya sebagai orang beriman berbantah-bantah, mempamerkan si-kap berdolak dalih, kerana ilmu Allah ini luas, sedangkan ilmu manusia bertaraf hamba ini amat terhad. Renungilah firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 216 yang bermak-sud: “……….Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Bersambung….

BIL 26 2015

Gema Jumaat

m/s 2

Tafsir Surah Fatihah Ayat kedua : “Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam.” Setelah dimulakan dengan nama yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, maka diiringi pula dengan mengadap Allah serta mempersembahkan kepada-Nya segala sanjun-gan, pujian dan menyifatkan-Nya sebagai Tu-han yang memegang teraju Rububiyyah yang mutlak terhadap semesta alam. Perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mukmin sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah nikmat kurniaan Ilahi. Kesedaran sebagai ubudiah melahirkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata, detikan waktu dan langkah, Allah melimpahkan nikmat dan Rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia. Namun demikian, kemurahan dan lim-pah kurnia Allah ke atas hambaNya yang Muk-min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata “Alhamdulillah” maka Allah akan tuliskan satu balasan kebaikan mengatasi segala timbangan neraca yang lain. Tersebut dalam sunan Ibnu Majjah dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasul S.A.W. telah menceritakan kepada mereka, iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan katanya: “Wahai Tuhanku segala pujian

itu terpulang kepada_mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebe-saran kuasa-Mu.” Ucapan ini telah menyulit-kan dua malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya. Lalu mereka mengadap Allah dan memaklum kepada-Nya berkaitan ucapan ham-ba-Nya itu. Lalu diperintah supaya menulis uca-pan itu sebagaimana yang diucapkan oleh ham-ba-Nya sehingga ia menemui Allah dan Allahlah sendiri akan membalaskan ganjaran pahala ucapannya. Tuhan yang memelihara semesta alam adalah menjadi dasar kefahaman atau ke-percayaan Islam kerana sifat Rububiyyah yang mutlak dan menyeluruh. Ianya juga merupakan salah satu dari dasar-dasar aqidah Islam. Kata-kata ‘‘ رب“ beerti pemeliharaan, penguasa, pentadbiran dan pengurus yang mengendalikan urusan keislahan, kerja-kerja tarbiyyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya. Allah tidak mencipta alam kemudian membiarkannya begitu sahaja. Malah Dia mem-perelok, menjaga, me-melihara dan mengasu-hnya berterusan disetiap waktu dan keadaan. Kerana itu layaklah Allah itu sebagai Tuhan yang patut disembah dan di-taati.

tafsir

Lalat Tidak Menajiskan Air

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasul S.A.W. pernah

bersabda: “Apabila terjatuh lalat ke dalam minuman

seseorang di antara kamu, maka hendalah dia membenamkannya, kemudian membuangkannya,

kerana sesungguhnya pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit, sedangkan pada

sayap yang lainnya terdapat penawar.” Riwayat Bukhari dan Abu Daud

Huraian Hadis

Boleh menenggelamkan lalat apabila ianya terjatuh ke dalam minuman iaitu dengan

menenggelamkan kedua-dua sayap dengan tidak mengangkatnya terlebih dahulu sekiranya la-

lat itu telah mati.

Sekiranya lalat itu masih hidup jangan meneggelamkan terlalu lama sehingga membawa kepa-

da berlaku kematian lalat itu di dalam minuman. Perbuatan ini perlu dijaga supaya air itu tidak

berlaku mutanajjis.

Ilmu perubatan moden mengakui kebenaran hikmah ini melalui mikroskop, bahawa pada sa-

yap kiri lalat terdapat zat yang tidak ada ubatnya kecuali dengan zat lain yang ada pada sayap

yang sebelah kanannya.

Sidang Redaksi

Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam

UUM Dengan kerjasama:

Unit Takmir Masjid , Pusat Islam UUM

Page 2: Gema Jumaat tafsir - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-26-2015.pdfkategori hak Allah jika perbuatan jenayah atau hukumannya itu berkaitan dengan kepent-ingan dan

m/s 3

Advantages of

Purification

Islam encourages us to

purification for goodness.

A part of :

First: Purification is the act

of fitrah.

Cleanliness and purities

are the main concern of

human being. Therefore,

in Islam it emphasizes on

t h e i m p o r t a n t o f

cleanliness towards the

ummah

Second: Preserving the

glory and greatness of the

muslim.

Humans being are

naturally tend to whom

perfectionist in-term of

cleanliness and love to sit

down together. Besides,

humans being feel hate,

underestimate, stay away

and do not want to sit

together with whom not

c o n c e r n a b o u t

cleanliness.

It is because Islam is

a religion that very

concerned in maintaining

the dignity and greatness

of individuals who believe

in Allah S.W.T, then Islam

c o m m a n d t o t h e

individual believer taking

care of hygiene because

it is respected among the

public.

Third: Maintaining health.

Hygiene is a very

important reason to

deprive human beings of

diseases. This is because

most of the disease

spread among humans is

due to impurities.

With clean body, washing

the face, two hands, nose

and two feet several

times a day to make

humans always protected

from any disease. This is

because all that’s part

constantly exposed to

impurities.

Fouth: Stand facing to

Allah S.W.T in a state of

pure and clean.

During prayers a servant

speaks to Allah S.W.T.

Then appropriately he/

she was in a good state

of zahir and batin, sincere

because Allah S.W.T love

people who care of

inner/outer beauty and

repentance from the sin.

Water is a one of the instrument for cleanliness

Water is a one of the instrument for cleanliness, for instance; rainwater, sea, wells, riv-

ers, springs and snow.

Water can divided into two categories are down from heaven and water out of the

earth.

Allah S.W.T said: "And we have sent down from the sky: clean pure water"

(Al-Furqan : 48)

Allah S.W.T said: "And (remember) it is revealed to you the rain from the sky to pure you with it"

(Al-Anfal : 11)

While the hadith from the Prophet, narrated by from Abu Hurayrah RA, he said, a friend

asked to prophet: "Ya Rasulullah! We sail in the sea, and bring a little water along with us. If we

take ablution with it and we will be thirsty. Do can we take ablution with sea water? The Prophet

PEACE BE UPON HIM said: water is pure and the contents (marine living) is halal. "

(Narrated by Abu Daud (83), al-Tarmizi (69), al-Nasaie (59), Ibn Majah (386), Ibn Abi Syaibah

(1/130), Ibn Khuzaimah (1/59), Malik (22), al-Syafie (1), dan Ahmad (7192), Al- Tarmizi)

The meaning of halal carcass is fish and related to eat was dead and can be eat with

slaughtered.

Concerns of Islam Towards Cleanness And Pureness Fadilat Solat Jemaah di Rumah

Apabila seorang lelaki bersolat secara berjemaah di ru-

mahnya sama ada bersama isterinya atau bersama isteri dan

anak-anaknya atau bersama khadamnya, adakah dengan cara

sedemikian mereka juga mendapat fadhilat pahala jemaah yang

sempurna iaitu dua puluh tujuh darjah sepertimana yang disebut da-

lam hadis Rasul S.A.W. ataupun sebaliknya? Sekiranya terhasil

ganjaran pahala tersebut, adakah untuk setiap kali berjamaah?

Hasil ganjaran pahala tersebut tetap akan dapat dengan se-

tiap kali berjamaah. Sebagaimana kita maklum, semakin

ramai bilangan ahli jamaah semakin afdhal. Berjamaah di masjid

lebih baik daripada berjemaah di surau. Berjamaah di surau lebih

baik daripada berjamaah dirumah.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Al Hakim: Jangan l ah k amu menyalakan api fitnah yang kamu sendiri tidak mampu memadamkannya.

Ayuh kita meriahkan pro-

gram kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Khamis & Jumaat–

KELAS ASAS TAJWID

MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4) -

DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua

dan keempat)-

PENGAJIAN FARDHU

AIN

Ahad- Khamis

BIMBINGAN AL QURAN

INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ Setiap Selasa bermula 10

Mac 2015 - KELAS

TALLAQQI AL QURAN

DAN IQRA’ 24 April 2015 - KURSUS

ASAS HAJI 28 April 2015 - KULIAH

BULANAN 5 Mei 2015– SEMINAR-

SIGNS OF THE CREA-

TOR Hubungi talian:

049282567/60/58/69/66/63

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

Twitter: Pusat Islam UUM@

Pusat IslamUUM14

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2015

Sekaligusجملة هذا السبوع : مرة واحدة :

دين( دي نك )دي نك( ؟ د )ستسد مت ستسدBila awak akan bayar hutang awak?

ل أزال أجع المال Saya masih lagi mengumpul duit.

قسيط؟ لماذا ل تدفع )تدفعني( بالت Kenapa awak tak bayar ansuran?

ين مرة واحدة د الد أريد أن أسدSaya nak bayar hutang itu sekaligus