agama hikmah gema jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-12-2013.pdfikrar,...

2
Membaca ayat Al-Quran untuk meminta sedekah Apakah hukum orang yang menjadikan al-Quran sebagai mata pencarian seperti mendatangi rumah orang tertentu lalu mem- baca al-Quran di muka pintu rumahnya dengan bertujuan un- tuk meminta sedekah atau mereka yang duduk di tepi-tepi ge- rai membaca al-Quran sambil menghulur tangan meminta sedekah atau mengambil upah membaca al-Quran di atas kubur. Apakah hukum semua perbuatan tersebut sedangkan ada hadis nabi melarang seseorang menggunakan al-Quran sebagai mata pencarian? Membaca al-Quran dengan cara dan tujuan seperti yang dinyatakan hukumnya adalah makruh tanzih kerana tidak memuliakan dan menghormatinya. Kebiasaannya tempat- tempat sedemikian kotor dan mungkin boleh mengganggu orang yang lalu-lalang. Adapun sabda Nabi yang bermaksud; “Bahawa sesungguhnya kamu boleh ambil hasil melalui upah mengajar kitab Allah itu.” Maksud- nya orang yang bersusah payah mengajar orang lain membaca al- quran, diharuskan mendapat sedikit upah sekadar yang diperlukan. Adapun hadis yang menyebut: “Bacalah olehmu akan al-Quran dan janganlah kamu mencari makan dengannya” adalah bermaksud supaya tidak ada orang yang menjadikan al-Quran (membaca dan mengajarnya) semata-mata sebagai mata pencarian rezeki. MUTIARA HIKMAH Berkata ahli sufi: Sesiapa yang takut pada Allah, nescaya semua ma- khluk takut padanya. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis - PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE- RAMAH KETRAMPILAN : INDAHNYA AKHLAK KERANA PERIBADI 17 November 2013- GOTONG ROYONG ME- MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO- HANAN BADMINTON BUKIT KACHI 22 November 2013 - KURSUS PERKAHWINAN ISLAM Hubungi talian:049285867/ 64/60/08/18/36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Nama sebenar Imam Nawawi ialah Yahya bin Syaraf bin Ha- san bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631H di Nawa, sebuah kam- pung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibuko- ta Syria. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudi- an pada tahun 649H ia memulai rihlah ilmiahnya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Imam Nawawi juga pernah digelar sebagai Muhyiddin (penghidup agama) namun beliau tidak menyukai gelaran tersebut. Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, dalam pelbagai bidang antaranya bidang hadis Arba’in, Riyadhus Salihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nad- zir, bidang fiqh: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’, bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat, bidang akhlak At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar. Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab 676H. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T Sifat Wajib Bagi Allah S.W.T Terbahagi Kepada Empat Bahagian Iaitu sifat yang menunjukkan maksud sifat itu sahaja dan tidak ada maksud yang lain daripadanya. Sifat tersebut satu sahaja iaitu (wujud), yang menunjuk- kan ada zat Allah S.W.T. Iaitu sifat yang menunjukkan menafi dan menidakkan perkara-perkara yang tidak layak bagi Allah S.W.T iaitu ada lima sifat (Qidam, Baqa’, Mukhala- fatuhu Lil-Hawadis, Qiamuhu Nafsih, Wahdaniah). Sebab dinamakan salbiah kerana fungsi sifat –sifat itu ialah menafikan keadaan yang tidak layak bagi S.W.T. Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu maksud yang berdiri pada zat Allah S.W.T. Ianya ada tujuh sifat (Qudrah, Iradah,Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, Kalam) Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu keadaan yang Allah S.W.T itu wajib berkuasa setelah ada baginya pekuasa. Sifat ini merupakan hal bagi sifat Allah S.W.T. itu, iaitu tujuh sifat ma’ni kerana dipandang dari hal keadaannya (Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu A’liman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sa- ma’an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mu- takalliman) Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 12/2013 1. Sifat Nafsiah: 2. Sifat Salbiah: 3. Sifat Ma’ni: 4. Sifat Ma’nawiah: Gema Jumaat

Upload: dangliem

Post on 04-Aug-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-12-2013.pdfIkrar, contoh : mempersenda ayat Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak Perbuatan, contoh : mendirikan/menyediakan

Membaca ayat Al-Quran untuk meminta sedekah

Apakah hukum orang yang menjadikan al-Quran sebagai mata

pencarian seperti mendatangi rumah orang tertentu lalu mem-

baca al-Quran di muka pintu rumahnya dengan bertujuan un-

tuk meminta sedekah atau mereka yang duduk di tepi-tepi ge-

rai membaca al-Quran sambil menghulur tangan meminta sedekah

atau mengambil upah membaca al-Quran di atas kubur. Apakah

hukum semua perbuatan tersebut sedangkan ada hadis nabi melarang

seseorang menggunakan al-Quran sebagai mata pencarian?

Membaca al-Quran dengan cara dan tujuan seperti yang

dinyatakan hukumnya adalah makruh tanzih kerana tidak

memuliakan dan menghormatinya. Kebiasaannya tempat-

tempat sedemikian kotor dan mungkin boleh mengganggu orang yang

lalu-lalang.

Adapun sabda Nabi yang bermaksud; “Bahawa sesungguhnya

kamu boleh ambil hasil melalui upah mengajar kitab Allah itu.” Maksud-

nya orang yang bersusah payah mengajar orang lain membaca al-

quran, diharuskan mendapat sedikit upah sekadar yang diperlukan.

Adapun hadis yang menyebut: “Bacalah olehmu akan al-Quran

dan janganlah kamu mencari makan dengannya” adalah bermaksud

supaya tidak ada orang yang menjadikan al-Quran (membaca dan

mengajarnya) semata-mata sebagai mata pencarian rezeki.

MUTIARA

HIKMAH

Berkata ahli sufi: Sesiapa yang takut pada Allah, nescaya semua ma-khluk takut padanya.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis - PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ 14 November 2013 - CE-

RAMAH KETRAMPILAN :

INDAHNYA AKHLAK

KERANA PERIBADI 17 November 2013-

GOTONG ROYONG ME-

MASAK BUBUR ASYURA 22 November 2013– KEJO-

HANAN BADMINTON

BUKIT KACHI 22 November 2013 -

KURSUS PERKAHWINAN

ISLAM Hubungi talian:049285867/

64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Nama sebenar Imam Nawawi ialah Yahya bin Syaraf bin Ha-san bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631H di Nawa, sebuah kam-pung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibuko-ta Syria. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudi-an pada tahun 649H ia memulai rihlah ilmiahnya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Imam Nawawi juga pernah digelar sebagai Muhyiddin (penghidup agama) namun beliau tidak menyukai gelaran tersebut.

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang

terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, dalam pelbagai bidang antaranya bidang hadis Arba’in, Riyadhus Salihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nad-zir, bidang fiqh: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’, bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat, bidang akhlak At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar. Imam Nawawi meninggal dunia pada 24 Rejab 676H.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

Sifat Wajib Bagi Allah S.W.T Terbahagi Kepada Empat Bahagian

Iaitu sifat yang menunjukkan maksud sifat itu sahaja dan tidak ada maksud

yang lain daripadanya. Sifat tersebut satu sahaja iaitu (wujud), yang menunjuk-

kan ada zat Allah S.W.T.

Iaitu sifat yang menunjukkan menafi dan menidakkan perkara-perkara

yang tidak layak bagi Allah S.W.T iaitu ada lima sifat (Qidam, Baqa’, Mukhala-

fatuhu Lil-Hawadis, Qiamuhu Nafsih, Wahdaniah). Sebab dinamakan salbiah

kerana fungsi sifat –sifat itu ialah menafikan keadaan yang tidak layak bagi S.W.T.

Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu maksud yang berdiri pada zat Allah

S.W.T. Ianya ada tujuh sifat (Qudrah, Iradah,Ilmu, Hayat, Sama’, Bashar, Kalam)

Iaitu sifat yang menunjukkan ada suatu keadaan yang Allah S.W.T itu wajib

berkuasa setelah ada baginya pekuasa. Sifat ini merupakan hal bagi sifat Allah

S.W.T. itu, iaitu tujuh sifat ma’ni kerana dipandang dari hal keadaannya (Kaunuhu

Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu A’liman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sa-

ma’an, Kaunuhu Basiran, Kaunuhu Mu-

takalliman)

Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 12/2013

1. Sifat Nafsiah:

2. Sifat Salbiah:

3. Sifat Ma’ni:

4. Sifat Ma’nawiah:

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-12-2013.pdfIkrar, contoh : mempersenda ayat Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak Perbuatan, contoh : mendirikan/menyediakan

m/s 2

AMALAN UNTUK MASUK SYURGA AMALAN UNTUK MASUK SYURGA Daripada Abu Ayyub Khalid Bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah S.A.W, “ Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, diri-kanlah solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturrahim”. Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

Semua jenis ibadat di atas akan diberikan ganjaran pahala dan dijanjikan dengan syurga

selagi aqidahnya tidak rosak.

Perkara yang boleh merosakkan aqidah sehingga menjejaskan amal ibadat kita boleh berla-

ku dengan tiga jenis ;

I’tikad (niat), contoh : tidak percaya kewujudan perkara ghaib, pahala dan dosa.

Ikrar, contoh : mempersenda ayat Al-Quran, Hadith dan Ijmak Ulamak

Perbuatan, contoh : mendirikan/menyediakan tempat ibadat untuk upacara keaga-

maan selain daripada agama Islam.

Mengeratkan hubungan silaturrahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh

Islam.

TANDA BACAAN

TANDA BACAAN

TANDA

BACAAN CONTOH

Bacaan panjang lebih dua harakat

) ~ (

Empat,lima atau enam hara-

kat.

جآء جيئ سوء

Tanwin/Baris Dua

( )

Bacaan dengan bunyi nun

عليما عليم عليم

m/s 3

“ UJIAN HIDUP”

Bertaqwalah kepada Allah wahai sekelian Hamba Allah dengan melakukan segala suruhanNya

dan meninggalkan segala laranganNya. Maksud Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 31: “ Dan

sesungguhnya Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang Yang Mengaku Beriman) sehingga tern-

yata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang

yang sabar, (dalam menjalankan perintah kami) dan sehingga kami dapat mengesahkan berita-berita ten-

tang keadaan kamu.”

Manusia sentiasa diuji dengan pelbagai kerenah kehidupan, sama ada kecil mahupun besar, sa-

ma ada mudah ataupun sukar. Ujian kehidupan akan meningkatkan kematangan dan menilai sejauhmana

keimanan seseorang kepada Allah Azza Wajalla. Maksud Firman Allah dalam surah Al-Ankabut: ayat 2

-3: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami

beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah

menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa

yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang

diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.

Segala kejadian yang dicipta Allah baik berupa kenikmatan dan kemakmuran mahupun berupa

bala bencana dan kesakitan sesungguhnya mempunyai maksud tersendiri yang Allah saja menge-

tahuinya. Boleh jadi sesuatu kemudaratan itu lebih baik bagi seseorang berbanding kenikmatan yang jika

dianugerahkan boleh melupakan seseorang kepada Yang Maha Pencipta. Firman Allah dalam surah Al

Mulk ayat 67, maksudnya, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk

menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal

kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.

Manusia seharusnya tidak berputus asa dengan Rahmat Allah kepada setiap hambaNya. Jangan-

lah diukur bahawa penderitaan itu manifestasi kemurkaan Allah dan kesenangan pula sebagai pen-

erimaan Allah. Kadangkala Allah melaksanakan hukum “Istidraj” yang melekakan dan melalaikan kepa-

da sesetengah hambaNya yang fasik dan berbuat maksiat sebagai ujian yang maha berat untuk mereka.

Mereka kelihatan senang lenang dan mewah tetapi hakikatnya mereka semakin menjauh dari Rahmat

Allah.

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 17 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan

untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak di-

pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di-

pergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi)

tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan

mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Selamat Menyambut MAAL HIJRA 1435 dari Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pusat Islam UUMIslam UUMIslam UUM