agama hikmah gema jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/bil-3-2013.pdf ·...

2
Taubat Ketika Zahir Tanda Akhir Kiamat Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku), adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat orang yang bertaubat? Adakah pada masa itu diterima orang kafir yang hendak memeluk Islam? Adakah pada masa itu amalan soleh masih diangkat kepa- da Allah SWT? Adakah ketika itu orang Islam masih wajib ber- solat? Kalau masih diwajibkan, bagaimanakah pula cara mengerjakannya? Pada saat itu Allah tidak akan menerima lagi taubat orang mukallaf mahupun orang yang melakukan maksiat, begitu juga Allah tidak akan menerima keislaman orang kafir yang ingin memeluk Islam. Adapun segala amalan soleh dan juga segala amalan-amalan sunat masih diangkat dan dibawa mengadap Allah SWT kerana segala hukum wajib dan sunat masih kekal seperti keadaannya. Manakala matahari akan terus naik sehingga ge- lincirnya dan selepas itu kembali turun seperti kebiasaannya. Sumber: Kitab Furu’ Masail MUTIARA HIKMAH Berkata Yusuf As Sibaie: Manusia menjadi hamba kepada tuntutan dunia se- hinggalah ia dimerdekakan oleh kematian. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Khamis (minggu pertama dan ketiga) -PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dabn keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Setiap Jumaat- KURSUS ASAS HAJI BERSIRI Ahad- Khamis- BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis- KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ Selasa– KELAS HAFAZAN AL QURAN 4-6 April 2013– NADWAH KEPIMPINAN ISLAM 22– 23 April 2013– HALAQAH BERSAMA ULA- MA’ Hubungi talian... 049285867/64/60/08/18/36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Abu Mansor Al-Maturidi (333H) Nama penuhnya Muhammad bin Muhammad Al-Maturidi. Dilahirkan disuatu tempat yang bernama Maturidi. Seorang ahli ilmu kalam yang terkemuka yang hidup semasa zaman Abu Hasan Al-Asya’ri. Ahli pengkaji sejarah tidak dapat menentukan dengan tepat tarikh kelahiran beliau. Tetapi dianggarkan kira-kira pertengahan abad ketiga hijrah. Beliau mempelajari ilmu fiqh dan ilmu kalam dengan seorang guru yang bermazhab Hanafi bernama Nasir bin Yahya Al-Balkhi, meninggal pada tahun 268H. Al-Maturidi berpendapat bahawa Allah itu suci daripada membuat perkara yang sia-sia dan segala perbuatannya mengandungi hikmah dan sebab-sebab yang tertentu kerana Allah itu maha bijaksana. Kehendak Allah tidak dipaksa kerana Allah itu mempunyai kemahuan sendiri dan bebas melakukan sesuatu yang Dia kehendaki. AZHAB Tiap-tiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan adalah wajib menuntut ilmu bila sudah sam- pai umur taklif (berakal lagi baligh). Ilmu yang wajib diberi penekanan iaitu berkaitan dengan ilmu Fardhu A’in seperti ilmu Tauhid, Fekah, Akhlak dan Tasawuf. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahlu ayat 43 yang bermaksud: ”Hendaklah kamu bertan- ya (belajar) kepada orang yang tahu dan pandai jika kamu tidak menge- tahui”. Nabi Muhammad SAW menekankan kewajipan menuntut ilmu sebagaimana sabda bag- inda yang bermaksud :”Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.” Riwayat Ahmad. Seseorang yang mengerjakan ibadah kepada Allah SWT, sebanyak manapun akan menjadi sia-sia sekiranya ibadah yang dikerjakan itu tanpa ilmu yang betul mengi- kut Ilmu Tauhid, Syara’ dan Tasawuf. Malah segala ibadah itu akan mengundang kemurkaan daripada Allah SWT kerana mengerjakannya dengan cara yang salah. Golon- gan yang mempunyai ilmu pula wajib beramal dengan ilmunya supaya tidak diazab di akhirat ke- lak. Malik bin Dinar pernah berkata: ‘Sesungguhnya orang yang berilmu jika tidak beramal dengan ilmunya, nescaya hilang- lah mau’izah (peringatannya) daripada hati, seperti hilangnya titisan air hujan yang mengalir di atas batu yang licin. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang Unit Penyelidikan, Pen- erbitan dan Perundingan Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid Pusat Islam UUM Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60 BIL 3/2013 Gema Jumaat

Upload: lehuong

Post on 04-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-3-2013.pdf · amalan-amalan sunat masih diangkat dan dibawa mengadap Allah ... Berkata Yusuf As Sibaie:

Taubat Ketika Zahir Tanda Akhir Kiamat

Apabila didapati matahari terbit di sebelah barat (menandakan kiamat hampir berlaku), adakah pada ketika itu Allah akan menerima taubat orang yang bertaubat?

Adakah pada masa itu diterima orang kafir yang hendak memeluk Islam? Adakah pada masa itu amalan soleh masih diangkat kepa-da Allah SWT? Adakah ketika itu orang Islam masih wajib ber-solat? Kalau masih diwajibkan, bagaimanakah pula cara mengerjakannya?

Pada saat itu Allah tidak akan menerima lagi taubat orang mukallaf mahupun orang yang melakukan maksiat, begitu juga Allah tidak akan menerima keislaman orang kafir yang

ingin memeluk Islam. Adapun segala amalan soleh dan juga segala amalan-amalan sunat masih diangkat dan dibawa mengadap Allah SWT kerana segala hukum wajib dan sunat masih kekal seperti keadaannya. Manakala matahari akan terus naik sehingga ge-lincirnya dan selepas itu kembali turun seperti kebiasaannya. Sumber: Kitab Furu’ Masail

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Yusuf As Sibaie: Manusia menjadi hamba kepada tuntutan dunia se-hinggalah ia dimerdekakan oleh kematian.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Khamis (minggu pertama

dan ketiga) -PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis- BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis- KELAS ASAS

TAJWID MUSLIMAT

Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

Selasa– KELAS HAFAZAN

AL QURAN

4-6 April 2013– NADWAH

KEPIMPINAN ISLAM

22– 23 April 2013–

HALAQAH BERSAMA ULA-

MA’

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Abu Mansor Al-Maturidi (333H) Nama penuhnya Muhammad bin Muhammad Al-Maturidi.

Dilahirkan disuatu tempat yang bernama Maturidi. Seorang ahli ilmu

kalam yang terkemuka yang hidup semasa zaman Abu Hasan Al-Asya’ri.

Ahli pengkaji sejarah tidak dapat menentukan dengan tepat tarikh

kelahiran beliau. Tetapi dianggarkan kira-kira pertengahan abad ketiga

hijrah. Beliau mempelajari ilmu fiqh dan ilmu kalam dengan seorang guru

yang bermazhab Hanafi bernama Nasir bin Yahya Al-Balkhi, meninggal

pada tahun 268H.

Al-Maturidi berpendapat bahawa Allah itu suci daripada membuat

perkara yang sia-sia dan segala perbuatannya mengandungi hikmah dan

sebab-sebab yang tertentu kerana Allah itu maha bijaksana. Kehendak

Allah tidak dipaksa kerana Allah itu mempunyai kemahuan sendiri dan

bebas melakukan sesuatu yang Dia kehendaki.

AZHAB

Tiap-tiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan adalah wajib menuntut ilmu bila sudah sam-pai umur taklif (berakal lagi baligh). Ilmu yang wajib diberi penekanan iaitu berkaitan dengan ilmu Fardhu A’in seperti ilmu Tauhid, Fekah, Akhlak dan Tasawuf. Allah SWT berfirman dalam surah An-Nahlu ayat 43 yang bermaksud: ”Hendaklah kamu bertan-ya (belajar) kepada orang yang tahu dan pandai jika kamu tidak menge-tahui”.

Nabi Muhammad SAW menekankan kewajipan menuntut ilmu sebagaimana sabda bag-inda yang bermaksud :”Menuntut ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.” Riwayat Ahmad.

Seseorang yang mengerjakan ibadah kepada Allah SWT, sebanyak manapun

akan menjadi sia-sia sekiranya ibadah yang dikerjakan itu tanpa ilmu yang betul mengi-

kut Ilmu Tauhid, Syara’ dan Tasawuf. Malah segala ibadah itu akan mengundang

kemurkaan daripada Allah SWT kerana mengerjakannya dengan cara yang salah. Golon-

gan yang mempunyai ilmu pula wajib beramal

dengan ilmunya supaya tidak diazab di akhirat ke-

lak.

Malik bin Dinar pernah berkata:

‘Sesungguhnya orang yang

berilmu jika tidak beramal

dengan ilmunya, nescaya hilang-

lah mau’izah (peringatannya)

daripada hati, seperti hilangnya

titisan air hujan yang mengalir di

atas batu yang licin. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang

Unit Penyelidikan, Pen-erbitan dan Perundingan

Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal

Masjid Pusat Islam UUM

Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60

BIL 3/2013

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA HIKMAH Gema Jumaat - pusatislam.uum.edu.mypusatislam.uum.edu.my/images/BIL-3-2013.pdf · amalan-amalan sunat masih diangkat dan dibawa mengadap Allah ... Berkata Yusuf As Sibaie:

m/s 2

Dengan Islam

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.” (Riwayat Muslim) Huraian Hadis: Istiqamah ialah memelihara batas-batas syarak dengan melakukan segala suruhan wajib dan mengambil berat suruhan sunat serta meninggalkan perkara-perkara yang haram dan berusaha supaya tidak melakukan perkara-perkara makruh. Saidina Umar al-Khatab RA berkata: Istiqamah itu ialah melakukan suruhan dan menjauhi larangan, dan tidak menyimpang ke sana dan ke sini seperti kelakuan seekor musang.

Dakwaan beriman semata-mata tidak memadai jika tidak dibuktikan dengan amalan yang betul mengikut syarak. Ini kerana amalan zahir baik atau buruk itu adalah terjemahan kepada iman yang tersemat di dalam jantung hati.

Orang-orang Mukmin wajiblah istiqamah mengerjakan ibadat fardu dan mengambil berat ibadat sunat bukan dengan cara bermusim seumpama apabila datangnya bulan Ramadan, umat Islam berpusu-pusu ke masjid, apabila tiba bulan Rabiulawal ramai yang mengamalkan sunnah Rasul namun apabila lenyapnya bulan-bulan ini kita kembali ke tabiat asal.

Iman adalah perkara asas di dalam Islam, oleh itu tingkatkanlah keimanan kerana dengan iman yang kuat akan mendorong seseorang untuk beristiqamah melakukan ibadah wajib dan sunat seikhlas-ikhlasnya dan melahirkan diri sebagai seorang hamba Allah.

m/s 3

“MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya di muka bumi ini ada-

lah nikmat keamanan dan kesejahteraan. Kedua-dua nikmat ini mampu membawa hamba-Nya ke

arah kehidupan yang harmoni dan kemajuan yang tidak terhingga nilainya.

Sebagai seorang muslim, kita perlu sedar bahawa membentuk kehidupan individu, keluarga

dan masyarakat yang aman dan sejahtera merupakan sunnah para nabi. Ini dapat dihayati melalui

kisah nabi Allah Ibrahim as seawal beliau sampai ke bumi Mekah al-Mukarramah.

Nabi Allah Ibrahim mengetahui bahawa keamanan adalah lambang kesejahteraan dan keba-

hagiaan diri dan masyarakat. Dengan keamanan,manusia mampu mencapai segala kebahagiaan,

ketenangan, kebaikan dan juga mampu melakukan pembaharuan yang diimpikan oleh manusia.

Menyuburkan dan mengekalkan keamanan adalah amat penting bagi sesebuah masyarakat.

Ini kerana;

Dapat menjamin kehidupan yang harmoni.

Dapat menjadikan kita umat yang dihormati dan disegani bangsa lain.

Dapat memberikan keselesaan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. tanpa dibayangi perasaan

takut dan bimbang.

Merealisasikan objektif agama Islam iaitu sebagai rahmat kepada seluruh alam, samada manusia

dan juga makhluk lain.

Sejarah juga mencatatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. telah membuat perjanjian dengan

kabilah dan puak yang mempunyai pelbagai budaya dan fahaman sebaik sahaja tiba di kota Madinah.

Maka terhasillah Piagam Madinah atau Perlembagaan Madinah di mana intipati utama adalah kea-

manan dan kesejahteraan.

Justeru itu, untuk merealisasikan keamanan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara

semua pihak hendaklah memainkan peranan bermula daripada peringkat individu, masyarakat dan

pemimpin negara bertanggungjawab melaksanakannya menurut kehendak penciptanya. Hal ini

kerana pencipta lebih mengetahui acuan dan cara pembentukan yang sebenar supaya makhluk-Nya

terus hidup dalam keamanan. Contoh yang boleh kita gambarkan di sini pembuat kereta proton ten-

tunya lebih mengetahui cara menggunakan dan mentadbirnya. Hal ini supaya kereta itu berfungsi

dengan baik dan sampai ke destinasi yang dituju.

Pemimpin dan rakyat hendaklah sama-sama mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Allah

sebagai Penciptanya yang Maha Mengetahui dan tidak terbatas jika dibandingkan dengan kita yang

memiliki akal yang terbatas.

Pengajaran yang dapat sama-sama kita hayati daripada khutbah ini mengajar kita supaya sa-

ma-sama memahami dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh sebagaimana yang telah

termaktub dalam Al Quran dan Sunnah. Bersama-sama menghayati konsep keamanan dan kese-

jahteraan sebagaimana dianjurkan oleh Islam agar kita menjadi negara yang aman dan sejahtera dan

dirahmati Allah SWT.