folio sejarah element 2 pmr 2008 gasing

44
Tajuk kajian Tajuk Kajian: NAMA :MOHAMED FAZIL BIN NOORUL AMEEN KELAS:3 BESTARI NAMA GURU:PN NORMALA

Upload: fazil

Post on 06-Jun-2015

10.893 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Complete folio sejarah PMR 2008 about gasing...This one is with lampiran and rujukan too..

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Tajuk kajian

Tajuk Kajian:

NAMA :MOHAMED FAZIL BIN NOORUL AMEEN

KELAS:3 BESTARI

NAMA GURU:PN NORMALA

-1-

Page 2: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Senarai Kandungan

___________________________________________

Bil Tajuk M/S

1 Tajuk kajian

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Objektif kajian

5 Kaedah kajian

6 Hasil kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

-2-Penghargaan

Page 3: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

___________________________________________

Saya, Mohamed Fazil Bin Noorul Ameen dari kelas 3Bestari ,mengucapkan

ribuan terima kasih kepada Pengetua, Pn. Che Aini bt Che Ismail, yang telah memberi

kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan

kepada guru sejarah saya,Pn Nomala ,yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar

hingga kajian ini selesai.Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa

saya,Noorul Ameen Bin E. Abdul Lathiff dan Hasarabunisa Binti Abdul Jabbar

yang telah memberi dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima

kasih juga kepada rakan-rakan saya Zharif,Anuar,Zulfadhli,Aqim,dan banyak lagi

kerana menolong saya dari segala aspek dan tunjuk ajar sekiranya saya membuat apa-apa

kesilapan ketika menjalankan kajian ini.

-3-Objektif Kajian

Page 4: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

___________________________________________

Objektif kajian ini adalah untuk:

Mengetahui secara mendalam tentang permainan gasing

Asal usul permainan gasing

Jenis-jenis gasing

Cara permainan gasing

Pertandingan gasing

Cara membuat gasing

Proses permainan gasing

-4-Kaedah Kajian

Page 5: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

___________________________________________

1.Kaedah Melayari Laman Web

Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet yang membantu saya

memahami dengan lebih jelas tentang permainan tradisional gasing masyarakat kita

seperti cara-cara bermain gasing, asal usul permainan gasing dan sebagainya. Melalui

internet juga saya dapat mengambil berberapa gambar berkaitan permainan gasing .

2. Pemerhatian

Saya dan beberapa orang rakan telah memerhati beberapa orang bermain gasing.Kami

telah mendapat pelbagai maklumat melalui pemerhatian ini.

3.Kaedah Penyelidikan Perpustakaan.

Saya dan beberapa orang rakan saya telah pergi ke salah sebuah perpustakaan yang

terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk mencari beberapa sumber penting

tentang permainan gasing .Antaranya majalah, Buku Ilmiah, surat khabar dan lain-lain

lagi yang berkaitan dengan permainan gasing. Saya telah fotostat beberapa lampiran

seperti buku ,surat khabar dan majalah yang berkaitan dengan permainan gasing

-5-

Page 6: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

___________________________________________

NAMA PERMAINAN

Nama permainan tradisional yang dipilih oleh saya adalah ‘Gasing’. Gasing adalah satu

permainan tradisi masyarakat melayu sejak berkurun lagi. Gasing tidak mempunyai nama

lain, tetapi ia mempunyai pelbagai jenis bentuk. Terdapat beberapa jenis gasing yang

popular di beberapa buah negeri di Malaysia.

LATAR BELAKANG

ASAL-USUL …

Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak

mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat

Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti

kehidupan sara diri, mereka telah mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan

yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan adalah bermain gasing.

Permainan gasing diterima dan diubahsuai dari semasa ke semasa dan kekal sehingga hari

ini. Gasing sesuai dimainkan oleh kaum lelaki. Bukan sahaja menjadi permainan orang

dewasa, malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Gasing

-6-

Page 7: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

memangkah dikenali oleh segenap lapisan masyarakat Melayu diseluruh negara. Hanya

asal-usul permainan ini belum dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini. Terdapat

berbagai-bagai cerita yang berbeza tentang asal usul permainan ni mengikut daerah dan

kampung. Ini menjadikan faktor mengapa permainan gasing antara negeri berbeza antara

satu dengan yang lain.

Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450 masihi. Permainan ini

dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab.. permainan gasing telah pun

bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Dari Melaka, gasing diperkenalkan ke

negeri-negeri Melayu dan menjadi permainan popular. Kini gasing kekal sebagai warisan

budaya Masyarakat Melayu. ‘Gasing’ mendapat nama daripada singkatan perkataan

“kayu” iaitu ‘ka’ dan sing daripada perkataan ‘pusing’. Peredaran masa telah

menyebabkan perkataan ‘kasing’ membentuk perkataan ‘gasing’.

Terdapat cerita mengaitkan asal permainan gasing ini dengan buah berembang. Buah

berembang yang mudah diperoleh di tepi-tepi pantai berbentuk bulat, licin dan agak

leper. Ia pula mudah dipusingkan dengan tangan.Buah yang ligat dan lama pusingannya

di kira menang. Bagi ahli silat, satu daripada latihan untuk menguatkan tangan ialah

memusingkan buah berembang. Lama kelamaan, timbul ilham meniru bentuk buah ini

dan diperbuat daripada kayu.. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan tangan

seligat yang mungkin. Ketika ligat berpusing, ia disebut ‘gah’ yang bermakna tegak dan

kuat. Daripada istilah ini lah dikatakan bermulanya permainan gasing. Menurut seorang

tua dari Kulim, Kedah, permaianan gasing berasal daripada permainan

-7-

Page 8: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

‘laga telur’ yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya lagi, kanak-kanak begitu

asyik memusingkan dan melagakan telur. Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuk

telur dan dipasangkan paksi. Seutas tali digunakan untuk memusingkannya.

Seorang pemain gasing veteran yang tinggal di kawasan pinggir Sungai Pahang berkata

bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan alat memburu binatang yang

berbentuk bulat dan leper. Apabila dilemparkan alat ini, ia akan berpusing ligat dan

melayang sebelum mengenai binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk

mendapatkan pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai

satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan mengenai

sasaran. Permainan itu akhirnya diminati oleh masyarakat. Alat tersebut kemudian telah

direka bentuk sedemikian rupa sehinggalah seperti bentuk gasing yang terdapat pada hari

ini.

Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak

sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali pencinta seni warisan yang

berusaha memperkenalkannya dalam kalangan masyarakat.

Pada dasarnya, pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati diseluruh Malaysia. Kalau

dahulu, gasing hanya dimainkan dipertunjukan kebudayaan peringkat antarabangsa dan di

sekolah-sekolah melalui program pengenalan. Permainan gasing di Malaysia pada

dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.

Permainan gasing tradisional terdapat berbagai-bagai jenis dan bentuk serta hanya

-8-

Page 9: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

peraturan dan cara mengendalikan juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua

dalam setiap permainan.

Berdasarkan perbezaan ini, usaha menyeluruh dan serius telah dilakukan untuk

menyatukan permainan ini. Daripada persamaan permainan seperti memusing,

memangkah, dan membela uri, peraturan yang hampir memenuhi keperluan permainan

gasing telah dibuat. Kini, permainan gasing telah memasuki era baru iaitu berbentuk

sukan dan kesenian . kesenian mengekalkan ciri-ciri permainan tradisional dan sukan

sebagai pilihan kepada peminat sukan.

Kaedah permainan gasing adalah sama iaitu memusing,memangkah dan membela uri.

Hanya yang membezakannya ialah kaedah membela uri, melilit tali, peralatan tambahan

dan bilangan pemain yang bermain. Daripada perbezaan ini, muncul pula bentuk

permainan yang berlainan dan dimainkan pula dengan cara yang berbeza sedikit.

Di nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,

peperangan, dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan bentuk-

bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajah oleh kerajaan lain.

Gasing timah dan gasing leper kelantan tidak terdapat di negeri lain selain negeri

Kelantan. Kesan pengaruh kerajaan ini masih terdapat dalam cara hidup rakyat negeri

tersebut. Terdapat beberapa persamaan yang jelas diperlihatkan dalam permainan gasing

terutamanya dari segi reka bentuk, saiz dan cara bermain.

-9-

Page 10: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran

pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain. Persamaan

khusus ini menjadi faktor yang membezakan bentuk dan gaya permainan antara negeri-

negeri di Malaysia. Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-

negara lain di Asia seperti di Jepun, Taiwan, China, dan Vietnam. Benua-benua di Afrika

dan Eropah juga tidak ketinggalan untuk menyertai permainan tradisional ini.

Di negara-negara seperti Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali dan Belgium juga permainan

yang menyerupai permainan gasing. Hanya yang membezakannya ialah permainan ini

dimainkan di pesta-pesta tertentu dan oleh pemain yang tertentu sahaja. Tidak seperti di

negara kita, ia terbuka kepada semua peminat untuk bermain gasing. Permainan gasing

juga wujud di negara-negara lain juga masih belum membangunkan permainan ini secara

menyeluruh.

Tentang bagaimana gasing boleh berkembang sehingga ke merata dunia agak sukar untuk

diterangkan kerana belum ada lagi kajian yang khusus dilakukan tentang perkembangan

permainan ini. Berdasarkan beberapa persamaan dan ciri-ciri yang nyata, dipercayai

bahawa permainan gasing ini adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir

semua tamadun. Di Malaysia, gasing dimainkan dengan meluas dan banyak pertandingan

diadakan diperingkat kampung, mukim, daerah, dan negeri. Cara permainannya berlainan

antara daerah,mukim, dan negeri.

Pada masa itu, gasing hanya dimainkan halaman rumah dan digelanggang sendiri.

Gelanggang yang mereka gunakan tidam mempunyai ukuran yang seragam. Para pemain

-10-

Page 11: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

pula menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali, memintal dan

mencari kayu di sekeliling kampung. Pemain menggunakan kayu jenis yang terbaik untuk

membuat gasing. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak sahaja.

Bentuk permainan gasing ketika itu banyak dinamakan dan dipengaruhi oleh ketua

kampung di sesebuah kampung. Para pemain akan mengikut bentuk dan peraturan yang

akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila menghadapi sesuatu pertandingan

yang besar atau agak rasmi, banyaklah gasing yang diperlukan dan terpaksa diubahsuai

untuk memenuhi kehendak pertandingan.

NEGERI YANG MEMPOPULARKAN PERMAINAN INI …

Negeri yang paling popular dengan permainan gasing ini adalah negeri Kelantan.

Terdapat Gelanggang Seni di Kota Baharu, Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau,

gasing dan lain-lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para

pengunjung dan hanya di buka pada hari isnin, rabu dan sabtu. Gelanggang Seni ini telah

menjadi pusat perkembangan Negeri Kelantan. Ia juga telah ditubuhkan sejak tahun

1978. Gasing timah dan gasing leper kelantan hanya terdapat di negeri Kelantan sahaja.

Terdapat pelbagai jenis gasing di setiap negeri. Antaranya ialah gasing talar, gasing

piring dan gasing berembang popular di negeri Johor. Manakala gasing bakal, gasing lang

laut, gasing penyek dan gasing tempayam terdapat di negeri Selangor. Di Kedah pula,

permainan gasing amat popular dalam kalangan masyarakat. Bagi negeri Sabah dan

Sarawak, terdapat bentuk-bentuk yang berbezadan dinamakan dengan gasing lundu,

-11-

Page 12: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil kajian

gasing pontianak, gasing borneo, gasing kundasan, gasing limbang kadazan, gasing bajau

dan gasing Brunei. Gasing begelan berbentuk agak leper dan diperbuat daripada kayu

jenis ringan. Ia popular dimainkan di Sabah, Johor dan Brunei. Gasing toyol pula

dimainkan di Melaka, Selangor, dan negeri Sembilan.

Gasing pangkah pula merupakan permainan rakyat yang telah dimainkan sejak di Zaman

Kesultanan Melayu Melaka lagi. Gasing pangkah mempunyai kesenian tersendiri di mana

menggandingkan kepakaran pembuat dan pemain.

Permainan gasing pangkah telah bertapak di negeri Melaka sejak abad ke-15 lagi.

Sememangnya ia mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana kepakaran pembuat gasing

menjadi tunjang kepada penghasilan sesebuah gasing itu. Pelbagai jenis gasing pangkah

yang terdapat di negeri Melaka antaranya ‘gasing bulat’ atau ‘gasing tunjang’, ‘gasing

botol’ atau ‘gasing jantung’ manakala ‘gasing leper’ pula dikenali sebagai ‘gasing

pereng’ atau ‘gasing merempang’.

Kelantan, salah satu negeri yang mempopularkan permainan gasing

-12-

Page 13: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil kajian

KAUM / ETNIK YANG TERLIBAT …

Permainan gasing ialah permainan rakyat yang popular dalam kalangan orang Melayu.

Permainan gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan

oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Orang dewasa telah memajukan seni permainan

ini. Bagi kanak-kanak, mereka lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina kerana

saiznya yang kecil dan mudah dipermainkan.

Permainan tradisional seperti gasing kurang mendapat sambutan dalam kalangan generasi

muda disebabkan pengaruh arus pembanggunan yang menghasilkan lebih banyak

permainan yang baru. Bagaimanapun, perubahan masa turut mempengaruhi permainan

gasing pangkah yang mana beberapa peraturan telah diperkenalkan bagi menarik minat

golongan muda untuk menyertainya di samping menjadikan permainan itu lebih

mencabar.

Selain Malaysia, permainan gasing ini turut terdapat di negara-negara lain di asia seperti

di Jepun, Taiwan, China dan Vietnam. Benua-benua di afrika dan eropah juga tidak

ketinggalan. Di negara-negara seperti Perancis,

Sepanyol, Itali dan Belgium juga terdapat

permainan yang menyerupai permainan gasing.

Orang Melayu adalah salah satu kaum yang mempopularkan permainan gasing

-13-

Page 14: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil kajian

TUJUAN DIMAINKAN …

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika

dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu

dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan

menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga memanfaatkan

bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea masyarakat

Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta teknik

permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional Melayu

kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di

bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing bagi orang

Melayu juga mengukur tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi

sesuatu situasi.

ALAT – ALAT YANG DIGUNAKAN …

Pembuat gasing Melayu tradisional telah mengalami dan menjalankan pelbagai cubaan

ketika membuat gasing sehinggalah terciptanya berbagai-bagai peralatan yang membantu

kerja ini. Pada mulanya, tukang gasing membulat gasing hanya dengan menggunakan

kayu bulat sahaja. Mereka menarah kayu itu sehingga terbentuk gasing. Gasing yang

dibuat begini tidak tahan lama kerana mudah pecah dan sukar dibaik pulih. Mereka

mencuba pula bongkah kayu yang lebih besar, tua, keras dan liat.

Cara melarik gasing pada zaman dahulu hanya menggunakan peralatan yang terdapat

-14-

Page 15: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

disekeliling sahaja, umpamanya dengan menggunakan busar. Tetapi, pelarik busar ini

hanya boleh melarik kayu jenis kecil sahaja dan untuk melarik kayu yang lebih besar,

mereka akan menghadapi masalah. Apabila kerja membakal selesai dan kayu telah dilarik

menjadi gasing,simpai dipasang bagi mengelakkan gasing mudah pecah, retak dan

mempercepatkan kayu kering. Kemudian dibentukkan turap dan temin sebagai alat

perlindungan bahagian kepala dan patak gasing.

Pada masa sekarang , kaedah ini sudah tidak memerlukan masa yang terlalu lama.

Melalui bantuan peralatan moden, kerja membakal sudah boleh dipercepatkan dengan

menggunakan gergaji mesin atau gasing hanya dilarik daripada kayu-kayu seperti beroti

atau kayu untuk membuat tiang.

Tukang gasing Melayu tradisional menggunakan peralatan biasa yang mudah ditemui di

kebanyakkan kedai dan dimiliki oleh tukang kayu lain. Peralatan ini seperti pembaris,

kertas kaca, sesiku, penggarik, tolok luar, jangka lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin,

kakak tua, apit, pemutar skru, tukul, gerudi, player, gunting, pahat, andas, kapak, mesin

pelarik, acuan, gergaji dan lain-lain lagi.Sebelum memulakan kerja-kerja membakal dan

melarik, tukang gasing perlu memilih kayu. Kayu yang akan dijadikan gasing mestilah

daripada jenis kayu keras, liat, dan kuat.

-15-

Page 16: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

CARA DIMAINKAN …

Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing,

memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing

langkah - langkah yang paling ada bagi setiap pemain untuk bermain gasing ialah:-

1)Melilit Tali

2)Melilit Gasing

3)Memusing Gasing

4)Memangkah Gasing

5)Mengangkat Gasing

-16-

Page 17: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

Melilit di jari kelingking Melilit di lengan

1) Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau melilit di jari

kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali

yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang baik.

Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan

pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul

hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai.

Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama ada dililit pada tangan

kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan

pemain selesa dengan llilitan tali tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri

manakala bagi pemain gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan

dibuat oleh orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.

Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain.

Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau kiri bergantung pemain. Cecincin

pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi

-17-

Page 18: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang

telah berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan

cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing,

pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa

sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan

ketegangan tali. Selepas balingan gasing dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak

tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

-18-

Page 19: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

Cara melilit gasing

2) Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit pada lengan

dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang

diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada

pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama.

Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya

dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan

dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilakan

cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu

gasing. Untuk melilit, gasing mestilah dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan

pula bersedia untuk melilit. Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher

gasing. Lilitan tali pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah

ditarik dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan seperti lilitan

-19-

Page 20: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa mencecah ke bahu gasing untuk

mendapatkan lilitan yang kemas, padat dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak

bertindih atau bersilang. Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua

orang.

-20-

Page 21: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

3) Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut cara yang

betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan

pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya

gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan

yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun

ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke arah sasaran di hadapan.

Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa

menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di

hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah

rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan

tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok kira-kira 45

darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat Gambarajah di bawah ditunjukkan cara

melakukan teknik pusingan sorong tarik.

Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini menghasilkan

pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang gasing dengan kedudukan tegak,

iaitu kepala gasing menghala ke atas dan diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30

darjah dari paras lengan. Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing

tegak sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak ke bumi,

sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan tegak. Jika tidak gasing

akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang ligat

.

-21-

Page 22: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

4) Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing. Tumpuan,

perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan

menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat empat gaya pangkahan yang biasa

digunakan oleh pemain dalam apa juga pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah

hentak, pangkah layang dan pangkah tebang.

•Pangkah totok.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan badan.

Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula dengan bahu pemangkah.

Sasarannya pula ialah pada bahagian labu, kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini

bertujuan untuk menghalakan gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan

gasing yang agak berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi

adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Pangkah totok

-22-

Page 23: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil kajian

•Pangkah hentak

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak. Tangan pula

diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayun

tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan dilepaskan ke sisi kiri atau kanan

pemangkah. Sasarannya ialah pada kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai

sasaran, kesannya amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah

dalam latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai untuk

melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing leper. Pangkahan ini

bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi memberikan

kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

Kaedah melakukan pangkah hentak. Kedudukan gasing yang tinggi

memberikan kekuatan pada gasing untuk menghentak gasing lawan.

-23-

Page 24: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

•Pangkah layang

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah tegak di atas

kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing dihayunkan ke arah sasaran

dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan ini selalunya menghasilkan pusingan yang

ligat dan terus keluar dari sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah

bahagian bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Cara melakukan pangkah layang

-24-

Page 25: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

•Pangkah tebang

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan ia juga

merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan yang kuat, kedudukan

pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan mengenai labu gasing lawan serentak

dengan paksinya mencecah ke bumi. Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah

gasing lipat kajang, gasing tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan

pepat.

Cara Melakukan Pangkah Terbang

-25-

Page 26: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Hasil Kajian

5) Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak uri yang

sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing

memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah

pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau

kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah

yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah

pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan

menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan

berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam keadaan

tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali

yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak

akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan

gasing.

-26-

Page 27: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

Rumusan

______________________________________________________

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat

bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional

melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta.Selepas kajian

dijalankan,saya dapat menghayati permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat

Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang

mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormat antara kaum.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang

terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat

bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.

Page 28: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

-27-Lampiran

_______________________________________

GASING

Page 29: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

-28-Lampiran

GASING

Page 30: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

-29-Lampiran

KELANTAN-Negeri yang mempopularkan permainan gasing

Page 31: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

-30-Rujukan

_______________________________________

Internet

“Warisan Budaya Malaysia” http://malaysiana.pnm.my/03/0307gasing.htm

“Permainan Gasing – Melayu Online”http://culture.melayuonline.com/?a=c3d3ei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=

“Pengambilan gambar”http://www.flickr.com/

Buku atau Majalah

“Penerbit Femina – Gasing & Congkak”

“Dewan Bahasa & Pustaka – Gasing dalam masyarakat melayu”

“Mingguan Malaysia – Bersaing di gelanggang gasing”

“Berita Harian – Gasing pangkah kembali popular”

Orang Sumber

Nama : Pak Ishak Bin Abdul Majid

NO.KP:570315 – 03 – 5769

Pekerjaan:Pereka gasing

Page 32: Folio Sejarah element 2 PMR 2008 Gasing

-31-