agama gema jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-18-2014.pdf · firman...

2
Jamak & Qasar Jika tempat yang ditujunya mempunyai dua jalan, satu pan- jang (dua marhalah atau lebih) dan satu lagi pendek (tidak sampai dua marhalah) bolehkah seorang itu jamak atau qasar apabila dia melalui jalan yang panjang? Sekiranya dia melalui jalan yang panjang itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti jalannya mudah atau tujuan menziarah atau keselamatannya terjamin dan sebagainya maka hukumnya harus dilakukan solat itu dengan jamak atau qasar. Tetapi jika tidak ada tujuan tertentu melainkan hanyalah sekadar hendak qasar atau jamak sahaja maka tidak harus dia jamak atau qasar menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie. Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar. MUTIARA HIKMAH Berkata Bijaksana: Sebaik-baik pem- berian adalah aqal dan se- buruk-buruk musibah ada- lah jahil. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis (minggu 1&4) - DAURAH ILMU Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ Mulai 24 Januari 2014- KURSUS HAJI BERSIRI 20 April 2014 - CERAMAH BIO TERAPI SOLAT 21-22 April 2014 - BENGKEL ASAS ILMU FALAK 25 April 2014– KURSUS PRA PERKAHWINAN IS- LAM 29 April 2014 - BENGKEL PENGHAYATAN SIFAT SOLAT NABI Hubungi talian: 049282567/60/58/69/66/6 3 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014 Abul Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani, terkenal dengan sebutan Ibnu Taimiyah. Lahir pada 22 Januari1263/10 Rabiul Awwal 661H. Beliau adalah seorang pemikir dan ula- ma Islam dari Harran,Turki. Beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama. Ayahnya Syihabuddin bin Taimiyah adalah seorang syaikh, hakim, dan khatib. Datuknya Majduddin Abul Birkan Abdussalam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani ada- lah seorang ulama yang menguasai fiqih, hadits, tafsir, ilmu usul dan hafiz. Ibnu Taimiyah lahir ketika Baghdad merupakan pusat kekuasaan dan budaya Islam pada masa Dinasti Abbasiyah. Ketika berusia 6 tahun beliau diba- wa ayahnya ke Damaskus disebabkan serbuan tentara Mongol atas Irak. Ia bela- jar dengan ramai guru dan memperoleh berbagai macam ilmu diantaranya ilmu matematik, khat, nahu dan usul fiqh. Semasa usia muda, beliau telah hafal Al- Qur'an. Pada usia 19, beliau telah memberi fatwa dalam masalah keagamaan. Ibnu Taimiyah amat menguasai ilmu rijalul hadits (perawi hadits) yang berguna dalam menelusuri hadits dari periwayat . Beliau memahami semua hadits yang terdapat dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad dan memiliki kehebatan yang luar biasa dalam berhujjah, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan para mufassir atau ahli tafsir. Karya-karyanya terkenal antaranya adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam. Ibnu Taimiyah wafat di dalam penjara Qal`ah Dimasyq disaksikan oleh salah seorang muridnya Ibnul Qayyim, ketika beliau sedang membaca Al- Qur'an surah Al-Qamar yang berbunyi " Innal Muttaqina fi jannatin wanaharin" . Ia berada di penjara ini selama 2 tahun 3 bulan dan beberapa hari, mengalami sakit lebih dari 20 hari. Ia wafat pada tanggal 20 Zulhijjah 728H, dan dikubur- kan pada waktu Asar di samping kuburan saudaranya, Syaikh Jamal Al-Islam Syarafuddin. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T Sama’, Basar Sama’, Basar Sama’, Basar (SIFAT MA’ANI) (SIFAT MA’ANI) (SIFAT MA’ANI) Sama’ – Allah S.W.T Mendengar Basar – Allah S.W.T Melihat Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada suatu yang luput dari pendengaran-Nya walaupun amat perlahan dan halus. Tiada suatu yang terlepas dari penglihatan -Nya walaupun terlalu kecil dan seni sekalipun. Pendengaran-Nya tidak dihalang jarak yang jauh dan penglihatan-Nya tidak dihalang oleh tabir yang gelap. Allah S.W.T mendengar dan melihat tidak sep- erti makhluk yang memerlukan mata, telinga atau dengan menggunakan perantaraan. Hala ini kerana sifatnya tidak menyerupai sebarang sifat makhluk dan Zatnya tidak sama sekali sebanding dengan apa-apa makhluk. Firman Allah S.W.T dari surah Al-Mujadalah ayat 1 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Mu- hammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang me- nyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Ma- ha Mendengar, lagi Maha MelihatFirman Allah S.W.T dari surah Al-Kahfi ayat 26 yang bermaksud: “ Katakanlah (wahai Mu- hammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu penge- tahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tid- ak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapa- pun masuk campur dalam hukumNya.” Sifat Sama’ dan Basar ada 3 ta’luq: Suluhi Qadim Suluhi Qadim Suluhi Qadim : Ertinya kemampuan pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T berkuat kuasa dari dulu lagi seperti pendengaran, penglihatan Allah S.W.T kepada sesuatu itu telahpun wujud sebelum dijadikan sesuatu lagi. Tanjizil Qadim Tanjizil Qadim Tanjizil Qadim: Ertinya terlaksana pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T itu pada azali seperti Allah mendengar dan melihat kepada sesuatu itu telah terlaksana sebelum wujud sesuatu itu lagi. Tanjizil Hadis Tanjizil Hadis Tanjizil Hadis: Ertinya terlaksana pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T itu ketika dijadikan alam ini. Seperti pendengaran dan penglihatan yang ada pada Allah S.W.T terus terlaksana keti- ka ia menjadikan alam ini. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9282563/64/6758 BIL 18/2014 Sama’ Basar Gema Jumaat

Upload: lykiet

Post on 16-Jun-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-18-2014.pdf · Firman Allah S.W.T dari surah Al-Kahfi ayat 26 yang bermaksud: “ Katakanlah (wahai Mu-hammad):

Jamak & Qasar Jika tempat yang ditujunya mempunyai dua jalan, satu pan-jang (dua marhalah atau lebih) dan satu lagi pendek (tidak sampai dua marhalah) bolehkah seorang itu jamak atau

qasar apabila dia melalui jalan yang panjang?

Sekiranya dia melalui jalan yang panjang itu mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti jalannya mudah atau tujuan menziarah atau keselamatannya terjamin dan sebagainya

maka hukumnya harus dilakukan solat itu dengan jamak atau qasar. Tetapi jika tidak ada tujuan tertentu melainkan hanyalah sekadar hendak qasar atau jamak sahaja maka tidak harus dia jamak atau qasar menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.

Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Bijaksana: Sebaik-baik pem-berian adalah aqal dan se-buruk-buruk musibah ada-lah jahil.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4) -

DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ Mulai 24 Januari 2014-

KURSUS HAJI BERSIRI 20 April 2014 - CERAMAH

BIO TERAPI SOLAT 21-22 April 2014 -

BENGKEL ASAS ILMU

FALAK 25 April 2014– KURSUS

PRA PERKAHWINAN IS-

LAM 29 April 2014 - BENGKEL

PENGHAYATAN SIFAT

SOLAT NABI Hubungi talian:

049282567/60/58/69/66/6

3

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014

Abul Abbas Taqiuddin Ahmad bin Abdus Salam bin Abdullah bin

Taimiyah al Harrani, terkenal dengan sebutan Ibnu Taimiyah. Lahir pada 22

Januari1263/10 Rabiul Awwal 661H. Beliau adalah seorang pemikir dan ula-

ma Islam dari Harran,Turki.

Beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama. Ayahnya

Syihabuddin bin Taimiyah adalah seorang syaikh, hakim, dan khatib. Datuknya

Majduddin Abul Birkan Abdussalam bin Abdullah bin Taimiyah al Harrani ada-

lah seorang ulama yang menguasai fiqih, hadits, tafsir, ilmu usul dan hafiz.

Ibnu Taimiyah lahir ketika Baghdad merupakan pusat kekuasaan dan

budaya Islam pada masa Dinasti Abbasiyah. Ketika berusia 6 tahun beliau diba-

wa ayahnya ke Damaskus disebabkan serbuan tentara Mongol atas Irak. Ia bela-

jar dengan ramai guru dan memperoleh berbagai macam ilmu diantaranya ilmu

matematik, khat, nahu dan usul fiqh. Semasa usia muda, beliau telah hafal Al-

Qur'an. Pada usia 19, beliau telah memberi fatwa dalam masalah keagamaan.

Ibnu Taimiyah amat menguasai ilmu rijalul hadits (perawi hadits) yang berguna

dalam menelusuri hadits dari periwayat . Beliau memahami semua hadits yang

terdapat dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad dan memiliki kehebatan yang

luar biasa dalam berhujjah, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan

kelemahan para mufassir atau ahli tafsir. Karya-karyanya terkenal antaranya

adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam.

Ibnu Taimiyah wafat di dalam penjara Qal`ah Dimasyq disaksikan oleh

salah seorang muridnya Ibnul Qayyim, ketika beliau sedang membaca Al-

Qur'an surah Al-Qamar yang berbunyi "Innal Muttaqina fi jannatin wanaharin".

Ia berada di penjara ini selama 2 tahun 3 bulan dan beberapa hari, mengalami

sakit lebih dari 20 hari. Ia wafat pada tanggal 20 Zulhijjah 728H, dan dikubur-

kan pada waktu Asar di samping kuburan saudaranya, Syaikh Jamal Al-Islam

Syarafuddin.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T Sama’, Basar Sama’, Basar Sama’, Basar (SIFAT MA’ANI)(SIFAT MA’ANI)(SIFAT MA’ANI)

Sama’ – Allah S.W.T Mendengar Basar – Allah S.W.T Melihat Allah S.W.T Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada suatu yang luput

dari pendengaran-Nya walaupun amat perlahan dan halus. Tiada suatu yang terlepas dari penglihatan-Nya walaupun terlalu kecil dan seni sekalipun. Pendengaran-Nya tidak dihalang jarak yang jauh dan penglihatan-Nya tidak dihalang oleh tabir yang gelap. Allah S.W.T mendengar dan melihat tidak sep-erti makhluk yang memerlukan mata, telinga atau dengan menggunakan perantaraan. Hala ini kerana sifatnya tidak menyerupai sebarang sifat makhluk dan Zatnya tidak sama sekali sebanding dengan apa-apa makhluk. Firman Allah S.W.T dari surah Al-Mujadalah ayat 1 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Mu-hammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang me-nyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Ma-ha Mendengar, lagi Maha Melihat” Firman Allah S.W.T dari surah Al-Kahfi ayat 26 yang bermaksud: “ Katakanlah (wahai Mu-hammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu penge-tahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tid-ak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapa-pun masuk campur dalam hukumNya.” Sifat Sama’ dan Basar ada 3 ta’luq: Suluhi Qadim Suluhi Qadim Suluhi Qadim : Ertinya kemampuan pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T berkuat kuasa dari dulu lagi seperti pendengaran, penglihatan Allah S.W.T kepada sesuatu itu telahpun wujud sebelum dijadikan sesuatu lagi. Tanjizil QadimTanjizil QadimTanjizil Qadim: Ertinya terlaksana pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T itu pada azali seperti Allah mendengar dan melihat kepada sesuatu itu telah terlaksana sebelum wujud sesuatu itu lagi.

Tanjizil HadisTanjizil HadisTanjizil Hadis: Ertinya terlaksana pendengaran dan penglihatan Allah S.W.T itu ketika dijadikan alam ini. Seperti pendengaran dan penglihatan yang ada pada Allah S.W.T terus terlaksana keti-ka ia menjadikan alam ini. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9282563/64/6758

BIL 18/2014

Sama’

Basar

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-18-2014.pdf · Firman Allah S.W.T dari surah Al-Kahfi ayat 26 yang bermaksud: “ Katakanlah (wahai Mu-hammad):

m/s 2

Kejahatan dan Kebaikan Dibalas Dengan Kebaikan Kejahatan dan Kebaikan Dibalas Dengan Kebaikan Kejahatan dan Kebaikan Dibalas Dengan Kebaikan

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: ”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada

pendirian dan berkata: Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika

mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, ber-

buat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka”. Riwayat at-Tirmidzi

Huraian Hadith:

Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak

kesusahan, bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak

pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan

apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkan-

lah akhlak yang baik terhadap mereka yang berakhlak buruk, agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut

akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh.

Orang Islam juga hendaklah berpendirian teguh atas akhlak Islam, ini kerana orang yang lemah pendiri-

annya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya lalu dengan mudah cenderung untuk

melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain.

Orang yang tidak mempunyai ilmu atau tidak yakin dengan ilmunya atau tidak beriman dengan Allah

S.W.T dengan sebenar-benarnya pasti mudah terpengaruh dengan hasutan jahat dan khianat syaitan dari

kalangan manusia atau jin.

MAKHRAJ HURUF(TEMPAT KELUAR HURUF)

BIL BAHAGIAN HURUF

1. Rongga Mulut Huruf mad

تا / تى / تو

2. Halqum

1.Pangkal Halqum

2.Tengah Halqum

3.Hujung Halqum

ه / ء

ح / ع

خ / غ

m/s 3

“““HIKMAH DI SEBALIK KETENTUAN ALLAH SWTHIKMAH DI SEBALIK KETENTUAN ALLAH SWTHIKMAH DI SEBALIK KETENTUAN ALLAH SWT”.”.”.

Beriman kepada qada’ dan qadar merupakan rukun Islam yang keenam dan ia bermaksud mem-

percayai bahawa Allah S.W.T adalah Zat yang Maha Berkuasa untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang

ada di seluruh alam dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa campur tangan kuasa lain.

Setiap muslimin hendaklah yakin bahawa sesuatu perkara yang telah berlaku, atau yang sedang berla-

ku, dan yang akan berlaku, kesemuanya adalah tertakluk di bawah kehendak Allah SWT. Perjalanan di alam

semesta ini, semuanya sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan oleh-Nya sejak azali

mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Furqan

ayat 2 yang bermaksud: “Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai

anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahan-Nya; dan Dialah yang mencipta tiap-tiap

sesuatu lalu menentukan keadaannya dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Sebagai seorang yang beriman, maka kita hendaklah menerima segala ketentuan Allah S.W.T dengan

penuh rasa keinsafan dengan merasakan bahawa betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah S.W.T. Oleh sebab itu

setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita ini pasti terkandung ribuan hikmah yang sememangnya

menguji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Ankabut ayat 3

yang bermaksud:“Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan

terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.”

Imam Ibnu Katsir menjelaskan dalam kitab tafsirnya: “Agar dibezakan orang yang benar dalam

pengakuannya dari orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya. Sedangkan Allah S.W.T Maha Menge-tahui apa yang telah terjadi, yang sedang terjadi, dan yang akan terjadi. Allah juga mengetahui cara terjadi

sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini juga menjadi pegangan dan kesepakatan para imam Ahlus Sunnah wal Ja-

maah.”

Mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan

yang wajib dilalui oleh semua manusia adalah wajib bagi orang yang beriman. Allah S.W.T berfirman dalam

surah an-Nisaa’ ayat 78 yang bermaksud: “Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu(bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kuat”.

Justeru itu, yakinlah bahawa kekuasaan Allah S.W.T mengatasi segala-galanya. Oleh sebab itu kita

sebagai hamba yang beriman seharusnya melihat setiap ketentuan Allah S.W.T itu sebagai satu ujian daripada

Yang Maha Esa dan menerimanya dengan penuh kesabaran.

Maka mimbar yang mulia ini menyeru semua pihak untuk bersabar di atas ketentuan qada’ dan qadar

Allah SWT yang sedang menimpa negara kita dan menyedari ianya adalah hak mutlak Allah S.W.T. Tariklah

nafas keimanan dan bersabarlah, mudah mudahan dengan kita bersabar ini, rahmat Allah S.W.T akan bersama

dengan kita. Ingatlah bahawa kesabaran saat ditimpa musibah dan kesulitan yang tidak diinginkan adalah

senjata bagi orang yang beriman untuk merubah segala kesulitan yang dihadapi itu dengan penuh ketabahan.

Marilah sekalian umat Islam sama-sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T agar diberi kekuatan dan

ketenangan kepada kaum keluarga yang terlibat dalam peristiwa MH370 ini. Inilah masanya, seluruh rakyat

Malaysia mesti bersatu hati, bertindak dengan penuh kematangan, berfikir dengan kebijaksanaan dan berilah

kepercayaan serta sokongan kepada segala usaha pencarian yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan.

Semoga usaha-usaha tersebut dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Ingatlah segala ketentuan yang berlaku ini

adalah qada’ dan qadar Allah S.W.T yang mempunyai pelbagai hikmah di sebaliknya.