forum generation adrift

1
Rumusan daripada jurnal A Generation Adrift telah memberi penekanan kepada kanak-kanak dan generasi muda dalam meningkatkan pertuturan, bahasa dan kemahiran berkomunikasi yang baik.Penyelidikan ini menunjukkan ramai kanak-kanak dan generasi muda tidak menyokong sepenuhnya dalam mempertingkatkan kemahiran komunikasi yang baik dan mereka yang mempunyai pertuturan, bahasa dan komunikasi keperluan (SLCN) sering disalah faham atau terlepas sama sekali. Ini menunjukkan ramai kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan mempunyai SLCN dan melainkan jika isu itu tidak ditangani ia boleh memberi kesan jangka panjang pada kejayaan masa depan akademik mereka dan prospek yang lebih luas. Kemahiran komunikasi perlu didedahkan disekolah bagi setiap kanak-kanak supaya dapat meningkatkan potensi mereka dalam bidang akademik, sosial, emosi dan kerjaya masa depan mereka. Dalam pendidikan, komunikasi lisan merupakan teras kecemerlangan akademik dan lebih tertumpu pada transformasi pelbagai ilmu dan kemahiran. Komunikasi lisan dikatakan tunjang dalam pendidikan, yang bermatlamat untuk perkembangan dan pembangunan insan. Oleh itu, jika seseorang murid bermasalah dalam komunikasi lisan, mereka akan mengalami kesukaran untuk menonjolkan potensi mereka . Di sini saya merumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak- kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid, murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas dan mudah difahami. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Selain itu, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan.

Upload: eda-muryanti

Post on 16-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ringkasan

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Generation Adrift

Rumusan daripada jurnal “ A Generation Adrift “ telah memberi penekanan kepada kanak-kanak dan generasi muda dalam meningkatkan pertuturan, bahasa dan kemahiran berkomunikasi yang baik.Penyelidikan ini menunjukkan ramai kanak-kanak dan generasi muda tidak menyokong sepenuhnya dalam mempertingkatkan kemahiran komunikasi yang baik dan mereka yang mempunyai pertuturan, bahasa dan komunikasi keperluan (SLCN) sering disalah faham atau terlepas sama sekali. Ini menunjukkan ramai kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan mempunyai SLCN dan melainkan jika isu itu tidak ditangani ia boleh memberi kesan jangka panjang pada kejayaan masa depan akademik mereka dan prospek yang lebih luas. Kemahiran komunikasi perlu didedahkan disekolah bagi setiap kanak-kanak supaya dapat meningkatkan potensi mereka dalam bidang akademik, sosial, emosi dan kerjaya masa depan mereka.

Dalam pendidikan, komunikasi lisan merupakan teras kecemerlangan akademik dan lebih tertumpu pada transformasi pelbagai ilmu dan kemahiran. Komunikasi lisan dikatakan tunjang dalam pendidikan, yang bermatlamat untuk perkembangan dan pembangunan insan. Oleh itu, jika seseorang murid bermasalah dalam komunikasi lisan, mereka akan mengalami kesukaran untuk menonjolkan potensi mereka.Di sini saya merumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini, peranan guru amat penting dalam proses interaksi dengan murid-murid, murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru juga perlu menarik perhatian murid sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas dan mudah difahami. Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Selain itu, murid digalakkan untuk bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan pertuturan.