forum semantik

4
1. Bincangkan hubungan antara bidang semantik dengan pragmatik dalam menghuraikan makna. Jawapan anda mesti dikemukakan dengan beberapa pandangan tokoh. Mengikut Leech (1983), hubungan antara pragmatik dengan semantik adalah saling melengkapi dalam memperoleh makna sebenar dan kombinasi antaranya semantik dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Semantik akan menentukan segala rujukan pada peringkat logik, manakala pragmatik pula adalah berfungsi untuk memberikan prinsip-prinsip umum (Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Mohd Ra in Shaari, 2009). Pragmatik ialah kajian tentang penginterpretasian makna ujaran berdasarkan konteks dan juga menjelaskan makna yang lebih berbanding ilmu semantik. Semantik yang berkait rapat dengan pragmatik ialah ilmu yang termasuk dalam komponen tatabahasa. Makna semantik lebih terikat pada rumus-rumus tatabahasa. Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa, manakala pragmatik akan bertindak sebagai pelengkapnya (Nor Hashimah Jalaluddin, 1995). 2. Ulas tentang bidang ketaksaan makna. Jawapan anda mesti disokong dengan contoh dan pendapat tokoh. Taksa atau ketaksaan bermaksud ayat yang tidak pasti maknanya ataupun mengandungi lebih daripada satu makna. Menurut Nik Safiah Karim et.al mendefinisikan ketaksaan sebagai kekaburan makna dalam ayat yang dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Menurut Hajar Abdul Rahim (1999), ketaksaan merujuk kepada lebih daripada satu makna ataupun kata atau ayat yang bermakna ganda. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra in Shaari (2009) menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Contoh ketaksaan makna dapat dilihat dalam ayat yang berikut: Kurang ketentuan pada makna item-pengertian makna tidak jelas dan dinyatakan secara umum sahaja. -Dia bergegas ke taman. Pertentangan pada penentuan makna item-makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berbeza. -Semua peserta mestilah memakai sama ada ada sepasang baju renang perempuan mahupun lelaki. Ketidakpastian makna-makna item yang dirasakan kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris. -John s book dan John s sheet (samar dan tidak jelas maknanya). Kekaburan rujukan-konsep maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. -Lalang dan resam (masalah penentuan ukuran).

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 14-Dec-2014

419 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Forum semantik

1. Bincangkan hubungan antara bidang semantik dengan pragmatik dalam menghuraikan makna. Jawapan anda mesti dikemukakan dengan beberapa pandangan tokoh.

Mengikut Leech (1983), hubungan antara pragmatik dengan semantik adalah saling melengkapi dalam memperoleh makna sebenar dan kombinasi antaranya semantik dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Semantik akan menentukan segala rujukan pada peringkat logik, manakala pragmatik pula adalah berfungsi untuk memberikan prinsip-prinsip umum (Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, dan Mohd Ra’in Shaari, 2009). Pragmatik ialah kajian tentang penginterpretasian makna ujaran berdasarkan konteks dan juga menjelaskan makna yang lebih berbanding ilmu semantik. Semantik yang berkait rapat dengan pragmatik ialah ilmu yang termasuk dalam komponen tatabahasa. Makna semantik lebih terikat pada rumus-rumus tatabahasa. Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa, manakala pragmatik akan bertindak sebagai pelengkapnya (Nor Hashimah Jalaluddin, 1995).

2. Ulas tentang bidang ketaksaan makna. Jawapan anda mesti disokong dengan contoh dan pendapat tokoh. 

Taksa atau ketaksaan bermaksud ayat yang tidak pasti maknanya ataupun mengandungi lebih daripada satu makna. Menurut Nik Safiah Karim et.al mendefinisikan ketaksaan sebagai kekaburan makna dalam ayat yang dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Menurut Hajar Abdul Rahim (1999), ketaksaan  merujuk kepada lebih daripada satu makna ataupun kata atau ayat yang bermakna ganda. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009) menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya.

Contoh ketaksaan makna dapat dilihat dalam ayat yang berikut:

Kurang ketentuan pada makna item-pengertian makna tidak jelas dan dinyatakan secara umum sahaja.-Dia bergegas ke taman.

Pertentangan pada penentuan makna item-makna yang diberi terlibat  dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berbeza.-Semua peserta mestilah memakai sama ada ada sepasang baju renang perempuan mahupun lelaki.

Ketidakpastian makna-makna item yang dirasakan kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris.-John’s book dan John’s sheet (samar dan tidak jelas maknanya).

Kekaburan rujukan-konsep maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza.-Lalang dan resam (masalah penentuan ukuran).

3. Apakah kepentingan mempelajari jenis-jenis makna dalam kajian ilmu semantik. Jawapan anda mesti disokong dengan beberapa pandangan tokoh.

Page 2: Forum semantik

Terdapat beberapa jenis makna dalam kajian semantik antaranya ialah makna konseptual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna kolokatif, dan dan sebagainya.

Konsep makna konseptual adalah makna yang menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran (Odgen dan Richards, 1923). Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan perkataan dalam melakukan komunikasi. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak dan memainkan peranan yang penting untuk mentakrif, memahami, memutuskan buah fikiran.

Makna konotatif adalah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Makna stilistik berkenaan dengan perbezaan gaya pemilihan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu dalam masyarakat (Robert Sibarani et. al., 2003). Makna ini berfungsi untuk menentukan dengan siapa bertutur, status, dan latar belakang dan mencerminkan kedudukan dalam masyarakat.

Menurut Kamus Linguistik (1997) makna afektif adalah berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir dan muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa. Melalui makna ini kita dapat membuat rumusan tentang perasaan seseorang terhadap apa yang dituturkan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan dalam berkomunikasi. Makna kolokatif adalah makna dengan ciri-ciri tertentu yang dimliki dari sejumlah kata yang bersinonim sehingga kata tersebut hanya sesuai untuk digunakan berpadanan dengan kata tertentu (Leech, 1976).

Pengetahuan tentang jenis-jenis makna ini membolehkan pengguna bahasa tahu makna-makna tersebut dan seterusnya dapat menggunakan jenis makna ini bersesuaian dengan konteks penggunaannya.

4. Dengan mengemukakan beberapa contoh perkataan, huraikan bagaimana kolokasi dapat menjelaskan makna perkataan secara berpada.

Menurut Abdullah Yusof (2009) kolokasi merupakan hubungan sintagmatik yang terdapat antara unsur leksikal ataupun perkataan dan berhubungan rapat dengan jenis makna. Contonya, perkataan bahtera, singgahsana, diraja merupakan kata yang merangkumi satu kolokasi, satu tempat atau lingkungan yang sama.

Leech (1974) menyatakan kolokasi biasanya berhubungan dengan penggunaan beberapa perkataan yang lain dalam lingkungan yang sama. Contohnya, perkataan melu, kiambang, cempaka, mawar merupakan kata yang merangkumi lingkungan bunga iaitu sama atau mirip namun penggunaannya harus sesuai dengan objek dan situasi.

5. Ulas tentang tajuk-tajuk berikut:

Page 3: Forum semantik

i. Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, ulas tentang mengapa polisem dikatakan dapat menjelaskan makna yang lebih lengkap berbanding homonim.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, polisemi merupakan bentuk kata atau ungkapan yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) yang berkait rapat antara satu sama lain dalam konteks penggunaannya. Contoh:

-kepala (orang)-kepala (kumpulan samseng)-kepada (kain sarung)

-Husni mempunyai hubungan darah dengan Hasan. (hubungan kelurga)-Tubuhnya berlumuran darah akibat jatuh daripada motosikalnya. (darah merah dariparipada tubuh)

Homonim meupakan kata yang mempunyai sama ejaan ataupun sebutannya tetapi mempunyai makna yang berbeza mengikut konteks penggunaan ayatnya. Contoh:

-perak (logam)-perak (terpinga-pinga)

-bisa (dapat)-bisa (racun)

-semak (kaji)-semak (kusut)

ii. Ulas hubungan antara hipernim dan hiponim dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

Hiponim ialah perkataan yang bermaksud nama yang dibawah dan dapat diklasifikasikan mengikut bidang-bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hiponim ialah kata yang maknanya mempunyai makna lain.

Superordinat atau hipenim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang luas. Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai ’’subordinat’’ atau hiponim. Hubungan antara kedua kata ini adalah hiponim mempunyai makna yang umum manakal hipernim mempunyai makna yang khusus. Contoh :

-.hipernim = buah -.hiponim  = anggur, manggis

Page 4: Forum semantik

-.hipernim = bunga- hiponim  = melati, mawar, tulip