gaya hidup sihat

2
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Amalan Gaya Hidup Sihat Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan kepentingan amalan gaya hidup sihat kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui amalan hidup yang sihat. . Amalan ini akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu dirungkaikan apakah amalan- amalannya? Salah satu amalan signifikan yang perlu diamalkan ialah amalan pemakanan seimbang. Tak tumbuh tak melata! Hal ini disebabkan tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Sudah terang lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang. Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Biar kita ambil contoh yang dekat dengan kita, seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal,

Upload: jessy-ling

Post on 04-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

CONTOH KARANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Hidup Sihat

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat.

Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya

dipraktikkan oleh setiap individu. Panjangnya huraian hendaklah antara 200

hingga 250 patah perkataan.

Amalan Gaya Hidup Sihat

Badan cergas, otak cerdas. Aforisme tersebut dengan jelas menggambarkan

kepentingan amalan gaya hidup sihat  kepada manusia. Dengan

mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa  sihat, cergas dan

bertenaga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Mengikut kajian

yang dilakukan seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya

badan akan menjadi sihat melalui  amalan hidup yang sihat. . Amalan ini  akan

melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk

meningkatkan produktiviti negara. Terdapat  pelbagai amalan gaya hidup sihat yang

sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu. Lantaran itu, persoalan yang perlu

dirungkaikan apakah amalan-amalannya?

Salah satu amalan signifikan yang perlu  diamalkan ialah amalan pemakanan

seimbang. Tak tumbuh tak melata!   Hal ini disebabkan  tubuh orang yang

mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang

diperlukan. Sebagai uswahnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan

yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan

makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu,

penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan

diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit  lebih baik daripada

mengubatinya. Sudah  terang  lagikan bersuluh, kehidupan yang bahagia tanpa

penyakit dapat dicapai melalui amalan pemakanan yang sihat dan simbang.

Sementelahan, amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan

atau beriadah.  Hal ini demikian kerana aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan

menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan

badan akan mengeluarkan peluh.  Biar kita ambil contoh yang dekat dengan kita,

seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang

basikal, berjoging, atau berenang pada waktu lapang demi memperoleh kehidupan

yang sihat.  . Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah  pastilah daya

pemikirannya juga cerdas kerana minda yang cerdas datangnya daripada fizikal

yang cergas. Selain itu, badan yang cergas dan sihat kan menjadikan seseorang itu

lebih aktif ketika melakukan sesuatu  aktiviti. Aktiviti yang dianggap serampang dua

mata ini perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Jelaslah bahawa bersukan dan

beriadah  mendatangkan banyak maslahat kepada fizikal dan minda kita.

Page 2: Gaya Hidup Sihat

Amalan terakhir yang tidak dapat diketepikan sama sekali ialah seseorang itu

perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Mengapakah amalan ini

perlu diraktikkan?  Hal ini kerana amalan tersebut  akan memastikan anggota

dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas

berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit  berbahaya, contohnya

penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan

lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu,

langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana

alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah

sudah terhantuk baru  tengadah. Justifikasinya, masa dan wang ringgit dapat

dijimatkan melalui amalan tersebut.

Secara tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seyogianya perlu dijadikan

budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Dengan itu, semua pihak termasuk

Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk

merealisasikan kehidupan   yang sejahtera. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil,

sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat  dan cergas tidak akan

menjadi realiti. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas tidak

akan menjadi fatamorgana jika semua pihak saling  berpegang pada prinsip yang

berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kalau bukan kita siapa lagi!