forum 2

4
Banyak kajian menunjukkan, pelajar semakin sukar mempelajari matematik terutamanya penggunaan simbol dan anu malah ada pelajar yang langsung tidak minat subjek matematik disebabkan penyampaian guru yang tidak kreatif, konsep matematik yang diperkenalkan terlalu rumit dan sukar difahami terutamanya pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Oleh yang demikian, pemilihan teknik, strategi penyampaian dan pendekatan yang kreatif perlu dilakukan untuk menarik minat dan membantu pelajar yang lemah dalam matematik. Penggunaan sejarah matematik merupakan salah satu daripada alternatif untuk mempelbagaikan kaedah matematik selain daripada kaedah matematik yang sedia ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik. Sejarah matematik berperanan menjadikan matematik lebih bermakna, menarik serta mendedahkan kepada guru dan pelajar beberapa nilai sejarah matematik yang boleh diperkenalkan sebagai satu pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Mohini (1995), penggunaan sejarah dapat mengukuhkan kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep matematik. Contoh penerapan sejarah algebra iaitu persamaan kuadratik hasil penemuan tokoh sejarah islam terkemuka iaitu Al-Khawarizmi (Mohini, 1995). Menurut Abdul Latif (1992), walaupun semua hasil kerja Al-Khawarizmi bertulis secara berayat, tetapi algebranya adalah lebih dekat kepada algebra rendah iaitu sekolah menengah pada hari ini. Beliau mengemukakan cara menyelesaikan persamaan kuadratik umum berdarjah satu dan dua yang mempunyai anu dan simbol dengan menggunakan aljabar dan takrif geometri (Abdul Latif, 1992). Ini menunjukkan bahawa, unsur sejarah boleh dijadikan alternatif dalam pembelajaran matematik. Maka, guru-guru perlu menyelitkan sejarah matematik dalam pengajaran mereka memandangkan ia membantu pelajar memotivasikan diri mereka dan lebih menghayati pembelajaran matematik.

Upload: gomala-mookan

Post on 17-Feb-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Page 1: forum 2

Banyak kajian menunjukkan, pelajar semakin sukar mempelajari matematik terutamanya penggunaan simbol dan anu malah ada pelajar yang langsung tidak minat subjek matematik disebabkan penyampaian guru yang tidak kreatif, konsep matematik yang diperkenalkan terlalu rumit dan sukar difahami terutamanya pelajar yang lemah dalam subjek matematik. Oleh yang demikian, pemilihan teknik, strategi penyampaian dan pendekatan yang kreatif perlu dilakukan untuk menarik minat dan membantu pelajar yang lemah dalam matematik. Penggunaan sejarah matematik merupakan salah satu daripada alternatif untuk mempelbagaikan kaedah matematik selain daripada kaedah matematik yang sedia ada terkandung dalam sukatan pelajaran matematik.

Sejarah matematik berperanan menjadikan matematik lebih bermakna, menarik serta mendedahkan kepada guru dan pelajar beberapa nilai sejarah matematik yang boleh diperkenalkan sebagai satu pendekatan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Mohini (1995), penggunaan sejarah dapat mengukuhkan kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep matematik. Contoh penerapan sejarah algebra iaitu persamaan kuadratik hasil penemuan tokoh sejarah islam terkemuka iaitu Al-Khawarizmi (Mohini, 1995). Menurut Abdul Latif (1992), walaupun semua hasil kerja Al-Khawarizmibertulis secara berayat, tetapi algebranya adalah lebih dekat kepada algebra rendah iaitu sekolahmenengah pada hari ini. Beliau mengemukakan cara menyelesaikan persamaan kuadratik umumberdarjah satu dan dua yang mempunyai anu dan simbol dengan menggunakan aljabar dan takrifgeometri (Abdul Latif, 1992). Ini menunjukkan bahawa, unsur sejarah boleh dijadikan alternatif dalam pembelajaran matematik.

Maka, guru-guru perlu menyelitkan sejarah matematik dalam pengajaran mereka memandangkan ia membantu pelajar memotivasikan diri mereka dan lebih menghayati pembelajaran matematik.

Menurut Fauvel (2000) nilai sejarah matematik meliputi tiga dimensi berbeza: (1) sebagai bahan pembelajaran / kuliah, (2) sebagai konteks materi pembelajaran, dan (3) sebagai sumber strategi pembelajaran. Yang pertama dimaksudkan sebagai suatu subjek atau bahan pembelajaran, yang membincangkan segi fakta, kronologi, maupun evolusi sejarah matematik. Hal ini tentu melibatkan banyak sekali aspek, dari fakta matematik hingga falsafah matematik. Sejarah matematik sebagai subjek mula diberikan di tingkat perguruan tinggi walaupun bukan menjadi bahan inti sehingga tidak setiap perguruan tinggi menyelenggarakannya. Yang kedua dimaksudkan bahawa dalam pembelajaran matematik, kita dapat mengambil soal-soal atau masalah awal dari sejarah matematik termasuk memberi perspektif humanis dalam pembelajaran dengan memaparkan hasil karya dan biografi ahli matematik. Sementara yang ketiga dimaksudkan bahawa sejarah matematik memberikan alternatif cara atau strategi pembelajaran suatu pokok materi matematika.

Page 2: forum 2

Selaras dengan makin diterimanya falsafah konstruktivisme dalam pembelajaran, maka kajian tentang penggunaan sejarah matematik dalam pembelajaran terus meningkat. Sehingga kini sudah ratusan bahkan ribuan makalah dan kajian yang berkaitan dengan penggunaan sejarah matematik dalam pembelajaran, baik di peringkat sekolah dasar hingga perguruan tinggi. Salah satu argumentasi kuat perspektif sejarah dalam pendidikan matematik adalah apa yang disebut sebagai phylogeny yang mengikuti Ontogeny, iaitu perkembangan matematik dalam diri individu mengikuti jalan yang sama seperti perkembangan matematik itu sendiri. Walaupun pandangan ini tidak secara ketat diterima, tetapi telah memberikan dorongan yang kuat bagi usaha menggunakan sejarah matematik ke dalam pembelajaran.

Banyak manfaat yang dapat diambil dari penggunaan sejarah matematik dalam pembelajaran. Fauvel (2000) menyatakan terdapat tiga dimensi besar pengaruh positif sejarah matematik dalam proses belajar pelajar:

1. Understanding (pemahaman)

Pada tahap apa pun, perspektif sejarah dan perspektif matematik (struktur moden) saling melengkapi untuk memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh, yaitu pemahaman yang terperinci mengenai konsep-konsep dan teorem-teorem matematik, serta pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana konsep-konsep matematik saling berkaitan dan bertemu.

2. Enthusiasm (semangat)

Sejarah matematik memberikan sisi aktiviti manusia dan tradisi / kebudayaan manusia. Pada sisi ini, pelajar merasa menjadi bahagiannya sehingga menimbulkan keghairahan dan motivasi tersendiri.

3. Skills (kemahiran)

Yang dimaksudkan Fauvel bukan kemahiran matematik semata, tetapi kemahiran dalam hal: kemahiran research dalam menata maklumat, kemahiran menafsirkan secara kritis pelbagai anggapan dan hipotesis, kemahiran menulis secara koheren, kemahiran membentangkan kerja, dan kemahiran meletakkan dan menerima suatu konsep pada level yang berbeza-beza . Kemahiran-kemahiran di atas jarang dijangkakan dalam pembelajaran konvensional / tradisional.

Page 3: forum 2

Tentu saja perkembangan pemahaman, keghairahan, dan kemahiran tersebut bergantung pada apa yang dikandung oleh sejarah matematik yang disuguhkan, serta bagaimana sejarah matematik difahami dan dilaksanakan dalam pembelajaran. Memperkaya sejarah matematik sebagai bahan untuk menarik kesenangan pelajar pada matematik sudah merupakan langkah yang mencukupi. Syukur bila para guru mempunyai kemampuan untuk pengapungan model pembelajaran berdasarkan maklumat sejarah matematik.

Di bawah ini beberapa faedah yang berkaitan dengan penerapan sejarah matematik di sekolah yang boleh diambil, iaitu: (disarikan dari John Fauvel seperti dikutip Garner (1997))

Meningkatkan motivasi dalam belajar.

Meningkatkan aspek humanistis matematik.

Mengubah persepsi pelajar terhadap matematik ke arah yang positif.

Pelajar mendapat kesenangan / kepercayaan diri dengan memastikan bahawa mereka bukan satu-satunya yang dihadapkan dengan masalah matematik.

Mengurangkan kesan bahawa matematik itu menakutkan.

Dengan menyelami sejarah membantu mengekalkan minat dan kegembiraan pelajar.

Dengan membandingkan terhadap teknik-teknik kuno, dapat memberikan nilai lebih pada teknik moden.

Membantu menjelaskan peranan matematik dalam masyarakat.

Memberikan kesempatan untuk bekerja merentasi kurikulum dengan guru lain atau subjek lain.

Membantu membangunkan pendekatan yang pelbagai budaya.