forum cergas

Upload: anuar-jais

Post on 07-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

forum cergas

TRANSCRIPT

Apakah perbezaan antara morfem dan kata?Utama.

Nombor 1.Perbezaan antara kata dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Di mana morfem ada yang bebas dan terikat, tetapi semua kata bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Manakala kata ialah bentuk bebas, yang bermakna dan dapat berdiri sendiri, misalnya rumah, sekolah, ajar, dan undi. Namun begitu terdapat kata dalam bahasa Melayu yang mengandungi morfem. Jelas di sini bahawa kata terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua morfem itu kata.

Jawab 1

Nombor 1.Perbezaan antara kata dengan morfem terletak pada fungsinya. Morfem adalah unit terkecil di dalam bahasa yang mempunyai makna dan menjadi unsur terbentuknya kata. Misalnya, kata minum ialah morfem kerana unit yang terkecil, unit yang mengandungi makna dan tidak boleh dipecahkan menjadi unit yang lebih kecil dan bermakna. Ada kata yang terbentuk daripada satu morfem dan ada juga yang terbentuk daripada lebih daripada satu morfem. Misalnya, kata minum terdiri daripada satu morfem, manakala minuman terdiri daripada dua morfem, iaitu minum dan an. Kata adalah bentuk bebas yang terkecil yang mempunyai kesatuan tertentu untuk wujud sebagai sebuat ayat yang terdiri daripada satu kata. Misalnya pergi dapat berdiri sendiri sebagai sebuah ayat perintah. Kata juga merupakan bentuk terkecil yang bermakna dan dapat digunakan bersendirian sebagai ayat minimal yang disebut bentuk bebas.

Jawab 2

Nombor 1.Perbezaan antara kata dengan morfem terletak pada peranannya di dalam bahasa. Kata adalah unit bebas yang terkecil, iaitu unit tatabahasa yang terkecil yang boleh dituturkan bersendirian. Manakala morfem pula terdiri daripada fonem. Morfem tidak seharusnya dikelirukan dengan kata. Morfem boleh merupakan satu kata atau menjadi bahagian daripada kata. Definasi morfem ialah bentuk linguistik yang tidak mempunyai bahagian yang sama dari segi fonetik-semantik dengan bentuk lain. Konsep morfem yang awal terpaksa dipinda apabila kelihatan bukan dalam semua hal morfem terdiri daripada fonem. Walau bagaimana pun bahasa boleh dikatakan terdiri daripada morfem yang berturutan.