format penulisan jurnal refleksi latihan mengajar group at45a new 1

7
Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar (Group AT45A) A. muka hadapan ( hijau muda) Lampiran 1 B. isi kandungan 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang sekolah 1.2 Latar belakang kelas dan pelajar 2.0 Isu atau masalah Latihan mengajar 2.1 Isu atau masalah 1 ISU / MASALAH Dalam pemerhatian yang saya lakukan pada kelas pertama, saya mendapati bahawa para pelajar menghadapi masalah penguasaan bahasa Malaysia yang membimbangkan. Ini adalah kerana saya meminta pelajar untuk memperkenalkan diri. Pelajar tersebut tidak faham apa yang saya sampaikan. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa mandarin terutamanya kepada pelajar berbangsa cina. Saya menyedari bahawa kekerapan menggunakan bahasa ibunda tidak mendatangkan faedah kepada diri saya atau pelajar saya. Apabila saya menjalankan set induksi, para pelajar masih dalam tahap yang agak lambat untuk memahami isi pelajaran yang saya sampaikan. Selain itu, saya mendapati hanya sebilangan pelajar sahaja memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermula proses pengajaran sehingga tamat waktu kelas. Keadaan ini amat mengecewakan kerana saya mencaruh harapan yang tinggi terhadap kelas saya sebelum masuk ke kelas. ANALISIS ISU / MASALAH Saya cuba mengenal pasti punca masalah pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa malaysia dan tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya. Adakah pelajar mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Malaysia sejak kecil lagi atau tidak digalakkan oleh ibu bapa? Bagaimana pelajar dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa malaysia? Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian dalam kelas? Apakah kaedah pengajaran yang sesuai saya praktikan untuk mengatasi masalah sedemikian?

Upload: hwg-c-chai

Post on 16-Jan-2016

96 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

Page 1: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar (Group AT45A)

A. muka hadapan ( hijau muda) Lampiran 1B. isi kandungan

1.0Pengenalan 1.1 Latar belakang sekolah1.2 Latar belakang kelas dan pelajar

2.0Isu atau masalah Latihan mengajar2.1 Isu atau masalah 1

ISU / MASALAHDalam pemerhatian yang saya lakukan pada kelas pertama, saya mendapati bahawa para pelajar menghadapi masalah penguasaan bahasa Malaysia yang membimbangkan. Ini adalah kerana saya meminta pelajar untuk memperkenalkan diri. Pelajar tersebut tidak faham apa yang saya sampaikan. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan bahasa ibunda iaitu bahasa mandarin terutamanya kepada pelajar berbangsa cina. Saya menyedari bahawa kekerapan menggunakan bahasa ibunda tidak mendatangkan faedah kepada diri saya atau pelajar saya. Apabila saya menjalankan set induksi, para pelajar masih dalam tahap yang agak lambat untuk memahami isi pelajaran yang saya sampaikan.

Selain itu, saya mendapati hanya sebilangan pelajar sahaja memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermula proses pengajaran sehingga tamat waktu kelas. Keadaan ini amat mengecewakan kerana saya mencaruh harapan yang tinggi terhadap kelas saya sebelum masuk ke kelas.

ANALISIS ISU / MASALAHSaya cuba mengenal pasti punca masalah pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa malaysia dan tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya.

Adakah pelajar mempunyai masalah komunikasi dalam Bahasa Malaysia sejak kecil lagi atau tidak digalakkan oleh ibu bapa? Bagaimana pelajar dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa malaysia?

Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian dalam kelas?

Apakah kaedah pengajaran yang sesuai saya praktikan untuk mengatasi masalah sedemikian?

CADANGANSelepas mendapatkan candangan dan pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah, mereka lebih mengharapkan aktiviti pengajaran lebih kepada

Page 2: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

berpusatkan pelajar. Selain itu, saya juga perlu mengingat nama pelajar supaya mereka rasa dihargai dan diperhati dan menggalakkan pelajar untuk bercakap dan memberi pandangan. Semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya juga ditegur supaya membanyakkan penglibatan aktiviti seperti pelajar dapat membaca dan membuat pembentangan. Para pelajar perlu aktif dalam membuat perbincangan untuk menghasilkan idea dan karya yang tersendiri.

TINDAKAN SUSULANMelalui cadangan yang diberikan, guru telah menambahbaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Guru telah menggunakan dua bulan lebih untuk meningkatkan prestasi pelajar. Tindakan yang dapat saya buat adalah memperbaiki rancangan pengajaran harian dengan memperbanyakkan aktiviti pelajar semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah untuk memenuhi tahap penguasaan dan kefahaman pelajar. Selain itu, saya juga meminta pandangan daripada guru pembimbing supaya dapat merangka aktiviti yang bersesuai dengan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Saya juga merancang semula strategi yang perlu diperbaiki agar dapat memperbaiki kelemahan para pelajar. Saya akan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif supaya para pelajar dapat menyumbang idea serta menyerap ilmu dengan berkesan. Dengan ini, saya menggunakan konsep hubungan interpersonal, di mana kemahiran berkomunikasi yang berkesan adalah kebolehan bertutur dengan jelas dan tepat. Jenis komunikasi yang boleh dipratikkan adalah komunikasi secara lisan dan secara bukan lisan. Komunikasi secara lisan merupakan proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan daripada seseorang individu kepada sekumpulan pendengar. Komunikasi bukan lisan pula adalah penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Komunikasi yang diamalkan ini diharapkan dapat mengatasi kelemahan komunikasi yang dibelungi selama ini.

2.2 Isu atau masalah 2

ISU / MASALAHPelajar suka mengantuk dan tidur dalam kelas. Apabila setibanya di dalam kelas, para pelajar sudah mula senyap, duduk dan mendahi kepalanya di atas meja. Cuma pelajar yang duduk di depan baris sahaja menumpukan perhatian.

ANALISIS ISU / MASALAHSaya cuba mengenal pasti punca masalah pelajar-pelajar yang mempunyai masalah merasa mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Adakah pelajar tidak minat terhadap mata pelajaran perdagangan ini? Adakah pelajar tidak cukup tidur atau badan terlalu letih? Adakah guru mengamalkan keadah pengajaran yang tradisional yang menyebabkan pelajar berasa bosan?

CADANGAN

Page 3: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

Memahami para pelajar bahawa tidur dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dibenarkan iaitu membuat peraturan pada sesi persekolahan atau menggunakan cara peneguhan positif dan negatif.

Para pelajar turut didedahkan dengan cara-cara mengekalkan kecergasan mental dan fizikal sama ada secara teori atau praktikal terutamanya semasa kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Guru digalakkan melakukan aktiviti seperti senaman ringkas di dalam kelas supaya dapat melancarkan peredaran darah untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Pelajar sentiasa diberikan dorongan serta motivasi terutamanya keseronokan dalam proses p&p mempengaruhi para pelajar memberi tindak balas yang positif.

TINDAKAN SUSULANPelbagai masalah yang telah saya timbulkan telah menunjukkan bahawa para pelajar harus mendapatkan bimbingan dan didikan yang berguna daripada guru. Saya akan merekod prestasi dan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa. Pelajar yang merasa mengantuk akan dibenarkan pergi ke tandas untuk membasuh muka dan mengerak-gerakkan badan. Saya akan mengambil tindakan yang drastik untuk memerangi untuk mengatasi masalah pelajar mengantuk dalam kelas. Apabila pelajar mengulang tingkah laku sedemikian lagi, guru boleh menggunakan sentuhan dan gerak isyarat seperti menyentuh kepala atau bahu pelajar dengan lembut. Selain itu, guru juga berjalan ke tempat pelajar yang suka tidur dan menujukan soalan yang berkaitan dengan pelajaran untuk pelajar yang berkenaan menjawab. Saya akan merancang rancangan pengajaran yang lebih kreatif seperti aktiviti permainan kata silang yang melibatkan pelajar untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti permainan harus diperbanyakkan seperti pelaburan supaya menghilangkan rasa bosan. Kaedah dan teknik bermain adalah dikaitkan dengan penggunaan kaedah dan teknik mengajar seperti simulasi, termasuk penyelesaian masalah dan demokrasi.

2.3 Isu atau masalah 3

ISU / MASALAHRamai pelajar tidak hadir ke sekolah terutamanya selepas peperiksaan. Kebanyakan pelajar

ANALISIS ISU / MASALAH

CADANGAN

Page 4: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

TINDAKAN SUSULAN

2.4 Isu atau masalah 4

ISU / MASALAHPara pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Subjek perdagangan amat memeritkan kepada para pelajar. Mereka tidak jelas dengan jawapan yang dikehendaki walaupun telah dijelaskan beberapa kali. Mereka Cuma mengharapkan menunggu jawapan daripada guru sahaja.

ANALISIS ISU / MASALAHTerdapat beberapa analisis masalah yang telah dikenal pasti.

Adakah pelajar tidak minat terhadap subjek perdagangan ini?

Adakah pelajar tidak pernah didedahkan dengan ilmu perdagangan sebelum ini? CADANGAN

TINDAKAN SUSULAN

2.5 Isu atau masalah 5

ISU / MASALAHKelengkapan sekolah yang tidak lengkap seperti ICT dan komputer. Ketika saya mahu menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam kelas, saya menyedari bahawa LCT tidak berfungsi. Oleh demikian, saya terpaksa membawa komputer riba sendiri dan meminjam LCT daripada guru pembimbing saya. Keadaan ini akan membantutkan perancangan masa terutamanya semasa memasang LCT dan komputer riba. Banyak pengajaran yang telah dirancang telah tergendala dan terpaksa ditangguhkan ke kelas seterusnya.

ANALISIS ISU / MASALAHAdakah pihak sekolah perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul sedemikian?

Adakah guru hanya menggunakan kaedah tradisional sahaja?

Page 5: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

CADANGANSelepas berbincang dengan guru pembimbing saya, beliau memberi cadangan kepada saya bahawa beliau boleh meminjamkan LCT kepada saya. Selain itu, bilik komputer juga boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi harus membuat tempahan terlebih dahulu.

Pengetua sekolah bercadang untuk memasang LCT di dalam kelas selepas berbincang dengan saya.

Pengajaran dan pembelajaran harus diterapkan dengan teknologi yang terkini seperti powerpoint, dan video

TINDAKAN SUSULANSetelah menggunakan kaedah ICT ini, pelajar dilihat menunjukkan sikap yang minat terhadap pelajaran. Mereka dapat dikaitkan video yang berunsur perdagangan dengan pengalaman hidup. Saya mengamalkan sikap kepimpinan demokratik supaya berkongsi kuasa dengan para pelajar dalam pengurusan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di bawah kepimpinan demokratik, suasana sosioekonomi yang konduksif dapat dipertingkatkan dan hubungan guru dengan para pelajar menjadi mesra.

3.0 Rumusan4.0 Rujukan5.0 Lampiran

C. Penulisan - Penulisan menggunakan font Arial 11 atau Times New Roman 12. - Langkau baris (spacing) 1.5.- Bibliografi menggunakan format APA.

Boleh Rujuk Laman Web Dibawah Untuk Rujukan

Page 6: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

KPR 3012:

SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

KUMPULAN : AT45A

TUGASAN INDIVIDU :

Jurnal Refleksi Latihan Mengajar

Disediakan oleh:

TAN JING SHUANGD 20111048799

AT45 ISMP Keusahawanan dan Perdagangan

Disediakan untuk :

PEMARKAHAN

Page 7: Format Penulisan Jurnal Refleksi Latihan Mengajar Group AT45A NEW 1

Dr. Mohd Yahya bin Mohd Hussin

Tarikh: 23 March 2015