futsal

33
KERTAS CADANGAN PENGELOLAAN KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT DAERAH TAHUN 2010 KELOLAAN Sekolah Kebangsaan Dewan Beta,Kota Bharu DENGAN KERJASAMA Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu Majlis Sekolah-sekolah Daerah(MSSD)Kota Bharu TARIKH 25 SEPTEMBER 2010 (Sabtu) TEMPAT Sekolah Menengah Ismail Petra,Kota Bharu

Upload: amniey-izzaty-roslan

Post on 30-Jul-2015

150 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: futsal

KERTAS CADANGANPENGELOLAAN KEJOHANAN FUTSAL

PERINGKAT DAERAH TAHUN 2010

KELOLAAN

Sekolah Kebangsaan Dewan Beta,Kota Bharu

DENGAN KERJASAMA

Jabatan Pelajaran Daerah Kota Bharu

Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu

Majlis Sekolah-sekolah Daerah(MSSD)Kota Bharu

TARIKH

25 SEPTEMBER 2010 (Sabtu)

TEMPAT

Sekolah Menengah Ismail Petra,Kota Bharu

Page 2: futsal

1.Pengenalan.

Sukan futsal merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan

sebagai sukan teras negara. Namun negara agak ketandusan bakat muda bagi

sukan ini terutama bagi peringkat pelabis bawah 12 tahun.

Menyedari hakikat ini, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah(MSSD) Kota Bharu

telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutama dibawah

umur 12 tahun di negeri Kelantan khususnya dengan penganjuran Kejohanan

Futsal Peringkat Sekolah Rendah Daerah Kota Bharu. Ini sejajar dengan usaha

berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Kementerian belia dan sukan dan menjadikan negeri Kelantan pelopor kepada

usaha mencari juara futsal negara menjelang 2020.

Oleh itu, pihak MSSD Kota Bharu telah menetapkan bahawa Sekolah

Kebangsaan Dewan Beta akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan futsal pada

tahun 2010 ini.

2.Objektif.

Memperkenalkan dan mempromosikan sukan futsal di kalangan generasi

akar umbi

Memajukan sukan futsal sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah

seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani,

intelek dan sosial.

Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan

sekolah-sekolah di daerah Johor Baharu terutama dalam pembangunan

sukan futsal .

Page 3: futsal

3.Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 25 SEP 2010 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi- 6.00 petang

Tempat : Dewan Besar, Sekolah Menengah Ismail Petra.

4.Pengelolaan/Penganjuran

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Daerah Kota Bharu

Sekolah Kebangsaan Dewan Beta.

5.Penaja Utama

1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

2. Kerajaan Negeri Kelantan.

3. ADIDAS (M) Sdn Bhd.

Page 4: futsal

6.Penyertaan

a) Pelajar-pelajar sekolah rendah bawah 12 tahun Daerah Kota Bharu.

b) Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

c) Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu (1) pasukan sahaja

yang terdiri dari 3 orang pegawai dan 8 orang pemain seperti berikut :

Jawatan Atlet

Pengurus 1 orang

Jurulatih 1 orang

Pegawai perubatan 1 orang

Pemain 8 orang

Jumlah 11 orang

d) Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set baju [ jersey ] yang

berlainan warna disepanjang kejohanan ini dijalankan.

e) Jika terdapat pasukan memakai warna jersey [ baju ] yang sama, maka

pasukan yang disebut kemudian  [ away team ] didalam jadual

perlawanan akan dikehendaki menukar pakaiannya. Jika pasukan

tersebur gagal berbuat demikian dalam tempoh 10 minit, maka pasukan

tersebut dikira KALAH [ walkover ].

f) Semua jersey / baju dimestikn mempunyai nombor seperti yang

didaftarkan dalam borang penyertaan dan hendaklah menggunakannya

disepanjang kejohanan ini.

g) Pelindung kaki [ shin pads ] dimestikan dipakai semasa bermain

yangmana ianya termasuka dalam undang-undang permainan. Pemain

yang tidak melengkapi diri mereka dalam perkara ini tidak dibenarkan

bermain.

Page 5: futsal

7.Ahli Jawatankuasa Kejohanan

Penaung : En. Abd.Aziz b.Muhammad (Guru Besar)

Penasihat : En. Kamarul Adham b. Azizi (PK.Kokurikulum)

: Cik Nurul Amni Izzati Bt.Roslan(Guru penasihat futsal)

Pengerusi : Iqram Dinzly bin Amin Nordin (Ketua Pasukan Futsal)

Setiausaha : Kusaizzam Anding bin Rahman

Bendahari : Muhammad Shamzi bin Ibrahim

AJK : 1. Mohamad Nur Syahmi b. Sidek

2. Alauddin rizkih B. Fakhri

3. Wan Nur Qistina Bt. Wan Zainuddin

4. Puteri Nor Humaira Bt. Ahmad

Jawatankuasa

Kecil : urus setia  ; Qairul Izzati Bt.Khairul Amri

; Mohd Al-Fatah b. Zikrillah

: Pertandingan dan teknikal ; Tengku Amran B.Tengku Fauzan

; zulhumaika B. Bahrin

: Hadiah dan jamuan ; Mohamad Adam Rudi Bin Fadzil

; Mohamad Azlan Bin Mohd Taher

: Keselamatan ; Mohd Ridzal Bin Saari

; Mohd Muhamad Hafiz Bin Zainun

: Peralatan ; Aizuddin Bin Abdul Razak

; Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid

Page 6: futsal

8.Bayaran Penyertaan

Bayaran bagi setiap pasukan sebanyak RM30.00 (meliputi minum pagi, makan tengahari)

Kos pengelolaan

PERBELANJAAN

Bil. Keperluan Kos Jumlah

Kos (RM)

Tindakan

1 Gelanggang - - Kelulusan

pihak sekolah

SMIP

2 Alatan Padang

Tiang Gol (4)

Jaring Gol

(4)

Bola Futsal

(4)

Meja (8)

Kerusi (20)

Papan

Markah

Papan

Kenyataan

Lain-lain

- - Bahagian stor

SK Dewan

Beta

& kerjasama

SMIP

3 Alat Siar Raya - - Bilik Mikro

4 Makanan dan

minuman

Minum pagi untuk

perta, pengurus,

pengadil dan guru

pengiring

Makan tengahari

RM22.00x12

=RM264.00

RM38.50x12

Kutipan Yuran

penyertaan

Sumbangan

kerajaan

negeri

Page 7: futsal

untuk peserta,

pengurus, pengadil

dan guru pengiring

Minuman (Air

Mineral)

= RM462.00

RM5.00x100

(kotak)

= RM500.00

Kelantan

Bahagian stor

5 Hadiah Pingat Johan

(8 keping)

x RM 5.00

Pingat N. Johan

(8 keping)

x RM 5.00

Pingat Ketiga

(8 keping)

X RM 5.0

Hamper Johan

Hamper N. Johan

Hamper Ketiga

Hamper penyertaan

(12)

RM 20 x 12

Hadiah sampingan

Cenderamata

40.00

40.00

40.00

50.00

35.00

25.00

240.00

400.00

50.00

sumbangan

Jabatan Belia

dan Sukan

Negeri

Kelantan dan

sumbangan

ADIDAS(M)

Sdn.Bhd

6 Keperluan Lain T-Shirt Urusetia

35 x RM 10.00

Banner

Lain-lain

350.00

160.00

50.00

Sumbangan

SK Dewan

Beta

JUMLAH RM2706.00

Page 8: futsal

9.PENDAPATANPERKARA JUMLAH

Bayaran daripada peserta

(RM 30 x 12 buah penyertaan)

360.00

Sumbangan Penaja-Penaja 1800.00

Peruntukan JPN/JBS Negeri Kelantan 1500.00

JUMLAH (RM) 3900.00

*Sistem pertandingan,persiapan gelanggang,undang-undang permainan, hadiah dan

boring penyertaan terdapat di Lampiran 1,2,3,4&5.

10.Penutup

Kerjasama dari seluruh pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung

adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-

julung kali diadakan ini.

Di sediakan oleh: Di semak/ketuai oleh:

…………………….. …………………………(Encik Mohd. Ramzi bin Kamarul) (Cik Nurul Amni Izzati Bt.Roslan) Setiausaha, Guru Penasihat, Sukan/Permainan Futsal. Sukan/permainan futsalSekolah Kebangsaan Dewan Beta Sekolah Kebangsaan Dewan Beta

Page 9: futsal

LAMPIRAN

Page 10: futsal

LAMPIRAN 1

1)Sistem pertandingana) Pertandingan ini dijalankan secara liga kumpulan pada peringkat awal dan

kalah mati pada peringkat separuh akhir dan akhir.

b) Perlawanan yang akan dijalankan secara liga satu kumpulan, yang

dibahagikan kepada empat [ 4 ] kumpulan. Dua pasukan teratas akan

mara kepusingan peringkat kalah mati, suku akhir, separuh akhir,  tempat

ke-3/4 dan peringkat akhir.

c) Jika terdapat mana-mana pasukan yang mempunyai mata yang sama

diperingkat kumpulan maka akan dirujuk kepada jumlah JARINGAN GOL

dahulu, jika masih sama maka KEMASUKAN [ bolos ] akan diambil kira

bagi menentukan sebagai pemenang. Jika masih kedudukan sama maka

pihak penganjur akan menentukan satu keputusan melalui pasukan yang

mendapat jumlah kemenangan yang banyak, maka pasukan tersebut

akan layak sebagai pemenang bagi perlawanan seterusnya.

1.1)Peringkat kumpulan.

Pembahagian kumpulan.Contoh pembahagian kumpulan adalah seperti berikut :-

Kumpulan A- Pasukan 1- Pasukan 2- Pasukan 3

Kumpulan B- Pasukan 4- Pasukan 5- Pasukan 6

Kumpulan C- Pasukan 7- Pasukan 8- Pasukan 9

Kumpulan D- Pasukan 10- Pasukan 11- Pasukan 12

Page 11: futsal

Gelanggang 1

A Pasukan 1 Pasukan 2 Pasukan 3

Pasukan 1 x

Pasukan 2 x

Pasukan 3 x

B Pasukan 4 Pasukan 5 Pasukan 6

Pasukan 4 x

Pasukan 5 x

Pasukan 6 x

Gelanggang 2

C Pasukan 7 Pasukan 8 Pasukan 9

Pasukan 7 x

Pasukan 8 x

Pasukan 9 x

D Pasukan 10 Pasukan 11 Pasukan 12

Pasukan 10 x

Pasukan 11 x

Pasukan 12 x

Sementara kumpulan A berehat, kumpulan B, dikehendaki masuk ke dalam

padang 1, mengikut turutan yang telah ditentukan bagi melicinkan perjalanan

liga. Begitu juga dengan padang 2 bagi kumpulan C dan D.

Page 12: futsal

Pada perlawanan peringkat kumpulan ( sistem liga), mata akan diberi

berdasarkan:

Menang - 3 mata

Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

1.2)Peringkat kalah mati.

Juara antara kumpulan A dan B akan lawan dengan juara antara kumpulan C

dan D. Begitu juga dengan naib juara akan lawan kalah mati dengan naib juara

yang sebaliknya. Peringkat kalah mati akan berlawan sehingga dapat kedudukan

juara,naib juara,tempat ketiga dan seterusnya tempat keempat.

Page 13: futsal

LAMPIRAN 2

2)Persiapan gelanggang(termasuk ukuran dll)

Gelanggang dan segala peralatan perlawanan seperti bola akan disediakan

pengelola pertandingan.

2.1)Gelanggang

Ukuran gelanggang telah ditetapkan seperti gambar di bawah:

Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola

balingan dan boleh disesuaikan.

Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas

sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Gelanggang yang akan digunakan di dewan besar,Sekolah Menengah

Ismail Petra.

Page 14: futsal

2.2)Bola Futsal

Dibuat dari kulit atau bahan sintetik

Size 4 untuk dewasa

Size 3 untuk junior

Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gms.

Ciri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.

Bola futsal juga disediakan ketika kejohanan berlangsung. Sebanyak 4biji

bola di gunakan.

2.3)Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)

Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan

getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk

cengkaman

yang kuat.

Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.

Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk

mengelak dan mengurangkan kecederaan.

Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama

terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan

lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah

atau span dan bahan fabrik yang sesuai.

Setiap pasukan dikehendaki membawa sendiri kasut futsal dan

penghadang kaki(Shinguard).

Page 15: futsal

2.4)Gawang Gol serta ukuran

Page 16: futsal

LAMPIRAN 3

3)Undang-undang permainan.

3.1. Memulakan Permainan

Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah

berada di kawasannya sendiri. Masa perlawanan 5 minit untuk setiap separuh

masa. (5-1-5).

3.2. Bola Masuk / Bola Keluar

Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan

“touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar

kawasan tersebut.

3.3. Jaringan

Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah

palang gol.

3.4. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada

pihak lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:

a) Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan

b) Membentes pemain lawan

c) Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan

d) Menyerang pemain lawan

e) Menyerang pemain lawan dari belakang

f) Menghadang pemain lawan dengan sengaja

g) Menolak pemain lawan

h) Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja

i) Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang membahayakan

j) Memegang bola (kecuali penjaga gol)

Page 17: futsal

3.5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak

langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan

a) Permainan yang bahaya

b) Menghalang dengan sengaja

c) Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalti

d) Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa

disentuh oleh mana-mana pemain

e) Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang

kepadanya.

f) Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari

tendangan ke dalam dari rakan sepasukannya.

g) Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya

lebih dari 4 saat.

h) Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-

mana bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah

ataupun disentuh oleh pemain lawan.

Page 18: futsal

3.6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak

lawan diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6

meter jika berlaku di kawasan penalti.

a) Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau

pemain yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.

b) Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.

c) Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.

d) Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.

3.7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan

berikut:

a) Kesalahan permainan yang berat.

b) Berkelakuan ganas

c) Kesalahan menggunakan bahasa tercemar

d) Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)

e) Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak

professional

f) Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti

dengan sengaja.

Page 19: futsal

3.8. Peraturan Buang Padang

a) Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus

sehinggakan tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.

b) Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2

minit permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang

mana terdahulu.

c) Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau

penolong pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.

d) Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan

diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil. Dalam

pertandingan,penggantian pemain akan digunakan sistem ‘flying

substitute’

3.9. Tendangan Bebas

a) Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung.

b) Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan

disepak

c) Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

3.10. Tendangan Penalti

a) Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter

b) Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter

dari titik penalti.

c) Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah

disentuh oleh pemain lain.

Page 20: futsal

3.11. Tendangan ke dalam

a) Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.

b) Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak.

c) Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau

tidak tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

d) Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat.Kalau

tidak,tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

e) Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu

disentuh atau dimainkan oleh pemain lain.Kalau tidak, pasukan lawan

akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.

f) Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan

diambil.

g) Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

3.12. Membebaskan Kawasan Gol

a) Dilakukan menggantikan tendangan gol

b) Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk

meneruskan permainan.

c) Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan

penalti. Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan.

Page 21: futsal

3.13. Tendangan Sudut

a) Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu

salah letak, tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.

b) Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan

diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.

c) Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak,

pihak lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat

kesalahan tersebut.

d) Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari

tempat tendangan sudut dibuat.

e) Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.

3.14. Tendangan Penalti

a) Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.

b) Undian dengan cara lambungan siling digunakan.

c) 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap

pasukan. Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain

yang telah dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.

d) Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan

diambil melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum

melakukan tendangan penalti.

e) Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil

bahagian.

f) Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.

g) Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di

separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan

mengawasi kawasan ini.

Page 22: futsal

LAMPIRAN 4

4)Hadiah

4.1)PINGAT / HADIAH

1) Pingat / hadiah kemenangan akan diberikan kepada johan, naib johan dan

tempat ketiga dan juga kepada semua penyertaan adalah seperti berikut :

a) JOHAN          -      11 PINGAT EMAS,HAMPER & SERTA SIJIL

PENYERTAAN

b) NAIB JOHAN -      11 PINGAT PERAK,HAMPER & SERTA SIJIL

PENYERTAAN

c) KETIGA         -      11 PINGAT GANGSA,HAMPER & SERTA SIJIL

PENYERTAAN

2) Hamper penyertaan ,Hadiah sampingan & Cenderamata