garis panduan rancangan pendidikan...

3
1 Lampiran 1 GARIS PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN (E-RPI) TUJUAN 1. Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan langkah-langkah dan kaedah pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) bagi murid berkeperluan khas. KANDUNGAN 2. Sistem e-RPI terdiri daripada dua komponen utama iaitu: i. Pelan Pendidikan Individu ii. Pelan Instruksional Individu 3. Pelan Pendidikan Individu (PPI) merupakan aspek data dan maklumat asas yang mempunyai kaitan dengan murid. PPI ini mengandungi 16 aspek iaitu: i. Status Pengisian ii. Profil Murid iii. Garis Masa PPI & Pindaan iv. Individu Terlibat v. Laporan Perubatan vi. PPI – 1 Masa Depan vii. PPI – 2 Pembelajaran viii. PPI – 3 Faktor Keupayaan ix. PPI – 4 Matlamat Tahunan x. PPI – 5 Program Transisi xi. PPI – 6 Khidmat Sokongan xii. PPI – 7 Aksesibiliti xiii. PPI – 8 Pentaksiran xiv. PPI – 9 Faktor Am xv. PPI – 10 Sidang xvi. PPI – 11 Perakuan 4. Pelan Instruksional Individu (PII) merupakan aspek penyediaan rancangan pengajaran yang disediakan oleh guru berdasarkan keperluan pembelajaran murid yang telah dikenal pasti dalam PPI. PII mengandungi 2 aspek iaitu i. Rancangan Pengajaran Tahunan ii. Rancangan Pengajaran Harian PROSES PEMBINAAN RPI 5. RPI dibina berdasarkan maklumat berkaitan seseorang murid. Maklumat ini perlu diperoleh dengan pelbagai kaedah termasuk: i. Laporan perubatan

Upload: nguyendiep

Post on 06-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3239/004234.-Garis... · Rancangan Pengajaran Harian PROSES PEMBINAAN RPI 5. RPI dibina berdasarkan

1

Lampiran 1

GARIS PANDUAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN (E-RPI)

TUJUAN

1. Garis panduan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan langkah-langkah dan kaedah

pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Secara Dalam Talian (e-RPI) bagi

murid berkeperluan khas.

KANDUNGAN

2. Sistem e-RPI terdiri daripada dua komponen utama iaitu:

i. Pelan Pendidikan Individu

ii. Pelan Instruksional Individu

3. Pelan Pendidikan Individu (PPI) merupakan aspek data dan maklumat asas yang

mempunyai kaitan dengan murid. PPI ini mengandungi 16 aspek iaitu:

i. Status Pengisian

ii. Profil Murid

iii. Garis Masa PPI & Pindaan

iv. Individu Terlibat

v. Laporan Perubatan

vi. PPI – 1 Masa Depan

vii. PPI – 2 Pembelajaran

viii. PPI – 3 Faktor Keupayaan

ix. PPI – 4 Matlamat Tahunan

x. PPI – 5 Program Transisi

xi. PPI – 6 Khidmat Sokongan

xii. PPI – 7 Aksesibiliti

xiii. PPI – 8 Pentaksiran

xiv. PPI – 9 Faktor Am

xv. PPI – 10 Sidang

xvi. PPI – 11 Perakuan

4. Pelan Instruksional Individu (PII) merupakan aspek penyediaan rancangan

pengajaran yang disediakan oleh guru berdasarkan keperluan pembelajaran murid

yang telah dikenal pasti dalam PPI. PII mengandungi 2 aspek iaitu

i. Rancangan Pengajaran Tahunan

ii. Rancangan Pengajaran Harian

PROSES PEMBINAAN RPI

5. RPI dibina berdasarkan maklumat berkaitan seseorang murid. Maklumat ini perlu

diperoleh dengan pelbagai kaedah termasuk:

i. Laporan perubatan

Page 2: GARIS PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3239/004234.-Garis... · Rancangan Pengajaran Harian PROSES PEMBINAAN RPI 5. RPI dibina berdasarkan

2

ii. Semakan dokumen berkaitan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pelbagai bidang

iii. Temu bual dengan ibu bapa

iv. Temu bual dengan guru atau individu yang pernah mengajar atau terlibat

dengan murid tersebut

v. Pemerhatian yang direkodkan

vi. Pencapaian ujian saringan atau diagnostik

6. Semua maklumat tersebut akan membentuk asas untuk menentukan tahap

keupayaan murid dari segi kekuatan dan kelemahan dalam PPI 3 bagi 4 bidang iaitu:

i. Akademik

ii. Kefungsian

iii. Kemahiran

iv. Bakat

7. Setiap guru subjek perlu menentukan Matlamat Tahunan dan Objektif Pembelajaran

berdasarkan PPI 3. PPI 3 dan PPI 4 akan menjadi asas bagi Rancangan Pengajaran

Tahunan (RPT) yang terdapat dalam PII.

8. Maklumat yang diisi dalam PPI 1 hingga PPI 8 merupakan Draf PPI yang mesti

dihantar kepada ibu bapa/penjaga untuk pengesahan.

9. Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah hendaklah mengadakan Sidang

RPI bagi membincangkan Draf PPI yang telah dibentuk oleh pihak sekolah.

10. Ibu bapa /penjaga perlu menandatangani Borang Perakuan sebagai tanda

persetujuan bagi PPI anak mereka dilaksanakan.

11. Sekiranya tiada persetujuan dicapai, Sidang Khas perlu segera diadakan dengan

melibatkan kehadiran wakil Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan

Negeri.

12. Salinan asal perakuan diberikan kepada ibu bapa/penjaga dan satu salinan disimpan

oleh pihak sekolah. Satu salinan PPI mesti diberi kepada semua guru subjek yang

mengajar murid tersebut.

PROSES PELAKSANAAN RPI

13. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi setiap subjek akan terbina secara

automatik hasil daripada maklumat PPI 4.

14. Guru perlu membahagikan murid kepada kumpulan berdasarkan tahap keupayaan

yang sama bagi tujuan pengajaran secara individu.

15. Guru subjek perlu membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berdasarkan RPT.

Page 3: GARIS PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3239/004234.-Garis... · Rancangan Pengajaran Harian PROSES PEMBINAAN RPI 5. RPI dibina berdasarkan

3

16. Guru perlu mencatatkan penilaian terhadap pencapaian objektif pembelajaran di PPI

4. Sekiranya objektif pembelajaran tidak dicapai, guru hendaklah mengubah

kaedah/teknik/strategi pengajaran dan pembelajaran.

17. PPI 4 akan menjadi dokumen pelaporan pencapaian murid dan hendaklah dilaporkan

kepada ibu bapa/penjaga setiap 4 bulan.

18. Semakan terhadap PPI perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun atau

pada bila-bila masa atas keperluan.

19. Pada setiap hujung tahun, guru mata pelajaran perlu mengisi PPI3 sebagai

persediaan untuk membina PPI bagi tahun berikutnya.

JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIDKAN KHAS SEKOLAH (JPPKS)

20. Jawatankuasa ini ditubuhkan di semua sekolah yang melaksanakan pendidikan

khas.

21. JPPKS boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya lima daripada ahli-ahli yang

berikut:

i. Pengetua/Guru Besar.

ii. Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

iii. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

iv. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

v. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI)

vi. Guru Disiplin

vii. Guru Bimbingan dan Kaunseling

viii. Wakil Guru Arus Perdana

ix. Wakil Guru Pendidikan Khas

x. Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG)

22. Fungsi JPPKS antaranya ialah

i. Merancang dan menyelaras pelaksanaan pendidikan khas.

ii. Memperakukan dan menyelaras kemasukan murid berkeperluan khas (MBK).

iii. Menyelaras program kerjasama antara ibubapa dan guru.

iv. Bertindak sebagai panel rayuan.

23. JPPKS hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun atau pada

bila-bila masa mengikut keperluan.

PENUTUP

24. Garis Penduan ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada semua pihak dalam

menyediakan RPI bagi MBK di sekolah.