futsal

8
2.3 FORMAT KEJOHANAN 2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga pada peringkat awal dan secara kalah mati pada pusingan seterusnya 2.3.2 8 pasukan akan dipecahkan kepada 2 kumpulan 2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Perlawanan secara liga di setiap kumpulan (setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan di peringkat kumpulan) 2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir 2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan diberikan sekiranya menang, 1 mata akan diberikan sekiranya seri manakala tiada mata yang akan diberikan sekiranya gagal 2.3.6 Sekiranya mata sama, keputusan pemenang akan diberikan mengikut format yang berikut: a. Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang b. Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekiranya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja) 2.3.7 Masa perlawanan ialah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit masa rehat 2.4 KATEGORI PERTANDINGAN 2.4.1 Pertandingan ialah untuk kategori lelaki sahaja dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 2 Maktab Sultan Ismail 2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan 2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Upload: khaleeda-nasir

Post on 25-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: futsal

2.3 FORMAT KEJOHANAN

2.3.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga pada peringkat awal dan secara kalah mati pada pusingan seterusnya

2.3.2 8 pasukan akan dipecahkan kepada 2 kumpulan

2.3.3 1 kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. Perlawanan secara liga di setiap kumpulan (setiap pasukan akan bermain 3 perlawanan di peringkat kumpulan)

2.3.4 Hanya juara dan naib juara kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir

2.3.5 Penentuan juara dan naib juara kumpulan adalah mengikut jumlah mata keseluruhan di peringkat kumpulan. 3 mata akan diberikan sekiranya menang, 1 mata akan diberikan sekiranya seri manakala tiada mata yang akan diberikan sekiranya gagal

2.3.6 Sekiranya mata sama, keputusan pemenang akan diberikan mengikut format yang berikut:

a. Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira sebagai pemenang

b. Penentuan sepakan penalti akan dilaksanakan sekiranya terdapat keputusan seri pada peringkat kalah mati (3 pemain sahaja)

2.3.7 Masa perlawanan ialah selama 15 minit iaitu 7 minit pada separuh masa pertama dan 7 minit pada separuh masa kedua termasuk 1 minit masa rehat

2.4 KATEGORI PERTANDINGAN

2.4.1 Pertandingan ialah untuk kategori lelaki sahaja dan terbuka kepada pelajar Tingkatan 2 Maktab Sultan Ismail

2.4.2 Tiada syarat umur pemain dikenakan

2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain dan sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang pemain simpanan.

2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili 1 pasukan sahaja.

2.5.3 Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan ………………… sahaja.

2.5.4 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan sahaja dan pasukan yang menghantar borang penyertaan terawal akan dipilih menyertai pertandingan futsal ini.

Page 2: futsal

2.5.5 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya mendapati pasukan tersebut tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan

2.5.6 Keputusan pihak penganjur adalah muktamad

2.6 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.6.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh,masa dan tempat akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

2.6.2 Semua pasukan hendaklah berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum pertandingan dimulakan.

2.6.3 Tempoh masa menunggu adalah 15 minit sebelum daripada masa yang ditetapkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan akan dikira kalah. Pasukan lawan akan mendapat kemenangan 2-0

2.6.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

2.6.5 Semua pemain dibenarkan memakai pakaian sukan yang sesuai dan tidak dibenarkan merokok di kawasan perlawanan

2.6.6 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bermain

2.6.7 Setiap pasukan boleh membuat bantahan dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM ……… sahaja, tidak lewat selepas 30 minit selepas permainan yang dibantah itu tamat.

2.6.8 Sekiranya bantahan dan rayuan itu benar dan diterima oleh jawatankuasa pertandingan, maka wang cagaran tersebut akan dikembalikan semula dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan bantahan dan rayuan tersebut.

2.6.9 Wang cagaran akan hilang atau menjadi hak penganjur sekiranya bantahan dan rayuan ditolak.

2.6.10 Syarat dan peraturan di atas boleh diubah. Keputusan yang dibuat adalah muktamad

Page 3: futsal

( UNDANG-UNDANG MENGIKUT FIFA )

1. Memulakan pertandingan

Permainan dimulakan dengan melambung duit syiling. Pihak yang kalah mestilah berada di kawasannya sendiri

2. Bola masuk/bola keluar

Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan ‘touchline’ dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar sekiranya berada di luar kawasan tersebut.

3. Jaringan

Dikira apabila bola melepasi antara 2 tiang dan dibawah palang gol

4. Faul dan kelakuan kurang sopan-Tendangan bebas terus diberikan kepada pihak lawan sekiranya sengaja melakukan kesalahan seperti yang berikut:-

a. Menyepak atau cubaan menyepak pihak lawanb. Membentes pihak lawanc. Menerpa serta melompat ke arah pihak lawand. Menyerang pihak lawane. Menyerang pihak lawan dari belakangf. Menghadang pihak lawan dengan sengajag. Menolak pihak lawanh. Menerpa bahu pihak lawan dengan sengajai. Tekel menggelungsur-‘sliding tackle’ yang membahayakanj. Memegang bola(kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter dari 8 jenis kesalahan iaitu :-

a. Permainan yang bahayab. Menghalang dengan sengajac. Menyerang/menerpa penjaga gol dalam kawasan penaltid. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan

ke dalam dari rakan sepasukannyae. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang

kepadanyaf. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana anggota badannya lebih dari

4 saatg. Penjaga gol menahan bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana

bahagian anggota badannya sebelum bola itu melepasi garisan tengah atau disentuh oleh pemain lawan

Page 4: futsal

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6 meter jika berlaku di garisan penalti.

a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat salah atau pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang

b. Seseorang pemain sentiasa melanggar peraturan permainanc. Seseorang pemain tidak putuh dengan keputusan pengadild. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar

7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah sekiranya melakukan kesalahan berikut :-

a. Kesalahan pemain yang beratb. Berkelakuan gansc. Kesalahan menggunakan bahasa tercemard. Kesalahan atas kesalahan 2 (dilayangkan 2 kad kuning)e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat tidak

profesionalf. Menghalang peluang jaringan pihak lawan di dalam kawasan penalti dengan

sengaja

8. Peraturan buang padang

a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan tidak dibenarkan duduk di bangku simpanan

b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana terdahulu

c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong pengadil sekiranya penjaga masa tidak digunakan

d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil

9. Tendangan bebas

a. Jenis : tendangan bebas terusb. Dinding ‘wall’- sekurang-kurangnya 5 meter daripada jarak bola yang akan

disepakc. Hak masa – tendangan mesti diambil daripada jangka masa 4 saat

10. Tendangan penalti

a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meterb. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter

dari titik penalti

Page 5: futsal

c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh oleh pemain yang lain

11. Tendangan ke dalam

a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalamb. Bola diletak di atas garisan ‘touchline’ sebelum menyepakc. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas ‘touchline’ kalau

tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pihak lawand. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4saat – kalau

tidak,tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan pihak lawane. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu

disentuh atau dimainkan oleh pemain pihak lain-kalau tidak pasukan lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan

f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil

g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam

12. Membebaskan kawasan gol

a. Dilakukan menggantikan tendangan golb. Dari lawan kawasan penalti,penjaga gol akan membaling bola untuk

meneruskan permainan

13. Tendangan sudut

a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lain

b. Mesti diambil dalam 4saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut

c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola pada kali kedua. Jika tidak,pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dibuat

d. Pemain mestilah berada 5 meter jauh dari tempat pandangan sudut dibuat

e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut

14. Tendangan penalti

a. Pengadil utama akan menentukan gawang gol yang akan digunakan b. Undian dengan cara lambungan syiling digunakanc. 5 tendangan akan diambil oleh 5 orang pemain yang dipilih dari setiap

pasukan. Ketua pasukan akan mengumumkan pemain yang dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan

Page 6: futsal

d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil melalui ‘sudden death’ kepada pemain-pemain yang belum melakukan tendangan penalti

e. Pemain yang dibuang padang semasa permainan tidak boleh mengambil bahagian

f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlug. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di

separuh gelanggang yang tidak digunakan

15. tiada permintaan time out dan offside

16. Tiada hak bilangan penggantian pemain semasa perlawanan berlangsung

17. Pemain yang telah keluar boleh masuk semula ke dalam gelanggang

18. Penggunaan bola saiz 4 yang mempunyai layunan 30% lebih rendah