folio kt- perindustrian di malaysia

Upload: nur-ikhwan-redza

Post on 09-Oct-2015

83 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Folio Cover

TRANSCRIPT

  • SK DESA PANDAN

    Folio Kajian Tempatan Perindustrian Di Malaysia

    Di Sediakan OlehMohammed Nur Ikhwan

    6 IntelekPada Mei 2013

    Puan HasanahGuru Kajian Tempatan

  • PENGHARGAAN

    Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Kajian Tempatan saya iaitu Puan Hasanah kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang tahun ini.

    Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan kepada saya agar sentiasa cemerlang dalam apa jua mata pelajaran. Istimewa sekali kepada ayah saya yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penggunaan pelbagai 'software' bagi membolehkan saya menghasilkan kerja ini dengan jayanya.

    Terima kasih juga kepada rakan-rakan kelas yang telah membantu melalui perbincangan samada secara terus atau online melalui internet. Perbincangan yang dilakukan telah membuka minda saya untuk melakukan penyelidikan dengan cara yang lebih terperinci.

    Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih.

  • PengenalanKepentingan Perindustrian

    1.Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

    2.Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk tempatan untuk mengganti barangan import.

    3.Menggalakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan dan juga sebagai sumber bahan mentah kepada industri lain.

    4.Membawa kemajuan pada sistem pengangkutan dan perhubungan.

    5.Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tidak terlalu bergantung kepada barangan eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan.

    6.Hasil eksport barangan kilang dapat menambah hasil pendapatan negara dan juga merupakakan sumber pertukaran wang asing.

  • ISI

    Jenis-Jenis Perindustrian Di Malaysia

    Perindustrian Pemprosesan

    Pemprosesan Minyak Kelapa Sawit

    a.Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian,

  • perlombongan, pembalakan dan perikanan.

    b.Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai bahan mentah.

    c.Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan untuk tingkatkan mutunya

    Contoh :

    Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan bergergaji.

    Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.

    Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.

    Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.

  • Perindustrian Berat

    Pemasangan/pembuatan kenderaan

    Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden yang perlukan kemahiran tinggi.Perlukan modal yang besar.Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).

    Contoh Industri Berat :

    membuat kereta proton saga (Shah Alam)membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung)Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)

  • Industri Ringan

    Pemprosesan minuman

    Pembuatan Kasut

  • Industri Ringan

    .Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan dan eksport (barangan pengguna).

    .Jenis perindustrian yang terpenting.

    Contoh :

    ~ Pembuatan barangan elektrik, makanan, pakaian, tayar, kasut, barangan plastik, alatulis dsbnya.

    i) Kebanyakannya terdapat di kawasan pusat-pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan kemudahan yang lengkap.

    ii) Industri membuat tayar celup, komponen mesin dan bengkel membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan ringan.

    iii) Industri ringan ini juga merupakan industri yang terbesar dan terpenting di Malaysia.

  • Industri Desa

    Pemprosesan kerepek/makanan ringan

    a.Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.

    b.Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.

    c.Dijalankan di rumah / kedai oleh ahli keluarga dan beberapa orang pekerja upahan.

    d.Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.

  • e.Terkenal di Kelantan dan Sabah.

    Contoh :

    Membuat tikar / bakul daripada mengkuang, rotan atau buluh

    Mengecap batik / tenun sutera.

    Membuat keropok ikan / udang.

    Barangan tembaga, tembikar, perak dan ukiran kayu.

  • Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Industri Di Malaysia

    Modal

    Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)

    Sumber tenaga (air sungai)

    Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan mencukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

    Banyak kemudahan asas

    Perhubungan dan pengangkutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

  • Bekalan bahan mentah

    Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

    Pasaran

    Meluas dan permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

    Dasar kerajaan

    Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.

    Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :

    a.Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.

    b.Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.c.Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

    Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri

  • maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

    Tenaga buruh

    Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

    Sistem pengangkutan

    Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

  • PENUTUP

    Ulasan MuridDalam menyediakan tugasan ini saya telah berpeluang melakukan kajian tentang jenis-jenis perindustrian di negara kita. Banyak sekali matlumat yang telah saya perolehi terutama sekali melalui internet tentang sektor industri di negara kita. Saya kini mengetahui secara lebih mendalam maksud industi itu dan kepentingannya terhadap ekonomi negara. Kerja kajian seperti ini amat baik sekali kerana ia memaksa kami untuk membuat kajian bagi memperolehi matlumat.

  • Ulasan Guru