forum 1

8
SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM SUBATRA A/P KANAN D20112052800 AT34J PENSYARAH/PENYELIA: TUAN AZLI BIN ARIFFIN Tarikh : 09 MEI 2015 PEMARKAHAN FORUM 1 Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.Jelaskan maksud kaedah, pendekatan dan teknik dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu beserta contoh yang sesuai.

Upload: subatra-kanan

Post on 21-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kaedah,teknik dan pendekatan dalam bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: FORUM 1

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KRB 3053

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

SUBATRA A/P KANAN D20112052800 AT34J

PENSYARAH/PENYELIA: TUAN AZLI BIN ARIFFIN

Tarikh : 09 MEI 2015

PEMARKAHAN

FORUM 1

Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik yang boleh digunakan dalam

pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.Jelaskan maksud kaedah, pendekatan dan

teknik dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu beserta contoh yang sesuai.

Page 2: FORUM 1

BIODATA

NAMA PELAJAR SUBATRA A/P KANAN

OPSYEN

Major :

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Minor :

Bahasa Melayu

NO KAD

PENGENALAN 791007-07-5528

NO TELEFON (HP) 016-6058790

ALAMAT RUMAH

2704 JLN SJ3/4, TAMAN SEREMBAN JAYA, 70450

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.

ALAMAT E-MEL [email protected]

NAMA

PENYELARAS

KURSUS

TUAN AZLI BIN ARIFFIN

JABATAN Pengajian Pendidikan

Page 3: FORUM 1

FORUM 1

Course ID : KRB3053 < Group Name : Group UPSI03(A142PJJ) < Full Name : SUBATRA A/P KANAN

Title Message Date posted Full Name

E-

FORUM

Ya betul cikgu. Kaedah merupakan langkah-langkah

atau peringkat-peringkat pengajaran yang

tersusun rapi dan kesinambungan yang harus

dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu

objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak,

1982:72).

Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan

merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada

prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu

pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi

mendokong pendekatan dipilih.

Sebagai contohnya, salah satu kaedah ialah kaedah

semulajadi. Pengajaran dimulakan dengan soalan-

soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.

Perkataan-perkataan baharu diterangkan dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang telah

diketahui oleh murid. Tidak menggunakan bahasa

ibunda (dalam pembelajaran bahasa kedua) dan

tidak menggunakan kaedah terjemahan Cara

pembelajaran menyamai pembelajaran bahasa

pertama. P &P dilaksanakan secara tersusun dan

berperingkat bermula dengan kemahiran lisan,

kemudian bertutur dan seterusnya membaca dan

menulis.

28 Mar

2015

12:21:16

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

E-

FORUM

Salam sejahtera cikgu.

Izinkan saya tambah maklumat bersertakan contoh

yang sesuai. Setiap jenis pendekatan itu mempunyai

kaedah pelaksanaannya yang tersendiri.

Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh

menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan,

demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara

kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada

palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P.

Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru.

Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih

menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya,

pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta

memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik

yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan

kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada

dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh

digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan

individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian

28 Mar

2015

12:40:54

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

Page 4: FORUM 1

masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain.

Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar

lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri

pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu.

Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula

memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari

dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk

menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui

penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan

pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar.

Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti

video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi

membuka minda serta menarik perhatian pelajar

dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan

video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir

mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh

guru mereka pada hari berkenaan.

E-

FORUM

Salam sejahtera cikgu.

Betul cikgu. Izinkan saya menggunakan pendekatan

yang sesuai bersertakan contoh dalam pengajaran

bahasa Melayu. Pendekatan induktif, deduktif, inkuri

dan masteri pula mempunyai maksud yang

tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat

diterjemahkan sebagai: (a) Pendekatan induktif

merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di

mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan

pengajaran itu secara langsung, mereka hanya

diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan

pelajaran tersebut. (b)Pendekatan deduktif

merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada

hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan

peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk

menuju ke suatu fakta. (c)Pendekatan inkuiri-

pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang

masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing

pelajar untuk mengutarakan soalan yang

jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang

telah pun dirancang sebelumnya. (d)Pendekatan

masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan

pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran,

kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam

objektif.

28 Mar

2015

12:51:21

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

E-

FORUM

Salam sejahtera cikgu.

Saya sangat setuju dengan kenyataan cikgu. Iznkan

saya memberi contoh yang sesuai bagi kaedah

pengajaran bahasa melayu di sekolah. Kaedah

Semulajadi hampir sama dengan kaedah Terus.

Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang

28 Mar

2015

07:51:44

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

Page 5: FORUM 1

berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-

perkataan yang baru diterangkan dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang telah

diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung

digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-

Aural pula merupakan kaedah mendengar dan

kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog

untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi

dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic

dengan memberi perhatian kepada intonasi yang

betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang

membolehkan murid-murid menggunakan bahasa

yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa

baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan

latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh

aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan

mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj.

Husin,1988).

E-

FORUM

Salam sejahtera cikgu.

Saya sangat setuju dengan kenyataan cikgu. Iznkan

saya memberi contoh yang sesuai bagi pengajaran

bahasa melayu di sekolah. Terdapat pelbagai

kaedah, pendekatan, teknik yang boleh diaplikasikan

oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sebagai contohnya, teknik pengajaran adalah

kemahiran atau perkara-perkara khusus yang

terdapat dalam sesuatu kaedah.

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan

dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk

perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk

berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.

Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan

teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia

mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-

pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru

bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab

soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan

gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu

situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa

sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara

spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam

memainkan peranan mereka semasa sesi ini

28 Mar

2015

08:01:02

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

Page 6: FORUM 1

berlangsung.

E-

FORUM

Salam sejahtera cikgu. Saya sangat setuju dengan

kenyataan cikgu. Izinkan saya menambah lagi

contoh-contoh pengajaran teknik dalam bahasa melayu.

Teknik bercerita membawa maksud guru memilih

cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran

yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam

keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan

terutama dalam proses pengajaran yang

memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan

ayat-ayat yang betul dan sempurna.Di samping

menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk

menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum

pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan

maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di

mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan

guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-

fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk

mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan

di samping untuk menjamin pengekalannya.

Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu

guru membentuk satu situasi yang memerlukan

pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka

untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang

diberi.

28 Mar

2015

08:06:59

AM

SUBATRA

A/P

KANAN

E-

FORUM

Salam sejahtera guru-guru sekalian,

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau

hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga

diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau

jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya

berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek

yang digunakan untuk mendekati atau memulakan

proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata

Page 7: FORUM 1

pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu

kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan

aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau

memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada

kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di

mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan

kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti

proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran

boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid,

cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau

pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata

pelajaran lain.

pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia

seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi

tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju

haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju

arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan

pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau

aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu

kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang

sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu

matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada

beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai

urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah

segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan

perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri

seseorang yang lain.

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran

atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam

sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat

menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu

kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan

berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh

diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa

langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang

tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala

aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan

tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang

lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah

seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi,

main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,

perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik

Page 8: FORUM 1

dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau

perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu

kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai

teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka

kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak

berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan

kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk

pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan

ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang

berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,

gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan

murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai

teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan

adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar

percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP,

garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-

soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain

lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan.

Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka

kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang

baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas

dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan

jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk

menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak

balas daripada murid, suara haruslah jelas,

mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan

sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita

haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah

seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak

berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah

lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan

bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai

teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik

pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk

kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti

mempunyai teknik-teknik yang tertentu.