folio sje r

47
Tajuk Tokoh sejarah Tun Dr. Mahathir Mohamad Oleh Muhammad redzuan 2Dinamik 950123-10-5929 Untuk 1

Upload: redzuan

Post on 11-Jun-2015

3.979 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio sje r

TajukTokoh sejarah

Tun Dr. Mahathir Mohamad

OlehMuhammad redzuan

2Dinamik950123-10-5929

UntukPuan Rohana

1

Page 2: folio sje r

Muka hadapan 1

Tajuk kajian 3

Elemen satu 4-7

Elemen dua 8-21

Potret tun dr mahathir 22-25

Rujukan 26

Rumusan 27-36

2

Page 3: folio sje r

Tajuk kajian saya ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mantan perdana Menteri Malaysia yang keempat. Kerja kursus ini meliputi nama tokoh, biodata dan latar belakang tokoh, kejayaan tokoh, sumbangan tokoh kepada masyrakat dan Negara, serta sifat- sifat istimewa yang dimiliki tokoh.

3

Page 4: folio sje r

Elemen Satu

4

Page 5: folio sje r

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah ini.Ribuan terima kasih, kepada guru sejarah Puan Rohana yang telah banyak mencurah ilmu serta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini.ucapan terima kasih juga kepada Tuan Pengetua SMK Sri Gombak Puan Rahimah Binti Omar kerana memberi kerjasama dan nasihat kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.

Penghargaan saya kepada kedua ibubapa dan keluarga yang sentiasa memberi bantuan serta sokongan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukan.

Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sepupu saya Hakim Shahrin bin Tauhid dari Sijangkang Jaya kerana memberi kerjasama kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini

5

Page 6: folio sje r

Objektif menjalankan kerja kursus Sejarah 21/2 dapat dibahagikan kepada objektif am dan objektif khusus.

Objektif am ialah kajian yang telah dijalankan oleh saya dapat mengenalpasti sumber yang sahih untuk menyokong kajian yang dijalankan. Pengalaman ini akan membantu saya membuat satu kajian ilmu mengikuti disiplin dan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Objektif khusus pula bertujuan mengenali tokoh yang dipilih dengan lebih terperinci. Melalui kajian ini saya dapat mengenali tokoh lebih dekat meliputi aspek latar belakang tokoh, sumbangan kepada masyarakat dan Negara, kejayaan serta sifat-sifat istimewa yang dimiliki tokoh.

Kajian ini juga akan menyedarkan saya tentang cabaran yang dihadapi oleh tokoh untuk mengisi ruang kemerdekaan Negara hingga berjaya meletakkan Malaysia gah di persada antarabangsa.

6

Page 7: folio sje r

Melalui kajian ini juga saya akan lebih menghargai erti kemerdekaan, berusaha menjadi seorang warganegara yang berwawasan serta lebih bersemangat patriotik kepada kepada negara tercinta.

Kajian ini juga dapat mendedahkan kepada saya kaedah mengumpul, mengelas, menemuramah serta merekod segala maklumat yang diperoleh ketika kajian.

Ketika menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah utama untuk memperoleh maklumat;

Kaedah rujukan di internet Kaedah rujukan di perpustakaan Kaedah pemerhatian Kaedah penyelidikan

7

Page 8: folio sje r

Elemen Dua

8

Page 9: folio sje r

Nama penuh tokoh yang dikaji ialah Mahathir bin Mohamad Iskandar. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 dirumah no. 28, Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan anak bongsu daripada 9 orang adik-beradik. 4 dari mereka (2 lelaki dan 2 perempuan) adalah saudara sebapanya, hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandar dengan isteri pertamanya. Bapa beliau merupakan seorang guru sekolah Inggeris, ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi berketurunan Pemimpin Melayu pada zaman silam. Ibunya

9

Page 10: folio sje r

berketurunan Wan Su, iaitu Dato’ Temenggung Kulut, Bukit Lada, Kedah. Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa dia mempunyai berketurunan orang India (daripada bapanya) yang mempunyai kaitan dengan Kerala, India. Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Singapura. Beliau berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah binti Mohd. Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki, Seberang Perak, Alor Setar pada tahun 1932. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1934. Pelajaran beliau tergendala kerana Perang Dunia Ke-2. beliau menghabiskan masa dengan berniaga cendol, selepas itu membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu,

10

Page 11: folio sje r

Alor Setar. Setelah lulus sijil Cambridge dengan mendapat pangkat pertama beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

Kolej Sultan Abdul Hamid

Selepas menamatkan pengajian sebagai pegawai perubatan di Hospital Pulau Pinang, Langkawi, dan Alor Setar sebelum membuka klinik sendiri yang dikenali sebagai MAHA Klinik di Alor Setar. Tun Dr. Mahathir mula terlibat

11

Page 12: folio sje r

secara aktif dalam bidang politik pada tahun 1946.

Beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalan pemilihan calon untuk pilihanraya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilih calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihanraya tersebut.

Pada pilihanraya ketiga pada tahun 1964, Dr. Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September, beliau telah dipecat keahliannya dalam UMNO.

Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir masuk semula ke

12

Page 13: folio sje r

dalam UMNO dan dilantik sebagai Senator pada tahun 1973. Pada tahun 1974, beliau menang tanpa bertanding dalam pilihanraya umum bagi kerusi Kubang Pasu. Selepas pilihanraya, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak.

Beliau telah menyandang jawatan Naib Presiden UMNO mulai tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik Dr. Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr. Mahathir menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Pada pertengahan 1981 Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan menamakan Dr. Mahathir sebagai penggantinya. pada 10 Julai 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Lapan hari selepas itu selepas itu beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003 Dr. Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

13

Page 14: folio sje r

Tun Dr, Mahathir Mohamad banyak berkorban demi kegemilangan Malaysia tercinta. Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa beliau hadapi untuk meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Beliau menghadapi segala rintangan dengan tabah dan cekal. Tun Dr, Mahathir berpewatakan yang terpuji serta mempunyai pandangan yang bernas ketika menyusun agenda pembangunan Negara. Beliau juga seorang pegawai perubatan yang prihatin terhadap golongan kurang berkemampuan, beliau bukan sahaja memberikan rawatan percuma kepada mereka malah turut bersedekah kepada mereka ketika mendapatkan rawatan di klinik beliau.

Beliau berpegang kuat kepada falsafah ‘apa jua orang lain boleh buat, beliau pasti boleh lakukan’. Falsafah inilah yang menjadi pegangan beliau ketikamenjadi Perdana mMenteri. Atas segala sumbangan dan kemajuan yang diusahakan beliau lebih dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

14

Page 15: folio sje r

Sejak masih kecil lagi Tun telah menunjukkan watak yang terpuji. Beliau juga mempunyai pandangan bernas yang sukar ditandingi oleh orang lain. Beliau telah menunjukkan bakat kepimpinan sejak menjadi Pegawai Perubatan. Beliau amat prihatin untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat yang miskin. Beliau juga berusaha meningkatkan status ekonomi rakyat dan Negara.

TempatanTun Dr. Mahathir aktif dalam pertubuhan sukarela. Beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS dan UMNO. Beliau menentang pengenalan Malayan Union melalui penulisan di akhbar. Beliau tutur menggunakan wang sendiri dan mengedarkan surat bantahan kepada orang ramai ketika Malayan Union cuba menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Ketika meletus peristiwa 13 Mei 1969, beliau bertindak menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman agar memberi tumpuan kepada masalah perpaduan kaum. Ketika dilantik sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah meluluskan Akta Kolej dan Universiti yang bertujuan untuk mengawal tindakan yang

15

Page 16: folio sje r

bertanggungjawab golongan mahasiswa di universiti. Beliau turut menggalakkan rakyat mencontohi etika kerja dan kegigihan rakyat Jepun dan Korea Selatan melalui perlaksaan Dasar Pangdang ke Timur. Beliau turut meningkatkan imej perkhidmatan awan dengan memperkenalkan kempen ‘Bersih, Cekap, Amanah’. Penerapan nilai-nilai Islam turut dipraktikkan agar jentera kerajaan sentiasa bersifat adil, jujur, amanah, dan kuat. Beliau turut menggalak rakyat agar mengubah cara berfikir supaya setangding dengan bangsa lain di dunia. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga merupakan tokoh yang menggerakkan pembangunan sains dan teknologi Negara

AntarabangsaPada peringkat antarbangsa, beliau telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai Negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara tahun 1989 hingga 1990. berpegang kepada slogan ‘Malaysia Boleh’, beliau telah berjaya meniupkan semangat jati diri dan patriotisme yang tinggi dikalangan. Beliau juga turut memperjuangkan nasib rakyat Bosnia, Palestin di peringkat PBB. Beliau turut menetang pengalaman dasar Aphar teid oleh regim Afrika

16

Page 17: folio sje r

Selatan. Sebagai mengenang jasa beliau di arena antarbangsa, kerajaan India telah menganugerahkan pingat Jawarhalal Nehru bagi kefahaman antarabangsa pada tahun 1996.

Sumbangan kepada Negara Islambeliau turut dikagumi oleh negara-negara Islam kerana idea dan kewibawaan beliau membangunkan Malaysia sebagai Negara Islam contoh. Ketika beliau menerajui negara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Institusi Kefahaman Islam Malaysia telah ditubuhkan. Usaha tersebut bertujuan meningkatkan imej Islam di persada dunia. Presiden Palestin, Yasser Arafat turut meminta bantuan beliau untuk mengemukakan masalah penderitaan rakyat Palestin di peringkat antarabangsa. Tun Dr. Mahathir turut dianugerahkan ‘the Dragon of Bosnia’ kerana jasa beliau memperjuangkan nasib rakyat negara Bosnia. Beliau turut dianugerahkan pingat King Malik Faisal daripada kerajaan Arab Saudi kerana sumbangan beliau menegakkan kedaulatan Islam.

17

Page 18: folio sje r

Sumbangan dalam bidang penulisan dan kesenianTun Dr. Mahathir juga bergiat aktif dalam bidang penulisan, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Editor The Cauldron, sebuah majalah kesihatan Kolej King Edward ke VII, Singapura. Beliau juga sering menulis artikel dalam akhbar The Straita Times dengan menggunakan nama nena Che Det. Beliau turut menghasilkan beberapa buah buku yang mengandungi idea yang agak kontroversi, antaranya, the Malay Dilemma, the Voice of Asia serta Menghadapi Cabaran. Sajak beliau yang terkenal pula ialah Perjuangan Belum Selesai serta Melayu Mudah Lupa.

Dalam bidang kesenian, beliau meminati bidang pertukangan kayu, hasil kerja kayu beliau sangat halus dan berseni. Beliau pernah menerima anugerah antarabangsa dari Worshipful Company Of Carpenter di London pada tahun 1989. beliau turut mewujudkan bengkel pertukangan di kediamannya.

Sumbangan dalam bidang sukan Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengilhamkan pembinaan litar Formula 1 di Sepang. Selain itu, beliau turut memperkenalkan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi yang dianggap berprestij di dunia.

18

Page 19: folio sje r

Tun Dr. Mahathir gemar membaca sejak kecil lagi. Beliau suka membaca buku yang berkaitan dengan ekonomi, pengurusan dan teater. Kegemaran beliau yang lain ialah memasak. Pada masa lapang beliau suka memasak bersama isteri dan ibunya, setelah menjawat jawatan Perdana Menteri beliau mula meminati sukan kuda. Beliau menyertai sukan berkuda pada waktu lapang.

19

Page 20: folio sje r

Tun Dr. Mahathir telah berjaya memajukan Malaysia setanding dengan Negara lain di dunia. Kemajuan teknologi dan pembangunan telah berjaya dilaksanakan oleh beliau. Rakyat menyanjung tinggi jasa Tun Dr. Mahathir kerana beliau banyak menyumbang kepada kemajuan Negara.

20

Page 21: folio sje r

Pada 22 Jun 2002, semasa ucapan penggulungan Persidangan UMNO, Tun Dr. Mahathir telah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional. Peristiwa ini telah mengejutkan seluruh Negara dan mendapat tentanagn oleh semua perwakilan Umno yang hadir. Ramai perwakilan UMNO telah menitiskan air mata. Pengumuman ini juga telah memberi kejutan kepada seluruh rakyat Makaysia. Terdapat banyak pihak yang merayu supaya beliau terus memimpin Negara, namun beliau tetap berpegang teguh kepada pendirian beliau.

21

Page 22: folio sje r

Garis masa

22

Page 23: folio sje r

23

Page 24: folio sje r

24

Page 25: folio sje r

Potret semasa kecil hinggalah sekarang

25

Page 26: folio sje r

Tempat beliau bekerja semasa Perang Dunia ke-2

Kereta Proton Saga yang pertama

semasa bergelar raja sehari tempat kelahiran Tun Dr. Mahathir

26

Page 27: folio sje r

Sukan kegemarannya, berkudasemasa pelancaran buku ‘The Malay Dilemma’

Sewaktu ingin melepaskan jawatannya bersama isteri tersayang

27

Page 28: folio sje r

1 Buku Ilmiah(a) Wan Napsiah Wan Yusof, Lew Hee Men,

Zulkifli Abdul Ghaffar, Mansor Hassan, Muslimin Fadzil, SUKSES Sejarah PMR, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2 vcd(a) tajuk: Mahathir Pencetus Tamadun Insaniah,

JUZ’ART, Kuala Lumpur

3 Internethttp://www.my.kedah.com/e_20hallfemale20a_htmhttp://wb.fskm.utm.my./Tun Dr Mahathir.htmwww.e-media.comwww.wikipedia.com/tundrmahathirwww.utusanmalaysiaonline.com

4 surat khabarUtusan Malaysia (internet), 1/1/2003, 21/06/2002,

28

Page 29: folio sje r

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah 21/2 dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang tokoh ini dalam pembangunan dan kemajuan Negara. Oleh itu, saya mesti menghargai erti kemerdekaan, kebebasan dan kemajuan yang dikecapi dan berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah memperoleh maklumat tentang keistimewaan tokoh ini yang telah banyak mengubah status Negara yang membangun kepada Negara yang maju. Tun Dr Mahathir selalu menyeru rakyat Malaysia bersatu padu untuk kepentingan Negara. Peranan dan jasa tokoh ini perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan Kerja Kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama-sama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh ini.

Kerja Kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta

29

Page 30: folio sje r

meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya peroleh ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupuk rasa setia dan bangga kepada Negara. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan tugas.

ARKIB : 01/01/2003

Kejutan Dr. Mahathir

Tidak ada peristiwa yang lebih mengejutkan sepanjang tahun 2002 selain pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 22 Jun lalu, untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Walaupun arena politik tanah air sepanjang tahun diwarnai oleh pelbagai kejutan sama ada yang berlaku dalam kerajaan mahupun parti pembangkang, pengumuman beliau adalah kemuncak semua itu.

Rakyat dan pemimpin tersentak dengan berita itu dan sukar menerima, namun akhirnya terpaksa akur dan menghormati keputusan tersebut.

Dr. Mahathir menetapkan untuk berundur selepas sidang kemuncak Persidangan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) pada Oktober tahun depan.

Dengan pengumuman awal persaraan itu, Malaysia bakal menyaksikan peralihan kuasa secara licin dan teratur apabila Timbalannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri Kelima.

Sementara itu, tahun 2002 turut mencatatkan beberapa peristiwa menarik dalam kalendar politik negara.

30

Page 31: folio sje r

Parti Bersatu Sabah (PBS) membuka tirai lembaran dengan kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) pada 23 Januari iaitu selepas 11 tahun menjadi pembangkang. Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pula melalui peristiwa memeritkan tahun ini apabila dibatalkan pendaftaran pada 5 November kerana gagal menyelesaikan krisis kepimpinan yang berlarutan sejak April.

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut menghadapi krisis kepimpinan yang serupa tetapi mujurlah hanya disudahi dengan pengekalan status quo penyandang jawatan.

Krisis MCA pula memasuki fasa baru apabila Perdana Menteri terpaksa campur tangan dengan mengemukakan pelan damai untuk kedua-dua kumpulan yang bertelagah. Pelan itu meliputi pengekalan status quo semua penyandang jawatan dalam MCA dari peringkat bahagian ke Pusat sehingga tahun 2005.

PersainganDi sebalik pelbagai kemelut yang melanda, BN terus utuh apabila berjaya mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil DUN Indera Kayangan pada 19 Januari dan DUN Ketari pada 31 Mac, mengatasi lawan dengan majoriti lebih besar.

Di bawah pimpinan `Huguan Siou' Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, PBS pula berjaya `menebus balik' perbuatan menikam dari belakang menjelang pilihan raya umum 1990, apabila memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Parlimen Gaya, 12 Oktober lalu.

BN kian mantap apabila Puteri UMNO yang telah `turun padang' menyertai jentera parti menggempur kubu-kubu pembangkang sepanjang kempen pilihan raya kecil sejak tahun lepas, secara rasmi mengadakan mesyuarat pertamanya 2 November lalu.

Dalam pada itu, tahun 2002 pula menyaksikan perubahan tampuk pimpinan parti pembangkang Pas, ekoran kematian Presidennya, Datuk Fadzil Noor pada 23 Jun iaitu sehari selepas pengumuman peletakan jawatan Dr. Mahathir.

Kehilangan Fadzil memberi tamparan hebat kepada Pas apabila gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pendang yang disandang

31

Page 32: folio sje r

oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada pilihan raya kecil 18 Julai lalu.

Calon Pas Dr. Mohamed Hayati Othman kecundang di tangan calon BN, Datuk Othman Abdul.

Namun parti itu berjaya mengekalkan penguasaan di peringkat negeri apabila berjaya mempertahankan kerusi Anak Bukit, sekali gus menggagalkan usaha BN untuk memperoleh semula majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ini ditambah dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluluskan segera Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas), yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan wanita.

Sungguhpun undang-undang itu belum dapat dikuatkuasakan sehingga kini, harapan untuk menyaksikan semula `penyatuan' orang Melayu dengan dua ideologi politik berbeza seperti pernah berlaku, hampir mustahil berulang

32

Page 33: folio sje r

ARKIB : 21/06/2002

Budak kampung yang sederhana

Oleh AZNAN BAKAR

DATUK Seri Dr. Mahathir Mohamad di lahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Star.

Walaupun beliau sebenarnya dilahirkan lima bulan lebih awal iaitu pada 10 Julai, tetapi bapanya telah melewatkan pendaftaran atas pertimbangan pendidikan.

Dari hari pertama dilahirkan hingga ke zaman remaja, Dr. Mahathir adalah seorang budak kampung yang sederhana.

Walaupun bapanya, guru besar dan dihormati di sekitar Alor Star, namun kehidupan mereka tidak mewah mungkin disebabkan oleh keluarga yang besar iaitu seramai sembilan adik beradik dan Dr. Mahathir yang bongsu.

Malah beliau membesar dalam ruang lingkup yang berlatarbelakangkan masyarakat Melayu yang miskin dan serba kekurangan.

Persekitaran itu turut memberi kesedaran kepadanya bahawa untuk berjaya perlu sentiasa berusaha.

Walaupun merupakan anak bongsu yang menjadi kesayangan keluarga, ia tidak memberi lesen kepada Dr. Mahathir untuk hidup bebas sesuka hati.

Bapanya amat mementingkan disiplin dan Dr. Mahathir tidak terlepas daripada peraturan-peraturan bapanya itu.

33

Page 34: folio sje r

``Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sangat berdisiplin. Bapa saya mengurus rumah seperti bilik darjah.

``Terdengar sahaja bunyi batuk ketika beliau pulang sudah cukup untuk kami bertempiaran lari mencari buku,'' katanya dalam temu bual dengan penulis J. Victor Morais dalam buku Mahathir - Profile in Courage.

Bapanya seorang guru besar yang dihormati di Alor Star, malah pernah menjadi guru kepada Tunku Abdul Rahman Putra.

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum menyertai Sekolah Inggeris Kerajaan (GES).

Sejak di bangku sekolah lagi ciri-ciri kepimpinannya telah menyerlah. Beliau merupakan tempat rujuk dalam kelasnya dan sentiasa mendapat tempat pertama.

Walaupun beliau dikatakan ulat buku, namun di kalangan kawan-kawan beliau dikenali sebagai peniaga.

Beliau menjual belon untuk dapat duit sekolah dan ketika persekolahannya tertangguh di zaman Jepun, Dr. Mahathir memilih untuk membuka warung kopi dan selepas itu menjual pisang di Pekan Rabu.

``Saya terpaksa berniaga sikit, cari belon dengan harga dua sen untuk dijual pada harga tiga sen di sekolah, jadi untung satu sen,'' katanya pada satu majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA).

Beliau ke sekolah dengan pakaian seragam seluar pendek hitam dan baju putih.

Tanpa mempunyai kasut beliau berulang-alik dari Seberang Perang ke sekolah sejauh kira-kira dua kilometer.

``Masa itu (saya) tidak ada kasut, saya pi sekolah dengan lanca balik tengah hari dengan lanca.

34

Page 35: folio sje r

``Tapi kalau kena pergi sebelah petang, tidak ada lanca, balik kena jalan kaki dari SAHC ke Seberang Perak jauh juga. Tapi tak pakai kasut, lebih jauh,'' katanya.

Selepas itu kata Dr. Mahathir beliau dapat kasut, tetapi kasut getah apabila dipakai lama-lama ia akan busuk.

``Semua orang dalam sekolah bau kaki orang. Ini cerita lama jadi nostalgia,'' ujar beliau.

Selepas Jepun kalah, beliau menyambung kembali pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) sehingga lulus cemerlang dalam Senior Cambridge Certificate.

Pada ketika itu beliau amat berharap akan mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di London dalam bidang guaman kerana minatnya dalam politik.

Tetapi cita-cita itu tidak kesampaian kerana beliau ditawarkan biasiswa bagi mengikuti kursus perubatan di Sekolah Perubatan King Edward VII, Singapura.

Alasan yang diberikan, ialah negeri Kedah pada ketika itu memerlukan lebih ramai doktor.

Di sekolah perubatan itu menunjukkan minat dalam bidang sukan tetapi beliau hanya berjaya sebagai pemain rugbi.

Di situ juga beliau meneruskan minat dalam bidang penulisan dan dilantik sebagai editor majalah pelajar perubatan di samping menyumbang rencana kepada akhbar Straits Times Sunday Times atas nama samaran Che Det.

Dari zaman pelajar lagi beliau telah mengenengahkan isu masyarakat luar bandar dan kemiskinan Melayu.

Hasilnya beliau memperoleh reputasi sebagai juara orang-orang Melayu.

Reputasi itu kekal sehingga beliau tamat belajar dan mula melibatkan diri dengan politik.

35

Page 36: folio sje r

Antara pertubuhan pertama disertai beliau ialah Kesatuan Melayu Kedah, Seberkas dan Kesatuan Pemuda Malaysia Kedah.

Pada tahun 1945, beliau merupakan antara kumpulan orang Melayu pertama yang menyertai UMNO yang baru ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar. Ketika itu Dr. Mahathir baru berusia 20 tahun.

Kesedaran yang mendalam mengenai nasib Melayu adalah hasil daripada pengalaman beliau sebagai budak kampung yang dikelilingi kemiskinan.

Malah beliau sendiri terpaksa sejak dari kecil lagi telah mengharungi pelbagai kesusahan dan kesukaran sebelum mulanya berjaya sebagai doktor dan selepas itu ahli politik.

Beliau berhenti sebagai doktor kerajaan dan membuka klinik sendiri semata-mata untuk berkhidmat kepada rakyat melalui politik.

Sebagai pegawai perubatan beliau tidak boleh bergiat cergas dalam politik dan beliau tidak bebas untuk mengutarakan pendapat dan pandangan mengenai nasib orang Melayu.

Beliau merupakan orang Melayu pertama membuka klinik di Alor Star. Sebagai ahli perubatan ketika itu, beliau tidak mementingkan keuntungan sebaliknya lebih kepada khidmat kepada golongan kurang mampu.

Ada ketikanya, beliau memberi rawatan secara percuma dan sanggup menerima apa sahaja bayaran daripada para pelanggan biar sekadar 10 sen, 50 sen atau RM1 jika mereka tidak mampu.

Atas rasa tidak puas hati dengan keadaan orang Melayu, Dr. Mahathir secara lantang dan terbuka menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu dan turut mengkritik kerajaan sebagai

gagal melaksanakan polisi bagi membantu mereka.

36

Page 37: folio sje r

Kemuncaknya, ialah kelahiran buku The Malay Dilemma yang dihasilkan ketika beliau disingkirkan daripada UMNO pada tahun 1969.

Ketika menjadi ahli parlimen pada tahun 1964, beliau orang kuat `Back-Bencher' dan sering memberikan kritikan tajam terhadap kerajaan.

Walaupun beliau tewas pada pilihan raya 1969 di Kuala Kedah kepada Yusuf Rawa, namun beliau tidak pernah diam menyuarakan rasa tidak puas hati dengan masalah penduduk luar bandar dan akhirnya disingkirkan dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun yang sama.

Sekembalinya ke pangkuan UMNO pada tahun 1972, beliau mula diberi peranan dalam kerajaan termasuk memegang beberapa jawatan penting dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Senator pada 1973.

Pada tahun 1974 beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak dan pada tahun 1975 dipilih sebagai Naib Presiden UMNO.

Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri dan Dr. Mahathir telah dilantik sebagai timbalan beliau.

Apabila Tun Hussein mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan pada tahun 1981, Dr. Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan mula memperkenalkan pelbagai pembaharuan yang telah menjadikan Malaysia dihormati di mata dunia.

Walaupun ketika dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau menimbulkan sedikit kebimbangan di kalangan bukan Melayu kerana gelaran `ultra' Melayu yang dipegang beliau, namun Dr. Mahathir membuktikan beliau hanya memperjuangkan hak sama rata tanpa menganiaya sesiapa.

37

Page 38: folio sje r

``Apa yang saya kata ialah Melayu perlu mendapat bahagian yang sama dalam kekayaan negara, tidak lebih dari itu,'' katanya.

Malah polisi beliau bukan membantu Melayu secara terus tetapi melalui dasar-dasar yang membolehkan mereka bergerak seiring dengan kaum lain tanpa perlu bergantung secara berterusan kepada kerajaan.

``Bumiputera perlu bersedia untuk bersaing. Kita tidak boleh hanya masukkan duit ke dalam poket mereka,'' katanya.

Yang nyata, daripada dasar-dasar yang dilaksanakan, Dr. Mahathir telah berjaya memartabatkan orang Melayu iaitu perjuangan yang disuarakan beliau sejak di zaman pelajar.

Sekarang orang Melayu boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lain dan tidak lagi dipandang rendah dan dihina seperti ketika beliau di zaman kanak-kanak dahulu.

Walaupun tidak semua yang dihasratkan tercapai, tetapi ada yang telah menjadi realiti termasuk melahirkan bangsa Melayu yang berani menyahut apa juga cabaran.

38