permainan gasing

24
PERMAINAN GASING RUHANI BTE CHE COB RUMIATI A. RAZAK SAARI HUSIN

Upload: sepetjudin

Post on 13-Jun-2015

945 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

PERMAINAN GASING

RUHANI BTE CHE COBRUMIATI A. RAZAK

SAARI HUSIN

ASAL-USUL PERMAINAN GASING

Gasing adalah permainan rakyat Melayu yang memiliki pelbagai asal usul, di antaranya:

• (1) Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia alba) yang memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diubah dengan menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk.

• (2) Permainan gasing diinspirasikan dari permainan “adu telur” yang dimainkan anak-anak dengan cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai.

• (3) Ada pula yang berpendapat bahawa permainan gasing dinspirasi dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran buruan, kemudian ditarik lagi. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan kencang sebelum mengena sasarannya. Alat ini banyak diminati oleh para pemburu, kerana sangat tepat mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan selalu dilengkapi dengan alat ini. Rupanya cara seperti ini memberikan inspirasi kepada para pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada saat itu sekadar mengisi waktu lapang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang, hingga akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan gasing. Dengan demikian, struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat pipih, bulat telur dan mudah diputar di atas lantai yang datar.

NEGERI DAN KAUM YANG TERLIBAT DENGAN PERMAINAN GASING

• Gasing terkenal di Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

• Orang dewasa yang memajukan seni permainan gasing ini, bagi kanak-kanak lebih gemar bermain gasing gasing Melayu dan Cina, kerana saiznya yang kecil, ringan dan lebih mudah dimainkan.

CARA-CARA BERMAIN GASING

• Kaedah bermain gasing dahulu dan sekarang tiada bezanya. Sebelum tahun 1970, permainan gasing di Malaysia tidak teratur dan berlainan antara satu daerah dengan daerah yang lain. Pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan gasing membezakan sifat gasing dan membentuk system permainan yang turut berbeza.

• Dalam permainan gasing, semua pemain mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Dalam permainan gasing, langkah-langkah bagi setiap pemain untuk bermain ialah:

• Melilit Tali• Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan

atau melilit di jari kelingking. Kedua-dua kaedah ini penting sebelum memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang akan menghasilkan pusingan gasing yang lebih baik. Cara yang pertama dipakai dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain samada dililit pada tangan kanan atau kiri. Pusingan lilitan bergantung kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan lilitan tali tersebut.Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri.

• Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking samada sebelah kanan atau kiri bergantung pada keselesaan pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak tangan. Biasanya cara ini digunakan pada mereka yang lebih berusia kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasiing dibuat, tali akan dililit pada tangan atau tapak tapak tangan sehingga habis bagi memudahkan tugas mengangkat atau menegak uri.

• Melillit Gasing• Terdapat dua cara melilit gasing yang biasa diamalkan, iaitu

melilit pada lengan dahulu kemudian barulah dililit sekeliling gasing. Cara lain adalah seperti yang diamalkan oleh pemain tradisional iaitu melilit gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi menghasilkan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan menyapu kanji dibahagian bahu gasing

• Memusing Gasing• Terdapat berbagai-bagai gaya dalam memusing gasing, memusing mengikut

cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap. Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata hendaklah tertumpu kearah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan kaki berada tidak jauh dari sasaran. Hayunan tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan membongkok 45 darjah.

• Memangkah Gasing• Memangkah adalah satu gerakan yang penting

dalam permainan gasing. Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Terdapat 4 gaya pangkahan yang biasa digunakan dalam apa jua pertandingan gasing seperti pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan pangkah terbang

• Mengangkat Gasing• Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu diangkat ke tapak uri yang

sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara. Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan yang tinggi. Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat. Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dalam keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.

JENIS-JENIS GASING

• Gasing Tanjung• Gasing Jantung• Gasing Baba• Gasing Kuno• Gasing Uri• Gasing Leper Kelantan• Gasing Leper / Gasing

Piring• Gasing Pacitan• Gasing Toyol

• Gasing Begelen• Gasing Lang Laut• Gasing Pangkah• Gasing Pinang• Gasing Kelamar• Gasing Telur• Gasing Berembang• Gasing Buku Benang• Gasing Kepala Duri

Bahagian-bahagian tubuh gasing• Paksi – bhgian gasing berupa logam yang di pasakkan pada patak

untuk meligatkan gasing dan juga berfungsi sebagai sangga tuas• Patak – bhgian di antara tubuh dengan paksi gasing• Labu – bhgian antara bahu dengan petak untuk lilitan gasing• Kepala – bahgaian atas tubuh gasing yang bulat dan kecil • Leher – bhgian lekuk di antara kepala dengan bahu untuk

melekatkan hujung tali gasing• Bahu – bahagian atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali• Pemotek – hiasan kepada gasing uri daripada sebarang logam atau

plastik yang di lekapkan pada kepala gasing• Turap – di pasang pada kepala gasing utk menjaga bahgian kepala

supaya tidak retak, tanggal, dan mengelakkan dari pecah

CARA-CARA MEMBUAT GASING

• Kayu yang paling sesuai ialah dari jenis kayu merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, loran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti kayu pokok manggis, jambu batu, ciku, atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

• Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

• Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tidak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnish. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

TERIMA KASIH