forum

3
BAHASA IBUNDA: RETAK MENANTI BELAH Bahasa Indah kini berlagu sepi (Sahira) Ditelan Arus Modenisasi (Sarimah) Yang Kononnya Serba Serbi Terkini (Nani) Hingga Pusaka Terkubur Mati (Eliani) Rebah Terkulai di Bumi Sendiri (Nadri) Retak menanti belah (Semua) AHLI TEKS FORUM PENGERUSI Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa Selamat bersua di dalam arena forum perdana, bersama saya Nursahira Baddu yang menggalas misi menjadi moderator anda pada hari yang bermakna ini. Bahasa Ibunda: Retak Menanti Belah. Begitulah hangatnya topik yang akan dikupas dan dirungkai persoalannya oleh ahli panel kita sekejap sahaja lagi. Namun begitu hadirin, tidak molek kiranya jikalau saya tidak memperkenalkan ahli panel kita yang bukan sahaja segak bergaya, malah bijak melontar idea, berkata penuh makna dan pastinya berdedikasi

Upload: appy-hamid

Post on 15-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teks intro forum

TRANSCRIPT

BAHASA IBUNDA: RETAK MENANTI BELAH

Bahasa Indah kini berlagu sepi (Sahira)Ditelan Arus Modenisasi (Sarimah)Yang Kononnya Serba Serbi Terkini (Nani)Hingga Pusaka Terkubur Mati (Eliani)Rebah Terkulai di Bumi Sendiri (Nadri)Retak menanti belah (Semua)AHLI TEKS FORUM

PENGERUSIBismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia. Bahasa Jiwa Bangsa

Selamat bersua di dalam arena forum perdana, bersama saya Nursahira Baddu yang menggalas misi menjadi moderator anda pada hari yang bermakna ini.

Bahasa Ibunda: Retak Menanti Belah. Begitulah hangatnya topik yang akan dikupas dan dirungkai persoalannya oleh ahli panel kita sekejap sahaja lagi.

Namun begitu hadirin, tidak molek kiranya jikalau saya tidak memperkenalkan ahli panel kita yang bukan sahaja segak bergaya, malah bijak melontar idea, berkata penuh makna dan pastinya berdedikasi setiap masa.

Saya kira/ hadirin juga tidak sabar-sabar/ untuk bersuai mesra/ dengan semua /ahli panel kita. Baiklah,/ tanpa membuang masa, di sebelah kanan saya, ialah

Saudari Eliani Binti Uyen, berasal dari Pitas dan semestinya bujang belum berpunya. Beliau merupakan seorang yang cukup menyanjungi bahasa Melayu dan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Bahasa IPG Kampus Keningau.

Apa khabar saudari? eliani: khabar baik saudari sahira.

Sebelah kiri saya pula, tampil seorang figura yang saya kira berpengaruh orangnya. Itulah dia saudari Nurhanani binti Suriana. Ulat buku yang cukup menyukai sajak tulisan Usman Awang ini ingin melihat bahasa Melayu kembali berada dipuncak.

Selamat datang saudari. Cantik saudari hari ini. Nani- Terima kasih, saudari sahira juga apa kurangnya.

Baiklah, panel ketiga kita ialah saudari Sarimah binti Jasni. Seorang yang agak pendiam namun, setiap kata yang dikota cukup bermakna ibarat intan permata.

-Sarimah: Ish, melebih pula saudari Sahira ini. Saya biasa-biasa sahaja. Sama macam lainya. Terima kasih atas pujian itu.

Panel kita yang terakhir, ibarat kumbang dikelilingi bunga, dijemput saudara Nadri bin Gaspor. Jejaka yang rendah diri ini menyandang jawatan sebagai timbalan setiausaha kelab Bahasa IPG Kampus Keningau. Selamat datang saudara.

SOALAN FORUM PERTAMA