forum

6
Pengerusi:Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas.Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, topik kita yang akan dibincangkan pada hari ini “ Sayangi bumi kita”.Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (Lee Wen Li). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, saudara (Tan Kah Jie). Selamat datang saudara. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Ong Jia Li). Selamat datang juga buat saudari.Baiklah, sebelum saya menyimpang lebih jauh ,semua yang berlaku mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi.Oleh itu, kita dengar pendapat Lee Wen Li tentang persoalan ini.Silakan. LWL:Terima kasih , Tuan Pengerusi . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran.Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor.Maka, sesuatu yang pada asalnya

Upload: callie-jia-li

Post on 18-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bahasa

TRANSCRIPT

Pengerusi:Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas.Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati mak,diluah mati bapa. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, topik kita yang akan dibincangkan pada hari ini Sayangi bumi kita.Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (Lee Wen Li). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, saudara (Tan Kah Jie). Selamat datang saudara. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Ong Jia Li). Selamat datang juga buat saudari.Baiklah, sebelum saya menyimpang lebih jauh ,semua yang berlaku mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi.Oleh itu, kita dengar pendapat Lee Wen Li tentang persoalan ini.Silakan.LWL:Terima kasih , Tuan Pengerusi . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran.Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor.Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

Pengerusi: Terima kasih. Boleh ahli panel yang kedua huraikan punca-punca pencemaran berlaku?TKJ: Terima kasih , Tuan Pengerusi . Antara punca-punca yang diwartakan sebagai penyebab pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu :pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .LWL: Saya ingin menambah pendapat , tuan pengerusi.GSY: Silakan.LWL: Terima kasih, tuan pengerusi. Terdapat juga pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia yang didefinisikan sebagai pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya penyebab pencemaran udara ialah gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil daripada asap kenderaan, jerebu kesan daripada pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Punca-punca pencemaran air termasuk pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Seterusnya,punca-punca yang mengakibatkan pencemaran tanah ialah pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .GSY: Terima kasih. Bolehkah panel ketiga memberi sedikit contoh tentang keadaan yang berlaku di Malaysia?OJL: Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita.Statistik telah membuktikan lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . Dapatan ini adalah berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.53-55)Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing .Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.

Pengerusi:Terima kasih Ong Jia Li kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan .yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada penel pertama.Silakan.

LWL:Terima kasih Tuan Pengerusi. Tentang kesan buruk pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari.Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup .Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air.Saya mengambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan .Itu sahaja pendapat saya saudara pengerusi.

Pengerusi:Terima kasih Lee Wen Li , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput _(kedua)Tan Kah Jie untuk memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh kerajaan.

TKJ:Terima kasih tuan penerusi.Apabila disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor.Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan.Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.

Pengerusi: Terima kasih. Soalan yang seterusnya, apakah usaha-usaha yang dilakukan pula pada peringkat antarabangsa. Silakan panel ketiga .OJL:Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.

Pengerusi:Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel kita pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita.