folio pjk

23
FOLIO PJK PEMAKANAN NAMA:NURUL NAJWA BT MOHD KHAIRRUDDIN. KELAS:2F. NAMA GURU:PN WAN AIDAH BT WAN HUSIN.

Upload: nurul-nadiah

Post on 24-Dec-2015

2.192 views

Category:

Documents


82 download

DESCRIPTION

Tingkatan 3

TRANSCRIPT

Page 1: Folio PJK

FOLIO PJK

PEMAKANAN

NAMA:NURUL NAJWA BT MOHD KHAIRRUDDIN.

KELAS:2F.

NAMA GURU:PN WAN AIDAH BT WAN HUSIN.

ISI KANDUNGAN M/S

Page 2: Folio PJK

PENGHARGAAN 2

PENGENALAN 3

BIODATA MURID 4

OBJEKTIF 5

PENDAHULUAN6

JENIS-JENIS MAKRONUTRIEN 7-12

JENIS-JENIS MIKRONUTRIEN 13-15

PENUTUP 16

Page 3: Folio PJK

RUMUSAN 17

PENGHA RGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan iaitu Puan Wan Aidah bt Wan Husin yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan moral dan bantuan terutamanya dari segi kewangan.

Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan kelas yang turut membantu berkongsi maklumat berkaitan dengan tajuk folio saya iaitu “Pemakanan”.

Page 4: Folio PJK

PENGenalan

Makanan yang seimbang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup keluarga. Makanan seimbang ialah makanan seharian yang mengandungi semua nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air yang bersesuaian mengikut piramid makanan.

Pemakanan yang seimbang membantu melahirkan anggota keluarga yang sihat, cergas dan cerdas. Selain itu, makan merupakan tabiat yang memberikan kesan terbesar terhadap kesihatan seseorang individu.

Khasiat pemakanan merupakan sesuatu di luar kawalan dan tidak disedari. Ia meliputi semua proses dan perubahan yang dilakukan oleh makanan. Oleh itu, setiap

Page 5: Folio PJK

individu perlu mengetahui khasiat yang terdapat dalam setiap pemakanan.

BIODATA MURID

Nama : Nurul Najwa Bt Mohd Khairuddin

Kelas : 2F

Alamat : No. 79 Jalan Kelisa Ria 1/2D,

Taman Kelisa Ria,

08000 Sungai Petani, Kedah.

No. Telefon : 019-9074923

Hobi : Menonton drama Korea

Cita-cita : Doktor

Makanan Kegemaran : Maggi

Page 6: Folio PJK

Minuman Kegemaran : Air cincau

OBJEKTIF

Menyenaraikan jenis-jenis makronutrien.

Menyenaraikan jenis-jenis mikronutrien.

Membuat rumusan tentang aspek pemakanan.

Page 7: Folio PJK

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Peperiksaan Akhir Tahun 2014, pelajar-pelajar Tingkatan 2 diwajibkan melaksanakan Folio Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang bertajuk “Pemakanan”.

Saya mendapatkan maklumat menggunakan buku teks, buku rujukan di perpustakaan serta melayari internet. Selain itu, saya juga banyak bertanya maklumat dan pendapat dari adik-beradik, saudara-mara serta rakan-rakan kelas.

Page 8: Folio PJK

Masa yang diberikan untuk menyiapkan folio ini adalah selama seminggu. Setiap pelajar perlu menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Saya berharap agar folio ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya serta individu lain.

Jenis-jenis makronutrien

Makronutrien berfungsi sebagai bekalan tenaga untuk badan, membina sel, membaiki sel rosak dan menjadikan badan sihat dan kuat. Jumlah tenaga yang dihasilkan diukur dalam nilai kalori atau kilokalori (kcal). Jumlah kalori dalam makanan bergantung pada jumlah nutrient protein, karbohidrat dan lemak yang terkandung dalam makanan tersebut.

Makronutrien terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak. Zat makanan ini diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk memastikan kesihatan yang baik.

Page 9: Folio PJK

a) Karbohidrat

Karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon, hydrogen dan oksigen. Makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, ubi kentang dan makanan lain jenis berkanji.

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah, mengantuk dan tidak bermaya. Murid yang kekurangan karbohidrat tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran atau mengambil bahagian dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

Karbohidrat yang diambil secara berlebihan boleh mendatangkan kesan buruk untuk kesihatan. Karbohidrat yang tidak digunakan akan disimpan di dalam tisu badan sebagai lemak. Keadaan ini boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.

Page 10: Folio PJK

Keadaan ini menyebabkan penyakit seperti diabetes berlaku yang berpunca daripada gangguan fungsi hormone insulin oleh pancreas. Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.

b)Protein

Protein ialah nutrient yang mengandungi karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Protein diperoleh daripada beberapa sumber binatan dan tumbuhan. Makanan yang banyak mengandungi protein ialah ikan, daging, telur, susu, soya dan tempe.

Fungsi protein adalah seperti berikut :

Komponen utama kebanyakan enzim dalam badan. Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses

tumbesaran. Digunakan untuk menggantikan tisu yang rosak. Komponen utama bagi system imuniti badan dalam

melawan penyakit.

Individu yang kekurangan protein biasanya menjadi kurus, lemah dan mudah mendapat penyakit seperti kwashiorkor dan marasmus. Lebihan protein tidak disimpan dalam badan. Sebaliknya, protein ditukarkan

Page 11: Folio PJK

kepada karbohidrat dan lemak atau dikeluarkan dari badan sebagai urea melalui buah pinggang.

c)Lemak

Seperti karbohidrat, lemak terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen. Walaubagaimanapun, lemak mempunyai lebih karbon dan hydrogen berbanding oksigen. Satu gram lemak membekalkan dua kali ganda tenaga daripada karbohidrat. Lemak terdapat dalam makanan seperti minyak, susu, mentega, keju dan coklat.

Pengambilan lemak yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan. Lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan kegemukan. Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Page 12: Folio PJK

Sumber dan kepentingan makronutrien.

Makronutrien

Sumber Makanan

Fungsi Kesan Kekuranga

n

Kesan Lebihan

Karbohidrat Nasi, roti,

ubi,kentan

g dan

jagung

Sumber

tenaga.

Badan

menjadi

lemah dan

tidak

bermaya.

Obesiti.

Protein Ikan,dagin

g, telur,

susu, soya

dan tempe.

Tumbesara

n dan

membaiki

tisu yang

rosak.

Penyakit

marasmus

dan

kwashiorko

r.

Ditukar

kepada

karbohidr

at atau

lemak.

Lemak Susu, keju, Sumber Badan Obesiti

Page 13: Folio PJK

minyak

masak,

mentega,

dan coklat.

tenaga

untuk

memanaska

n badan.

menjadi

kurus.

dan

penyakit

koronari.

Foto makronutrien.

Page 14: Folio PJK

mikronutrien

Page 15: Folio PJK

Mikronutrien terdiri daripada vitamin dan mineral. Fungsi mikronutrien adalah untuk meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit dan sebagai bahan pelawas. Kekurangan mikronutrien menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Vitamin dan mineral ialah contoh mikronutrien kerana zat makanan ini diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang sedikit.

Sumber dan kepentingan Vitamin

Vitamin Sumber Fungsi Kesan Kesan

Page 16: Folio PJK

kekurangan berlebihan

A Susu, telur, hati dan minyak ikan.

Pembentukan kulit dan tulang, penglihatan dan pertumbuhan badan.

Tumbesaran terbantut, rabun malan, kulit bersisik dan gigi mudah rosak.

Rambut gugur, muntah dan suka tidur (insomnia)

D Minyak ikan, minyak sayur, dan cahaya matahari.

Menjaga dan membina kesihatan tulang dan gigi.

Penyakit riket dan osteoporosis.

Aneroksia nervosa dan cirit birit.

E Minyak sayuran, kekacang dna bijirin.

Membina sel darah merah dan membantu fungsi sperma dan ovum.

Kelahiran tidak cukup bulan dan kecacatan.

Tekanan darah meningkat

K Sayuran hijau dan brokoli.

Membantu proses pembekuan darah

Darah lambat beku.

Muntah.

Sumber dan kepentingan Mineral

Page 17: Folio PJK

Jenis Sumber Fungsi Kesan kekurangan

Kesan berlebihan

Kalsium Susu, dadih, keju dan ikan bilis.

Pembentukan tulang, gigi dan meningkatkan fungsi otot.

Riket, osteoporosis.

Fungsi saraf terjejas dan penyakit karang.

Zink Bijirin, ikan dan daging

Membantu tumbesaran.

Tumbesaran terbantut

Sistem imunisasi terjejas.

Iodin Makanan laut Komponen hormon tiroid.

Beguk Ulser mulut

Klorida Garam Pembentukan asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.

Muntah dan sawan

Tekanan darah tinggi

Kuprum Daging, hati dan ikan

Pembentukan hemoglobin

Anemia Loya dan muntah

Kalium Kacang tanah, pisang, jus oren dan kacang hijau

Mengekalkan keseimbangan cecair badan.

Loya dan lemah otot

Fungsi jantung terjejas.

PENUTUP

Page 18: Folio PJK

Saya sangat bersyukur kerana folio ini telah memberi kesedaran dan pemahaman yang lebih bermakna kepada saya tentang tabiat pemakanan.

Sekarang barulah saya mengerti dan menginsafi bahawa tabiat pemakanan sangat penting dalam kehidupan harian. Dengan tabiat pemakanan yang betul, ianya dapat menjamin kesihatan dalam jangka masa yang panjang.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat. Jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

RUMUSAN

Page 19: Folio PJK

Setelah saya melaksanakan Folio PJK ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan baru dan pengalaman yang amat berguna iaitu :

Menghuraikan jenis-jenis makronutrien yang terdiri

daripada karbohidrat, protein dan lemak.

Menghuraikan jenis-jenis mikronutrien yang terdiri

daripada vitamin dan mineral.

Menerapkan aspek tabiat pemakanan yang

seimbang.