folio maksud adat resam.docx

Upload: bawany-muniandy

Post on 02-Apr-2018

338 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    1/27

    1

    Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

    dan terima kasih kepada:

    Pensyarah, En. Nasir b. Ahmad yang telah memberi bimbingan dan dorongan tidak

    terhingga sepanjang tempoh kerja kursus ini. Pengetua, Guru Penolong Kanan (HEM), guru-guru

    dan Penyelia Asrama Kolej Vokasional Sungai Petani II, ibu bapa tercinta En. Elongkovan

    Govindasamy dan Pn. Bawany Muniandy dan adik-adik yang tersayang, Kaartika dan Sharvin

    yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan saya. Tidak lupa kepada rakan-rakan

    seperjuangan yang sentiasa memberi motivasi dalam menyiapkan tugasan ini sehingga tamat.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    2/27

    2

    Salah satu kelebihan negara kita Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Kita

    mempunyai kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum minoriti yang lain khususnya di Sabah

    dan Sarawak. Keadaan ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat resam dan budaya

    yang menarik untuk dihayati dan diamalkan. Malah adat resam atau budaya yang unik ini

    mempunyai kepentingan yang tersendiri jika dihargai dengan sewajarnya.

    Sebenarnya adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia wajar dihargai

    kerana adat resam atau budaya inilah yang menonjolkan identiti sesuatu kaum itu. Tanpa budaya

    atau adat resam ini tentunya kaum itu akan kehilangan identitinya buat selama-lamanya. Budaya

    atau adat resam yang diamalkan oleh sesuatu kaum seperti memakai pakaian tradisional semasa

    perayaan atau hari-hari tertentu, makan menggunakan tangan, menziarahi kubur semasa Hari

    Raya dan sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal adat kaum tersebut.

    Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan adat resam turun-temurun

    nenek moyang mereka selama ini.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    3/27

    3

    OBJEKTIF TUGASAN INI :

    Dapat menerangkan definisi adat resam Menyenaraikan 3 adat resam yang paling utama bagi kaum Melayu, kaum Cina dan kaum

    India iaitu adat kelahiran, adat perkahwinan dan adat kematian

    Mengetahui nilai-nilai murni yang terkandung dalam pengamalan adat resam ini Menghormati adat resam kaum lain

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    4/27

    4

    Definisi adat resam

    i) Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yangmenjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah

    menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun.

    ii) Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalahkebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh

    masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi.

    iii) Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi maksudsuatu adat dan kebiasaan

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    5/27

    5

    Adat Kelahiran

    Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami

    isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak

    yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu

    disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat

    tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.

    A. LENGGANG PERUT ATAU KIRIM PERUT

    Adat resam ini dilakukan kepada ibu yang hamil tujuh bulan. Bidan yang melakukan

    upacara tersebut akan memastikan usia bayi dalam kandungan sama ada sudah cukup kiraan

    bulan atau belum.

    Alat yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah tujuh helai kain tujuh warna,

    segantang beras, sebiji kelapa, beberapa lembar utas benang mentah, damar, sedikit minyak

    kelapa atau minyak urut, beberapa batang lilin, tepak sirih yang lengkap isinya, dan pengeras

    sejumlah RM1.25 yang diletakkan di dalam tepak sirih.

    Pada permulaan upacara melenggang perut, bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai

    kain secara melintang disusun berlapis-lapis. Ibu yang hamil itu dibaringkan di atas kain

    tersebut. Dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut yang disediakan, bidan

    mengurut perlahan-lahan perut ibu buat beberapa ketika.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    6/27

    6

    Selanjutnya, bidan mengambil buah kelapa yang sudah dikupas lalu digolekkan perlahan-

    lahan di atas perut ibu yang hamil itu dari atas ke bawah sebanyak tujuh kali. Bidan

    memerhatikan bahagian mata kelapa itu. Mengikut kepercayaan, jikalau mata buah kelapa itu

    menghadap ke atas, itu menandakan anak yang di dalam kandungan ialah lelaki dan jikalau

    halanya ke bawah menandakan anak yang dikandungi itu perempuan.

    Selepas menggolek kelapa, bidan memegang kedua-dua hujung kain yang di atas sekali

    dan melenggang-lenggangnya pada badan ibu yang hamil itu. Ini dilakukan sehelai demi sehelai

    sehingga helaian yang ketujuh.

    Mengikut adat, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan. Begitu juga dengan

    kelapa, beras, damar, sirih pinang, dan juga wang yang disediakan. Lazimnya, pada hari

    melenggang perut, diadakan kenduri doa selamat yang dihadiri oleh sanak saudara terdekat. Ibu

    yang menjalani upacara ini memakai pakaian baharu.

    Dalam kalangan sesetengah orang Melayu, semasa seorang ibu hendak bersalin,

    digantungkan secekak daun mengkuang di bawah rumah untuk menghalang hantu atau

    jembalang daripada mengganggu ibu itu. Ada juga yang memangkah kapur pada tempat tertentu

    seperti di muka pintu bilik, di tiang seri rumah atau di tempat bersalin.

    B. MEMOTONG PUSAT DAN TANGGAL PUSAT

    Selepas bayi selamat dilahirkan, bidan memotong tali pusatnya dengan sembilu buluh.

    Tali pusat itu dialaskan di atas sekeping wang perak RM1. Sebelum pemotongan dilakukan, iaitu

    lebih kurang tiga jari dari perut, tali pusat itu diikatkan erat dengan benang putih. Benang itu

    juga diikat pada jarak satu jari hingga tujuh kali ikat benang. Di antara ikatan yang keenam

    dengan yang ketujuh itulah tali pusat itu dipotong. Lazimnya, tali pusat bayi akan tanggal antara

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    7/27

    7

    lima hingga tujuh hari. Setelah tanggal pusat, diadakan cuci lautan (naik buai). Hari yang

    dianggap elok dilakukan upacara tersebut ialah Isnin atau Khamis.

    C. MEMBELAH MULUT, CUKUR RAMBUT DAN MEMBERI NAMA ANAK

    Upacara ini dilakukan dengan mencicip air manisan atau madu lebah, buah kurma atau

    yang seumpamanya pada langit-langit bayi. Bayi dibelah mulutnya dengan cincin emas yang

    telah dicicipkan dengan air sirih pinang. Selepas tujuh hari bayi dilahirkan, dilakukan pula

    upacara mencukur rambut bayi. Setelah upacara itu, barulah nama diberikan kepada bayi

    tersebut.

    D. PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN

    Ibu yang bersalin mesti berpantang selama 44 hari. Sepanjang masa berpantang itu, dia

    ditegah daripada memakan makanan yang dianggap sejuk dan berangin. Setelah tujuh hari

    bersalin, barulah ibu itu dibenarkan bergerak sedikit-sedikit di dalam rumah tetapi dilarang sama

    sekali memijak tanah. Ibu itu juga mesti memakan ubat yang diperbuat daripada ramuan akar

    kayu dan pelbagai jenis rempah. Selain makan ubat yang tertentu, ibu itu digalakkan berdiang di

    atas bara atau benda yang dipanaskan seperti batu atau besi yang tertentu. Rawatan lain yang

    dijalaninya termasuklah bertungku, berurut, berbengkung, berbedak (berparam) di badan,

    menyumbat telinga dengan bawang putih dan berpilis di dahi.

    Sebaik sahaja tamat waktu berpantang selama 44 hari, pada hari berikutnya ibu itu

    dimandikan dengan air sintuk limau serta dilangiri sebagai tanda lepas daripada berpantang.

    Lazimnya pada hari yang ke-45 diadakan kenduri kecil atau bacaan doa selamat sebagai tanda

    bersyukur kepada Allah kerana telah terlepas daripada sebarang bencana dalam masa berpantang

    44 hari itu. Pada hari itulah ibu dibenarkan memijak tanah seperti biasa.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    8/27

    8

    ADAT PERKHAWINAN

    Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses

    iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda; hantaran belanja;

    menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput menantu.

    A. MERISIK ATAU MENINJAU

    Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan oleh

    keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya berkenan dengan gadis

    yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui samada gadis itu sudah berpunya atau

    tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila

    diketahui sigadis belum berpunya upacara peminangan diaturkan.

    B. UPACARA PEMINANGAN

    Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.

    Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua

    adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda. Perkara-perkara

    yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran belanja, persalinan dan tempoh

    bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita pertunangan itu diberitahu kepada seisi

    kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika mengadakan sembahyang Jumaat.

    C. UPACARA MENGHANTAR TANDA

    Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh

    pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin itu

    dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai cincin tanda. Ia biasanya

    diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan juga dibincangkan

    bersama.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    9/27

    9

    D. HANTARAN BELANJA

    Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah

    pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya diiringi

    dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau dibungkus dalam kain

    sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain termasuk bunga rampai; sirih

    junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan nasi semangat; alat solek; buah-buah atau

    lain-lain.

    E. MENJEMPUT

    Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan

    berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari perkahwinan

    itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan meminta sanak saudara serta

    sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri kahwin

    dimulakan di rumah pengantin perempuan.

    F. UPACARA NIKAH

    Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam

    mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan

    lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan diserahkan kepada

    pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

    G. BERINAI BESAR

    Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah

    pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin

    lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara itu.

    Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    10/27

    10

    H. HARI PERSANDINGAN

    Di hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin

    perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan

    pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan.

    Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

    I. JEMPUT MENANTU

    Majlis jemput menantu atau menyambut menantu diadakan di rumah pengantin lelaki.

    Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari

    ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

    ADAT KEMATIAN

    Adat kematian dalam Islam dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam

    islam. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan mengikut adat dan tafsiran setempat.

    Terdiri daripada empat proses iaitu:

    1) Memandikan Jenazah

    ~ Fakta utama ialah membersihkan jenazah secara fizikal.Sehelai kain

    diletakkan ke atas badannya kemudian disiram.Alat sulit jenazah harus

    ditutup sepanjang proses mandian dijalankan.

    2) Mengkafan Jenazah

    ~ Fakta utama ialah memelihara kehormatan dalam proses membalut

    mayat supaya bahagian sulit tidak dilihat oleh orang lain.

    ~ Bagi mengelakkan mayat berbau, minyak wangi yang tidak

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    11/27

    11

    mengandungi alkohol akan disapu ke seluruh badan sebagai contoh kapur barus.

    3) SOLAT JENAZAH

    ~ Berbeza dengan solat yang lain iaitu takbir sebanyak 4 kali, tiada rukuk

    dan sujud.

    ~ Jenazah lelaki : kedudukan imam bersetentangan dengan kepala jenazah.

    Kepalanya di sebelah kiri imam.

    ~ Jenazah perempuan: kedudukan imam bersetentangan dengan pinggang

    jenazah.Kepalanya di sebelah kanan imam.

    4) Pengebumian Jenazah

    ~ Jenazah diusung ke tanah perkuburan yang telah siap digali.

    ~ Jenazah diangkat ke liang lahad secara cermat.Jenazah dimiringkan dan

    muka perlu menghadap kiblat.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    12/27

    12

    ADAT KELAHIRAN

    Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga merupakan satu peristiwa penting . Ibu-ibu

    kaum Cina sangat mengambil berat terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak .

    Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu mengandung . Misalnya , di dalam

    bilik ibu , perabot tidak boleh diubah-ubah , terutamanya katil . Memaku di dinding dalam rumah

    tidak dibenarkan sama sekali . Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat

    terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-benda yang tidak baik . Pantang larang itu

    diamalkan selama kira-kira sebulan selepas bersalin . Seperti orang Melayu , orang Cina tidak

    suka bayi yang kecil dipuji 'berat bandannya'. Sebaliknya , kata-kata pujian seperti 'gemuk' dapat

    diterima. Kelahiran seseorang anak biasanya dirayakan apabila ia berumur sebulan . Saudara

    mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah-hadiah itu

    dibungkus dalam kertas merah . Setengah keluarga merayakan bagi kali keduanya apabila anak

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    13/27

    13

    ADAT PERKAHWINAN

    Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar

    dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan

    melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi

    yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.

    Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat

    dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu

    eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan

    implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk

    memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina

    merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

    A. MERISIK

    Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat

    Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si

    gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik

    terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan

    dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar

    mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.

    Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan

    perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan

    perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

    Meminang

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    14/27

    14

    Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat

    meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi

    membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan

    pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja

    dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar

    menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,

    diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan

    anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua

    pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

    B. BERTUNANG

    Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian

    dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk

    penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana

    jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan

    akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah

    perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa

    yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari

    perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping

    kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati

    daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan.

    Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat

    yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan

    kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    15/27

    15

    menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua

    pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua

    keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor

    tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal

    pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

    Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan

    atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran

    Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan

    wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada

    pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas

    kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat

    dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang

    diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

    C. MAJLIS PERKAHWINAN

    Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh

    yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat

    kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada

    tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan

    sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin

    perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian

    pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap

    pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    16/27

    16

    atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-

    warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

    Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada

    masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan

    diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas

    pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin

    akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan

    keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga

    kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam

    masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan

    tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan

    penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping

    bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin

    akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat

    bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

    Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan

    makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

    Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

    Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli

    keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan

    menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa

    orang saksi.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    17/27

    17

    ADAT KEMATIAN

    Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-

    soal kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah

    penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.

    Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan serta disapu denganminyak wangi dan disolek. Selepas itu, tubuh mayat akan dipakaikan baju Kafan dan

    dimasukkan ke dalam keranda.

    Saudara-mara dan kawan-kawan si mati akan diberitahu tentang berita kematian si matidan mereka akan menghadirkan diri ke upacara pemakaman dengan membawa hadiah

    dan wang derma sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati.

    Apabila tepat pada masanya, keranda akan ditutup and dipaku. Kemudian, keranda akandihantar ke tanah perkuburan dan dikebumikan. Ahli keluarga si mayat akan terbentuk

    suatu rombongan bagi mengiring si mayat dari rumah ke tanah perkuburan.

    Lagu agama atau lagu tradisional masyarakat Cina akan dimainkan dengan kuat sebagailambang kesedihan dan wang kertas yang disalut logam akan dicampak di sepanjang

    perjalanan.

    Setelah sampai ke tanah perkuburan, mayat akan dikebumikan apabila tepat padamasanya. Selepas itu, upacara menyembah kubur dan pembakaran barang persembahan

    buatan kertas akan dijalankan seperti pembakaran wang kertas dan pakaian kertas.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    18/27

    18

    ADAT KELAHIRAN

    Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dikalangan kaum India.

    Setelah bayi itu dilahirkan , si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang

    kelahiran tersebut secara lisan atau melalui surat . Pada masa kini , banyak lagi alat komunikasi

    yang boleh digunakan . Selama enam belas hari , bermula bayi dilahirkan , keluarga itu dianggap

    tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang ke enam belas untuk merasmikan penamaan

    anak itu . Pada hari itu , rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para

    jemputan . Nama yang akan diberi kepada bayi itu , biasanya dipilih dengan teliti setelah

    merujuk kepada takwaim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya . nama yang

    diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut .

    Waktu memberi nama , bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-

    lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita . Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan

    gelang tangan dan gelang kaki . Pada suatu hari yang sesuai ( misalnya hari yang ketiga puluh )

    bayi itu dibawa ke rumah berhala di mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan .

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    19/27

    19

    ADAT PERKAHWINAN

    Perkahwinan masyarakat India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu vaitiikat

    tirumanam, tamil tirumanam, eliyat tirumanam. Perkahwinan masyarakat India biasanya

    dilaksanakan mengikut golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam, Telugu dan sub etnik iaitu

    Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevar dan sebagainya serta status ekonomi, pedanda iaitu Brahmin

    Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan sebagainya.

    A. MERISIK

    Beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.

    Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti

    umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga

    juga turut diambil kira.

    B. KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN

    Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat

    sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya.Seterusnya ialah mengkaji kecocokan antara

    kedua-dua bakal pengantin. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam

    Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep

    perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal

    pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu.

    C. PROSEDUR IKAT JANJI ATAU NICCAYAM

    Ia dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan

    datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa

    beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan

    kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    20/27

    20

    melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin

    perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai

    tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan

    marrutal.

    D. ADAT PARISAM

    Ia terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa adalah

    pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam

    adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum

    perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis

    pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah

    ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka

    dipanggil cumanggali. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan

    terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang

    mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan

    menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu

    barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.

    Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh

    seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh

    mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-

    maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak

    pengantin.

    Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu

    dijalankan terlebih dahulu, antaranya , kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    21/27

    21

    perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya

    terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan

    yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

    E. ADAT MUKUURTAKAAL

    Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurtta

    kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan

    adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan

    mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan

    batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara

    niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu

    dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan

    perkahwinan.

    F. UPACARA KANGGENAM

    Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan

    serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak

    dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan

    oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan

    menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan

    mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya

    diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai

    memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan

    menyapu debu suci pada dahi pengantin.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    22/27

    22

    Selepas perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas

    berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin perempuan

    dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka

    disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke

    rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati

    kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

    ADAT KEMATIAN

    Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah

    ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan kematian

    adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .

    Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara

    ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan. Antaranya

    Apabila seorang individu meninggal dunia, ahli keluarganya atau waris terdekat perlumendapatkan Sijil Kematian dan permit untuk melangsungkan upacara pembakaran

    mayat.

    Selepas mendapat permit, ahli keluarga atau waris perlu menghubungi syarikat yangmenyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian bagi menentukan masa dan

    tempat jenazah boleh dibakar. Selain itu, kenderaan untuk membawa keranda ke tempat

    pembakaran juga perlu ditempah.

    Di rumah, beberapa persediaan perlu dilakukan untuk menjalankan upacara kematian.Hanya anak lelaki, (anak sulung jika ibu yang meninggal dan anak bongsu jika ayah

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    23/27

    23

    meninggal) atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan adat-adat

    tersebut.

    Jenazah akan diletakkan diruang tamu dengan kepala jenazah menghadap kearah selatan,ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan diatas dada

    dengan ibu jari kedua-dua tangan diikat bersama. Jenazah ditutup sampai ke paras leher

    dengan kain putih untuk lelaki atau janda atau kain berwarna jingga, kuning atau merah

    untuk wanita yang berkahwin atau bujang.

    Sebelum jenazah dimandikan, ahli keluarga terdekat akan menyapu minyak dan serbukseeka pada dahi jenazah. Hanya kaum lelaki akan memandikan jenazah jika simati

    adalah lelaki dan begitu juga jika simati adalah seorang wanita.

    Selepas dimandikan, jenazah akan dipakaikan pakaian kegemaraanya atau pakaian yangdigunakan ketika majlis perkahwinan.

    Jenazah kemudian akan dimasukkan dalam keranda and di letakkan di anjung rumahdengan kaki simati menghala ke pintu masuk rumah.

    Ahli keluarga dan kawan akan memberi penghormatan terakhir dengan mendendangkanlagu-lagu sembahyang, meletakkan beras dan duit berdekatan dengan mulut jenazah dan

    berjalan keliling keranda sebanyak 3 kali. Ketika ini, cucu-cucu simati akan berdiri di

    keliling keranda dengan memegangpandam, iaitu batang pisang yang diikat dengan kain

    yang direndam dalam minyak sapi dan dinyalakan.

    Keranda kemudian diarak keluar dan di masukkan kedalam kenderaan khas untukjenazah dengan diiringi anak lelaki atau waris yang akan melangsungkan upacara

    pembakaran dan kaum lelaki sahaja.Kaum wanita tidak dibenarkan ke tempat

    pembakaran mayat.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    24/27

    24

    Di tempat pembakaran, mula-mula, orang yang membantu dalam upacara kematian akanberjalan mengelilingi keranda sebanyak 3 kali bermula dari kaki jenazah diikuti dengan

    ahli keluarga lelaki yang akan mengelilingi keranda hanya sekali.

    Bacaan doa akan dilakukan dan seterusnya, anak lelaki atau waris akan mengangkutsebuah pasu tembikat berisi air di bahu kirinya dan berjalan mengelilingi keranda

    sebanyak 3 kali. Diakhir setiap pusingan, waris terdekat akan membuat satu lubang pada

    pasu dan di pusingan akhir belanga itu dijatuhkan ke tanah. Selepas itu, jenazah akan

    dibakar oleh anak lelaki atau waris.

    Di rumah, kaum wanita akan membersihkan rumah dan segala alatan yang digunakan

    untuk upacara kematian akan dibuang.

    Keesokan hari, anak lelaki atau waris dan beberapa orang yang terlibat dengan upacarapembakaran akan mengumpul abu dan tulang jenazah dan membawanya ke laut atau

    sungai dan dikocakkan dalam air.

    Selepas itu, pada hari ke 10, 12, 16 atau 31, anak lelaki akan ke kuil dan sembahyang. Tempoh berkabung adalah selama setahun dan orang yang melakukan upacara

    pembakaran tidak akan ke luar negara, sembahyang di kuil atau menyambut sebarang

    perayaan.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    25/27

    25

    Nilai-nilai murni yang diamalkan dalam pengamalan adat resam pelbagai kaum di Malaysia

    ialah:

    Kepercayaan kepada Tuhan Kasih sayang terhadap ahli keluarga Mengeratkan hubungan ahli keluarga Mengekalkan tradisi kekeluargaan Menghargai warisan budaya Menghormati adat turun-temurun Menghormati adat resam kaum lain Bertolak ansur

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    26/27

    26

    Sikap menghargai budaya memastikan sesuatu adat kaum itu tidak akan luput ditelan

    zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang sedikit demi

    sedikit, lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan perkhidmatan katering. Atas alasan

    mudah, kita sudah melupakan budaya bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai

    banyak impak positif tetapi penat itu. Usaha mengekalkan adat resam kaum sudah pasti akan

    mengembalikan nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.

    Tambahan pula, pengamalan adat resam ini memastikan peraturan dan saling bergantung

    anggota masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan

    adat resamnya kerana melalui adat resam inilah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama lain

    menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara yang remeh.

    Sebaliknya, penghargaan terhadap adat resam menguatkan semangat perpaduan kita.

  • 7/27/2019 Folio Maksud Adat Resam.docx

    27/27

    Negara ini memiliki kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum lain yang lebih kecil

    populasinya lalu mewarnai kehidupan negara yang unik ini. Adat resam sering digunakan

    sebagai pengukur betapa tingginya kebudayaan sesebuah bangsa. Peranan paling dominan yang

    mampu dimainkan oleh adat resam ialah adat menonjolkan budaya sesuatu kaum itu. Sikap

    mengutamakan adat resam menjadikan semua pihak melihat adat resam sesuatu yang penting

    umpama bahan sejarah yang harus dipelihara dan dihargai serta dijadikan panduan ketika

    melakukan sesuatu perkara. Pengamalan adat resam memberikan satu harapan bahawa budaya

    sesuatu masyarakat itu akan terus wujud dalam dunia ini dan tanpa pengamalannya sudah pasti

    sesuatu kaum itu akan hilang dari muka bumi ini. Sesungguhnya, adat resam memberi satu sebab

    supaya budaya kaum diteruskan dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa adat mampu

    mengubah kehidupan masyarakat.

    Kesimpulannya, adat resam perlu disanjung dan dilihat sebagai sesuatu yang berharga

    dalam kehidupan bermasyarakat kini. Sudah acap kali kita melihat remaja melupakan adat

    resamnya kerana menganggap adat resam tidak mampu untuk hidup seiring dengan perubahan

    zaman. Memang ada adat resam yang sudah ketinggalan tetapi adat resam masih terus menjadi

    satu pegangan yang kukuh dalam diri seseorang itu kerana tanpa adat resam tiadalah manusia.