forum seni

4
Negara kita sedang berhadapan dengan pengaruh seni Negara luar dalam kalangan pelajar. Pengaruh ini disebabkan oleh berkembangnya era masyarakat terbuka pada hari ini. Di era ini, peralihan budaya terjadi begitu mudah dan tanpa batasan. Teknologi komunikasi dan media menjadi menjadi penyalur dan penyebar pelbagai budaya dunia ke dalam kehidupan kita tanpa henti. Proses pengaruh budaya barat ini menjadikan kita seolah seperti sangat terbiasa dengan pelbagai budaya yang sebelumnya adalah suatu yang bersifat terlalu asing.Keadan ini boleh diperhatikan dengan amat jelas sekali di dalam pelbagai kegiatan budaya di negara kita sejak akhir- akhir ini Jadi ,pihak sekolah memainkan peranan yang penting agar aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia tidak tenggelam oleh pengaruh budaya barat.Seni dan kebudayaan boleh dijadikan sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Seperti menubuhkan , Kelab Seni dan Budaya, Kelab Kompang, Kelab Kaligrafi, Kelab Drama, Kelab Tarian dan sebagainya. Murid- murid yang berminat boleh menyertai kelab seni dan kebudayaan ini. Usaha ini, menggalakkan anak-anak kita mementingkan seni dan kebudayaan negara serta menanam sifat cintakan seni dan budaya bangsa negara sendiri. Selain itu,pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan seni dan kebudayaan .Antara kepentingannya ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak- kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya. . Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar dan alatan keperluan untuk mata pelajaran Seni Visual agar memastikan semua murid menguasai kemahiran membuat kraf tangan dan mengenali seni dan kebudayaan mengikut standard pembelajaran. Pendedahan seni dan kebudayaan tempatan ini dapat dilaksanakan agar aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia tidak ditenggelami oleh pengaruh seni Negara luar .

Upload: sushan-tan

Post on 13-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Seni

Negara kita sedang berhadapan dengan pengaruh seni Negara luar dalam

kalangan pelajar. Pengaruh ini disebabkan oleh berkembangnya era masyarakat

terbuka pada hari ini. Di era ini, peralihan budaya terjadi begitu mudah dan tanpa

batasan. Teknologi komunikasi dan media menjadi menjadi penyalur dan penyebar

pelbagai budaya dunia ke dalam kehidupan kita tanpa henti. Proses pengaruh budaya

barat ini menjadikan kita seolah seperti sangat terbiasa dengan pelbagai budaya yang

sebelumnya adalah suatu yang bersifat terlalu asing.Keadan ini boleh diperhatikan

dengan amat jelas sekali di dalam pelbagai kegiatan budaya di negara kita sejak akhir-

akhir ini

Jadi ,pihak sekolah memainkan peranan yang penting agar aktiviti seni dan

kebudayaan di Malaysia tidak tenggelam oleh pengaruh budaya barat.Seni dan

kebudayaan boleh dijadikan sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.

Seperti menubuhkan , Kelab  Seni dan Budaya, Kelab Kompang, Kelab Kaligrafi, Kelab

Drama, Kelab Tarian dan sebagainya. Murid- murid yang berminat boleh menyertai

kelab seni dan kebudayaan ini. Usaha ini, menggalakkan anak-anak kita mementingkan

seni dan kebudayaan negara serta menanam sifat cintakan seni dan budaya bangsa

negara sendiri.

Selain itu,pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang sangat penting

dalam pembangunan seni dan kebudayaan .Antara kepentingannya ialah PSV dapat

memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak memerlukan

perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya. . Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni

Visual, guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar dan alatan keperluan untuk

mata pelajaran Seni Visual agar memastikan semua murid menguasai kemahiran

membuat kraf tangan dan mengenali seni dan kebudayaan mengikut standard

pembelajaran. Pendedahan  seni dan kebudayaan tempatan ini dapat dilaksanakan agar

aktiviti seni dan kebudayaan di Malaysia tidak ditenggelami oleh pengaruh seni Negara

luar .

Dengan itu, sekolah juga boleh menyediakan sudut pameran agar dapat

mempamerkan hasil karya murid yang cemerlang. Di samping itu, murid-murid yang

mengunjungi sudut pameran turut dapat mengenali seni dan budaya tempatan. Secara

tidak langsung, ini memberikan impak yang mendalam dalam kepada seseorang pelajar

Page 2: Forum Seni

serta dapat menerapkan unusur-unsur seni kebudayaan Malaysia sampai bila-bila

masa.

Salam Sejahtera,

Saya bersetujui bahawa sebagai pendidik dalam sesebuah sekolah, kita perlu

selalu memastikan anak-anak murid kita selalu didedahkan dengan kekayaan seni dan

kebudayaan negara kita. Bagi pihak sekolah pula, boleh mengadakan kempen,

ceramah, pameran dan sebagainya untuk menghidupkan seni dan kebudayaan negara

kita dalam anak-anak murid kita. . Usaha ini, menggalakkan anak-anak kita

mementingkan seni dan kebudayaan negara serta menanam sifat cintakan seni dan

budaya bangsa negara sendiri.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru boleh menyediakan bahan

bantu mengajar dan alatan keperluan untuk mata pelajaran Seni Visual agar

memastikan semua murid menguasai kemahiran membuat kraf tangan dan mengenali

seni dan kebudayaan mengikut standard pembelajaran supaya kebudayaan negara kita

tidak ditenggelami .

Salam Sejahtera,

Saya bersetujui pendapat saudari. Pihak sekolah harus bertanggungjawab memastikan kurikulum dan kokurikulum dilaksanakan dengan mendedahkan ilmu seni dan kebudayaan. Melalui aktiviti kokurikulum, para pelajar boleh diperkenalkan dengan seni dan kebudayaan yang berunsur kraftangan dan hasil masyarakat setempat seperti wau bulan, congkak, anyaman bakul dan tikar dan pakaian tradisional.Dengan usaha ini,akan meningkatkan cintakan budaya di kalangan pelajar.

Selain itu,guru juga perlu memberikan didikan tentang unsur kebudayaan kepada murid sejak awal persekolahan .Seperti cara-cara menganyam, mencorakkan batik dan menghasilkan kraftangan tradisional melalui mata pelajaran Dunia Seni Visual di sekolah.

            Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan yang penting agar dapat membantu generasi muda kita memahami seni dan kebudayaan nagara kita. Seni dan

Page 3: Forum Seni

kebudayaan bukan sahaja menjadi sebuah identiti bagi masyarakat Malaysia malahan menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi. Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera,

Saya bersetuju dengan pendangan saudari bahawa generasi muda kini asyik

mengejar kemodenan arus globalisasi . Oleh itu, pihak sekolah harus

melaksanakan pelbagai aktiviti dan usaha supaya seni dan kebudayaan di

Malaysia tidak tenggelam. Saya bercadang pihak sekolah boleh mengadakan

karnival seni dan kebudayaan supaya dapat menerapkan unsur-unsur

kebudayaan seni Malaysia kepada anak murid kita.Melalui karnival ,pihak

berkenaan boleh mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti

pameran,pertandigan dan sebagainya. Saya percaya aktiviti ini akan menarik

minat pelajar serta menambah pengetahuan mereka tentang seni dan

kebudayaan negara kita

____________________________________________________________________

Salam Sejahtera,

Saya bersetujui dengan pandangan saudari.Pihak sekolah memainkan peranan

yang penting dalam meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan generasi

muda. Melalui aktiviti Kokurikulum pelbagai program dan aktiviti berkaitan seni dan budaya

dilaksanakan di peringkat sekolah, kebangsaan, daerah dan negeri. Antara program dan aktiviti

Kesenian  yang dijalankan seperti muzik, tarian, nyanyian, teater, alat muzik dan seni tampak.

Manakala bagi aktiviti Kebudayaan pula meliputi pakaian beragam, berlakonan drama,

perbahasan,dan permainan tradisional.

Selain itu,guru juga bertanggungjawab dalam menyemai kembali elemen-elemen seni

dan kebudayaan di sekolah supaya identiti bangsa dapat dikekalkan dan pelajar-pelajar dapat

menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan budaya masyarakat tempatan.Dengan usaha

guru,murid-murid tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh negara luar yang kurang

sesuai dengan cara hidup tempatan. Sekian terima kasih.

Page 4: Forum Seni