forum

7
Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun keb ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia Re: F1 Posted by SITI RUSILAWATI BINTI YUSOF on 04 Mar 2014, 22:52:35 1.Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 h kebelakangan ini dan mengapa ia penting? Teknologi maklumat(IT) mengalami transformasi sangat pantas yang pada asalnya berm analog dan bertukar kepada teknologi digital.Kajian menunjukan bahawa 60% dari rak ‘smart device’.Samada di dalam rumah seperti smart tv atau peranti yg lebih ringan bagi pelbagai peringkat usia. Kesan dari penggunaan IT ini menyebabkan cara hidup juga berubah.Bermakna cara hid mudah malahan dengan penggunaan IT ini juga menjadikan urusan perniagaan juga muda 2.Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan menga Teknologi digunakan 100% dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.Dunia tanpa semp lonjakan ekonomi hasil dari perubahan pantas teknologi maklumat.Ia akan melahirkan yang kreatif serta inovatif yang menjadikan perubahan teknologi maklumat sebagai p keuntungan. Re: F1 Posted by AMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISA on 05 Mar 2014, 08:41:51 quote: Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun keb ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia [ attachment: download ] Re: F1 Posted by NORZARINA BINTI RADZALI on 05 Mar 2014, 09:51:41 1. Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun mengapa ia penting? Teknologi Maklumat telah mengalami perubahan dan perkembangan yang memberangsangkan sejak kebelaka

Upload: iimusinah

Post on 11-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

Assoc. Prof. Dr. Ahmad fauzi bin Mohd AyubPosition: InstructorJoined: 04 Mar 2014Posts: 2

Re: F1

Posted bySITI RUSILAWATI BINTI YUSOFon 04 Mar 2014, 22:52:35

1.Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?Teknologi maklumat(IT) mengalami transformasi sangat pantas yang pada asalnya bermula dengan teknologi analog dan bertukar kepada teknologi digital.Kajian menunjukan bahawa 60% dari rakyat Malaysia memiliki smart device.Samada di dalam rumah seperti smart tv atau peranti yg lebih ringan seperti smart phone bagi pelbagai peringkat usia.Kesan dari penggunaan IT ini menyebabkan cara hidup juga berubah.Bermakna cara hidup seharian lebih mudah malahan dengan penggunaan IT ini juga menjadikan urusan perniagaan juga mudah dan menjimatkan kos.2.Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?Teknologi digunakan 100% dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.Dunia tanpa sempadan akan menyebabkan lonjakan ekonomi hasil dari perubahan pantas teknologi maklumat.Ia akan melahirkan lebih ramai individu yang kreatif serta inovatif yang menjadikan perubahan teknologi maklumat sebagai peluang untuk membuat keuntungan.

SITI RUSILAWATI BINTI YUSOFPosition: StudentJoined: 04 Mar 2014Posts: 1

Re: F1

Posted byAMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISAon 05 Mar 2014, 08:41:51

quote:Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

[ attachment:download]

AMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISAPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 2

Re: F1

Posted byNORZARINA BINTI RADZALIon 05 Mar 2014, 09:51:41

1. Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?

Teknologi Maklumat telah mengalami perubahan dan perkembangan yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. dengan wujudnya pelbagai aplikasi dan perantian yang mampu mengubah cara hidup manusia sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih. Perkembangan ini telah meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam sesebuah komuniti dan mencerminkan ketamadunan yang berubah mengikut arus kemodenan. Penggunaan pelbagai jenis aplikasi yang canggih telah memudahkan segala urusan yang dahulu membazirkan masa dan tenaga. Perubahan ini juga telah membuatkan sesebuah negara dilabel mengikut pencapaian yang diperolehi.

2. Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya.

[ attachment:download]

NORZARINA BINTI RADZALIPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Forum Teknologi Maklumat Untuk Sekolah Rendah

Posted byHUSNA BINTI HASSANon 05 Mar 2014, 10:06:51

1) Apakah peristiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5-10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?

Perkembangan Teknologi Maklumat dalam bidang pendidikan di Malaysia bermula dengan pelaksanaan program Sekolah Bestari hingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pada tahun 1999, 84 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek ini. Untuk menjalaknkan projek ini, peralatan ICT telah dibekalkan ke sekolah. KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD, TV Pendidikan, dan kemudahan SchoolNet. Antara salah satu program pembestarian sekolah yang dijalankan ialah pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. Yang terkini, 1Bestarinet melaksanakan 1 projek bersama-sama YTL Network membekalkan wireless modem/ dongle ke sokolah. Melalui projek ini, FrogVle telah diperkenalkan. Melaluinya, guru boleh berkolaborasi bersama staf pentadbiran, guru-guru dan murid-murid secara 'on-line'. Melalui FrogVle, murid boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan sekolah atau guru boleh memberikan tugasan/kerja rumah kepada murid di alam maya. Antara kebaikan dan kepentingan yang diperolehi daripada projek ini ialah membolehkan pembelajaran kendiri di kalangan murid. Selain itu, ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.

2) Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

Pada pendapat saya, sistem pendidikan di Malaysia dalam jangka masa 10 tahun akan datang akan menggunakan Teknologi Maklumat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya dalam bilik darjah. Adalah tidak mustahil setiap murid akan dibekalkan dengan komputer riba setiap seorang bagi pelaksanaan ini. Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid kepada pelajaran. Ia juga dapat meningkatkan motivasi murid. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Murid juga boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi dengan sendiri.

[ attachment:download]

HUSNA BINTI HASSANPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Re: F1

Posted byAMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISAon 05 Mar 2014, 10:24:48

quote:Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

AMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISAJ43688KPTM,IPOHPerkembangan teknologi malumat di Negara kita telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini dalam bidang pendidikan khususnya terutama sekali dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.Perkara penting yang berlaku 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini:Sistem pendidikan di Malaysia amnya telah menerima kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dengan terbinanya Sekolah Bestari yang telah dilaksanakan pada tahun 1997.Ia merupakan anjakan dan menyediakan pelajar ke era teknologi maklumat dengan menyediakan makmal komputer,Tv pendidikandan penyediaan kemudahan ScholNet.Koridor Raya Multimedia(MSC) pada bulan Ogos 1996 juga merupakan salah satu kemudahan teknologi maklumat yang digunakan oleh Negara sebagai pemacu untuk mencapai wawasan 2020 dan ianya diaplikasikan di sekolah dengan penggunaan teknologi maklumat.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) pada tahun 2006-2010 juga merupakan salah satu kemajuandan perkembangan teknologi maklumat yang dirancang untuk merealisasikan sistem pendidikan yang holistik,progresif,bermoral dan bertaraf dunia.Penggunaan komputer di sekolah merupakan salah satu perkembangan teknologi maklumat yang dapat dilihat dimana dengan adanya kelas komputer di sekolah dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu perkembangan teknologi maklumat.Program komputer dan pendidikan telah diperkenalkan di sekolah pada tahun 1992.Teknologi maklumat merupakan salah satu teknologi yang sangat penting dan ia merupakan salah satu keperluan kepada masyarakat kerana dengan adanya kemudahan dan peralatan yang canggih Semuanya maklumat kini berada dihujung jari sahaja.Sepuluh tahun yang akan datang:Pada sepuluh tahun yang akan datang semua sistem di dunia ini akan menggunakan teknologi maklumat sepenuhnya .Ia merangkumi semua sistem pentadbiran,pekerjaan,pendidikan dan bahkan semua kerja atau alatan yang bakal digunakan nanti menjurus kepada sistem teknologi maklumat.Semua maklumat akan didapati dengan mudah .

[ attachment:download]

AMAN SHAH B RAMLI @ MAT ISAPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 2

Apakah peristiwa penting yang berlaku dalam dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?

Posted bySUHANA ANAK PENOSon 05 Mar 2014, 10:28:36

Teknologi maklumat adalah salah satu aset terpenting bagi semua sama ada peringkat kanak-kanak mahupun peringkat orang dewasa. Pada alaf ini di setiap jabatan, bangunan pentadbiran dan urusan seharian 100% menggunakan perisian komputer. Ianya mampu menjimatkan masa, tenaga serta memudahkan urusan yang rumit yang mana sebelum ini semua urusan adalah secara manual iaitu melalui kertas yang memerlukan urusan selama berbulan-bulan baru selesai. Sebagai contoh permohonan penukaran Mykad pada masa kini hanya memerlukan masa 2 jam untuk urusan penukaran atau permohonan baru berbanding pada masa sebelumnya mengambil masa sebulan untuk siap. Penggunaan teknologi maklumat di sekolah juga tidak kurang hebatnya. Jika dilihat pada masa kini kanak-kanak seusia 4 tahun sudah mampu menguasai penggunaan teknologi maklumat. Pembelajaran berasaskan teknologi maklumat menggalakkan murid-murid bersiap kreatif dan inovatif. Ini kerana semua maklumat yang sukar untuk didapati daripada bahan media cetak boleh diperolehi dari internet dengan sekelip mata.

2. Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?

Tidak mustahil 10 tahun akan datang sesi pembelajaran kanak-kanak hanya berlangsung dari rumah dengan pemantauan ibu bapa untuk berinteraksi dengan guru mereka. Ini kerana pada masa kini hampir setiap buah rumah mampu memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer untuk kegunaan seisi keluarga. Sebagai contoh pada masa kini urusan pembayaran bank boleh dilakukan di rumah tanpa perlu beratur panjang di kaunter bank.

[ attachment:download]

SUHANA ANAK PENOSPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Re: F1Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting? Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting

Posted byZAINUDIN BIN KATIMANon 05 Mar 2014, 11:49:40

ZAINUDIN BIN KATIMANJ44004KTPM/INPENS KUALA SELANGOR

1. Apakah Peristiwa penting yang berlaku dalam teknologi maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini mengapa ia penting.

Dalam era globalisasi yang semakin pesat pada hari ini membawa perkembangan teknologi maklumat yang amat besar dalam pelbagai sektor tidak kira sektor pertanian , kewangan hinggalah sektor pendidikan. Pelbagai jenis teknologi maklumat yang dapat digunakan sama ada untuk jarak jauh, satu hala atau dua hala. maklumat dapat disampaikan secara mudah dan cepat. pelbagai maklumat dapat dihantar melalui teknologi maklumat atau ICT termasuklah suara , gambar, vedio, fail komputer aplikasi dan telegraf serta muzik. Pada masa ini kita boleh menggunakan teknologi maklumat seperti telefon, telegraf, radio, televisyen, SMS, 3G, Internet, Internet tanpa wayar(Wifi) dan Radio Amatur. Perkembangan Teknologi Maklumat telah memberi implikasi dan mengakibatkan perubahan yang mendadak yang memberi kesan kepada negara dan rakyatnya. Perubahan ini menjadi amat penting kepada kecekapan dan kebolehan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat. Melalui perkembangan teknologi maklumat telah memberi peluang kepada kita untuk mendapatkan maklumat di mana-mana dan berkongsi minat seperti berita, aktiviti kebudayaan pengetahuan santifik dan belajar secara interatif. Dalam bidang pendidikan melalui teknologi pendidikan kita dapat mewujudkan intraksi antara pelajar dan guru , meningkatkan pasaran bagi perkhidmatan pendidikan dan menghasilkan maklumat untuk kemahiran belajar. Selain itu , Taknologi maklumat ini memudahkan kehidupan seharian kita dan juga semasa melaksanakan kerja.

2. Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting.

Pada 10 tahun akan datang pelbagai perubahan terbaru yang wujud dalam teknologi maklumat. Jika sekarang ini masih ramai lagi murid menggunakan buku kemungkinan pada masa akan datang semua murid menggunakan komputer untuk belajar. Jika kelas pada masa ini dipenuhi dengan meja kerusi kemungkina pada masa ao tahun akan datang kelas-kelas ini telah menjadi makmal komputer di mana pelbagai pekakas teknologi maklumat wujud di dalam kelas. jika sekarang ini banyak teknologi maklumat yang dibuat menggunakan kertas kemungkinan pada masa akan datang banyak teknologi maklumat untuk pendidikan diperbuat daripada elektronik. Perubahan ini penting kerana teknologi maklumat dapat merubah kehidupan manusia serta meningkatkan taraf hidup. Selain itu perubahan ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif melalui pencarian maklumat yang pelbagai jenis dalam internet. melalui pembelajaran maya juga dapat mengelakkan murid bosan ini dapat meningkatkan prestasi pelajar.Walaupun begitu, jika kita tidak berhati-hati mengurus perkembangan teknologi maklumat dan juga perpaduan negara pada 10 tahun akan datang pekembangan teknologi maklumat di Malaysia akan terbantut atau berkurang malahan kemungkinan timbul lebih banyak lagi gejala buruk yang akan berlaku. oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita mesti bersama-sama untuk mengawal teknologi maklumat supaya jangan teknologi maklumat yang mengawal kita.

[ attachment:download]

ZAINUDIN BIN KATIMANPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Re: F1

Posted byDURRAH BT MOHDon 05 Mar 2014, 12:59:46

1. Apakah peristiwa penting yang berlaku dalam teknologi maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?Memandangkan zaman semakin canggih, teknologi maklumat juga semakin telah berkembang pesatmenuju keera global. Teknologi maklumat jugaberkembang di dalam pendidikan sekolah dan pelbagai projek telah dijalankan antaranyaPersekitaran Pembelajaran Maya (VLE Frog) iaitu sistem pembelajaran berasaskan laman web yang serupa dengan pendidikankonvensional.Contohnya guru boleh memberi tugasan ujian dan markah secara maya sementara murid boleh menghantar dan menyemak markah melalui program ini.Ibubapa boleh berhubung dengan guru dan pentadbir itu sendiri bagi menyemak prestasi anak di sekolah.Di samping itu teknologi maklumat dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini bukan bersandarkan komputer semata mata tetapi landakanalat peranti pintar seperti tablet, smartphone dan ipad juga mempengaruhi kehidupan masyarakat masa kini.Teknologi maklumat juga telah membolehkan apa-apa urusan dapat berjalan dengan lancar tanpa perlu beratur panjang dan membuang masa kos dan tenaga untuk menunggu.Antaranya penggunaan sistem onlineuntuk borang perumahantanpa perlu mengisi pelbagai borang yang meremehkan.2. Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?Teknologi maklumat pada 10 tahun akan datang dijangka mengalami kemajuan pesatdidalam pelbagai sektor antaranya Virtual Learning di dalamsektor pendidikan membolehkan murid belajar secara maya tanpa perluhadirke sekolah dan berhubung dengan guru secara online. Tidak mustahil murid diberikan komputer riba setiap orang tanpa membawa buku teks yang banyak.Selain itu, semua maklumat akan diperolehi dengan mudah dan pantas tanpa melibatkan banyak pihak. Dalam bahagian ekonomi urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien contohnya e-niaga dimana perniagaaan dijalankan melalui elektronik. Dengan kemajuan yang semakin berkembang kualiti dan dan produktiviti dapat ditingkatkan dimana semua kerja dapat dilakukan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum.Dalam perkembangan teknologi maklumat yang pesat masyarakat berilmu dapat diwujudkan.Melaluinya ungkapan " katak bawah tempurung" tidak timbul lagi. Setiap pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi melihat maklumat yang terkini dalam semua bidang. Pada masa akan datang tidak timbul lagi tiada masa mahupun kesesakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta dalam memenuhi kehendak atau keperluan diri dalam menguruskan kehidupan seharian. Teknologi maklumat banyak memberi kesan yang positif jikakita melihat dari sudut yang baik dan menggunakannya sebaik yang mungkin.

[ attachment:download]

DURRAH BT MOHDPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Re: F1

Posted byNORIZA BT. MD ISAon 05 Mar 2014, 13:15:20

1) Apakah peristiwa penting yang berlaku dalam teknologi dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ianya penting?

Teknologi maklumat sememangnya merupakan satu fenomena yg menjadi keperluan pada masa kini. Boleh dikatakan sangat ketinggalan sekiranya masih ada masyarakat yang tidak mengikuti perkembangan terkini berkenaan teknologi maklumat. Sebagai contoh yang amat mudah, laman sosial seperti Facebook dan twiter sangat menjadi kegilaan di kalangan masyarakat tidak mengira usia. Banyak faedah yang dapat diaplikasikan melalui laman sosial tersebut selain mencari kenalan.

Selain facebook, banyak lagi aplikasi berlandaskan it yang boleh memudahkan urusan seharian kita seperti urusan membayar bil-bil bulanan. Kita tidak perlu hanya membuang masa untuk beratur dia kaunter-kaunter untuk tujuan itu. dengan hanya berbekalkan komputer riba atau telefon bimbit canggih segala urusan bayaran dapat diselesaikan. Urusan membeli belah juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi terkini. sangat mudah dan tidak membuang masa. Selain itu penjimatan lain seperti kos minyak juga akan lebih jimat. Ada juga yang menjana pendapatan hanya dengan hanya melayari internat. Itu terpulang kepada minat dan kemahiran masing-masing

Di sekolah juga ada subjek yg menyelitkan penggunakan it di kalangan murid. Ini merupakan satu persedian untuk masa adepan dan mungkin akan. Kos bil untuk telefon juga dapat dikurangkan dengan adanya telefon pintar pelbagai aplikasi percuma untuk berhubung dapat digunakan seperti wecchat, whatsapp, telegram dan macam-macam lagi

2) Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang?

Sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju, begitu jugala kita mahukan kemajuan dalam teknologi maklumat. Jika zaman sekarang e-book telah mula digunakan, tidakla mustahil di masa hadapan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan walaupun sudah mula digunakan pada masa kini. mungkin suatu hari nanti kita tidak perlu lagi keluar ke pejabat untuk bekerja. hanya dari rumah kita boleh menjalankan tugas .

sekiranya ini berlaku, banyak manfaat untuk masyarakat. mungkin gejala sossial dapat dikurangkan di kalangan remaja masa kini. walaubagaimanapon pemantauan harus dilakukan terhadap penggunaan teknologi ini agar tidah disalah guna oleh golongan-golongan tertentu.

[ attachment:download]

NORIZA BT. MD ISAPosition: StudentJoined: 05 Mar 2014Posts: 1

Re: F1

Posted byHONG GUAN SIMon 05 Mar 2014, 16:22:20

Apakah perisitiwa penting yang berlaku dalam Teknologi Maklumat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun kebelakangan ini dan mengapa ia penting?Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Teknologi ini sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpamakatak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah membawa perubahan kepada individu, masyarakat dan negara.Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa.Kewujudan ICT turut membantu dalamsistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sistem pendidikan di sekolah dimajukan oleh ICT sekali gus mewujudkan sekolah bestari. Murid mendapatkan maklumat dari seluruh dunia melalui Internet untuk melakukan kerja atau projek-projek di sekolah. Murid akan belajar mengikut kemampuan mereka serta melahirkan generasi yang celik komputer. Pendidikan di sekolah atau di institusi lebih bercirikan pendidikan jarak jauh. Peluang pendidikan menjadi lebih luas, selain menjimatkan kos.Tambahan pula, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) memang ditegaskan dalam standard pembelajaran KSSR yang terkini. Murid diajar untuk belajar dengan penggunaan TMK. Syarikat YES juga memberi kerjasama dan bantuan kepada semua sekolah untuk melancarkan program VLE FROG. Ini menunjukkan ICT pada masa kini telah membawa perubahan yang baik kepada semua murid dan warga pendidik.Tambahan pula, guru guru sekarang perlulah mentaksir murid dengan online key in keputusan murid. Segala urusan dan maklumat boleh dijana dengan ICT.kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau.Apakah yang anda jangka akan berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang dan mengapa ia penting?Murid tidak perlu membawa beg yang berat sedangkan semua murid mempunyai chrome book sendiri. Guru sebagai fasilatator dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Bagi murid yang kurang sihat serta tidak dapat hadir ke sekolah, mereka boleh belajar di mana mana sahaja melalui video on demand yang disediakan oleh pihak sekolah. Murid murid juga terdedah ilmu IT sejak kecil dan mereka tidaklah ketinggalan zaman. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahubersama-sama rakyatbagai aur dengan tebing, sehati sejiwauntuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

[ attachment:download]